Friday, December 30, 2011

kenapa aku bukan seorang bangsa Arab??

luahan hati seorang remaja semasa membuat 
assignment syariah. sambil buat sambil dengar ini : 


maka, meleleh lah air mata si remaja tu tadik

mengenangkan nasib yang tak lahir dalam bangsa arab

kenapa aku tak terpilih untuk duduk dalam kelompok itu??

kelompok secara fitrahnya faham dan mengerti isi kandungan kitab yang mulia

kenapa aku tidak berada dalam golongan itu??

kenapa?? argh!! kenapa bukan aku! alangkah indahnya jika aku mampu mengerti quran itu secara mendalam

aku ingin jatuh cinta dengan ayat cinta dari rabb ku itu

sedetik aku berfikir. pasti ada hikmah di sebalik kejadian.
ada hikmah

aku harus yakin akan perkara itu

tapi, apakah hikmahnya??

tiba-tiba aku teringat tazkirah cikgu sains di sekolah lama ku

"orang yang tak reti baca quran kerana bahasa itu bukan bahasanya, Allah akan memberi gandaan kepadanya sebanyak 3 kali". 

wah! itulah hikmahnya kenapa aku bukan dari kelompok itu. 

Allah nak kasi aku pahala lebih rupanya.

aduhai tuhan, baiknya engkau pada ku.

memberikan rasa ini dalam jiwa ku

ya Allah, jangan kaw kaburi hidayah mu ini dengan dosa-dosaku yang ibarat sang pasir di muka bumi ini.

kalau aku dalam golongan itu, mungkin aku akan sakit.

sakit dengan penyakit hati.

terasa diri bangsa pilihan

terasa diri ummat termulia di muka bumi ini

padahal tidak melakukan sunnahnya

masya Allah.....

kini, aku bersyukur kerana aku berada di tempat ku kini

sekali lagi ku panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat mu ya Allah.....


alhamdulillah, hati ini masih belum mati. tapi perlu diubati. aku ingin mencari ubat hati ku. aku dah jumpa. tinggal aku nak makan je. ikut dose yang sepatutnya. hm.... tapi, dose tu unlimited. yeay!!! suka suki aku lah nak makan berapa banyakkan?? rohani, bersedia untuk gemok! >.<




 ~may Allah blessed~ 

sambung balik buat assignment. :)

Wednesday, December 28, 2011

1

monolog~

aku ingin menjadi yang lebih baik

tapi, aku tidak meletakkan apa-apa usaha

macam mana nak jadi baik nih?

asyik harap doa je

tapi, doa pun tak sungguh-sungguh

tapi orang cakap, Allah maha mendengar rintihan hamba dia...

tak apalah. esok aku doa, nangis-nangis

ustazah cakap, kalau tak boleh nangis, buat-buat nangis pun jadilah

okey, kalau macam tuh, esok aku sediakan bawang bland letak tepi sejadah

konfem meleleh punya air mata nih

keesokkan harinya.........

alah. dah subuh ke? hurm.. Allah panggil nih.

cepat bangun cepat!!! jangan kasi setan menang.
(jap2 sepuluh minit jap. baru pukul 6.30)
(selepas sepuluh minit)....~

alamak! dah pukul 7.15

nak sembahyang tak nak? nak tak nak nak tak nak??

hurm.. kalau sembahyang nampak sangat solat lambat.

nanti abi marah. takut...

takpe-takpe..... masa dhuha ganti. sekali dengan sunnat.

amacam?? cayalah! >.<

waktu dhuha................

abang!!! umie lapar nih. cepat lah masakkan umie kari kambing dalam peti ais tuh.

alahai umie nih... lapar pulak. tapi dah dhuha nih. nak qada'subuh lagi. hesh

umie lima belas minit lagi boleh tak?

abang nak buat apa tuh?? umie dah lapar sangat nih. cepat lah masak. umie nak pergi jumpa doktor fisio lepas nih

kesian umie. dah la kaki sakit. anak pulak tak berguna. ops!~ kurang berguna

tapi, aku sayang umie. lagipun....

hm.. syurga bawah tapak kaki umie.

lepas masak solat lah

siap masak.......
jam pukul 1.30.....

adeih. penat betul masak tadi. nasib baik aku ni lelaki. adalah kuatnya jugak nak mengetuk kambing tu ha

apa-apa demi umie tercinta. akan aku buat jugak.

umie, abang sayang umie. sangat-sangat.

tapi, abang tak boleh tolong umie kat akhirat nanti.

sebab abang banyak dosa......

macam mana ni umie.....

banyak betul cik abang ni membebel.solat tak lagi tuh. dah pukul 3.30 dah nih

buka tv jap lah. nak tengok ada cereterita apa.......

eh best pulak.. tunggu iklanlah. iklan nati wudu' sekali zohor, subuh.

allahuakbar allahhuakbar~

eh?!!! dah azan?? pukul berapa nih? weh! pukul 4.45 dah. patut lah

hadeih~ tadi subuh. sekarang nih zohor pulak.

2 + 4 = 6
6 + 4 = 10
aiyoyo
banyak maa nak ganti

hurm... esok jelah. hari ni solat asar, marghrib , isya'

maka, abang pun solat asar......

umie!! abang nak main bola. pukul 6.30 abang balik.

abang balik awal tau! kita jemaah sama-sama margrib nanti. isya' abang pergi surau.


pukul 7.00 malam...........

alamak umie tadi kawan abang terseliuh.

tu yang abang lambat tu umie. umie solat dulu ya. abang nak kene mandi ni. busuk dah sangat anak umie nih

yelah abang. jangan jadi badak berendam pulak. marghrib ni singkat.

haaaa lega rasa badan dah mandi. hadeih. dah pukul 8.00 lah

lagi 5 minit je nak isya' macam sia-sia ja solat. heh aku nih. nak solat tapi hati merewang ingat awek

maka, terlepas lagi marghrib si abang nih.......

abang!!! solat dengan umie meh!!! abang mesti dah tak larat nak pergi masjid..

haila umie aku nih~ banyak cekodok betoi. tapi, sebab aku sayang umie, aku turun lah jugak. oh umie, only Allah knows how much I love you.

maka, berjemaah lah si anak dengan umienya.....
anak baca doa. umie amin kan.

abang, tadi banyak abang doakan umie. umie aminkan semuanya. tak sia-sia umie lahirkan abang
umie bertuah dapat anak macam abang. alhamdulillah Allah kasi abang pada umie. senang umie dengan abi kat akhirat nanti....

umie, abang jahat. abang tak solat.

abang banyak tipu umie

. masa abang balik lambat tuh, abang pergi tengok "biru" dengan kawan-kawan abang.

abang tak baca quran. bacaan abang teruk.

abang teruk umie. abang teruk!!

umie, abang tak rasa abang boleh tolong umie kat sana nanti....

umie... abi.... maafkan abang. abang bukan seperti umie dan abi sangkakan.....

abang, kali ni umie nak baca doa pulak. abang aminkan ye...

"ya Allah ya tuhan ku.. kaw telah tunjukkan siapa anak ku. alhamdulillah ya Allah. kaw masih berikan perasaan kasihnya pada ku ya Allah... kaw telah tunjukkan hakikat anakku pabila dibelakang ku... jika bukan kerana petunjuk mu itu, tidak akan aku ketahui siapa anak ku. hancur luluh hati ku mengetahui dia murtad kerana meninggalkan solat. anak ku meruntuhkan tiang agamanya sendiri ya allah... ampunilah anak ku ya Allah..... dia menggantikan solatnya dengan tidur, dengan sang "biru" dengan ps dengan serba serbi kemewahan dunia ya Allah.... ampunilah anakku atas kelalaiannya ini ya Allah.. ya Allah, aku tahu anak ku ini juga hampir melakukan zina! tapi dengan kasih sayang mu, perkara itu tidak terjadi.... ya Allah.. banyaknya dosa anak ku.... tidak ku tahu kemana harus ku bawakan wajah ini. terasa sungguh hina melihat kegagalanku mendidik anak ku. ya Allah ampunkanlah aku atas setiap kelalaian aku dalam mendidik anak ku..... ya Allah, ku mohon. aku mohon pada mu, ampunkanlah dia. sucikanlah hati nya. berikanlah hati yang baru buatnya. aku ingin dia yang menungguku di pintu syurga. aku ingin bersama-sama dengan anakku ya Allah... ya Allah, berikanlah kesempatan buat anakku untuk bertaubat. terimalah taubat anakku. sesungguhnya engkau maha penerima taubat... kuatkan lah hati anak ku untuk meninggalkan jahiliahnya... amin ya rabbal alamin......"

abang terkedu. terkejut. tersentak. apakah?? macam mana umie boleh tahu semua nih?? umie.. umie... maafkan abang...... nangis.. : (

abang, umie selalu doa, supaya umie nampak nak umie ni luar dalam.

abang, mula-mula umie tahu, memang separuh gila umie jadinya

alhamdulillah abi ada masa tuh.

abi tolong tenangkan hati umie. umie tahu apa abang buat dalam bilik sorang-sorang

umie tak nak cakap apa dia. tapi, semuanya umie tahu

mana umie tahu, abang tak payah fikir. bukan itu perkaranya sekarang.

sekarang nih, abang anak umie. umie sayang abang

bukan kat dunia je umie nak kita bersama. tapi kat akhirat juga.

tapi, umie dan abi tak pasti kami kat mana nanti

maka, kami harap sangat anak umie abi ni lah yang selamatkan kami kalau umie abi tak sempat sampai ke syurga, kami ada abang yang boleh selamatkan kami. insya Allah...

umie, abang akan buat yang terbaik untuk umie dan abi

sayang, bukan untuk umie atau abi. tapi, untuk Allah

umie dan abi nih, catalyst sahaja

umie, abang tak tahu nak cakap apa lagi

umie, abang mintak maaf sebab susahkan hati umie.

umie bimbing abang ye

lapop tu, umie ambil balik. bila abang nak guna, umie atau abi kena duduk sebelah abang.

umie, jangan lupa doakan abang tau...

umie, abang dah cuba nak berubah sebenarnya umie. tapi susah yang amat.

sekarang umie dah tahu.

umie berhak nak kawal seluruh hidup abang.

umie, abang mintak maaf..... abang sayang umie dan abi sangat-sangat..

umie pun sayang anak umie ni sangat-sangat.

umie, abi mana??

----------------------------------------------------------------------------------------------

berjayakah mujahadah si anak?? nak berubah memang susah. melawan diri sendiri. mana tak nya. macam nak bunuh diri je tau. tapi, ada ke benda yang mudah?? nak makan pun kena berusaha.

abi? mana abi?? kenapa abi tak ada di sini?? abi?!!!

cover nama malaikat izrail


tersentak

oh ya.. sekarang nih dok buat kerja kolej yang maha bertimbun. tak tahu nak cakap betapa banyaknya kerja kolej ku itu. put it aside!

sambil buat power point, sambil dengar quran. serious. lama kot tak bukak quran. berapa lama? jangan tanya. tak baca quran, dengar pun jadilah. dah habis al-mulk dengan you tube, start cari lagu-lagu macam-macam lah. maka, jumpa ini.........


 

tajuk : sabarlah wahai hati 

aku lahir ke atas dunia dengan izin Mu
lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada
para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku
zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa
aku terbit di tengah masyarakat Islam
namun tiada lagi Islam dalam hati mereka dan hidup mereka
namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula
aku kuatkan azam untuk menyertai mereka
cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini
generasi seusiaku yang sakit
lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu
sibuk dengan cinta yang penuh noda
aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna
namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna
kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa
dan tugasku adalah berusaha
gagal jatuh dicela tak diterima itu perkara biasa
aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati
bukan nilaian harta yang aku cari
bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia
cukuplah redha Mu sebagai harga
bantulah hamba Mu ini
sedarkanlah semula generasiku ya RABB
bangunkanlah semula ummat ini
aku yakin Islam pasti akan kembali dan aku tak akan berhenti

make me think about something..... hurm... may Allah blessed~ :)






Friday, December 16, 2011

hari hari pun buat dosa. dosa pun dosa yang sama jugak. lepas tu taubat lah kononnya. heh! macam hapa ja. saat ni nagis bagai nak terkeluar bijik mata, tiga puluh saat kemudian buat balik. buat dan terus buat. taubat dan terus taubat. eh jap. tau ke, tahu buat??

terbaca dalam F. ayat yang biasa. tapi, kalau baca betul-betul memang terkesanlah dalam hati. ayat dia lebih kurang macam nih

"bila tak rasa berdebar setelah melakukan maksiat, maka, mintalah hati yang baru"

takut betul bunyi nya. bila buat dosa, ada rasa berdebar tu. tapi setakat berdebar jelah. tapi tindakan takdak. so, apa makna?? dan getaran tu lama-lama makin perlahan. at the end, tak rasa apa. huh. maksudnya, hati mati.


sekarang nih tenagah mencari-cari mana asal mula. where is my starting point. nak berubah. minta Allah hati baru. nak orakkandia dengan warna-warna yang terang. ceria. cantik. bukan gelap, malap, suram, huduh. tak mahu itu macam punya hati. saya mahu ada hati itu banyak bersih (ayat versi keling -..-)

insya Allah dapat kot. eh kenapamesti ada kot?? eh dia nih tak yakin diri pulak. yakin-yakin. nasihat dia, sebenarnya nasihat diri sendiri jugak. weh kaw, terima kasih. -.-!

Wednesday, December 14, 2011




kenapa hati ni tak tenang?
asyik rasa nak marah orang ja.

sekejap rasa seronok.
sekejap rasa sedih.
sekejap lagi, rasa nak menangis.
uhh...
tak stabil betul.

apa yang kosong dalam hati nih?
ya Allah.... tenangkanlah hati ini

lepaskanlah jiwa ini daripada benda-benda yang aku sendiri tak tahu...

Thursday, December 1, 2011

maryam sofiyyah


cuti ni kerja jaga budak memanjang. lepas satu, satu lagi datang. memang first week cuti nih tak buat banyak homework pon. oh tak apa. next week, dah mula gerakkan palan masa cuti. kita gempur untuk tahun depan. yeay!! chayok!!

jaga budak. cik mek maryam. uh penat. nasib baiklah kamu ni anak sedara mak .....g kalau tidak.....

(takkan nak taruk gambar sendiri. bahayes!!)

ok, terus. nak certia kat sini, jaga budak memang memerlukan tahap kesabaran yang superb. kalau tak sabar, memang patah liuk anak orang. bayangkan macam mana mak kita jaga kita dulu. sekejap nak tido, makan, munim pulak uh! jangan lupa, CEBOOK!!! grrrr memang the critical part. tak suka. tapi, bila tengok budak tu main air seronok pulak. bila kita dah jaga budak kecik, baru faham kot betapanya susah mak kita jaga anak. siapa yang nampak, bertuah. siapa yang tak nampak, hadapilah nanti :)


tu part kesabaran. ni part kumpul pahala. sabar pun dah pahala. mandi, tah menda-menda pun pahala lagi. part nih memang best. kita dalam 24jam sehari, 7 hari seminggu, tak tentu kita boleh zikir, selawat banyak-banyak. tapi dengan jaga budak boleh... banyak lagi tuh. masa bila buat? oh masa nak dodoikan dia lah. takkan nak nyanyi lagu twinkle-twinkle-little-star kot? tak pon banyak lagi koleksi lagu lullaby english tuh. tekan you tube. banyak....  tak ada kerja nak menghafal. hah kalau selawat, zikir, kan dah memang tersave dalam kepala. senang kan. sambil tidurkan anak, sambil selawat. even suara macam katak, arh belasah jelah... so, seronoklah that part. selawat banyak hati tenang. dapat gain sabar. yeah!! sabar!!!! >.< suka-suka-suka. tapi, tak bayang lah pula kalau-kalau ada yang nyanyikan lagu english tu kat anak-anak masa tidur.... tak boleh bayang~ 0.o

masa kecik-kecik dulu pun mak buat macam nih. lepas balik sekolah, ambil aku dari rumah nenek (pengasuh), mak penat. ajak tidur... mak pun zikir macam-macam kat telinga sampai tidur. tak sampai 5 tahun dah hafal semua zikir tuh. dan zikir-zikir itu lah juga yang di dendangkan pada telinga anak-anak... :) MAK, I LOVE YOU... PLEASE LAH CEPAT SIHAT. KUATKAN SEMANGAT!!

itulah sedikit pengalaman menjaga anak kecil... bukan maryam je. tapi yang lain-lain juga... hah! satu lagi. bukti kalau tak sabar boleh patah liuk anak orang. pernah jadi kat anak sedara yang sulung. aku pukul dia sampai demam. kesian dia kan?? huhu ganas betul aku nih. tulah bila sabar tak ada, aku bertukar menjadi NAGA! yeay!!

sekian~ :)

Wednesday, November 30, 2011

people who fail to work their plan will never success

setuju tak dengan quotes tu?? agak melampau ke? hm..

sapa kata nak berjaya senang? ada ke jalan pintas nak berjaya?? omputihkata, short cut to success. mana ada benda senang dalam dunia nih. semuanya perlukan effort. usaha. makin berusaha, makin banyak kita dapat. kalau tak dapat tuh, sabar dulu...... tenang... Allah tahu yang terbaik untuk kita. tapi, madam rohazila selalu pesan. Allah tu tak kejam... you mintak lah apa pun, campur dengan usaha. mesti Allah kasi. baiknya Allah...

nak pilih mana? pilihan di tangan anda. cara-cara dah tahu. tinggal nak buat ja. plan, dah berapa banyak.. tinggal nak gerak je. kalau setakat planning, without doing nothing is useless.. (cakap kat diri sendiri) masa untuk bertindak! tunggu apa lagi? kita berusaha bukan setakat untuk diri kita, keluarga kita, anak-anak atau sebagainya. tapi untuk agama kita. kalau bukan kita siapa?? tengok jelah tu yahudi... perh rancangan memang super superb lah! terbaik...

"perkara yang baik yang tak ada rancangan akan tewas dengan perkara yang jahat tapi berstrategi..."
"plan your work, work you plan!"

Tuesday, November 29, 2011

hikmahnya

nak cerita sikitlah. mungkin boleh amik SIKIT isi KOT? hopefully macam tu lah :)

kenal sejak F3. something happen, jadi pelik sikit la kot. tak rapat. masa tu selalu fikir kenapalah Allah temukan (kenalkan) dengan dia nih. memang tak guna lah. rasa macam tak guna betul lah masa tu. tapi, dah semakin tua, fikiran pun makin matang sikit lah. so anggap jelah perkenalan dengan dia adalah untuk membuatkan aku jadi manusia yang lebih matang. mungkin?~

tapi ada sesuatu yang berlaku sejak akhir-akhir nih. dan tak tahu kenapa dia orang yang aku cari. yang pasti dia. uh. lelaki ke perempuan?? tu tak penting. yang penting dia ni manusia yang wujud. aku cerita satu perkara ni kat dia. jawapan dia, bukan sekadar takziah, kuatkan hati, dan seangkatan dengannya. tapi, jawapan dia membawa aku fikirkan tentang satu hakikat hidup. semua orang tak boleh lari. oh ya, apa dia cakap tu tak ada lah dahsyat sangat. tapi tulah bila words tu datang dari kawan, dia jadi lain. 

kesimpulannya nak cakap kat sini, semua benda ada himah. hikmah perkenalan aku dengan manusia misteri ini is, mengingatkan aku tentang makna kehidupan yang aku sendiri selalu lupa. iaitu kematian. the ending of this story is death! that the point. satu lagi, dia ni penasihat yang baik. sapa nak kawan, cari lah jenis yang macam nih. ingatkan kita pada pencipta kita. insya Allah....

~MAY ALLAH BLESSED OUR RELATIONSHIP, KAWAN~ 
~AMINN~
orang label kita sebagai orang yang baik. manusia yang baik. hakikatnya, Allah je yang tahu. kalau betullah baik.. tak akan jadi macam nih.

"aku siap cerita dekat kawan2 aku kau ni calon bini yang baik taw."

manusia sekrang nih berfikiran jauh eik? ke memang standard untuk age yang macam sekarang nih?
alangkah indahnya kalau luar itu menggambarkan apa yang ada kat dalam secara total. bukan sekadar kulit yang kosong tak bagi apa-apa makna.

sampai bagi statement macam tu. pengiktirafan yang terbaiklah. tapi tulah.. sama-sama kita jadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik.you will get back what you give. 

*faham kah dengan bebelan ini? ke dia sorang je yang faham? tak kesahlah~*

idea needed!!

oh menyesal tak buat awal-awal. 
kan semua idea orang dah tulis. ishk!
lain kali, ada task WITT je, be the first keyh!!! grrrr

moral of the case,
be proactive. 
jangan amik mudah ja...

Sunday, November 6, 2011

kiamat akan datang hanya selepas matahari terbit dari barat. 
ketika itu semua manusia atas muka bumi ni beriman.
tapi sayang iman tu dah tak diterima.

semua manusia akan jadi baik macam malaikat.
baik yang amat.
tapi sayang,
tetap tak diterima...

takutnya... takutnya... takutnya...
kalau benda tu terjadi kat diri aku dan orang-orang yang aku sayang..
oh jangan.....

oh Allah, please give me one more chance to make myself the best servant of You.....
may Allah blessed~~

dantangdanpulang

dari dia kita datang, kepada dia kita pulang.
make a perfect preparation....
may Allah blessed~ 

revolusi

baru baca versus by hlovate. komen? hurm... tak terkata lah. banyak benda baru belajar. yess i got my spirit!!!!  time to change! ><

Monday, October 24, 2011

MY SUPER WOMAN!!


one thing i learned form my mother. everything is about tawakkal.
bukan nak puji mak sendiri ke apa. tapi itu lah yang saya belajar dari mak saya. my super women!!
korang punya bonda pun mesti ada part-part yang korang sangat kagumkan?? macam tu lah juga saya.

ni gambar nih beberapa hari before operation. kelihatan sangat tenang. 
padahal dalam jantung hati tak tahu cakap.
just like now. ada masalah lagi kesihatan dia. 
semua orang duk bising-bising suruh jumpa doktor buat another operation.
gah kalau doktor apa je yang dia tahu. buang membuang jelah
mak cool je. dengan selambanya dia cakap 
"alah tak payah nak jumpa doktor si pembuang tuh. kalau Allah izin benda tu hilang, hilang lah dia. api pun jadi sejuk kuasa Allah. gunung pun hancur. ni pulak benda kecik macam tuh". 

semua orang dok risau sangat-sangat dia still lagi cool.
masa dok mengandung adik. dah umur 48 tahun dah. dengan thyiroid nya, dengan darah tingginya memang tak sesuailah nak mengandung. sampai doktor boleh cakap, kalau anak you down syndrome ke apa jangan salahkan I tak nasihatkan you. dengan tenang mak cakap, kuasa Allah sapa tak jangka. kuar je adik tuh dokter kurang masam tu tanya. anak ok? cukup semua? perh hebat punya doktor. tengok adik saya sekarang bijak! tak de pon down syndrome. malu je doktor tu. padan muka!!!

saya amik 5 subjek STPM nih. memang kata besar ujian. mak selalu pesan. kita hanya ikhtiar. Allah yang tentukan. Allah tahulah nak kasi bila. biar orang kata. janji Allah suka.kita hidup bukan nk cari redha manusia cikgu-cikgu pengetua. tapi untuk cari redha Allah. kenapa nak susah hati sangat. 

memang lah. tawakal pada mak perh sangat hebat. belum jumpa orang yang sebegini tinggi ketawakalannya pada Allah. for her, everythings is Allah......

mak, semoga cepat sembuh. insya Allah baik tak lama lagi. biiznillah :) mak hebat!!!

sudah biasa

dah biasa dengar orang berzina. tengok je kosmo hari-hari ada je mayat yang tak kenal erti hidup dalam tong sampah. ada yang dah kena cincang-cincang pun. ada yang dak kena potong-potong. dimanakah nilai sebuah kemanusian itu?? YA ALLAH kejamnya manusia nih. keji nya kami ini YA ALLAH..... ampunkanlah dosa-dosa kami...

kat sini nak bawakan beberapa kisah. kedua-duanya dapat daripada kawan. boleh ambil iktibar.

kisah pertama sahabat dari kolej 

masa tu masa liqa' al-mulk. seorang sahabat berkongsi rasa dalam slot tazkirah. dia menceritakan tentang seorang kawan dia yang dah selamat mempunyai seorang bayi lelaki *taksilap* yang sihat. sedangkan kawan dia ni seorang yang sangat lah. baiklah yang amat. malaikat gitu. tahu-tahu lepas je bercintun, dah termengandung pulak dah... salah siapakah? hm.. nak kata kat sini, wah senangya nank "buat anak" bersepah-sepah. dimanakah nilah maruah seorang wanita Islam itu? dimana?!!!

kisah kedua 

dapat call daripada zezuri. dia cerita pasal room mate dia. pun sama jugalah. baik. pijak semut tak mati. faham dan mengerti tentang agama nih. tapi mungkin pada tahap penghayatan itu masih belum capai. ok... kita namakan dia dengan gelaran PEN. pen ni baru je kenal seorang hamba Allah nih. pendekkan cerita, dorang pun bercintun..... haih~ senang jekan nak serah hati kat orang. macam tak ada nilai langsungkan? sambung balik. dorang nih baru jelah bercintun. nak tahu tak?? itu lelaki sudah minta mahu buat "itu" maaa!! OH MY GOSH! what happen here?? mintak macam mintak pinjam pemadam je. weh senang gila lah. pen sebagai seorang yang tahu pasal agama nih pun katalah dengan penuh kelembutan dah keyuannya.... tak boleh dosa segala bagai macam. baguskan budak nih. lepas tuh laki tu pun merajuk. Pen pegi pujuk!!! perh! memang kata bo*** betul lah perempuan nih. lepas tuh Pen buat pengakuan kat kawan room mate dia. cakap macam nih "aku nih risau jugak sebenarnya. kalu dia pujuk-pujuk aku, aku boleh je cair. lepas tuh aku kasi" weh?!!!! tahu pun kaw! tapi......... nak jugak stay dah sedar tuh, campak jelah lelaki tu dalam bermuda triangle. hilang. lenyap terus selamanya dari muka bumi nih. 
see ni baru dua kisah. kita tengok betapa murahnya maruah seorang wanita islam itu. betapa keji nya seorang lelaki islam itu. bukan berfungsi sebagai penyelamat. tetapi pemusnah! tahu.... korang sume mesti ada kisah lagi dahsyat kan? tak kesah lah... nih saya cerita bukan nak mengaibkan. tetapi nk memberi sedikit pengajaran kepada diri sendiri dan juga beberapa ketul pembaca blog faqir ini....

bincang tentang sesuatu tanpa memiuncangkan langkah mengatasi adalah sesuatu yang sia-sia. untuk kisah pertama, insya Allah sahabat saya selalu meng follow up kawan dia tuh. kasi kata-kata semangat. supaya kawan dia tuh terus bernafas dalam jiwa kehambaan. yelah dah terjadi nak buat macam mana kan?? hanya bertaubat kepada MAHA PENERIMA TAUBAT...

ni kisah yang kedua nih. masih belum terlambat untuk kita selamatkan dia dari tipu daya dunia yang sangat indah pada nafsu kita sebagai seorang manusia yang selalu alpa.... sekarang tugas kitalah untuk tarik dia keluar daripada landasan maksiat tuh. maka, saya pun nasihatkan kawan saya supaya mendampingi kawan dia tuh. supaya tak terus hanyu hanyut dan hanyut..... tapi alasan sahabat saya tu, busy belajar. hurm.. inilah sistem pendidikan negara kita. terlalu ke-buku-an. tak ada nak terapkan tangungjawab kepada masyarakat bagai. semuanya "pakar penjual ikan terlari dunia" tu yang berpecah-pecah. semua nak jadi "penjual ikan". wahai sahabat, kalau bukan kita yang tolong sapa lagi?? nak harapkan siapa? kalau semua orang sibuk dengan hal masing-masing, siapa yang nak jadi pemikir untuk masalah ummat kita sekarang nih?? siapa yang nak majukan agama kita? siapa?? renung-renungkan lah..... ingat! kita mesti sentiasa meletakkan diri kita di tempat orang yang bertanggungjawab. kalau semua orang berfikiran macam tuh, insya Allah selamat kita sini dan sana. biiznillah......

duhai sahabat, ayuh gerakkan langkah kita sebagai seorang daie!!


kisah edisi lain di post yang seterusnya :)

ketenangan itu

ketenangan itu...
hanya akan datang apabila kita buat apa yang kita cakap...

ketenangan itu.....
hanya akan datang apabila kita sentiasa memaafkan orang lain walaupun tanpa diminta
 
ketenangan itu.....
hanya datang daripada hati yang sentiasa tunduk kepada penciptanya.....

ketenangan itu....
hanya akan datang apabila kita sentiasa bertaubat kepada rabbulizzati....

ketenangan itu.....
hanya datang apabila kita sentiasa takutkan mati

...inilah hakikat sebuah ketenangan...

~lintasan ilham yang tak seberapa~

SENYUM !

sejak akhir-akhir ni selalu pula dengar sumpah-sumpah manusia bersepah-sepah. macam.macam yang nak disumpahkannya. demi apa? demi selamatkan diri DI DUNIA. kat akhirat, jangan ngirau,, mesti kena gak sebab Allah itu maha halus.

ni nak cakap dalam konteks sebagai seorang pelajar lah. dah jadi adat budak yang nak belajar nih sekejap naik semangat. sekejap lagi turun balik. alah macam hangat-hangat tahi ayam gitu. korang pun macam tu gak en?? eleh ngaku jelah. maka, ramai jelah yang kadang-kadang tuh sampai buat cikgu-cikgu rasa muak nak termuntah-muntah dengar perangai kita yang macam tak bersungguh-sungguh nih kan. sampaikan, cikgu sanggup keluarkan fatwa yang pelbagai. antaranya:
  1. tengok lah kamu hidup nanti macam mana. tak berkat. cikgu tak berkat ilmu cikgu. (eh eh??)
  2. saya sumpah kamu anak cucu cicit piot miot kamu susah nak belajar subjek cikgu nih. (erk??)

banyak lagi kan yang dikatakan. anda sebagai pelajar pun selalu dengar punyalah benda-benda nih semua. tu lah siapa suruh buat cikgu bosan dengan perangai kita?? kan dah kena padan muka!! kita sebagai pelajar, orang nak menuntut ilmu janganlah bangga diri. rendahkan diri sebab kita nih nak menuntut ilmu dengan orang mana lah boleh kita pulak yang berlagak semaca. degil mak aih! tak boleh lah macam tuh. cikgu tetap cikgu. pelajar tetap lah pelajar. sedar diri ye.

tetapi..... kita nih sebagai pelajar, janganlah amik kata-kata cikgu tu bulat-bulat. even cikgu cakap tak redha lah, tak berkat sampai piot miot amende tu semua, tak payah fikir sangat. cikgu pun cakap masa tengah marah. faham lah kita. ingat macam ni lah. siapa yang kumpulkan ilmu tu dalam dada kita?? cikgu kah?? kalau cikgu yang buat macam tuh, memang banyak lah manusia yang keluar bersama deretan A yang tidak putus-putus. senangnya hidup kalau macam tuh. bodek-bodek cikgu, dapat A. wah-wah-wah senang keeja eik??

cikgu hanyalah orang perantaraan yang nak kasi kita ilmu. hakikat ilmu tu datang dari Allah. tapi ingat. kita tak boleh ketepikan "daulat seorang mahaguru itu" memang cikgu kita kena hormat. tapi berpada-pada. konsepnya adalah hormat menghormati. dia berlaku serentak dalam dua hala. bukan satu hala sahaja.

nak cakap kat sini point nya sikit je. bebel je banyak. pointnya adalah "ALLAH YANG HIMPUNKAN ILMU ITU DALAM DADA KITA BUKAN CIKGU!" bila cikgu keluarkan sumpah-sumpah dia, peganglah pada quotes nih.--> sumber : benar lagi sohih. (ALQURAN.....)

*TIADA GAMBAR YANG DAPAT DISELITKAN KERANA 
TERHALANG OLEH INTERNET YANG SIPUT.**

revision sejarah

baru je revise buku sejarah tadi. baca bahagian faktor luar dan faktor dalam kebangkitan penentangan di Tanah Melayu satu masa dahulu. sebelum tuh, "adakah Tanah Melayu tidak dijajah?" setakat yang dok belajar nih memang dok tengok memang dijajah je.

nak cerita tentang gerakan Turki Muda. yang membawakan konsep 1 negara, 1 bahasa, 1 agama. dan segalanya adalah satu. yeay!! sama tak dengan Malaysia sekarang?? samakan. maju gila lah Malaysia. yeay! idea satu segala satu tu datang daripada si MUSTPHA KAMAL ARTANTUK. *betul ke eje tuh?? arh peduli apa!*

hari tu isu azan kan. saya cakap malaysia kearah pembentukkan macam Turki zan si laknatullah tuh. see sekarang berdasarkan fakta sejarah memang betul.... heee.... hebat. master mind behinde all this ofcourse lah dari si yahudi. haih~

dalam buku sejarah tuh memuji sangatlah si laknatullah tuh sebab berjaya menghazafkan sistem khalifah. akibatnya, lahirlah satu bentuk negara republik. berpecah belah lah Turki. orang Islam dihina di Negara sendiri. semakin lama semakin berlaku kat tanah yang aku berpijak nih........

Saturday, October 22, 2011

ujian istiqamah

salam, dah lama betul tak menjenguk blog nih. dah bersarang tebuan dah.
hari ni nak cakap pasal istiqamah. ishk! skema nye --

sekarang nih sedang bercuti depavali. even tak terlibat dengan perayaan tuh, dapat cutinya seminggu. tapi nanti cuti haji tak pulak dapat seminggu. tiga hari sahaja. nak buat macam mana.... 1Malaysia lah kata kan~ KITA MESTI SOKONG KERAJAAN! yeay! *apamotif??**

cuti seminggu. berat betul ujian bercuti nih. ujian nak istiqamah amalan kat asrama. antaranya:
  1. solat berjemaah
  2. tasmi' bacaan tajwid
  3. ma'thurat
  4. solat awal
  5. study
  6. tazkirah maghrib isya'
  7. al mulk sebelum tidur
  8. tahjud
  9. rawatib
  10. zikir-zikir harian
ok... setakat nih sepuluh tujelah yang keluar. tak boleh tulis banyak nih. jam sudah pukul 5.00 dah nih. asar tak buat lagi. Allah dah tunggu dah tuh. ni sementara tunggu toilet. taip lah sikit mana yang boleh....

back to the topic. sekrang nih ujian kepada kesetiaan kita kat Allah taala. kalau kat asrama boleh buat kenapa dekat rumah tak boleh? Allah hanya ada dekat asrama sahajakah??

ok... cukup setakat ini. sama-sama kita mujahadah lakukan dengan cinta kepada Allah, berjuang membuktikan kecintaan itu. insya Allah boleh! >.<

Friday, September 2, 2011

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you
Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa
You came to me in the time of despair
I called onto you, you were there
Without you what would my life be
Not know the unseen, the worlds between
For you I’d sacrifice, for you I’d give my life
Anything just to be with you
I feel so lost that times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you
Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa
Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever ya RasulAllah
You came to me in that hour of need
Need you more than ever ya RasulAllah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you
Allahumma salli ‘ala sayyidina mustafa
‘ala habibika nabiika mustafa

EGO!!


Dialog pertama J
“heyy aku tak boleh nak terimalah apa dia cakap. Aku tahu dia cakap tu betul tapi cara dia. Cara dia tegur salah. Kasar. Dia cakap bajet macam dia tu tua daripada kita. Hakikat yang hakikinya dia tu adik! ADIK OK!! ADIK! Sapa dia nak tegur kita macam tuh”.

Dialog kedua J
“eleh dia tu baru je masuk sekolah agama. Dulu dia tu sekolah biasaje. Banyak pula bunyik dia eh nak cakap itu-ini-itu-ini. Dia tu sapa nak cakap macam tuh? Aku punya ilmu lagi tinggilah daripada dia. Aku tahulah semua tuh. Aku nih budak sekolah agama. Dia tu just sekolah biasa. Senyap sudah. Dah lah baru. Kita tahulah adat resam sekolah kita”.

Dialog ketiga J
“dia tak boleh tegur elok-elok ke? Tak boleh ke dia cakap dengan cara yang lebih lembut? Berhikmah? Tak payah lah nak tekan-tekan sangat orang. Nak berubah tu kena mula dari diri sendiri. Mana boleh paksa-paksa oh. Kena ikhlas bila nak buat perubahan. Aku tak nak jadi hipokrit”.

Selama 17 tahun aku hidup, banyak benda yang aku dah belajar. Dan lebih banyak benda yang aku kena belajar lagi-dan lagi. Itulah hakikat hidup. Semakin kita tahu sesuatu, semakin bodohlah kita.

Tiba-tiba nak cakap pasal benda nih. Tegur-menegur. Dialog pertama. Semestinya antara senior dengan juniornya. Sebab yang tegur tu adik, muda dari dia terus tolak macam tu je. Well benda nih berlaku kat aku. Alah semua orang pernah je kot kena benda-benda yang macam nih. Tapi kes aku unik sikit kot. Sikit jelah. Bia aku khabarkan sedikit riwayat hidup aku. Nama blog aku pun ini kisah saya. Maka, nak cerita pasal sapa lagikan? Hm.... aku nih kan lompat sehari yang membawa erti sethun. Aku lahir 1 januari 1994. aku melompatkan diri masuk 1993. macam mana buat? Tanya bonda tercinta. Maka, kawan-kawan aku semuanya tua sehari jelah daripada aku. Sehari yang membawa erti setahun. Fine. Kisah bermula macam nih. Kat mana tak payah mentioned. Satu hari dalam dorm. Masa nak buat al-mulk. Lambat mak aih! Janji pukul 11.00 11.30 tak ada lagi. Memang baran lah. Bukan kali pertama, kedua mahupun ketiga. Masalahnya dah berkali-kali. Grrrr maka dijadikan cerita malam tu aku pun bersuara. Agak ganas lah tone masa tu. Fine~ memang salah aku part tu. Aku admitL. Cakap lah kenapa tak boleh nak tepati masa. Menyusahkan orang. Fikir diri sendiri je. Pentingkan diri. Tu antara yang aku cakapkan. Nada tak payah nak cakap. Serius gila lah. Muka memang tak boleh nak senyum. Grrrrr tapi, aku tegur sebagai seorang sahabat. Aku anggap semua dalam dorm aku tuh kawan aku. Tapi mereka, menganggap aku adik. Perh ! adik ? BHAHAHA. Dengan sebab itu tak boleh nak terima apa yang aku cakap kan. Sungguh tidak matang. Benda kecil je pun. Memang salah sendiri. Tapi..... bila ego dah meninggi, datang lah sesiapa pun tak ada nak lutnya. kepada yang berkenaan, yang terkena tepat tuh, maaf. Maaf dan ampun sangat-sangat. Tapi inilah realiti hidup kita. Terasa diri tu hebat. Sampai tak boleh nak dengar teguran orang.



Dialog kedua. Pasal baru dan lama. Inilah karenah manusia sebenarnya. Bila dia dah menetap kat satu tempat tu dalam tempoh yang lama, tiba-tiba datang orang baru entah dari mana yang dia sendiri tak tahu asal usul, terus underestimate that person. This is the reality. Aku bagi contoh dalam konteks sekolah. Nampaklah aku nih budak sekolah lagikan. Alah, kat mana-mana pon sama je. Bila ada oran baru kasi sedikit cadagan untuk penambahbaikkan mesti ada mulut sumbang yang akan cakap macam-macam. Hm… macam ni lah. Bila kita dah berada dalam satu kawasan yang kita sangat selesa untuk berada di dalamnya, maka apa yang berlaku kat situ semuanya baik bagi kita. Walaupun hakikatnya agak kurang baik pada sudut pandangan yang lain. Maka sahabat-sahabat sekalian, bila ada kawan baru kita tegur sesuatu tentang budaya kita lihat dan fikir dulu. Jangan lah gunakan alasan ni memang budaya dekat sini. If budaya tu elok tak apa. Tapi kalau budaya tu yang boleh diperelokkan lagi why not. Pecahkan tradisi yang dah berkurun tu untuk lebih maju kehadapan. Ingat! Kita maju kerana kritikan bukan kerana pujian.

Dialog ketiga pasal cara nak tegur. Hm.... ni yang paling best nak cakap. Sebenarnya, tak semua orang diberikan kekuatan untuk bercakap menegur orang lain. Tak semua orang yang mampu buat macam tuh. So, bila dah ada orang yang bercakap tuh, hargailah. Sebab dengan teguran orang itu lah yang akan membuatkan kita lebih maju. Insya Allah. Tak dapat nak nafi yang orang yang menegur pun kena ada strategi. Tak boleh main redah je. Tak boleh terus gunakan nada yang keras. Kasar dan sebagainya. Kita kena tengok sasaran kita. Seboleh-bolehnya ikut rentak dia supaya panahan kita tu tepat dan ada hasilnya nanti. Itu yang perlu difikirkan oleh orang yang menegur. Orang yang menerima teguran pulak, kena buka hati luas-luas untuk dengar sebarang kritikan orang lain. Sebarang teguran tak kisah dengan cara apa sekali pun. Sampai bila orang yang menegur tu nak kena ikut rentak anda supaya anda boleh terima apa yang ditegur itu? Nak cara berhikmah. Cara yang lembut. Berhikmah. Tahutak apa maksud hikmah tu sebenarnya? Ada masa-masanya kita kena bercakap dengan suara yang tegas. Menegaskan pendirian kita tentang sesuatu perkara. Ada part-part kita kena bercakap dengan cara yang lebih lembut menunjukkan kita nih boleh untuk bertoleransi dengan orang lain sama. Ada masa-masa kita kena guna nada menekan, marah, emosi, kecewa, bangga, seronok dan sebagainyalah. Itulah berhikmah namanya. Mula-mula cakap baik-baik. Tak dengar, up lah sikit level tuh up dan up dan  up. Manusia nih bukan malaikat yang boleh nak sabar sokmo.dah sampai satu tahap, kita dah tak boleh nak cakap elok-elok dah. So kat sini, orang yang ditegur tu sila check diri. Apa masalah hati. Sakit kah dia? Kronik kah dia? Atau.... adakah dia sudah mati??

Kesimpulannya kat sini kita kena sedar diri. Hakikatnya kita hanyalah seorang hamba. Hamba kepada pencipta kita. Allah. Yang membezakan kita pada mata Allah hanyalah nilai keimanan dan ketakwaan. Di dunia yang membezakan kita adalah umur, pangkat, darjat, kepandaian dan sebagainya. Tapi, haruslah kita sedar apa jawatan hakiki kita. Kita hanyalah seorang hamba yang lemah tak berdaya. Maka, tidak layak untuk seorang hamba yang lemah tak berdaya macam nih merasakan diri tu hebat dah lebih dah sebagainya. Tak layak! Maka kat sini aku seru diri aku sendiri dan kawan-kawan sekalian.. marilah kita rendahkan ego kita. Ingatlah bahawa kita hanyalah seorang HAMBA yang tak berdaya........

Entry ni pun panjang tahap tak ingat. Sori seandainya bosan.Harapboleh ambil apa yang baik tu. Insya Allah.....

tolong perlahankan speaker itu




semalam baru terbaca satu artikel tentang isu pembesar suara di surau-surau dan di masjid-masjid. isu ni berlaku dekat pulau pinang. dan dah difatwakan larangan menggunakan pembesar suara atas beberapa perkara. sehinggakan azan pun perlu diperlahankan volume speakernya.




apakah yang berlaku sebenarnya??

dah lama tak tengok berita. tak suka tengok tv. baik cerita or whatever. if ada merlin nak lah tengok. hee^^ hm.... back to the topic. dapat link tu daripada facebook lah that's for sure. hm...

disuruh perlahankan antara sebab dia.
  1. menganggu ketenteraman orang lain. lagi-lagi yang non-muslim.
  2. baca quran bukan sunnah nabi
  3. non-muslim dakwa kita berdakwah kat depa. kacau hak agama. menghina agama depa.
tu antara yang ingat lah. hm.. saya nih suka melawan hujah. eh yek? just nak lontarkan beberapa pendapat je lah. pasal ganggu ketenteraman orang lain. hm.... ok nih saya terima lah. tapi menganggu sangat ke sampai perlu jadi macam nih? yang konsert, musik yang terlalu kuat segala bagai tu tak menganggu ke? i just wonderlah. haih~ selalu menggunakan alasan Islam itu agama yang tolerate. betul. memang islam agama yang sangat tolerate. there is no objection from me ^^ tapi tulah cuba fikir balik. benda baik macam nih jadi isu. tapi benda yang dah ternyata haram kenapa tak dibangkitkan untuk sebuah perbincangan. lagi pun, bagi saya lah benda ni sepatutnya tak menjadi isu. sebab dah jadi uruf pon kat malaysia nih.

bukan sunnah nabi. yep. memang betul baca quran kuat-kuat nabi tak suruh. malah dikira berdosa kalau baca quran kuat-kuat masa orang tengah tido sebab boleh kacau mereka. yep betul.. tapi macam dah dikatakan tadi lah. dah jadi uruf (kebiasaan). tapi tengok tempat juga lah. kalau tempat tu tak sesuai, banyak yang bangun membangkang lebih baik jangan bukak. tapi kalau tempat tu semua penduduk boleh terima... boleh diteruskan. see islamkan really tolerate. :)


satu penghinaan ke? anda rasa? hm.. tak tahu nak cakap macammanalah. mungkin kita terlalu tolerate sampaikan kita dipijak-pijak dan diinjak-injak. memang hakikatnya kita perlu berdakwah kepada semua orang sebab itulah tujuan penciptaan kita. hm.... tak rasa satu penghinaan. kita tak lah ejek agama depa bodoh sebab dok sembah benda yang dibuat oleh tangan sendiri. sembah binatang dan sebagainya. we are not saying that.... hm.. part yang kacau kebebasan beragama. hakikatnya siapa yang kacau siapa? atau tak ada siapa yang kacau sesiapa. kalau orang india mati, ops! meninggal dunia. jenazah. eh mendiang tuh akan diarak menggunakan van orang mati sambil dimainkan gendang tah segala bagai. tak kacau ketenteraman orang lain ke ?_? kalau cina pun sama. masa ada orang mati pun buat bising gak. tak kacau hak orang ke tuh?? kalau india (kat rumah ada jiran india. masa dia nak sembah benda tuh, di bunyikan loceng dengan sangat kuat dan lama) tu tak menganggu? yang tu lagi lah sakit hati. cuba fikir balik. hm.... kita toleransi. tapi adakah kita TERLALU bertoleransi sampaikan mereka mengambil KESEMPATAN?

azan pun nak diperlahankan. what the..... dikatakan menganggu. haih sedih lah macam nih. namaje negara islam. islam hanya pada nama. inilah dia. aduhai malaysia.. sudah merdeka selama 54 tahun tapi betul ke kita dah merdeka secara total? azan. memang perlu di laungkan dengan suara yang kuat. supaya orang dengar. kenapa bilal yang laungkan azan? sebab suara dia kuat. nyaring. lantang. jelas. nabi juga suruh bilal laungkan azan kat tempat tinggi. supaya orang ramai dengar peringatan to have a date with Allah...

kesimpulan kat sini stand saya adalah tidak bersetuju untuk memperlahankan azan. tapi bersetuju sekiranya bacaan-bacaan lain selain azan dihazafkan atau diperlahankan. based on ustaz asri's opinion.

terasa seperti Islam itu diperkecilkan even berada di negara islam. adakah malaysia akan jadi macam turkey semasa zaman pemerintahan kamal artantuk?? ada kemungkinan tak untuk jadi begitu...



RENUNG-RENUNGKAN DAN.... SELAMAT BERAMAL!


Monday, August 29, 2011

syawal


alhamdulillah selesai sudah perjalan puasa sebulan kita pada tahun nih. semoga setiap amalan kita diterima Allah taala.... insya Allah lepas nih sama-sama kita menjadi hamba yang lebih baik dan lebih baik dan lebih baik.... doakan juga semoga Allah temukan lagi kita dengan bulan tarbiyah nih pada tahun-tahun yang seterusnya. janganlah ni tahun terakhir ramadhan kita. entah dapat entah idak lailatulqadar tahun nih.. hm.....



lepas sebulan kita puasa, janganlah rosakkan ibadah kita dalam masa sebulan tu dalam masa sehari. jangan. sayang. terlalu sayang sekira seseorang tu bila lepas ramadhan tiada sebarang perubahan. sayang seribu kali sayang....

masa raya nih semua orang dok nak tayang baru baru yang sangatlah cantik dan cunmelecun. tak kisah.. tak apa je.. tapi pilihlah yang menutup aurat. jangan cemarkan hari kemenangan kita dengan perkara-perkara maksiat....

seterusnya pasal pergaulan. ramai yang tak faham peraturan antara sepupu, ayah sedara dan sebagainya. nanti kat kampung tuh pakai lah tudug. ramai sangat orang-orang yang sah dan halal untuk berkahwin dengan anda. jaga lah aurat sebaik-baiknya.... :)

point kat sini jaga AURAT ye! AURAT TU MARUAH KITA.. jangan sebab anda, orang lain buat dosa kering..... renung-renungkan dan selamat beramal! :)





Tuesday, May 31, 2011

rindu ERAT..

 

THE 'HEBAT' TEAM!
(Hanya Engkau Boleh Allah Tahu)
lin yang kasi. dan, team ni memang HEBAT!

KAK AREEFA :)
ummu nadhirah azmi
syifa hassim
faeqah
nadiah hanisah
athirah kahar
kak dzaty adlin
syafiqah zakaria
adlyna azmi
nadhirah amin
fahima
.syafiqah
(ya allah tak ingat nama pulak dah.. muka ingat sangat-sangat. ampun...)

sekejap je kenal. tapi kemanisan ukhuwah sungguh terasa.
saya rindu kalian semua!!!

tu lah! degil lagi. padan muka kamu

kisah bermula macam nih, satu hari, nak balik daripada sekolah. nak balik sendiri sebab nak pergi pekan beli barang sikit. maka, pergilah naik bas, amik bas, balik sendiri. sebelum tu abang cik ada telefon. tunggu nanti dia yang datang ambil. tapi entah kenapa masa tu macam tak berapa nak faham cakap dia. pendekkan cerita peri juga naik bas, balik rumah.

tiba-tiba masa kat pekan tu, bancik call. kamu kat mana? abang dah sampai nih. arh! sudah.. masalah negara bangsa dunia ke tiga dah nih. bancik marah sangat sebab tak dengar kata. *salah faham sebenarnya..* mak pun marah jugak. tu lah degil sangat. so, cuak lah. balik cepat-cepat.

time balik tuh, malas nak fikir pasal bas dah lah kan. naik je teksi. biasa kot naik teksi sorang-sorang. pak cik tu charge lebih. 5 hengget tak silap lebih. gerh! memang geram tak lalu nak cakap lah. sebab geram sangat, satu hapa pun tak layan apa pakcik tu nak sembang apa yang karut-karut tah... yelah masalah kena marah lagi. hmm... tension... tension...

dah sampai rumah, turun, bila turun, pak cik teksi hon. bukan tak dengar. tapi pekak kan telinga. sakit hati betul dengan pak cik tu. selamba badak dia je nak letak charge berapa-berapa. dua kali pak cik tu hon. betapa keras hati, tak nak toleh. masa jalan nak masuk rumah, cari fon. aduh!! fon tak ada. alah!! mesti ada dalam teksi! alahai~ toleh belakang, pak cik teksi dah gerak.....

sobss.. sobss... sobss... sedihnya... even yang hilang tuh fon buruk je, tapi nilai sentimental tinggi. hm.... kesian kak pujah. :( *masih lagi berharap dapat balik fon buruk tuh. mustahil tak? ada je harapan lagi. tapi bila melibatkan orang iaitu menyusahkan orang, jadi segan. -.-*

sampai rumah, jumpa mak. orang pertama. mak diam je.. masam. mak marah. :( bila mak dah cool, cakap kat mak fon hilang mak cakap " hah! tu lah kamu degil lagi! padan muka Allah dah kasi." perh! memang baik punya kena la kan!! mak sambung pulak "habis tu nak buat macam mana nih?" hm.... entah lah.. 

masa ni, dalam hati, rasa sesal sangat. degil. sebenarnya, tak berapa nak faham apa bancik cakap. hadeih. lampi sungguh. dalam hati ada gak terdetik. "ya Allah! ni lah balasan untuk aku sebab degil tak kira-kira. serta merta Allah kasi. ishk.. ishk.. ishk.."

akhirnya, menyusahkan semua orang. aduhai diri.. kenapalah degil sangat. hm... sampai sekarang masih lagi berangan-angan nak fon tu balik. nak sim card tuh.grrrr banyak number dalam tuh. bukan tak boleh buat baru. tapi nak buat baru, kacau orang juga. haih~ Allah nak tunjuk la ni. nak kasi pengajaran. lain kali jangan dok nak degil semacam. satu rumah marah hari tu. hush! dahsyat... dahsyat.... esoknya, bangun pagi, minta maaf kat mak, bancik dan lain-lain. dah salahkan... *kesian bancik.. dah lah anak sakit, dia pun semput.. aku pulak buat dia macam nih. sampai sekrang rasa bersalah sangat-sangat*.
maka kawan-kawan, jangan degil-degil eh. nanti bukan menyusahkan diri je. malah menyusahkan orang lain juga. banyak lagi kisah kedegilan saya yang dapat balik kat muka sendiri serta merta. memang Allah nak tunjuk. hm...Allah nak kasi pengajaran lah tu... 


ikut je cakap orang tua kita. mak abah lah semestinya. insya Allah bahagia dunia akhirat. tu pesan bancik ......

menyesal sampai sekarang. aduhai.... 
belajarlah daripada pengalaman hidup..
segalanya untuk dijadikan panduan...
guru yang paling hebat ialah pengalaman...

hentikan mujahadah, lakukan dengan cinta

mujahadah = melawan hawa nafsu
cinta = hati dan jiwa sangat senang dengan nya...



ramai yang gunakan konsep mujahadah. melawan. menentang. melawan kehendak diri. pada hakikatnya kita sangat suka buat perkara itu. tapi benda tu tak baik. maka, nak diubah. bagus! ada niat macam tuh. maka kita perlu mujaadah melawan nafsu kita untuk perangi akhlak buruk kita tuh. tapi, tahukah anda, perkara yang paling payah nak dibuat ialah melawan diri sendiri. yelah mana tak nya. kan ada kata-kata tu dia cakap *rasanya hadis. tapi tak sure* JIHAD YANG PALING BESAR IALAH BERMUJAHADAH UNTUK MELAWAN NAFSU. nampak sangat mujahadah itu bukan perkara yang mudah. maka, dalam bermujahadah, ramai yang berjaya. tapi ramai juga yang terkandas kat tepi jalan. akhirnya diri tewas juga... iman tak berapa nak kuat. baru nak dibajai iman tu. tapi dah dipaksa bagaikan hukum komunis. uih! payah... payah...

maka, apa kata kita lakukan dengan cinta. bila kita nak buat sesuatu, kearah kebaikan, pupuk rasa cinta kita akan kebaikan itu. contoh. mak cik tak pakai tudung. rasa nak berubah. rasa nak pakai tudung,nak tutup aurat maka, mak cik perlu menanamkan rasa cinta kepada penutupan aurat. dan tanamkan pula rasa benci kepada pendedahan aurat itu. bila kita dah ada rasa cinta untuk buat baik, insya Allah, hati lebih mudah untuk mengikut. hati dah rasa suka rela. bukan lagi paksa rela. 

sekarang nampak tak beza antara mujahadah dan cinta. tak dinafikan mujahadah itu penting. amat penting. tapi, cinta itu lagi penting rasanya. bila kita dah sayang, mudahnya... mudah segala... jiwa rasa gembira, tindakkan jadi ceria.



bila kita berjaya timbulkan rasa cinta itu, maka lebih mudah untuk kita ber-istiqamah dengan apa yang kita buat. insya Allah ..... 


*dapat idea ni masa kak pujah dan kak cik salang bertukar tazkirah. saya macam biasa suka menyibuk tadah telinga. dah tabiatlah suka dengar apa orang cakap. lagi-lagi kalau cerita. sampai dapat gelaran kak ebok. grrrrr...  nasib baiklah anak-anak sedara tak panggil mak ebok. kalau tidak! hesh!! banyak input yang dapat masa tu. entah macam mana, kak pujah sebut 


"tinggalkan mujahadah, lakukan dengan cinta" *