Thursday, March 31, 2011

promote! >.


:) :) :)

hantu cyberjaya.

best tak tittle tuh? pelikkan? hm.. sejak dua menjak ni, banyak betul nombor aneh masuk. heh! kenapa eik? memang musim orang nk menggatal ke? macam kucing. ada time dia nk merenyam satu macam.

elok tengah happy-happy kat dapur, bunyi pulak handset buruk tuh -.-! ingatkan kak pujah. sebabkan suruh dia balik tadi. hm.. tak kenal number tu. tapi, orang tu berkata macam memang dah bertahun kenal oh! macam gila dah biasa la dengan macik sorang nih. sebab dia tahu banyak pasal saya. so, sapa tak syak tu kawan sendirikan? nak nyakat or what ever~  +_+

dengan penuh syak wasangka, text je dia. sebab nak tahu juga mana dia dapat nombor segala. *sebenarnya tak payah pun tak apa. sebab tak perlu pon. tapi,, dah curious teramat sangat... jalan~ text punya text.. ku mendapati manusia ni menjengkelkan! sangat dan amat! hah amik kaw!



sebab apa saya cakap macam tu? hm.. eh geli lah nak sebut!!! geli teramat! satu phrase yang memang saya alergik bila sampai kat ear drum saya. manja. heh! sesedap epal je eh kaw nk kata aku manja segala. perh! apa masalah kaw hah? eih! ada lagi ada lagi. nak saya panggil dia abang? perh! lagi nak mati punya kes! HEII! AK DAH BANYAK ABANG LA WEH! TAK HINGIN KASIH SAYANG TAMBAHAN ABANG DARI LUAR!!! my brothers are my heroes!! bukan satu dan bukan dua abang saya. tapi 3! that's enough ok! tak payah nk abang-abang kat luar. tak perlu! buang masa buang tenaga je! satu lagi!



boleh tambah dosa tau! kat luar sana mungkin ada girls yang syok bila orang kata dia manja, ayu bagai~ well aset seorang wanita tuh!! tapi jangan tertipu. jangan cepat makan dengan kata-kata tu. cuba biasakan diri untuk rasa jijik bila orang cakap macam tu kat korang. barulah korang ni berharga macam berlian or bagai~ kalau baru kena ayat sepotong dua, dah nak cair mair.. hm.. kirim salamlah~ ngee^^ fahamkan apa yang nak disampaikan?? kalau tak faham sila hantar soalan! HAHAHA

pendek kata manusia ni.. eih! bermacam warna dan corak. yelah. kalau satu macam ja, hidup akan jadi bosan bhai! tapi tu lah. anda yang baca post ni terima kasih. sebab sudi baca. tapi kat sini ada pesan untuk anda. pesanan ikhlas dan tulus datang dari hati yang sesuci murni~



bila datang no sesat tu.. anda ada dua pilihan. sama ada ignore or,, care. *ape tuh? tapi ada juga masa-masa tertentu mesti kita rasa siapa nih? kawan aku ke? eh dia ni.. main-main pula. mesti nak kenakan aku. so, text la anoy-mous tu (stand for annoying mouse). layan punya layan telah mendapati anoy-mous tersebut positive pelik lagi aneh lagi tah hapa-hapa. so kat situ ambil langkah terus tak payah layan. dah cukup! jangan bazirkan credit korang. bukan free oh nk text "tikus" tuh! tu satu hal. satu hal lagi ini adalah teknik nak pikat anak dara orang lah. teknik murahan lagi tak bermaruah saya kira. bahaya tau! mungkin korang boleh cakap macam ni "alah tak apa. aku tahu batas-batas. nanti bila ak rasa perlu dah parah aku stop la cepat-cepat." heh siapa yang boleh predict dengan tepat apa yang berlaku esok? tak payah esok. sejam daripada saat nih. tak de kan? takde~ takde siapa tahu. Allah je yang tahu. ingat permainan syaitan tu sangat halus tau. nanti dia goda kita kot sana, kot sini. dah sudah~ cair~~ kan masalah tuh. maka.. cegah sebelum parah. 





bagi sesiapa yang macam dah desprate sangat rasa nak berteman bagai tu, tak ada masalah. saya ni open minded punya stail. bawalah bakal isteri/suami tu datang rumah dulu. buat interview dengan mama dan papa korang. tapi, parent zaman sekarang nih. pelik. tak tahu nk discribe. open sangat la pula. dah macam omputih! bukti? pergi sana buka tv 9. alah tak payah tv9. tengok lah rancangan kanak-kanak tu. apa punya gaya tah didik anak. semua nak jadi artis martis! tah hapa hapa!!! dah lepas tu.. kira pass tahap pertama lah. then tak payah tunggu lama-lama. kalau dah sayang bagai hapa tu, kawin je terus! tak payah nk bercintan-cintun. buang masa. takut nanti ada pula mangsa keadaan tepi surau. tepi surau tu tak apa lagi. kalau dalam jamban? tong sampah? heh! tak guna. pandai buat tuh pandai-pandailah. ada kes zina yang start daripada nombor sesat ni lah. *mana saya tahu? heh daripada my heroes and heroin lah! sapa lagi. mereka tu terlibat secara aktif KOT dalam hal-hal pelik ni.. maka anda, hati-hati ye. pernah dengarkan pasal santau bagai. boleh hantar tau. bahaya~!!

perempuan, jangan cepat cair! hati tu kasi batu sikit. lelaki. jangan gunakan mulut tebu anda untuk menggoda perempuan yang sememangnya mengada-ngada nih. HAHAHA. senang citer, jangan suka ambil kesempatan eh. mantapkan hati dengan iman. banyak-banyak doa supaya terlindung daripada permainan perasaan nih~

wallahua'alam~
saya ni pun banyak khilaf..
hanya Allah je yang tahu~

~YA ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA KU INI~


Wednesday, March 30, 2011

kak yong~

kak yong~ entah kenapa semenjak dua ni rindu dia je. kak yong ni one of my cousin. dia ni bukan sepupu betul pon. sepupu angkat jeh. tapi saya memang sayang dia yang teramat! lebih sayang dia daripada sepupu yang lain. dia kak yong. saya kak yang. dekat kan? HAHAHA


saya sentiasa di depan. kak yong selalu ikut mana saya nk pergi.
baiknya kak yong~ just like my own kak baby!

kak yong ni tua dua tahun tak silap. tak silap lah kot. dia tak berapa cerdik sangat. tapi dia sangat dan amat lah baik. meh cerita pasal sejarah asal usul dia. yang ambil dia sebagai anak angkat ialah makcik aku. cik nani. panggil dia cik. cik ni seorang nurse yang berhati lembut. masa jumpa kak yong ni dia bertugas bahagian perbidanan. jadi tukang sambut baby. mak kak yong nih orang asli. mak dia cakap kat hospital, ambil lah anak saya ni. saya tak mampu nak jaga. saya ni susah sangat. kerja siang malam pun tak tentu boleh makan nasi. kak yong ada penyakit keturunan. kalau tak lelah, dia ada peyakit kulit. kak yong takda lelah. tapi ada penyakit kulit. so adik-adik dia agak geli dengan dia sebab didakwa tak mandi~*ada sedikit penambahan cerita disitu. pendekkan cerita, cik pun ambil dia sebagai anak angkat~

maka bermulalah kehidupan kak yong daripada baby bersama cik. bila kak yong dah besar, kak yong dapat adik. anak cik. kak yong ada abang tau. abang tu anak kandung cik juga. bila kak yong dapat adik, kak yong lah yang  tolong cik uruskan adik-adik dia semua bagai. baikkan kak yong nih? yelah kak yong bukan tahu cik tu bukan mak dia.. sedihnya~ :(( 


sekarang kak yong dah besar. adik-adik dia pun dah besar. mereka membesar di rumah yang sama dan dengan didikan ibubapa yang sama juga. for sure anak sendiri dengan anak orang mana sama... mesti ada juga pilih-pilih kasih tuh. adik-adik kak yong  tahu kak yong bukan kakak kandung diorang. tapi kak yong tak tahu. oleh yang demikian, adik-adik dia selalu sangat "menjampi serapah" kak yong. cik dengan pakcik pun sama ja. kak yong rasa tak disayangi~ even kak yong rasa macam tuh, kak yong selalu sebut macam ni "tak pa imah, ibu marah kak yong bukan sebab benci kak yong. adik-adik kak yong marah kak yong pun bukan sebab benci kak yong. depa sayang kak yong. sebab tu depa marah kak yong. nak perbetui kak yong ni imah" dan kak yong cukup gembira bila cik kasi dia baju. tak kisah baju tu buruk ke, lama ke, usang ke, cantik ke tak ke, tapi dia sangat hargai. betapa dia hargai tu sampai selalu dia sebut-sebut. sampai dia selalu pakai baju tu. sampai dia sangat jaga baju tu. bukan baju je. apa-apa sahaja~


mana saya tahu semua nih? pasal kak yong anak angkat tu memang semua orang tahu. mak yang bagi tahu saya. pasal kisah kehidupan kak yong ni pula, kak yong sendiri yang cerita kat saya. selalu menangis bila dengar cerita sedih dia. dia rasa sangat tak disayangi, terbuang, bagailah dia rasa. hm....


sambung balik. disebabkan kak yong rasa macam useless, beban orang semua orang, dia jadi semakin liar. dia berkawan dengan orang-orang yang entah hapa-hapa. maksudnya dengan orang yang tak selereh lah~ dia berkawan dengan lelaki entah mana. semua cerita dia sangat menyeramkan. even saya ni muda daripada dia, kadang-kadang tu saya pandai dalam nak nasihat-nasihat orang nih. yelah mana taknya. abang kakak ramai. selalu kena brain wash. heee :p~ bila bercakap dengan dia.. ada perubahan. tapi tak lama lah. sebab saya balik kedah pun jarang-jarang. nak contact dengan dia pun susah. sebab cik tak kasi. macam halang lah lebih kurang. kenapa? saya pun tak tahu sampai sekarang~~.



macam ni lah kita orang bila bersama~

kemuncak kisah kak yong adalah... satu hari di hari raya. balik lah kampung kedah. eh jarang tau balik kedah sekarang nih. sebab tok dah takde. mak abah dah tua. dengan abang-abang kakak-kakak, masing-masing ada kerja. masa balik raya tu, tak nampak kak yong pun. isu kak yong ni sensitive. tak boleh cakap sesedap oren je. nak cakap kena berlapik-lapik. so, sebab kak yong tu partner tidur saya masa kat kampung uh for sure lah cari dia kan? so tanya lah mak.. "mak kak yong mana? kenapa dia takde?" mak pun cakap.. " entah lah kak yang mak pun tak tahu. sebab cik tak mau cerita.." 


sebab dah lama sangat hilang.. saya pun dah tak tahan. yelah kawan tuh! dia baik tau! sayang dia lebih daripada sepupu betul saya!! maka tanyalah si izzati (kaki gosip) sepupu lagi satu. yang mudalah. adik. dia pun cerita.. "lah kak imah tak tahu ke? hari tu, ada polis mai umah cik, cari kak yong pasai apa tah. cek pun tak tau! mak bukan habaq penuh pon. tapi yang cek tau kak yong ni ada kena tangkap kat umah kosong mana tah. ponteng sekolah pulak dia tu. tu yang polis cari. lepas daripada tu cik marah sungguh lah kat dia. pakcik, abang faiz, bang khalid, semua lah dok kutuk-kutuk kak yong kat umah tu, bila balik, depa saja tak bawak kak yong mai. baiq duk kat rumah tu. kak yong dah tak boleh keluaq rumah dah kak imah" dan bla bla bla,, banyak lah cerita dia. saya terkedu~ terus terdiam terus tukar topik. ngee~



macam mana lah perasaan kak yong sebenarnya?
saya yang mendengar ni pun dah rasa berat.
apatah lagi dia yang mengalami..

sampai lah satu masa ni mak tanya terus terang kat cik. cik tu adik mak. "adik, imah duk tanya ni, kak yong dia mana? awat lama sanagt dah tak jumpa?" cik "hm.. entah la kak. hilang mana dah dia. la ni malas nak cari. biaq pi lah.." mak" eh la.. adik ni dah jaga nak orang tu jaga lah elok-elok. jangan dok nak buat cincai ja. anak adik jugak tuh" next conversation. after sekali lagi balik kampung.. cik "kak cek dah jumpa dah kak yong. dia kerja. jadi tukang cuci pinggan kat restoran." mak "oh? tak moh ajak balik ka?" cik "ajak dah, dia tak mau~" hm....

lama selepas itu baru balik sekali lagi. itu pun sebab mak ada hal nak bincang pasal harta pusaka dengan adik beradik dia. kat situ dah tak dengar cerita pasal kak yong dah... kes ditutup KOT!! sampai pakcik meninggal pun kak yong tetap tak balik. sebab cari kak yong dengar cerita tak jumpa...

cerita ni saya tak dengar daripada pihak cik sangat. sebab saya lebih mengenali kak yong daripada cik. so, cerita versi cik, imah tak tahu. cik, kalau ada yang tersalah point ke hapa ke, imah mintak maaf. *macam lah cik tahu blog ni wujud~ heh bagus jugak kalau dia tahu! hahaha nanya ja nanti! tak pasal-pasal jadi kes baru pula!! itu sebab blog ini tidak dihebah-hebahkan oleh saya~ :D

kak yong.. kak yong kat mana? imah rindu kak yong.. kak yong dah tak ingat dekat imah ke? balik lah manggol. jumpa imah! nak jumpa kak yong~ kalau boleh nak je imah bawa kak yong balik kajang. tapi imah tak boleh. kak yong balik lah~ imah rindu kak yong!!! 



~rindu dia~


post ni khas untuk kak  yong tercinta....
*macam lah kak yong boleh baca benda ni.
haih~ ter'feeling' la pulak~
ngee 
~^^~

EMO

malam tadi memang tak tahu nak cerita macam mana perasaan aku. geram, marah, dan paling malang, rasa kalah! heh! nak ke cerita pasal manusia tak reti bahasa tuh? ok meh aku kongsi sikit.

post kali nih malas nak guna saya. kenapa? heh biarlah rahsia.. ngee~ sebab aku nak ngutuk orang. *heh! macam bagus sangat je nak kutuk orang. poyo la kaw!

ada seorang manusia ni. jantina malas nak dinyatakan. baca dulu cerita ni mungkin dapat predict sendiri jantina dia apa~ kenal dia since form 3. lama kan? dia ni tua setahun lah. setahun sahaja! ulang sekali lagi SETAHUN SAHAJA!!! disebabkan dia tua, so panggil dia dengan panggilan berpangkat. masa tu, memang panggil jelah. jahil lagi masa tu. then after move to maahad hamidiah, erh! tak suka. terus tukar, cakap dengan dia pun perh gila skema! "saya-anda" tak ke skema tuh? skema gila kan? bila cakap dengan dia macam tu, dia tak suka. heh peduli apa dengan tak suka kaw tuh? janji ak senang hati *agak selfish di situ. tak sebenarnya bukan selfish. tapi, masing-masing perlu hormati pendapat masing-masing. betul tak?

manusia ni juga suka cakap benda-benda yang berwarna biru. anda tahu apa itu biru? tahu bukan? baguss~ disebabkan biru itu amatlah saya benci, saya cakap terang-terang dekat dia. saya tak suka. ada je hujah dia. perh memang payah nak bertekak dengan manusia nih. yelah bekas debater terbaik kat sekolah la kata kan~ *heh! debater konon! kaw tengok lah masa ak dah jadi peguam nanti, tak terkata kaw nak lawan aku! deh!!

part seterusnya. eh dah tahu nak kasi gelaran apa kat manusia nih. gelaran dia "manusia yang menggelikan". ok tak? suit for him i think~ arh what ever~ ok part ketiga.. perkataan sayang mayang ngek ngok segala bagai~ perh aku memang benci betul lah orang yang sesedap epal je  nak cakap sayang mayang kat orang nih. fine! sayang tu tak bermaksud pada orang tertentu yang istimewa sahaja. tapi perlukah kita katakan sayang pada setiap orang? sesenang makan kacang pe nak cakap sayang manyang nih? erh! tolong lah faham manusia geli. apa aku cakap kat kaw semalam, mesti kaw faham kan apa yang hakikat sebenar yang ak nak sampaikan? betul tak? kalau kaw kata kaw tak faham, satu je perkataan yang gila sesuai dengan kaw. KAW MEMANG BEBAL! perh cantik gila bahasa ak hari ni. untuk pengetahuan semua, aku ni bukan jenis suka mencarut punya type. *heh apa punya bahasa bah? 

banyak lagilah pengalaman aku dengan manusia geli ni. daripada baik, kepada makin rapat. rapat, jadi biasa, makin rengang, dan akhirnya ak benci dia! yay!! ak benci dia! benci!!!! benci!!!

heh aku ni pun satu hal gak. senang nk forgive, senang juga nak forget. tapi forget-forget aku pun, ak tetap ambil pengajaran wow! tapi alhamdulillah lah aku ni jenis yang memang kurang berperasaan. so apa yang berlaku, ak suka kata macam ni "heh peduli apa aku? selagi ak tak susah, sudah~ heh!" *selfish bukan? hm.. bila dah jadi menjengkelkan ni,, memang macam tu gaya bahasa dia. agak kurang sedap diterima oleh ear drum anda~ ngee~~

kesimpulan cerita:
dalam berkawan tu, hati-hati. panggilan tu ada maksud. even secara tak sedar or what ever. so bila berkawan tu, tak payah lah nak guna istilah-istilah jijik. seperti sayang, baby, abang, honey, gula, madu arh bagai lah! apa ak peduli?! dengan panggilan yang aneh-aneh tu, mesti akan timbul satu perasaan yang aneh juga. aku berani cakap mesti! sebab kita ni dah lah iman tak seberapa. nafsu pulak kuat tak terkata. godaan syaitan kat sekeliling kita macam mana? ingat tak hebat ke hapa? heh! lepas tuh, kalau masa nk sumbangkan pendapat or what ever, perpada-pada lah. maksud aku, jangan asyik nak menang je. ni bukan soal siapa menang siapa kalah. tapi cuba fikirkan juga apa yang diutarakan oleh kawan kita tu. jangan fikir pendapat kaw sorang je yang SEMPURNA! YANG SYUMUL BAGAI~ heh!!

sekian sahaja untuk post nih~ ngee
~^^~

aku benci dia!

korang faham tak perasaan membnci seseorang tu macam manA?!!

gerh! benci seyh! benci gila tak tahu nak kata!

ak ni memang pantang kalh!
tapi ak tak tahu kenapa aku tak reti nak bertikam lidah dengan dia!

kesimpulannya, from today and onwards,, ak benci dia! dan!! ak takkan kenal dia lagi!

buang dia jauh-jauh! hanta dia pergi pluto!
kalau ada yang jauh lagi nak je ak hantar kesana!


tak pon ak panggil anak naga!
suruh dia yang telan kaw.
anak naga.. boleh tak camtuh??

nak makan orang kena ganas sikit. 
sikit je eh!

oh!!! bencinya ak kat kaw! ye kaw! kaw lah orang nye!!!

GEDIK! MENGADA! ADA JE KAW NAK KATA! PADAHAL, KAW FAHAM APA AK KATA! TAPI KAW BERPURA-PURA! MACAM KURA-KURA!!!

penuh perasaan gila ak tulis! tapi ni memang dah meluak bencinya. sorry weh. sorry! ak memang benci kaw! bai!!!!

too easy to love somebody, and too easy to hate them also!

well, 
that's me!
so what?

nk komen apa-apa? sila kan~
kalau si keparat tu baca mesti panjang lebar dier berkata-kata.

macam lah ak tak tahu apa-apa.
heh! 
so you guys,
BEWARE!!

HANTU GILA AKU HARI NI




ya saya tahu, saya sedar, dan saya juga faham


saya tahu tak layak nak benci orang bagai nak rak!
tapi nak buat macam mana?
dah saya nak benci dia. 
so what?!!
ada ak kacau kau? heh

tak beriman oh! ya Allah~ 
ampunkan dosa ku ini...

masya Allah

macam biasa kalu saya on the line, Fb tu wajib. ven tak ada dekat dalam FB, tapi biasanya biarkan je FB tu. senang dapat maklumat daripada kawan-kawan. yang isi-isi untuk masa depan tu pun banyak dapat daripada kawan-kawan dekat FB. sebab diorang selalu share link.

saya baru je follow satu blog nih. nama dia the other khairul. best blog dia. tak tipu. baca lah. tapi ada juga yang saya tak sependapat rasanya...

sebenarnya bukan nak cakap pasal the other khairul ni sangat. nak cakap pasal satu profile ni. jumpa dekat dalam FB the other khairul. teruk,, perh! tak tahu nak kata. nak tengok keterukkan dia bagaimana? meh usha sendiri. saya malas nak kelaskan keterukkan dia petala keberapa....

ni dia profile manusia tak reti syukur ni.. click di sini eh! manusia ni perempuan. cantik. comel arh. tapinya,, erm.. lihat sendiri la eh.

tapi apa yang saya boleh katakan ialah, lepas tengok jangan terus nak mencaci segala bagai. kalau nk caci pon tak paya hantar komen dekat dia. caci dalam hati ja. sama-sama doakan dia dapat hidayah. insya Allah. kalau kita caci dia, kita pun dapat dosa. sebab siapakah kita untuk mencaci orang? siapakah kita untuk menghina orang?

minah ni hina nabi muhammad. memang patut kita rasa marah. tapi kita ingat. masa zaman jahiliah dulu, nabi kena baling tahi, cubaan dibunuh semua nabi kena. tapi apa nabi buat? sabar, dan doakan orang tu dapat hidayah. maka, itu lah perkara yang paling wajar kita lakukan. HIDUPKAN SUNNATULLAH!

eceh saya menaip. macam lah diri bagus sangat. banyak juga kekhilafan diri ini. hanya Allah yang tahu. 
wallahua'alam~

demam



alhamdulillah setelah sekian lamanya tak sakit, hari ni saya sakit.
kenapa alhamdulillah? hm,, sebab bila sakit ni biasanya kebergantungan pada Allah tu lebih kuat.
tak kisah lah sesiapa pun. mesti macam tu juga. KOT lah
teringat kisah sahabat dulu-dulu. tak ingat nama.
satu hari ni dia menangis. bila ditanya kenapa dia menangis..
dia jawab " sebab dah lama tak demam. takut Allah lupa kat dia sebab tak kasi ujian (demam)"
macam tu sekali imannya. subahanallah~

bila cakap pasal iman ni, mesti ada yang nak iman sekental iman para sahabat yang dulu..
banyak soalan yang timbul.
macam mana iman mereka boleh jadi sekental itu?
kuatnya. Allah adalah segala-galanya.
tak takut mati demi Islam.

persoalannya, boleh kah kita umat manusia yang sekarang ni dapat lagi iman yang macam tu punya gaya?
jawapannya boleh. sebab apa dengan penuh kepoyoannya saya cakap boleh?

sebab tuhan yang ada pada zaman dulu sampai sekarang adalah tuhan yang sama. iaitu ALLAH.
credits to izzat najmuddin. dia kasi tazkirah masa kat masjid. suka sangat tazkirah dia.
cara dia kasi tazkirah macam orang tua. ulasan yang matang dan bernas. :)



cakap pasal demam balik.
time demam-demam macam ni lah kesian dekat mak.
sebab tak dapat nak tolong dia buat kerja rumah banyak-banyak
tak larat oh! memang time demam terus susut badan. jadi macam hapa ja.
muka pucat lesi macam nak makan orang. (tu yang mak dok sebut-sebut)



to mak, nanti bila orang sihat, orang tolong balik
even masa sihat pon tak lah banyak sangat tolongnya tu. tapi still berguna lagi la kot?
heee~ badan, cepat sihat eh! nanti boleh tolong mak banyak-banyak!
yipiee!!

*dekat rumah bila cakap dengan mak tak guna orang-orang nih. guna nama lain. segan kot nk tulis nama tu. so tak payah tahu. sibuk jak!* heee

Tuesday, March 29, 2011

micost. (farmasi)


comel oh ubat-ubat nih.
kalau ubat sebenar macam ni juga, 
mesti ramai orang suka makan ubat.
*andaian sendiri yang tak masuk akal*
ngee ^^

orang micost call. mintak result spm. then kasi jelah.
dia cakap ak boleh go for farmasi. hm.. 
farmasi?? hm.. tak minat sangat bah
cakap pasal farmasi ak ingat kat anak naga pulak.
dia kan gila nak ambil farmasi.
tapi tu swasta oh. yuran dia around 36k. kira murah la kot. 
sebab biasa nya ada yang charge sampai 60k. tak ke gila tuh?!
pinjaman segala bagai semua micost yang urus kan.
hm.. aku tak rasa ak nak pergi.
tapi isi jelah form tu. sebab online kan..
kalau main post-post bagai, tak terdaya kot
aku siap tanya bidang kerjaya kalau aku dapat diploma or degree or master.
dia kata, kalau diploma aku akan jadi pembantu farmasi something-something~
kalau degree aku akan jadi pegawai farmasi.
kalau amik master jadi lecturer pon boleh.
dia ada juga sebut pasal nuclear farmasi. 
jangan tanya aku apa-apa pasal nuclear farmasi. tak sempat search lagi.
nanti bila aku dah search, ak cakap menatang apa tu.
:) :) :)


tak bosan ke kalau kerja setakat duduk dalam makmal?
tak rasa nak muntah ke kalau hari-hari asyik nak kena bau ubat?
tak bergaul dengan orang sangat pon.
hm... that's not me!
ak jenis yang suka berinteraksi dengan manusia.
bukan mesin.

jumpa cikgu-cikgu tercinta

Alhamdulillah, seperti yang dah lama sangat dirancang segala bagai semua, akhirnya dapat jumpa juga cikgu-cikgu. pegi dengan siapa? for sure dengan kawan tercinta ku it!! (WAN NUR SUHAILA BT WAN SOBRI) dia ni memang selalu teman ak pegi mana-mana. baik betul lah! hahaha. nak pergi sekolah dia yang datang ambil dekat rumah. masa nak balik pun dia yang tolong hantar kan. baik kan? kalau mak aku minta tolong buat macam tuh, hm.. kirim salam la eh. tak usah nak dok berangan! lagi pun my mother,, dah tua sangat. dah  tak larat lah nak hantar menghantar nih. yang dia larat apa ja? pergi kelas mengaji dia. tu memang dia larat!

cadang nak jumpa abi zahir dekat saujana. abi kata 10.30 baru free. so sue bawak pergi makan MCD kat prima. ingatkan sedap sangat. rupa-rupanya, alah biasa-biasa ja. well sebab aku ni tak berapa nak reti makan fast food, so sue je lah yang pilih. lepas makan tu, perut mula rasa macam pelik-pelik. tekak dah rasa loya-loya. haih~ nak kena macam  hari tu balik ke? tapi tak pe.

lepas makan je terus pergi sekolah jumpa abi tercinta~ bincang-bincang sikit pasal masa depan then nak kena balik amik hanif *adik sue. hah! masa jumpa abi tu jumpa hamidy. banyak bincang dengan abi pasal flow nak amik law lah. sue punya hal tak sempat sembang pun. sebab adik dia tunggu kalau lambat nanti nangis pulak si hanif tu.

hanif darjah 3. mmang masa dah sampai kat sekolah dia, nampak dia macam kesat-kesat mata. aku pun tanya "eh sue! dah nangis ke tuh" hahaha kesian budak tu. nasib baik kaw comel. kalau tidak, mesti buruk oh nangis! hahaha

lepas tu lepak-lepak kat rumah sue dulu before terus pergi maahad. time ni memang rasa kepala nak pecah oh! mak sue turunkan kat bus stop. ingat nak naik bas. tak jadi naik teksi. terbang 10 hengget ak! weh mahal siot! tapi nak buat macam mana.. dah tak larat sangat dah~

sampai maahad terus jumpe umie bagai~ bincang-bincang sikit. ada tanya pasal 'amira punya result. ke mana dia nak pergi. hm.. tak tahu lah. nanti-nanti ak surf kaw nak ambil apa. lepas jumpa umie terus pergi tengok-tengok sekolah. cari cikgu-cikgu favorite. malang nya mereka ada meeting. ceh! then balik.. naik teksi lagi! another 10 hengget terbang lagi. oh duit!!! hahaha. sampai rumah mak sue yang hanta. fuhh nasib baik ada sue! kalau tidak.. perh! 

nk upload gamba. tapi nak buat macam mana kan, my card reader hilang sauda~ 
maka nanti-nanti la eh? ngee^^

Monday, March 28, 2011

manusia aneh

malam tadi mina text ade no aneh masuk kat phone dier
nak berkenalan bagai. mina pon tanya saya mintak tolong identify tu nombor siapakah.
maka check... tak ada dalam phone book.
then terus call nk tengok siapakah manusia yang aneh nih.
dier pon angkat. ceh buat2 macam no sesat la konon -.-
tape2 skip bahagian tu.

saya ni jenis yg gila2 happy2 jak.
tiba2 ade no pelik masuk. weh tahu tak dah pukul berape?

bukan malam dah! pagi dah kak oi!!


pendek kn citer lagi.
dier tanya saya siapa sume bla bla bla~
suddenly, dia tanya berapa berat dan tinggi.
perh?! terkezooot oh! first time jumpa manusiawi yang begitu pelik.
kalau dah kenal saya nih bertahun berbulan, dah jadi kawan kat sekolah,
cool la lagi kot dengan soalan tu. ni tak sampai 5 jam! dah tanye soalan tuh.

saya jawab ke tak? heh tak kuasa~ 
macam nak cari bini je oh tanya soalan jenis macam tuh.

aneh kan manusia nih.
tapi budak nih sopan oh. tak jumpa lagi lah budak sesopan ini
macam nerd pon ada gak.
hahaha

ada satu lagi!!!
dia cakap macam nih 
"awak hati-hati saya ni jenis suka kaji orang"
*heh ada ak peduli? nyeh~*
hello~ i'm a good observer too~

ngee^^
tu je cerita pasal manusia aneh!
sekian trimasso!
>.<!

anak naga

haha gelaran baru tuk kaw!
suke pulak ak name tu.
anak naga! 
hahaha
tengs weh jadi kawan bosan ak.
hahah kejam seh -.-
tade2 bukan time bsan je. time bila-bila pon lah.
tengs eh wahai 

anak naga!

 
comel kan benda hijau nih
:))
ngee~~ 
~^_^~

ak ada jugak nk cari yg lebih smart. 
tapi,, semuanya ganas!
so,, kaw  terima jelah eh
HAHA

busuk!


saya busuk!
so what?

ada masalah ka?
ngeee ^^

Sunday, March 27, 2011

future 2

bercita-cita nak jadi peguam. dulu-dulu masa kanak tergedik-gedik nak jadi doctor like my kak teh and kak cik. nampak macam smart je. pandai je. orang pon respect je kat kita. yelah. doctor tu!! bila dah tua sikit mula kenal kak yana. rapat gak dengan kak yana nih. (bancik's wife) kak yana ni lawyer. dengar ceritadia best gak jadi lawyer. tapi kena jujur lah. dugaan banyak oh! senang gila lah nk dapat duit haram. sebab tu lah kena berlaku jujur.....

after tengok result SPM yang teramat 'cemerlang' tu, memang kirim salam nk amik medic. memang terkial-kial lah kot. tapi tak boleh nafi lah jauuuhhhh kat sudut hati, ada rasa nak ambil medic. tapi.. tak pelah mungkin bukan rezeki. sekrang nih memang hati dah cekal nak amik law. insya Allah~~ tak cakap insya Allah tak jadi.

pasal law nih, ingat nak ambil dekat USIM. tetapi, kalau USIM, tade sivil law! rugi lah. so nk amik kat UIAM. tapi,, BI dapat B la pulak. -.- so tak boleh. then nk pegi UKM. tak boleh masuk melalui matrikulasi. kene ambik STPM dulu. F6? hm.. macam tak nk je. tinggal lah UM. tapi... nk USIM or UIAM! gerh! nak buat macam mana nih?? kene istikharah lah! itu yang terbaik.

nak ambil F6 tak nak amik kat maahad oh! sebab.. erm.. biarlah rahsia. tapi kat situ jelah yang paling dekat dengan mak. mak cadang masuk SAAS. SAAS? oh my geee. tak nak masuk sekolah biasa dah. cukup lah sekadar F1, F2. F3, F4 kat sekolah biasa. taknk dah. saya tak kuat!!! grrrrrrrrrr dugaan kuat kot. saya ni bukan nya besi. tapi jeli je. senang hancur kot! hm...

kena tanya Allah nih. sebab hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk kita. sebab kan dia yang ciptakan kita. right? >.<

YA ALLAH, KU BERSERAH SEGALANYA KEPADA MU~ :) :) :)

future 1

hm.. lepas SPM ni baru mula fikir pasal masa depan. bukan maksud dulu2 tak fikir. tapi ni lebih serius lah. yelah masa dah semakin dekat.....

bila fikir nak amik course ape, mesti terus fikir macm ni ' ape kerja saya selepas grad? berapa gaji saya boleh dapat? macam mana kehidupan saya selepas itu? kalau saya amik course ni macam mana? gaji masyuk tak??' tu antara soalan yang secara spontan terbit daripada hati/otak or whatever~ kat sini nampak sangat kita ni hanya memikirkan duniawi semata. selama mana sangat kita nk hidup kat dunia nih? forever? heii tu semua orang tahu. kita nanti nak mati dah~ so dunia nih... hm.... hilang jugak.

malam tadik abang ku bancik datang umah. menyembang dengan mak macam biasa lah. sampai lewat malam. sampai isteri tercinta call berkali-kali baru lah balik rumah. sampai-sampai je, bancik terus memulakan muqaddimah tazkirah nya. macam biasa lah~ then dier cakap pasal future. dia tanye 'fahimahakim, kamu nih nk belaja sebab apa? apa niat kamu? fikir macam mane?' hm.. nk cerita semua memang mintak simpang lah~ tapi dier sebut macam nih "bila kamu belaja nanti, dah graduate bagai, sampai time nak kerja. kamu kena fikir apa kerja yang boleh memberi manfaat kepada ummat muhammad? apa sumbangan kamu terhadap manusia sekeliling kamu. benda ni kamu kena fikir sebelum kamu decide untuk amik sebarang course. bila kerja nanti, cari lah pekerjaan yang akan menyebabkn Allah sedar akan "kewujudan" kita atas muka bumi nih. biar kita ni "wujud" di mata rasulullah dan Allah taala."

hm... betul lah apa yg encik bancik ni cakap. maksudnya, selama ni saya dah lari dari konsep. memang dari dulu sampai lah semalam..asyik fikir ikut pattern lama sahaja. kerja ape? gaji beriban tak? org respect tak? hm.. semua dunia. masya Allah~

bancik sambung lagi. 'kalau kamu kerja asyik fikir guna pattern lama tu.. sama lah kamu dengan binatang.' huh binatang kasar sangat. bancik pon tuka.. 'sama lah kamu dengan haiwan' *ade beze ke? ok sambung balik 'kenape bancik cakap macam tuh? sebab tengok lah binatang. sentiasa menyesuaikan diri untuk meneruskan kehidupan sendiri sahaja. contoh, kalau sejuk.. oh ak kene pindah tempat panas... nanti lapar, ak mati~ betul juga tu. maka,, untuk membezakan kita dengan binatang ialah sentiasa fikir apa sumbangan yang kita boleh buat selagi mana masih lagi bernyawa atas muka bumi ni...'

mak suruh amik bahagian agama something2. hm.. WUARGH!!! gua tak mau! sebab apa saya tak nak? sebab.... taknak terikat dengan identiti yang terpaksa dibawa oleh mana2 ustazah. hm.... saya nih,,, grrr tak lah baik mane. means alim lah konon~ lebih kepada perangai gila2. ngeee ^^

sebab cakap macam tu dekat mak, mak pon cerita lah kat bancik. hm.. mak2 memang tak boleh simpan rahsia. grrrr. bancik pon berilah 'sedikit' peringatan tanda kasih dan sayang nya~ dia cakap ' kenapa nak rasa terikat pula? sebenarnya memang itulah identiti yang mesti kita bawak. tak kira kat mana2 pon kita berada. tak kira apa course yg kita ambil. sebab apa? sebab kita ni kena bawa identiti Islam~ maka, identiti yang kita yang kita kena bawa ialah identiti Islam!!

haih~ tersedak dengaar bancik berkata-kata. wuargh!!! jaoh nye hati dari pada Allah taala. jauh. terlalu jauh!... sekarang kena kembali ke arah jalan yang sebenar.... hati, kembali lah kepada fitrah mu yag satu~ :))

membebel

tulah! masa tengah ada card reader tu bukan nk jaga elok-elok!
simpan elok-elok! lepas guna main campak je kat dalam bilik tuh
entah kemana jatuhnye pun tak ambil peduli. ngeh~
satu pengajaran. lain kali simpan barang elok-elok.
jangan bila dah hilang baru nk buat kecoh! grrrr

sebenarnya saya nk upload pic2 gedik ke dalam kompite.
gedik ke? heh tak reti nk buat stail gedik la weh. buruk!
banyak pic2 yang ada dalam FB tu perh. macam sexual harassment pon ada gak!
bajet lawa lah? heh! jual muka! urgh! that's not my style~

tapi ape-ape pon frust! my card reader kena telan dengan anak naga! HAHAHA
anak naga. haha ganti lah nama die. anak naga. best gak oh! haha
*lari topic~

dah2 jangan merapu. cukup2!!

MORAL OF THE STORY

  1. TAK PAYAH TANGKAP GAMBAR STYLE GEDIK2. BURUK!!
  2. JAGA BARANG ELOK-ELOK. DAH HILANG JANGAN BISING! 
  3. WALAU APE PON YANG TERJADI MESTI ADE HIKMAH~ *TK (tiada kaitan)
ngeee~

merlin!!

wah sekarang nih memang makin menjadi-jadi kegilaan ku terhadap cerita nih.
kenape?? nyeh~ gua pon tatahu~ ade org kata encik merlin tu hensem.
nyeh. hensem ke?? ak rase,, org tu lagi hensem! hahaha
meh bia ak post si encik merlin ;


ni lah MERLIN! 
hensem ke? muka tua la weh~

ada jugak org kate si prince auther tu yg hensem? nyeh? hm....
ni pulak gamba dier;


hensem ke cenggitu? no komen~

tapi yg pasti akmemang suke gila watak si tua tuh.
comel oh. wise, sengal pon ade gak!


ni episode yang paling jijik.
kenape? malas citer~ 
ngee^^

cerita best mesti lah ade watak gila punya jahat kan?
ni watak jahat nye. morgana dan jugak morgouse. 
betol ke ak eje tuh? arh pedulikan~ -.- ~


ni morgana.
nmpk kejahatan kemukaan die kan?
even cantik, tapi busuk dalam,
tak gune la weh!


ni pulak kakak si morgana tuh.
dier lagi cantik.
tapi lagi gila punya jahat! 
same je dorang tuh
-.-!

sebenarnye lah kan, ape tujuan ak tulis sume nih?
hm.. nmpk sangat manusia sekor nih tengah bosan

grrr. ye saya memang bosan -.-!
tapi macam mane pon nk selit sikit la.
sebenarnya ni lah cerita2 yang direka untuk melekakan umat Islam.
yelah. sebagai sontoh diri sendri lah~ x pyh cari jauh-jauh.
sebab tengok citer ni sanggup pulak tunggu. tido lambat.
nanti bangun subuh... bukan setakat subuh gajah! tapi subuh dinosour dah jadinye~
haih~ fahimahakim~~ ape nk jadi la kamu nih

ngeee~~~



firaun




perh hari ni. ada makhluk bertuah tuh cakap yg saya nih 
"kejam macam firaun"
perh terkejut beruk kot!
tapi dia bergurau je. saya tahu tuh.
tapi tah kenapa.. rase macam.... NGEEE!!!~
yelah, semua tahu firaun macam mana...
huh tak reti nk hurai panjang2.

**kesimpulannye,, bila bergurau tu, berpada-pada ye. :)
-ingatan kepada diri dan juga sang sahabat-

**kepada yang berkenaan. maaf.
kaw tak payah marah.
cool suda~**
ngee~~

ana, enti, enta

tadi baru jae lepas cat dengan kawan lame. kawan yo oh yo oh mase muda2 dulu.
well mase muda2 sebelum dapat pencerahan agama, memang perh. macam jahiliah je.
huh teruk betul bunyi nye tuh. tapi tu hakikat. tak boleh nafi~

chat lah dengan kawan lama yo oh yo oh nih. nk tahu ke sape? hm.. orgnye kecik2 je dulu. budak koop saujana impian. baik.. hm.. dan dier bukan perempuan. dari dulu die nih ada gaya pak ustaz.
dan gaye dier sume same dengan sorang ustaz kat saujana tu. ustaz KKQ.
alahai~ lupe pulak dah name ustaz.. ustaz!! maafkan saya. saya lupa.

dah lame tak jumpa die. tak tahu dah besar ke belum budaknye.
kawan study sesame mase kat sekolah. lawak!

oh tak moh cite banyak2 pasal insan nih. nanti tak sampai ape hakikat sebenar yg nk cakap.
die ni lah satu2 nye manusia yang secara tiba2 je suruh gune ana, enti, enta.
at first tu memang rase pelik yg amat lah. mase kat sekolah dulu. perh ganas tak pyh ckp.
stail dak seklah biase lah. mane de nk lembut2 bagai~ brutal je sume. (sesetengah je)

masa dia suruh gune panggilan sopan tu, reaksi pertama memang tercengang. kekok, bagai lah~
tapi... ak nih jenis cepat adapt. tu yg masalah tuh. maka.. gune lah kata ganti diri sopan tu BILA BERCAKAP DENGAN DIE!

tetapi,, bila dengan org lain, macam tak terkeluar istilah tuh. kalau bukan aku kaw, paling2 saya awak sahaja.
tak sanggup nk gune. hm.. nasib lah~ nanti2 bile ak join program 'J' kat U nanti... mungkin biase...

ape2 pon kat sini nk rakam kn terime kasih banyak2 kat kawan kecik tu.
*lepas nih kene buat latihan membiasakan diri~
ngee ^^

Thursday, March 24, 2011

-..-

hm... kembang hidung bace komen kak bb ngn sue
ape mende tah direpekkan~

nyeh~


sue! kaw perli ak pe? 
ak tade keje la weh. then ber blog je lah


akk! ape yg 'manis' nye?
imah tak taruk gula pon!

result

huh akhirnya penantian berakhir~ berape ak sapat? takkan ak tulis kat tempat public macam nih. never! nk tahu tanye ak. tu pon kalau ak nk kasi tahu~

perasaan amik result: best woah! tak tahu nk kate. mule2 tu perh cuak habis. zikir je kan banyak2. nk cakap ngn org pon. haiyaa tak lalu~ hm,, lepas amik, dah tahu result. reaksi "oh yekeh? hihihi" tak macam budak sengal ke tu rupe gaye nye tuh? tak rase sedih oh. seronok pon idak la jugak. tapi seronok tengok kawan2 yang perh gempak2. tak tahu kenapa, ak happy gile tengok diorang~ yipiee!! kawan2 TAHNIAH!

macam biasa, kawan yang paling ak nk tahu adalah dia. then ak pun tanye.. result dier sedih macam nih :(((. ak dengar pon sedih. mase tu ak rase macam nk je kasi result ak kat dier. eceh boleh pulak tukar2 geh! tapi nk buat macam mane kan, dah itu bende yang ak fikir mase tu. tibe2 je rase macam ak ni 'malaikat' je mase tuh. hahaha

ramai kawan2 ak yang sedih sebab tak dapat target dorang. memang patot sedih pon. dah kite target tapi tak dapat. sedih tuh! tapi tah kenape,, ak nih begitu cool je. macam tade perasaan. haih~ cume segan banyak kot kat family sendiri. perh mereka hebat2. tapi tak pe. nk buat cenne. salah sendiri. jgn pandang org lain pulak lah~ ak boleh pulak tenang kan orang. macam lah gaye ak nih dapat straight A+. heh! poyo je fahimahakim nih. nyeh!!!

Tuesday, March 22, 2011

BALIK KAMPUNG!?!


esok, abah nak balik perak. 
nak ambik embah datang duk kajang. ngee~
(sebab dah ade keter baru, so selese sikit nk drive jejaoh)
THEN nak balik kampung la kan?? wah!!!!
macam mane nih?
kene sediakan payung nih

prepare tuk serangan 
"imah berape kamu?"
"imah macam mane kamu?? ade rupe si pidaus idak?"
hm... macam mane nih? arh! hate this!!!! ciss
ok jawapan yg ak kasi
"apesal tanye? sibuk je"
eh kurang masam sangat tuh takboleh2
baik sikit.. hm.. ok mcm nih
"tak kesah lah berape2 pun,, tak kacau hidup kome pon~"





perh baik punye~ hahaha ak rase jawapan paling bernas ialah:
SENYUM!! TAK PAYAH KATA APA2~



result!

oh my geee

hahaha ape punye bende ak ngarut tuh?
wah esok result. hari yang ditunggu2 dah datang

once dier datang, takut la pulak. 
mase tengah tunggu tu perh punye lah membebel kate lambat lah bagai~ 
heh. sekarang nih, tinggal nk tengok kertas tu je lah.

hm,, agak2 berape eh? hm.. tak kesah la~
yang ak tahu, ape yang ak dapat esok tu, semata2 anugerah Allah.

nak kate useha ak,,
nyeh~ kirim salam~~
ok.. kawan2!!!

all the best! ^^

Monday, March 21, 2011

...

dah banyak kali nk post samting
tapi ta ter tulis pulak. mate berair2. 
akibat main kompiter sesangat. geh
tu lah degil lagi!
esok, jumpe dokter gigi


eh!! bulan 5! nanti pegi ziarah kaabah!
wah seronoknye!!

Thursday, March 17, 2011

Mencari Ketenangan Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mencari Ketenangan Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

cukup kah?


Demi al-Aqsa Tercinta
Wahai manusia,
Demi al-Aqsa tercinta,
Jangan sekali kau kata kau tiada daya,
Diam seribu bahasa,
Mampu berdoa cuma?
Namun,
Apakah erti doa,
Jika usahanya tiada.
Rumah Allah itu kian dirobek,
Saudara seakidah kita pula,
Terus dibunuh, dan diperkosa,
Sungguh kejam, sedangkan mereka juga manusia.
Namun kita,
Hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja?
Tergamakkah kita?
Bangkitlah kalian,
Demi al-Aqsa tercinta.
Tepuk dada,
Tanya hati,
Sudahkah cukup aku berusaha?