Monday, April 11, 2011

ERK! malam nih rasa macam.. macam.. erh!

post kali nih tak de gambar. 
dan mungkin agak tak sopan. -..-


okey.. hari nih aku dah buat kerja gila. *guna aku la eh? sekarang macam tak dapat nk guna saya. maaf.. hm... malam nih. haih~ aku sendiri tak sangka. bia betul? huh! ok2 biar aku cereterita apa aku dah buat malam nih. hm..

ok cerita dia macam nih. ada lah satu page dekat FB nih. pasal pencarian lelaki sweet tah kemende tah~ malas aku nak habiskan ayat yang ketot itu. page nih kira macam menggalakkan orang tanyang muka kat FB nih. aku serious kata yang lelaki tu, tak kesah. tapi nih yang perempuan tuh. haiyaaa. berat oh! berat-berat..

entah kenapa rasa macam ishk tak senang hati betul lah tengok page nih. rasa macam ishk! tak puas hati sungguh. haih~ nak buat sesuatu!! maka oleh sebab diri ni tak reti nk berbahasa basi.. try tanya kawan-kawan.. hm.. respond yang tak best oh aku dapat. tapi ape korang cakap tu betol sangat. sampai aku dah rasa macam tak nak buat je. serious oh. rasa macam.. hm.. haih~ erh~

TIBA-TIBA-TIBA jumpe encik takutake. dak nih hati batu sikit. sikit lah. cakaplah dengan dia pasal dilema tah hapa-hapa aku nih. sembang punya sembang, daripada dia ni lah lah aku dapat merialisasikan apa yang aku nak buat. heh?! besar sangat ke pengaruh dia kat aku? hahaha~ apa-apalah korang nak fikir~ ngeee hm.. dia pon kasi ayat kawtim punya. perh best arh ayat tuh! tapi,, macam ganas sangat pulak..
ayat dia macam nih:

alah lupe lah.. hm.. lebih kurang la eh. "apekejadah korang buat page nih? islam ke kapir? nk jadi ikon amendenya korang nih?! sepatutnya yang nk jadi ikon tuh nabi muhammad. buakn entah sape2 je. permpuan pulak. tengok lah aisyah" banyak dia cakap. ayat BAIK punya~ :) ~ tapi sebab aku tak save, tak reti nak ulas balik. heee

sebab ayat tu macam hapa je, macam ganas sangat, kononye nak tukar lah. heee. akhirnya keluar ayat tahi ayam jugak! ><  lama tau aku karang ayat. huh. tengok ayat yang terkeluar:

mencari ikon? ikon untuk apa wahai admin? ikon untuk merosakkan manusia ke? ikon untuk menjahanamkan lagi akhlak? hm?? macam tuh? saya yakin admin nih seorang muslim. kalau saya salah, kasi tahu eh. ikon kita sepatotnya nabi muhammad. bukan tah mana2 lelaki tah nak di jadikan ikon. entah HAPA-HAPA JEK! tu hat yang wanita2 terhormat tu. bangga sangat ade kulit muka yang licin lagi gebu? so, nak tayang lah? heh!tak guna la. kita ni perhiasan ja. ingat juga hawa nih kunci fitnah akhir zaman. so korang nk dedahkan muka korang yang cun melecun tu untuk siapa? cairkan hati lelaki? waste your time~ lepas nih ada lah lelaki2 yang terimbau2 muka comel korang tuh. bila dorang teringat2 bukan setakt tu jek. lebih dan lebih tahu?? then masa tu... zina dah berlaku. zina hati.. so, kepada anda yang molek2 belaka tuh... kesian. dapat dosa kering 24 jam. dan kepada admin yang menubuhkan page tak guna nih, lagi best! lagi banyak dosa hang! sebab menggalakkan lagi apa yang berlaku. so, wahai admin.. kaw fikir lah ape yang kaw buat nih ade kebaikan ke?? ade manfaat?? hm.... aku just cakap sekadar nk memberi peringata. dalam quran ada kan.. (manusia itu dalam kerugian kecuali MEREKA YANG BERPESAN2 DENGAN KESABARAN DAN KEBENARAN)


tu yang aku post kat wall tu. dah siap taip nak tekan share pon takut. erh. bukan takut tau. tapi rasa yang macam mana entah~ tak tahu nak kata. cuba lah try sendiri. heeee at first, aku tak serang terus oh. bajet macam nk try baik-baik lah konon~ padahal hati erk?!!!


entahlah... sejak kebelakangan nih aku sendiri rasa macam aku nih lain macam. lain macam mana, aku pun tak tahu. haih~ aku rasa macam.. hm.. tak gunalah setakat nak cakap belakang. apa dapat? tak ada apa yang berubah pun kan? so, bagi aku, kalau tak suka tu, terus cakap. aku bukan maksud fire eh. maksud aku.. hm.. pandai-pandailah. guna cara sendiri. kakak aku pernah cakap "dalam diri pendakwah nih kena ada lembutnya. tapi bukan sentiasa. ada time kita kena keras. hapa ingat dakwah tu satu cara je ka? dah tak boleh kot tu, kita try kot ni pulak.." banyak dia cakap. hm.. bab dakwah-dakwah nih, aku tak reti nak cakap sangat. sebab aku bukan buat pun... nak tegur orang pon... haih~ macam lah syumul sangat aku nih. ape dah~~


hm.. cakap pasal tegur orangkan.. kawan-kawan aku ada cakap tegur orang yang rapat-rapat tengan kita tu lagi penting. yup! aku setuju tu 300% *bak kata ustaz solah. :) tapi bagi akulah.. kawan-kawan yang dekat dengan aku tuh, ada ramai lagi kawan yang seangkatan yang boleh tegur salah silap semua bagai. sebab kita satu pemikiran satu malaysia. *heh ape kaitan?!! penting jugak oh keluar daripada lingkungan lama kita. iaitu lingkungan selamat. "safe zone"~ ye lah. sampai bila kita nak cakap bab agama dengan orang yang pemikiran lebih kurang kita-kita ja? bila kita nak keluar? kembangkan skill gitu~ entah lah. ni pendapat aku aja. setiap orang pendapat berbeza. pendapat kita tu pon based on pengalaman kita sepanjang umur kita... aku lain, kaw lain, dia juga lain. jadikan yang lain-lain itu unik. gunakanlah kelainan itu. sebab daripada kelainan tu lah hidup berwarna-warni *tak ada kaitan~


sekian sahaja. post nih agak kurang sopan. ye, saya tahu. *eh ada ke post aku yang sopan? macam tak -..-!




oh ya! the end of the stori is, aku di remive oleh page jahana** tuh. malah aku juga di block oleh admin ta***a tuh.. dan, paling penting post tuh kena remove sekali. x ramai pon dapat baca. heh! sorang je sempat like. then dah hilang. tak ape-tak apa.. aku ada lagi jalan nak buat macam mana... heeee


kat sini sekali lagi aku nak rakamkan berjuta terima kasih kat encik TAKUTAKE! ada guna juga kaw ni eik? hahaha kidding2~




akhirnya ku berjaya!! 
alhamdulillah~
:)

No comments: