Wednesday, April 27, 2011

hala tuju... kemanakah akhirnya?

assalamualaikum...

baru-baru ni keluar keputusan matrik. memang tak target dapat pun. sebab rasa macam tak dapat. iyelah~ mana taknya.. result pun tak seberapa.. so, nak gantung bintang di dada langit pun tak lah sebegitu berani. takut tak dapat nanti frust. better serah je kepada Allah taala~ :)

dan alhamdulillah ditakdirkan dapat. kat selangor. dapat jurusan sains. hm.. ok.. dapat.. alhamdulillah sekali lagi. :) bila dah dapat nih maka, terbukalah situasi untuk memilih. nak atau tidak. wah! keputusan yang besar nih. tak boleh fikir semata-mata guna akal dan rasional sahaja. kena rujuk yang Maha Tahu. semoga dapat yang terbaik.. insya Allah.

sebenarnya, dah nampak hala tuju ke arah form 6. oh~ form 6.... sebab nak amik undang-undang. tapi  tak nafilah dalam hati ada juga cita-cita nak amik bidang sains nih. tapi sebab takut konon-konon menafikan kehendak diri yang satu tuh~

undang-undang dan juga bidang sains. tak ke satu perkara yang memang dah bercabang habislah. so, memang kena minta petunjuk nih. kita minta petunjuk bukan setakat bila nak kawin je. nak pakai baju apa pun minta petunjuk dulu. ni dengar dari ceramah mana tah~

hm.... nak amik matrik ke form6? ok.. soal itu ketepikan dulu. sebab tak start lagi istikharah. sekarang nih, sebelum ambil apa-apa keputusan, kena jelas apa yang ditawarkan dalam program matrikulasi tu. macam mana gayanya. antara soalan yang perlu jelas

  1. ke mana hala tuju selepas matrik.
  2. boleh ke saya nak masuk universiti ini _____
  3. matrik nih under apa? means, untuk luar negara ke? dalam negara ke? 
  4. seandainya saya nak tukar jurusan macam mana? saya dapat jurusan sains, tapi saya nak ambil jurusan perakaunan. nak ambil bahagian undang-undang. macam mana flow dia

banyak lagilah soalan yang kena tanya nih. macam biasa, thanks to my bancik lah! uh~ beliau sangat peduli akan adik-adik beliau. bagus beliau~ bangga dapat abang macam beliau. eh! yang lain pun ada keistimewaan masing-masing tau~

lepas nih keluar UPU pula. dapat tak? harap sangat dapatlah mana-mana. sebab target UPU tu number satu. hm... apa-apa pun.. ingatlah. kita hanya mampu merancang. merancang, merancang dan merancang. tapi hakikat kejayaan rancangan kita tu tak tahu pergi sejauh mana. perfect seperti yang kita rancangkan kah? atau, terus lari daripada landasan perancangan kita kah? siapa boleh pastikan hal ini? tiada siapa. sebab sebaik-baik perancang ada.lah rancangan Allah. terima apa yang kita dapat tuh. fikir positive. apa yang kita dapat pada ketika itu adalah yang terbaik daripada Allah untuk kita.  :)

No comments: