Thursday, April 14, 2011

hampas kelapa

duduk rumah dengan mak, banyaklah petua-petuanya kan. yelah. ibunda ku sudah masuk golongan vateran... heeee best gak oh even sometimes tu rasa tak syok sebab tengok beliau dah tak larat.. hurm.. hanya Allah lah yang menjaga mak abah~ :)



hm.. pasal petua hari kan.. belajar pasal hampas kelapa. tengok hampas kelapa tu sambil pegang muka. oh muka lama tak di scrub~ hm.. nak pakai scrub yang jual kat tesco tu nanti mesti ade komplikasi kulit punya. haila~ alih-alih tanya mak. "mak.. hampas kelapa nih dah tak ada guna ka?" mak jawab "eih! apa pulak! boleh buat kerisik.. dan-dan-dan" banyak lah mak sebut pasal hampas kelapa tuh. tapi bukan itu yang saya cari deyh~  saya "mak. untuk kejelitaan kulit tak da khasiat ka?" mak terus gelak kih kih kih "ishk! budak bertuah nih. itu yang nak ditanya nya. alahai~ ada lah. tu sapu kat muka tuh. tak payah dok bising-bising suruh mak beli scrub muka tuk muka kamu tu. simpan duit mak" hahaha oh emak~


mak, kalau bab duit. haila~ maklumlah cikgu ekonomilah katakan~
tapi abah lain oh! dia accountant! tapi.. hm.. bab duit.. da longgar sedikit.
lain-lain. sangat lain! >.<


best oh ada mak. yelah. sapa kata tak best ada emak kan.. even mak selalu "bernyanyi girang" kat anak-anak dia.. tapi itulah tanda sayang beliau pada kita. eh! pasal hampas kelapa tuh.. lepas mak cakap macam tu terus buat kat muka. wah! best!!! takda lah kulit kering macam hapa jak. dan kesan dia macam pakai scrub. cuma kulit tak jadi kering. best! sapa nak cuba tu silalah~ guna bahan dari dapur jek! free lagi! kesan pon efektif. no bahan kimia. amacam? semua dari alam. Allah yang buat. :)


hijaunya... sangat cantik! 
eh sungai ke tu?
lama tak pergi picnic satu family!!


hm.. tapi nanti.. kalau kulit dah jadi mulus cun melecun tuh.. tak payah dok tanyang kat FB ya? hee ingatan tulus ikhlas nih. sekarang nih jumpa page bukan-bukan, jadi risau pulak nak taruk gambar. haila~ pelik lah manusia zaman sekarang nih balik semula masa zaman jahiliah dahulu kala. haih~ akhir zaman~

lepas nih sapa nak banyak petua, cuba tanya pada mak-mak anda. mesti mereka ada banyak petua. tapi kalau mak-mak anda tu muda.. macam dah moden.. mungkin tak banyak tahu rahsia orang-orang tua dulu. so, maka, jadi, tanyalah nenek-nenek anda. cara ni boleh rapatkan hubungan korang dengan nenek korang. best 'berkawan' dengan mereka yang vateran nih. heee kelakar tau dorang nih. cool sometimes~ :)

bak kata zori.. "fahima nenek aku katakan.... " hahaha! dalam seminggu kat asrama tuh, rasa macam tak sah tak dengar ayat dia nih. hik hik hik! zau-zau! kaw lawak deyh! ishk! rindu kaw la pulak. haiyaaa

No comments: