Thursday, April 14, 2011

kelas orang tua-tua.

sejak duduk rumah nih, makin lembab otak saya berfungsi. kenapa begitu yeh? hm.. sebab lama sangat tak guna, cell-cell sume dah mendap. hm...

duduk rumah dah dekat 5 bulan eh? hm.. yekan jelah~ dah dua tiga kali gak ikut mak pergi kelas golongan vateran nih. biasanya ikut mak sebab ada urusan lain. dan kebiasaannya juga sebab terpaksa. tapi lama-lama, terpaksa tu bertukar menjadi rela~ :)

hari ni pergi kelas bahasa arab dan hadis. dekat masjid kajang jak. cantik masjid tuh. credits to dato' ujang bagong~ :) sejam belajar arab, sejam belajar hadis.

masa belajar arab tuh.. hm.. rasa macam takda cikgu sebaik my ustaz solah! dia boleh buat saya faham apa yang saya belaja. terima kasih ustaz ajaib!! >.< ustaz yang ajar kat masjid kajang tuh datang dari seberang. ok lah dia ajar. faham la gak. sebab dah pernah faham suatu masa dahulu. tapi masa tuh, ishk! teringat kat ustaz solah jek!! belajar arab, tak ada apa nak diceritakan sangat deyh~ belajar macam korang-korang belajar kat sekolah gak lah.

sekarang nak cereterita pasal pelajaran hadis. bukak topic pasal dajjal. huh! dajjal. dahsyat betol makhluk nih. haih~ jap-jap amik buku. tak hingat nak tulis apa nanti..... ok! dah buku dah depan mata~ :) 

DAJJAL~ 


takda satu tempat pon yang dajjal tak pernah jejak. kecuali dua tempat iaitu madinah dan mekah. sebab dua kawasan nih haram bagi dia. lagi pun, tak ada satu jalan pon tuk dajjal tembusi untuk ke dua tempat. kalau ada pun, jalan tu digaja oleh malaikat-malaikat yang berbaris. (maksudnya, macam pengawas buat lorong tuk masuk kelas ni zaman sekolah rendah lah.) dan, dajjal tu turun di satu kawasan padang pasir yang sangat tandus. kawasan tu tandus sebab pasir da masin. so, takada apa yang boleh tumbuh di situ... masa di dajjal ni turun.. akan berlaku 3 kali gempa kat madinah. masa gempa tuh akan berlari lah manusia-manusia yang fasiq, kafir, dan munafik. memang tu tujuan Allah buat gempa kat madinah. nak bersihkan madinah daripada golongan-golongan nih.   *ada faham tak apa saya taip nih? ayat agak erk?!! heee senang cerita, madinah berlaku gempa 3kali. orang2 yang tak beriman akan lari keluar. maka, ini lah tanda-tanda dajjal dah mari... hadis riwayat muslim~ :)

yang akan menjadi bala tentera dajjal ni nanti ialah orang-orang yahudi. seramai 70 ribu ketul manusia. manusia2 nih datang dalam keadaan yang lengkap dengan senjata segala bagai lah. dan manusia2 nih datang daripada iran. dari arah sana lah maksudnya..  *masa ni ada sorang pakcik tua kata. dia nih kerja kat jabatan audit kot? hm.. dia kata, yahudi dekat iran ada 80 ribu tak silap. so, lambat lagi la eh? hm.. tu saya tak tahu lah~ luar pengetahuan saya yang cetek nih. :)~



nabi bersabda: masa dajjal datang, akan lari mereka yang beriman ke gunung-ganang untuk menyelamatkan diri daripada fitnah dajjal. tapi, mereka yang tak beriman tu, akan pergi kat dajjal. minta serba serbi pertolongan lah gitu~ hm... *masa ni ada pula makcik tu selitkan. masa nih dah takda solat jemaah lah ya ustaz? ustaz pun jawab, nabi ada bersabda.. erm... apabila kamu ada dalam kalangan yang mana kebenaran itu jadi batil, dan batil itu jadi benar, maka.. pergilah kamu ke tempat-tempat yang takada orang untuk beribadat. kerana itu lah tanda-tanda dajjal nak mai~ *hm.. saya tak salin lah dari sapa kepada sapa sampai ke rasulullah tuh. saya salin isi hadis nya sahaja.


hm.. sini ada kisah. diceritakan oleh sorang sahabat nih. hm.... cerita dia macam nih. pada satu hari.. ada seorang yang beriman (OB) nih. datang ke tempat perkampungan dajjal. maka, beliau disambut oleh orang suruhan dajal ni. bila dia datang tuh, tentera dajjal (TD) interview dia (OB) berikut adalah perbualan mereka.
TD: kamu nak kemana?
OB: nak jumpa dajjal.
TD: adakah kamu nak beriman pada dia?
OB: aku hanya beriman pada tuhan ku yang satu.
TD: BUNUH DIA!! 

tapi, di tegah oleh sorang lagi TD. dia suruh bawa OB jumpa dengan dajjal nih.
sekarang, OB ada depan dajjal. maka...

DAJJAL: sembah lah aku. sesungguhnya engkau akan selamat.
OB: oh tidak sama sekali. aku hanya beriman pada tuhan ku yang satu.

dajjal marah. dia pun suruh orang telentangkan OB ni. lalu dia suruh tentera dia siksa orang nih. dia cakap 'siksa dia! pecahkan kepalanya! pukul punggungnya! dan pecahkan perutnya. lepas tuh.. dajjal tanya lagi. "sekarang, apakah kamu beriman pada ku?" maka, orang beriman tu pun jawab "oh tidak-tidak-tidak.. sekrang aku makin jelaslah bahawa kamu ini dajjal. makin kuat iman ku pada tuhan ku yang satu" dajjal tak puas hati. dia belah pulak orang tu sampai terbelah dua. dajjal tanya lagi. tapi, jawapan orang tu tetap sama. dajjal dah geram sangat, lalu dia nak amik orang tu tadi untuk disembelih pula. tapi, orang tu tadi bertukar menjadi tembaga something2~ so, dajjal pun campakkan dia ke satu tempat yang nampak macam neraka. padahal itu adalah syurga.. hm... ada point yang tertinggal. orang beriman tu ada cakap. "kaw buat lah sesuka hati kau keatas jasad ku ini. maka, selepas daripada ini.. kaw takkan dapat buat keatas manusia yang lain". hm.. mesti pelik kenapa orang tu tak mati-mati even kepala dia dah dipecahkan masa firt2 jumpa dajjal lagi. hm.. dajjal nih Allah kasi dia kuasa untuk buat macam Allah buat dengan izin Allah. faham tak? maksudnya, dajjal boleh hidupkan yang mati.. matikan yang hidup.. semua lah. tapi tu semua berlaku dengan izin Allah juga..... hm.. 

last sekali nabi kata, orang ni adalah orang yang paling besar imannya terhadap Allah. dan orang nih dapat syahid yang paling tinggi.... siapa orang tuh? hm.. wallahua'lam~ 

hm... kat sini yang paling penting ialah, macam mana kita nak kenal dajjal tu. dajjal tu adalah seorang individu. sebab terlalu banyak hadis-hadis yang membayangkan sifat fizikal dajjal tu macam mana. antara sifat fizikal dajjal:

  • buta sebelah matanya. dan diantara matanya itu ada tertulis perkataan "kafir" _bukhari dan muslim_
  • tulisan kafir tuh, ada yang kata.. hanya yang beriman sahaja yang nampak. yang tak beriman tak nampak. 
  • dajjal nih ketot! kaki dia kecik. kecik sangat. rambut dia kerinting macam maggie. kulit dia hitam. burukkan?~ hm.. ni ustaz yang discribe tau! :)
hm.. itu jelah nak share pasal dajjal. sori kalau penceritaan agak berbelit or what ever.. hm.. last sekali nak cakap.. kita nih, kalau berkfikir, jangan fikir secara logik semata-mata. payah. sebab nanti kita tak nampak perkara-perkara ghaib. faham kan? so.. fikir berdasarkan ilmu. dan.. jangan nak fikir banyak sangat benda yang pelik-pelik. contohnya... betul ke Allah tu ada? kenapa  ini kenapa itu? hm.. bahaya layan soalan macam tu! boleh lari aqidah kita. sebab bisikan-bisikan soalan tuh datang daripada setan~ maka.. apa yang penting? PERCAYA DENGAN AYAT QURAN. JANGAN DOK SIBUK DENGAN LOGIK SEMATA.

hm.. ok lah. marimar dah start!! tata!!! hm.. kalau ada solan or apa-apa tersalah cakap or ada penambahan.. sila kasi tahu eh. yang paling penting.. tegur kalau saya silap. heee~

ok sekian! :) 

1 comment:

Nur Najmina said...

wahai shbtku..x habis2 kamu dgn ustaz ajaibmu..haha mmg ajaib la ustaz ajaib nih..dah faham sudah fahimah yg keliru ini...hee