Wednesday, April 20, 2011

ketika aku sudah tua...

ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang semula.
mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku. ketika pakaian ku tertumpah sup, ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu, ingatlah bagaimana aku mengajarmu.


ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kaw dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan memutus perbicaraanku.

ketika kaw kecil, aku selalu mengulang-ulang cerita yang telah beribu-rubu kali kuceritakan agar kaw tidur.

ketika aku memerlukan mu untuk memandikanku, janganlah kau marah padaku. ingatlah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk membujukmu mandi.

ketika aku tak faham sedikit pun tentang teknologi dan hal-hal baru, jangan mengejekku. fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap "mengapa" darimu

ketika aku tidak dapat berjalan, hulurkan tangan mu yang masih kuat untuk memapahku. seperti aku memapahmu saat kaw belajar berjalan waktu kecil.

ketika aku seketika melupakan perbicaraan kita, berilah aku waktu untuk mengingat. sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting, asalkan kaw disamping mendengarkan, aku sudah sangat puas.

ketika kaw memandangku yang mulai tua, janganlah berduka. mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapi mu ketika kamu mulai belajar menjalani kehidupan ini. sekarang temani aku menjalankan sisa hidupku...

berikan aku cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur, dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu. kalbu ibu berkata, "sebab cinta, ibu melakukan semua ini nak" sungguh, jika tidak kerana cinta, langkahnya sudah terhenti. cintalah yang mengajarnya untuk menghapus kata lelah dan putus asa dalam kamus hidup seorang ibu.

sabda rasulullah saw yang bermaksud: reda Allah terletak pada reda ibu bapa. dan murka Allah terletak pada murka ibu bapa. (riwayat al-hakim)

sebagai anak, ingat bahawa sekuat mana pun kita beribadat tetapi jika kita tidak menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa, Allah tidak akan reda kepada kita.

sabda rasulullah lagi: sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu syurga baginya. tetapi sesiapa yang melakukan sesuatu yang tidak di redai oleh ibu bapanya, maka terbuka dua pintu neraka bagi nya....


hm.... baru je lepas baca satu buku nih. kemas bilik punya pasal jumpa buku yang best nih. apa yang saya tulis di atas adalah copy semata-mata daripada buku tersebut. hm... yang pasti terkesan kat hati.. part yang last sekali. mulakan hari dengan mendapatkan reda mak abah... hm.. banyaknya dosa.. astargfirullah....

kesimpulannya.. bangun pagi subuh tu kenalah awal. tolong-tolong mak kat dapur. tu perempuan lah kot?? tapi lelaki pon boleh tolong mak dia pagi-pagi tu. kemas laman ke. apa-apa jelah. teramat lah penting bangun pagi nih. hm... masa tu pintu rezeki terbuka. tapi bayangkan kalau masa tu kita dok tidur dengan penuh kenyenyakkan? aduh~ malang-malang~

sekian terima kasih~ :)

No comments: