Saturday, April 30, 2011

oh hidup



hidup tak selalunya indah..
langit tak selalu cerah.. 
bintang.. blablablabla 
*tak ingat lirik lagu*

lately nih,banyak naik dekat status FB pasal hidup masing-masing. ada yang positive, ada yang negative. itu bergantung kepada pemikiran seseorang. jika orang tu fikir secara matang, jauh, tah de hal. kata-kata yang dikeluarkan juga sangat menampakkan diri mereka matang. tu baguslah. tapi masalahnya yang negative tuh. ishk! meluat tengoklah. antaranya.... meh sini saya kasi copy and paste sebentar. yang negative la eh. yang positive tak berapa nak ramai. *BM hancur. -.-




aku benci hidup!!!
I said: macam tuh, tak payah hidup. mati je terus. tapi amal dah cukup?


HUJAN PLAK.NYAMPAHNYEEEEEEEE....
I siad: hujan salah, panas salah. kaw nak apa? tak reti nak syukur ke?


feeling like living in fucking hell......
I said: kaw pernah masuk neraka ke? pernah intai ke neraka tu macam mana? terer lah kaw! tapi pelik. kalau dah tengok neraka, mesti kaw seram. so, kaw akan try untuk bersyukur dan terima hidup nih. tapi...... hurm....


aduh!knapa ngan aku nih?
I said: akhirnya!! dapat juga hidayah nak muhasabah diri. bagus2


ko mane tau idup aku camne.cam nerakeeeee
I said: kaw yang buat hidup kaw macam tuh. tak payah nak buat perbandingan yang hyperlah~ neraka tak terbayang!


dah mmg camni idup aku.asyik2 kalo salah,aku yg kene :(
I said: kenapa nak ego? dah salah. namanya pun salah. terima jelah. orang marah nak perbetul! ape dah~






semua nih dapat daripada orang yang sama. sedihkan hidup dia. kesian tak? hm.. saya cakap, tak kesian pun. sebab saya memang kenal dengan si dia nih. dia memang pelik sikit cara dia fikir. honestly, SANGAT DAN AMAT PELIK! tapi tulah. itulah kenyataan. tak rasa ke kata-kata tu menampakkan dengan jelas, terang dan nyata kita tak boleh tak terima hidup ni. hm.... sejujurnya, saya sendiri pernah terperasan rasa bahawa hidup aku lah yang paling malang, paling... paling.. paling... tapi kalau perasaan tu datang, kena cepat-cepat-cepat tepis! bahaya tahu!!! sangat bahaya!


kenapa bahaya? soalan tu sebenarnya, bisikan-bisikan syaitan untuk menyesatkan kita. first rasalah diri tak bertuah.. rasa malang.. rasa dan rasa dan rasa. berbagailah kaw rasa. bila dah rasa macam-macam tu, mula salahkan takdir pulak. maka, akan keluar pula ayat-ayat skema macam nih:


ALLAH MEMANG TAK SAYANG AKU!

TAK PERNAH KABULKAN DOA AKU!
AKU TAK PERCAYA DENGAN QADA' DAN QADAR!!
AKU BENCI HIDUP AKU SEBAGAI ISLAM!
ITU TAK BOLEH INI TAK BOLEH! KONON BAHAGIA! TAPI AKU TAK!! AKU BENCI!!! BENCI!! AKU TAK NAK HIDUP LAGI!!!!!!




pernah jumpa tak kata-kata orang macam tuh? saya yakin setiap orang mesti pernah. paling tidak pun kat TV. renung balik kata-kata tuh. itu dah masuk dalam bab iman tahu tak? haih~ benci hidup sebagai islam? tak suka? tak percaya itu ini? hm.. batal iman! lagi-lagi bila mana keluar perkataan aku benci dengan takdir hidup aku! MAKA! masa ini syaitan tengah berpesta! bersuka ria! mereka menang!!  yippie!!!!!!!!! *ceyh macam aku pulak yang tengah seronok -.- maka, sebab itu lah kita tak boleh layan perasaan yang tah hapa-hapa tuh. daripada situ, mulalah misi mencari ketenangan. kononnya jumpe bomoh-bomoh. atau penganut agama lain. tiba-tiba rasa tenang. daaaa! kan! dah habis~ hm... faham tak? 




 




yup! memang kita harapkan hidup nih happy sentiasa. baik segala. sempurna semua. tapi apakan daya... takkan dapat semua fantasi kita tuh. sebab manusia tak pernah puas. nak itu nak ini. macam minum air laut. makin diminum makin haus! itulah yang dinamakan cinta dunia. astagfirullah~~ pernah degar tak orang cakap macam nih : takkan kita rasa nikmat senang selagi tak lalui susah. takkan rasa nikmat gembira selagi tak lalui sedih. takkan rasa puas selagi kita tak berusaha. semua kata-kata falsafah nih dapat kat internet lah. kata-kata ni juga jadi pendorong semangat bila dah jadi macam ngokngek~ heee


maka, solution untuk masalah ini ialah syukur. fahami dan selami apa itu syukur. bila kita bersyukur, semuanya cukup. tak perlu apa-apa selain Allah taala *dapat daripada bacaan solusi* bila datang angin swing kata hidup ni macam nih macam tuh macam ni, tepis! itu bisikan syaitan. untuk menjadikan kita manusia kufur. doa tak dimakbulkan.. ingat Allah suka hamba-hambanya nya bermanja dengan dia. tengok lah kita sekarang nih. nak bermanja dengan tah mana-mana orang. bukan laki bini pun. tapi, lagak lebih dari laki bini. perkataan bawa malang, sial, malapetaka, bencana, *vocab hasil tengok cerita endon* tak boleh ada. jangan melebelkan diri sendiri begitu mahupun orang lain! tak ada sapa yang lahir untuk membawa sial. semua tu karut! semua yang berlaku daripada Allah. percaya dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. ni tak setakat duk sebut kat mulut boleh lah. bila nak praktik, heh! haram.. tak dapat. -..-


rasanya dah jelaskan apa yang nak dikata. terdetik nak tulis post nih sebab tak suka tengok orang update status yang ishk!! tak suka. tak gemar. yang tulis tu orang islam. tak rasa macam... hm.... apelah orang islam nih. cakap masa dakwah bolehlah. kena kat batang hidung sendiri.. dah jadi macam atheis. mana tuhan mereka yang hebat tuh. tu semua apa pandangan orang bukan islam terhadap orang islam bila kita keluarkan kata-kata macam tu. so, apa kesan terhadap agama kita? sila fikirkan....


oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri.. dan bersyukur atas kurniaan yang maha Esa~ :)






kalau salah bicara tersalah kata.. maaflah. kalau ada percanggahan pendapat sila utarakan. baru boleh berkembang. kita discuss. bukan nak cari gaduh. :) heee sekian terimaksih sebab sudi meluangkan masa sampai sini. :) 

3 comments:

smilenajah93 said...

fahima!!~ nk copy paste kat blog ak boleh???

suke sangat post nieh!

fahimahakimz said...

okeyh! tak ada hallah! :)

ummu-khaulah said...

suke gak post ni..patut la same cm post kat blog najah.. he3 :P