Wednesday, April 27, 2011

post kali ni tak bertajuk. lama nya tak membebel kat sini. malas nak taip. bak kata orang gedik "yaw! rosak kuku I nanti taw~" arh~ itu mereka. bukan saya.

baru balik daripada blog sorang cik comel nih. suka gak tengok dan baca dia punya blog. cereterita dia ok lah~ tapi tak pula cadang nak komersialkan blog dia kat sini. so, nak ulas sikit lah apa yang cik comel ni cakap... hm... masalah cintan cintun lah~ *gemar juga baca masalah cintan cintun orang. well sendiri tak ada pengalaman~ nak gelak pun ada bila dengar hikayat mereka....




cik comel ni bertanya tentang seribu satu soalan. *heh! karut la tuh~ sikit je soalan beliau. tapi... sapa yang baca soalan tu rasanya dah tahu kot jawapannya apa... sini antara soalan cik comel.

  • Kayy, dah ada couple tapi mengaku single? 
  • Tak text or call gf/bf sendiri tapi text or call orang lain? Dah bosan dengan pasangannya kah?
  • Tak tanya khabar gf/bf sendiri tapi sibuk tanya khabar orang lain.
  • Gf/bf sendiri tanak jumpa tapi sibuk jumpa orang yang berlainan jantina yang lain. 
 


hm.... sebelum tuh.. kenapa cik ni di gelar cik comel? hm.. tak perli tau! memang nak buat pengakuan jujur nih! sebab beliau memang comel. 

ok. back to the topic. saya ada jawapan kepada semua persoalan beliau. jawapannya satu sahaja. satu jawapan yang boleh memberi keterangan kepada semua persoalan beliau. jawapan dia ialah... "partner anda sudah bosan dan tidak berminat terhadap anda". mudah tak jawapan saya? mudahkan?! heee maaf lah kalau anda ada yang tak setuju or.. cuba mencari jawapan yang lebih sedap untuk didengar oleh telinga anda. sesetengah manusia akan cakap macam nih "alah~ biasa lah tu.. tak ada masa kot.. sibuk kot?? alah.. diorang kawan sahaja lah... oh~ awak cemburu ya? cemburu tanda sayang~" itu antara jawapan yang kebiasaannya diberikan. hm.. tapi hakikatnya.. jawapan yang saya kasi itu lah jawapan yang paling tepat. heee




oh? mana saya tahu?hurm.. kesan daripada baca buku "act like a lady.. think like a man". baru je beli buku tu kat pesta buku. beli semata-mata cover dia yang cantik. tak fikir panjang pun. sampai rumah menyesal beli. bila baca.. wah!! best-best-best!! 'buku tu menyebabkan aku.....' >naga, sila sambung~ hahaha 






hm.. dalam buku tu lah saya dapat jawapan kepada soalan nih. hm.. tak reti lah pula nak ulas. tapi kesimpulannya.. kalau dah orang buat kita macam tuh.. nak fikir apa lagi? dah terang lagi bersuluh dia dah tak nak. kita nampak hakikat kenyataan itu. tapi.. sengaja mempertikaikan. sebab.. dalam hati masih menaruh lagi harapan agar si dia kekal di situ. kalau dah jadi macam nih,, don't waste your time mah!! tinggal jelah. macam lah tak ada specis lain kat luar sana. tapi-tapi-tapi.. tak payah cari lagi lah~ belum tiba masa~ hm.... ok maaf. bahagian ni mungkin akan ada yang cakap.. "alah~ kaw sendiri tak ada pengalaman.. nak cakap banyak" hurm.. ni bukan soal ada pengalaman atau tidak. fikir secara rasional pon dah dapat jawapan~

bancik berpesan. *oh~ bancik memang banyak pesan~ 'adik-adik abang.. sebelum nak cari cinta manusia.. abang nak kamu cintakan rasulullah dulu. itu yang seharusnya'. hurm... dalam hati terdetik.. 'bilakah saatnya aku akan cintakan rasulullah lebih dari segala yang aku cintakan sekarang nih.. hurm.. kalau itu syarat bancik alamatnya.... tak bercinta lah aku'. hahaha itu idea yang datang bagai angin lalu~ tapi bila fikirkan balik.. betullah kan? carilah cinta nabi kita sebelum cari cinta manusia yang penuh dengan dusta~ hurm.. dengan cinta kepada nabi sahajalah yang akan membawa kita kepada cinta Allah yang hakiki. sebab jalan menuju cinta Allah ialah cinta kepada kekasihnya... <= ayat daripada solusi. isu 30. heee :)  



hm.. saja je selitkan sikit pasal ketuhanan kat sini. sebab rasa macam tak ada guna kalau post something setakat nak membebel sesorang. pndek kata nak post diary hiduplah~ erh! buang masa je. nak buat diary.. tu sana kat dalam buku.

sekian,, terimasso~

No comments: