Tuesday, May 31, 2011

rindu ERAT..

 

THE 'HEBAT' TEAM!
(Hanya Engkau Boleh Allah Tahu)
lin yang kasi. dan, team ni memang HEBAT!

KAK AREEFA :)
ummu nadhirah azmi
syifa hassim
faeqah
nadiah hanisah
athirah kahar
kak dzaty adlin
syafiqah zakaria
adlyna azmi
nadhirah amin
fahima
.syafiqah
(ya allah tak ingat nama pulak dah.. muka ingat sangat-sangat. ampun...)

sekejap je kenal. tapi kemanisan ukhuwah sungguh terasa.
saya rindu kalian semua!!!

tu lah! degil lagi. padan muka kamu

kisah bermula macam nih, satu hari, nak balik daripada sekolah. nak balik sendiri sebab nak pergi pekan beli barang sikit. maka, pergilah naik bas, amik bas, balik sendiri. sebelum tu abang cik ada telefon. tunggu nanti dia yang datang ambil. tapi entah kenapa masa tu macam tak berapa nak faham cakap dia. pendekkan cerita peri juga naik bas, balik rumah.

tiba-tiba masa kat pekan tu, bancik call. kamu kat mana? abang dah sampai nih. arh! sudah.. masalah negara bangsa dunia ke tiga dah nih. bancik marah sangat sebab tak dengar kata. *salah faham sebenarnya..* mak pun marah jugak. tu lah degil sangat. so, cuak lah. balik cepat-cepat.

time balik tuh, malas nak fikir pasal bas dah lah kan. naik je teksi. biasa kot naik teksi sorang-sorang. pak cik tu charge lebih. 5 hengget tak silap lebih. gerh! memang geram tak lalu nak cakap lah. sebab geram sangat, satu hapa pun tak layan apa pakcik tu nak sembang apa yang karut-karut tah... yelah masalah kena marah lagi. hmm... tension... tension...

dah sampai rumah, turun, bila turun, pak cik teksi hon. bukan tak dengar. tapi pekak kan telinga. sakit hati betul dengan pak cik tu. selamba badak dia je nak letak charge berapa-berapa. dua kali pak cik tu hon. betapa keras hati, tak nak toleh. masa jalan nak masuk rumah, cari fon. aduh!! fon tak ada. alah!! mesti ada dalam teksi! alahai~ toleh belakang, pak cik teksi dah gerak.....

sobss.. sobss... sobss... sedihnya... even yang hilang tuh fon buruk je, tapi nilai sentimental tinggi. hm.... kesian kak pujah. :( *masih lagi berharap dapat balik fon buruk tuh. mustahil tak? ada je harapan lagi. tapi bila melibatkan orang iaitu menyusahkan orang, jadi segan. -.-*

sampai rumah, jumpa mak. orang pertama. mak diam je.. masam. mak marah. :( bila mak dah cool, cakap kat mak fon hilang mak cakap " hah! tu lah kamu degil lagi! padan muka Allah dah kasi." perh! memang baik punya kena la kan!! mak sambung pulak "habis tu nak buat macam mana nih?" hm.... entah lah.. 

masa ni, dalam hati, rasa sesal sangat. degil. sebenarnya, tak berapa nak faham apa bancik cakap. hadeih. lampi sungguh. dalam hati ada gak terdetik. "ya Allah! ni lah balasan untuk aku sebab degil tak kira-kira. serta merta Allah kasi. ishk.. ishk.. ishk.."

akhirnya, menyusahkan semua orang. aduhai diri.. kenapalah degil sangat. hm... sampai sekarang masih lagi berangan-angan nak fon tu balik. nak sim card tuh.grrrr banyak number dalam tuh. bukan tak boleh buat baru. tapi nak buat baru, kacau orang juga. haih~ Allah nak tunjuk la ni. nak kasi pengajaran. lain kali jangan dok nak degil semacam. satu rumah marah hari tu. hush! dahsyat... dahsyat.... esoknya, bangun pagi, minta maaf kat mak, bancik dan lain-lain. dah salahkan... *kesian bancik.. dah lah anak sakit, dia pun semput.. aku pulak buat dia macam nih. sampai sekrang rasa bersalah sangat-sangat*.
maka kawan-kawan, jangan degil-degil eh. nanti bukan menyusahkan diri je. malah menyusahkan orang lain juga. banyak lagi kisah kedegilan saya yang dapat balik kat muka sendiri serta merta. memang Allah nak tunjuk. hm...Allah nak kasi pengajaran lah tu... 


ikut je cakap orang tua kita. mak abah lah semestinya. insya Allah bahagia dunia akhirat. tu pesan bancik ......

menyesal sampai sekarang. aduhai.... 
belajarlah daripada pengalaman hidup..
segalanya untuk dijadikan panduan...
guru yang paling hebat ialah pengalaman...

hentikan mujahadah, lakukan dengan cinta

mujahadah = melawan hawa nafsu
cinta = hati dan jiwa sangat senang dengan nya...



ramai yang gunakan konsep mujahadah. melawan. menentang. melawan kehendak diri. pada hakikatnya kita sangat suka buat perkara itu. tapi benda tu tak baik. maka, nak diubah. bagus! ada niat macam tuh. maka kita perlu mujaadah melawan nafsu kita untuk perangi akhlak buruk kita tuh. tapi, tahukah anda, perkara yang paling payah nak dibuat ialah melawan diri sendiri. yelah mana tak nya. kan ada kata-kata tu dia cakap *rasanya hadis. tapi tak sure* JIHAD YANG PALING BESAR IALAH BERMUJAHADAH UNTUK MELAWAN NAFSU. nampak sangat mujahadah itu bukan perkara yang mudah. maka, dalam bermujahadah, ramai yang berjaya. tapi ramai juga yang terkandas kat tepi jalan. akhirnya diri tewas juga... iman tak berapa nak kuat. baru nak dibajai iman tu. tapi dah dipaksa bagaikan hukum komunis. uih! payah... payah...

maka, apa kata kita lakukan dengan cinta. bila kita nak buat sesuatu, kearah kebaikan, pupuk rasa cinta kita akan kebaikan itu. contoh. mak cik tak pakai tudung. rasa nak berubah. rasa nak pakai tudung,nak tutup aurat maka, mak cik perlu menanamkan rasa cinta kepada penutupan aurat. dan tanamkan pula rasa benci kepada pendedahan aurat itu. bila kita dah ada rasa cinta untuk buat baik, insya Allah, hati lebih mudah untuk mengikut. hati dah rasa suka rela. bukan lagi paksa rela. 

sekarang nampak tak beza antara mujahadah dan cinta. tak dinafikan mujahadah itu penting. amat penting. tapi, cinta itu lagi penting rasanya. bila kita dah sayang, mudahnya... mudah segala... jiwa rasa gembira, tindakkan jadi ceria.



bila kita berjaya timbulkan rasa cinta itu, maka lebih mudah untuk kita ber-istiqamah dengan apa yang kita buat. insya Allah ..... 


*dapat idea ni masa kak pujah dan kak cik salang bertukar tazkirah. saya macam biasa suka menyibuk tadah telinga. dah tabiatlah suka dengar apa orang cakap. lagi-lagi kalau cerita. sampai dapat gelaran kak ebok. grrrrr...  nasib baiklah anak-anak sedara tak panggil mak ebok. kalau tidak! hesh!! banyak input yang dapat masa tu. entah macam mana, kak pujah sebut 


"tinggalkan mujahadah, lakukan dengan cinta" *


manusia robot skema selurus pembaris.

sebenar-benarnya, dah lama sangat dah nak post pasal benda alah nih. sejak hari tu lagi. tapi sebab beberapa masalah, tak dapat pulak nak post laju-laju. tapi hari ni nak post pasal tajuk nih.

baru lepas baca blog encik takutake. sangat dan teramat setujulah dengan apa yang beliau cakapkan. part yang peraturan pelik lagi menyusahkan lagi memenyampahkan lagi memenatkan. THE TRIPLE "M"



mana tak nya leceh oh! nak pakai kasut, bukak kasut, pakai stoking, bukak stoking. perh! leceh-leceh. susahkan hidup jelah. nanti ada pulak kes, orang terus malas nak turun musolla sebab benda kecil nih. dah lah memang malas nak turun segala bagai. taruk pulak peraturan yang THE TRIPLE M tu. orang pon, jadi extra malaslah . betul tak? nampak semua segala serba serbi jadi susah. padahal benda senang je pun. benda senang, tapi nak disusah-susahkan. tu part sedikit komen tentang blog encik takutake.

ni pulak kisah saya. tujuan saya cerita nih, nak minta pendapat sebenarnya. saya tak dapat cari rasional disebalik ini semua. kalau anda, nampak ada kerasionalannya dari mana-mana aspek, sila khabarkan. agar diri ini mengerti.

ni kes dalam dorm. fine~ dah jadi budak sekolah. suka sangat-sangat. alhamdulillah *jujur nih* ni kes loker budak eh. dalam satu-satu dorm tuh, ada 23 orang pelajar. maka, ada 23 loker sendiri. nak sebut kat sini, kalau cara susun baju satu loker tu dari kanan ke kiri, semua orang kena buat macam tu. kalau baju sebelah kiri, seluar sebelah kanan, kesemua 23 orang pelajar kena buat macam tuh. mengapakah?? kalau buku kat atas, baju kat bawah, semua orang kena buat macam tuh. perh!! melampau kot! grrrr 




lepas tu pasal makanan. ada loker khas makanan. ni rasanya acceptable lagi kot. supaya loker kita tak bersemut. tapi kan, kalau dah hidup kat asrama, budaya berkongsi tu biasakan? hm.. ok lah, kita fikir macam nih. contoh, aminah bawak sedozen coklat cudbury. sedap.. letak kat loker umum. semua orang nampak. bila aminah nak makan, mesti tak sedap oh nak makan sesorang. maka, dia pun kongsi lah dengan sesiapa yang dia suka. tapi takkan lah nak kongsi dengan semua orang. 23 orang nak makan coklat aminah yang cetoeet tu. sian aminah. tak kasi rasa bersalah pulak. sebab kawan-kawan dah nampak. masa dorang nak amik makanan dorang, nampak coklat aminah. terdetik dalam hati "sedapnya coklat aminah nih" kebetulan pulak, yang mengidam tu tak mampu nak beli. aduhai... kasihannya.... ni pendapat saya lah. saya, kalau bawak makan sedap, tapi sikit, sedaya upaya mungkin cuba sorokkan daripada kawan-kawan nampak. bukan kedekut tak nak kasi. tapi, faham-faham sendiri lah kan? dah benda sikit...




ni pasal loker baju umum. satu dorm tuh ada lah dalam empat loker umum yang lain. satu loker untuk taruk baju sekolah sahaja, satu loker untuk taruk tudung sekolah sahaja, satu loker untuk taruk kain sekolah sahaja, satu lagi loker untuk taruk baju kurung sahaja. perh! nak pakai baju sekolah pun, nak kena round satu dorm. perh!! tapi, kat sini, ada kebaikan lah. semua nya seragam. tapi.. ishk! melampau sangat lah rasanya. rasanya lah.

 


tahulah sekarang ni semua orang tengah jalankan 5S tuh. (SUSUN, SISIH, SAPU, SERAGAM,SENTIASA AMAL) konsep yang dibawa dari Jepun sana. tapi huh! agak-agak lah. kita nih bukan nya manusia robot. buat macam tuh, menyebabkan kita nih di set kan oleh sesuatu. dah di program untuk buat macam tuh. hadeih~ come on lah kawan! kita masing-masing ada cita rasa masing-masing. janganlah kongkong diri kita dengan sebegitu dahsyat. payah kot. fine, lama-lama nanti kita akan biasa dengan semua tu. tapi tulah. janganlah menyeksa diri sebegitu rupa. peraturan dibuat untuk memudahkan. bukan menyusahkan. 

hm.... satu lagi hal. kita buat semua tuh sebab nak seragamkan? ok... bagus, bila semua seragam, yess. memang nampak cantik... kemas.. tersusun... tapi, bukan ke kita punya pintu loker tuh legap? so, seragam tak seragam bukan nya nampak pun. setakat tak bersepah, tak busuk, sudah lah. tak payah lah buat sistem diktator tu. 

cara seseorang tu kemas barang tak sama. masing-masing ada cara masing-masing. cuba kalau kita biarkan mereka buat dengan cita rasa sendiri. kita komen dari semasa ke semasa. insya Allah lama- kelamaan, ada perubahan kearah pembaikkan. tapi ni tak. kita gariskan satu garisan yang sangat lurus, untuk diikut tanpa banyak bicara. maka, semua akan buat macam tu je without thinking. bila ditanya kenapa buat macam nih? akan dijawab dah peraturan suruh. so, di mana perkembangan itu? fine.. ini hanyalah benda yang remeh. sangat remeh untuk dibahaskan. tapi ini soal skill and development lah. lagi-lagi untuk sang wanita.... maka, bagi penggubal peraturan tuh, sila lah fikir apakah rasionalnya anda buat begini.. akan memberi kebaikan atau tidak? atau hanya membuatkan orang lagi rasa erh! grrrr yup! memang ikut sejarah amende tah. dari china rasanya. peraturan itu perlu untuk mengawal tindak tanduk manusia. tapi.. peraturan juga boleh membuatkan manusia semakin liar dan liar... dah sudah! rasanya mesej dah sampai ke neurone kalian. sekian terima kasih...

AKU BUKAN ROBOT!


Monday, May 30, 2011

friends :)

 
Tonight let's make a special dua for our close friends. Friends can be loveable, loyal, annoying and infuriating. But they're our friends :) Unlike our family they're the people we have CHOSEN to be in our lives. So yes we can feel let down by them sometimes but we're not perfect ourselves. So let's thank Allah for our friends and may Allah keep us all safe. Ameen - Khalid Yasin
 jumpa kat FB post daripada encik najib alkudcy (kawan abang uji) 
 
 

subahanallah

hm.. sangat kagum melihat ciptaan.
mata saya, selain suka tengok alam jadian Allah nih,
suka juga melihat hamba-hamba jadian Allah. 
pelbagai rupa dan bentuk.
cantik, ayu, hensem, kacak, semua ada lah.
bila nampak orang cantik 
"subhanallah.. cantiknya makciknih..."
bila nampak orang kacak 
" masya Allah.. indahnya muka orang nih. eh! tak bolehtengok lama-lama. BAHAYES!"
daripada situ, saya dapat lihat banyaknya kebesaran Allah
tapi, kenapakah kita masih lagi tak nampak perkara itu?
*dush! kena diri sendiri*

Sunday, May 29, 2011

lupa kawan?

tak tah kenapa nak cakap pasal topik nih, hurm....
maybe sebab ada seorang insan kejam nih mendakwa aku lupa dia.
ceh senang jantung kaw je kan dakwa aku macam tuh.
just sebab before aku pergi aku tak cakap apa? 
terus dakwa aku macam tuh?

just sebab aku tak tegur kaw, kaw cakap kat aku macam tuh?


hei tambi! kalau wa tak ingat sama lu, wa tak de nak bazirkan duit pergi tepon lu lah!
hesh! geram kot!!! masa kat sana kalau ingat kat kaw, tapi malas nak call, 
apa aku buat? nk tahu tak? nak tak? heh!
doakan kaw je der! kasi kaw al-fatihah. tu yang aku selalu buat.
entah berapa banyak al-fatihah aku kasi kat kaw pun, aku tak tahu. 
sebab aku sendiri tak kira.
maka, lepas nih, jangan sesedap manggis je kaw nak dakwa dakwi orang pelbagai-bagai tanggapan. grrr
fine~ sekarang aku pun tak tahu kenapa aku cepat sangat nak 'tersentuhsentuh' nih. aku pun tak faham.
malas cakap dah. kaw pun dah tahu perkara sebenar. maka, kira selesai~ 

kepada sahabat-sahabat sekalian, bila kita dengan kawan kita tu macam dah makin jauh, jangan lah fikir bukan-bukan. jangan nak dakwa dia menyombong ke, apa ke.. tak payah. seharusnya, kita doakan dia. tu yang paling penting. doa seikhlas mungkin. hm... tak payah fikir "dia ingat kau tak aku tengah rindu dia gila-gila nih. ada ke dia nak rindu aku?" persoalan tu tak penting. yang penting kita ingat dia. bila dah ingat kita doa. yelah sekrang masing-masing dah semakin sibuk. tak sempat kot kalau nak bertext-text. nak call pun, masa tak cukup. tak pun bajet kurang. yelah dah mula kehidupan sebagai siswa/siswazah... kenalah bijak uruskan duit. maka, berdoalah kita kepada kawann kita. tidak perlukan apa-apa modal. hanya perlukan hati yang sudi mendoakan sahabat sendiri..

"renung-renungkan, dan selamat beramal!" <== kata-kata bancik kuh!

*kekasaran bahasa di situ. maaf..*

Saturday, May 28, 2011

nak tulis lagi!! tapi dah mengantuk! esok lusa tulat masih ada.
insya Allah sekiranya ada rezeki untuk terus bernyawa....

MIMPI ITU MEMJAWAB SEGALA PERSOALAN. *rupanya*

beberapa minggu lepas baru je habis melalui jalan sukar dalam hidup. nak pilih apa untuk future. bende besar tu. tipu lah kalau kata benda tu tak penting. semua jadi huru-hara apabila ada pilihan. sebenarnyalah. bila kitaperlu memilih itu lebih susah daripada kita terpaksa ikut je satu benda yang tak ada option. tapi, bila ada pilihan... tu yang syok! tak rasa terpaksa. lagi satu, mematangkan kita apabila semakin meningkat dewasa. insya Allah.

kisah sebenar,
al-kisahnya, aku dah dapat awal-awal lagi jawapan nak pilih mana satu. Form 6 or matrik. sebelum aku dapat tawaran matrik, aku dah dapat jawapan istikharah. jawapan yang aku dapat, amik form 6. ni first time jwapan itu datang dalam mimpi. tapi disebabkan rasa sangsi dan was-was, terus buat tak peduli bajet macam tu hanyalah satu permainan tidur. hm....

dalam mimpi tuh, agak kelakar sebenarnya.. suasana dalam mimpi tu sangat hijau. aku berada di tengah-tengah orang yang tengah buat majlis apa entah. entah macam mana, punsing punya pusing, ternampak cermin, nampak aku tengah pakai baju sekolah tudung labuh tak ingat. dan student-student lain kat situ pun lain. kat tangan pengang buku sejarah tingkatan 6.

jelas teramat lah mimpi tu! mimpi ni bukan datang sekali. tapi TIGA kali. masih lagi aku nak mengatakan tidak padanya.... masya Allah. tapi alhamdulillah Allah tu maha pengasih. sungguh kasih kan hambanya yang tak berdaya ni... akhirnya, amik keputusan amik lah itu borang form6 untuk ke KISAS. Allah permudahkan jalan. prosess nak masuk tu senang je. tak banyak rintangan dan halangan. baiknya Allah.. alhamdulillah

masa on the way nak pergi KISAS tuh, dalam kereta ada bancik, mak, dan kakpujah. macam biasa, sepanjang perjalanan, banyak nasihat tanda kasih dan sayang diberi.... heee

tapi masa dalam kereta tu, still lagi hati ni sangsi. betul ke nih? betul ke jawapannya ini? masih belum terlambat nak cakap kat bancik "bancik, imah tak nak. patah balik jom" hm.. pendek kan cerita, masuk je pagar sekolah.... hati tenang. tak tahu nk cakap macam manalah. keluar dari kereta, keadan itu sama. sama seperti mimpi itu. alhamdulillah....

OH ALLAH, THANK YOU FOR YOUR HIDAYAH...

Tuesday, May 10, 2011

post ni tertuju kepada mereka-mereka yang tertentu. lebih bersifat diary entri.
..penghargaan kepada mu sahabat..
:)


okey, perasaan sekarang hm.. tak rasa apa-apa. post ni lebih kepada diary entri sahaja. ditulis kepada kengkawan yang aku tak sempat nak capai before aku pergi sekolah esok.

aku pilih amik form 6. dapat jak matrik. tapi lepas fikir punya fikir, tergolek-golek fikir. gaduh-gaduh pendapat, at last, amik keputusan amik stpm. oh kenapa bukan kat mahad sahaja? hm.. sebab nak cari  environment baru. *jawapan paling simple dan selamat*  eh lupe nak cakap. aku amik kat kisas.

kat sini nak merakamkan jutaan terimakasih kepada first, my family semestinya! bancik yang ishk! banyak betul jasa mu wahai bancik. mak, abah, semualah! nak sebut satu-satu banyak sangat! eh!! kak pujah juga!
>.< best ade family macam nih. alhamdulillah.. :)

keduanya kepada suhaila sobri. hee teman seperjalanan aku. asal nak keluar je, ajak beliau. beliau mesti sudi membantu. yah! thanks sue!! sue, bila aku fikir2kan balik, aku tak faham dan tidak juga mengerti bagaimanakah kita boleh jadi kamceng? hahaha lawak deyh~ tulah betul kata pepatah. tak kenal maka tak cinta. hm.. kalau keluar dengan kaw mak aku memang  senang hati. sebab kaw datang umah amik aku! bhahaha thanks yah sue! well, nak buat cenne aku tak de lesen lagi. nanti aku lak bawa kaw meronggeng sana sini. tu pon kalau sempat. eh kaw matrik. hm.. buat betol2. ingat pesan abi tersayang kita tuh. kata-kata yang hanya buat kaw gelak. hahaha. nanti aku rajin-rajin call kaw kalau ada masa.

seterusnya kepada cik zauri. weh aku tak sempat lah nk inform kat kaw. haila.. fon aku dah jahanam. lepas tuh fon lama lak, haih~ cicir. leceh betul! grrrr number kaw? maaf aku tak hengat! hahaha hm.. pasal tamhidi USIM kaw dengan matrik, fikir balik bah! baik pilih tamhidi tuh. atleast kaw dah ada usim. kalau matrik? gimana? after kaw belajar, kaw kena erm... isi balik UPU bagai. tu pon tak tentu dapat. yelah nak saing dengan juta-juta orang. kalau pasal nak bersaing dengan cina dan india.. hm... kalau kat usim pun kaw sebenarnya bersaing dengan mereka. sedar tak sedar je. lepas tuh pasal environment semestinya~ usim lebih terjaga lah. macam uia lah lebih kurang. semua dak-dak baik. insya Allah.. lagi apa lagi? oh yah! pasal masa.. masuk bulan 6 usim. eh? tak silap aku lah. matrik? bulan 5 alah.. ape beza sangat deyh? pasal ayah kaw nak kaw masuk matrik, kaw fikir balik weh. cakap balik. tapi apa-apa pun keputusan kaw, aku sokong. eh nih! satu lagi. pasal nama universiti baru.. hm.. tak timbul lah soal usim tu orang tak kenal. even dia baru, haih~ tak de hallah! sebab dah ramai yang tahu pasal usim. kaw gandingkan uitm dan usim. kaw rasa macam mana? nih kita dah cakap kat fon satu ketika dulu. maka, kaw fikir-fikirkanlah.... yang penting, terang lagi bersuluh, lebih baik kaw amik tamhidi usim. macam mana kaw nak discuss dengan baba kaw, tak tahu... heee hm.. nih nak merakamkan terimakasih gak kat kaw. yah! study elok-elok. jangan lupa doakan aku. sekadar al fatihah pun cukup sudah.. :) rindu aku, lihat keychain kita tu. hanta telepati. jadi tak? hahaha

my best friend ever, 'amirah azman. hm.. kaw, apa cer? kalau aku tanya kaw mengelak. haila~ tak pelah. kaw belajar elok-elok. jangan nak main je tahu macam zaman muda-muda dulu. buat betul-betul. pesan aku, sila jadi matang. kaw nih kanak-kanak sangat. hahaha keji tak statement aku! sebab aku tak tahu perkembangan kaw cenne, aku tak boleh nak cakap apa-apa lah. yang penting satu je. yakin. yakin diri. focus. ceyh nih nasihat pada diri gak nih. pasal korea-korea kacak kaw tuh, simpan lah sekejap. kurang kan. nasib baik kaw anti bibir. hahaha kalau bibir pun kaw suka, perh aku kata "gila pe nenek nih?" rumah nama je dekat. after spm nih sekali tak pernah jejak umah kaw. haha. kaw belajar elok-elok tau! aku sentiasa ingat kaw. kaw? hm.. tak ingat pon tak pe. hahaha >.< apa-apa pun, aku sentiasa ada kat belakang kaw. kalau nak share ape-ape, aku disini yah! hm.. dah lah nanti ter feeling lebih lak. habis ke 'macho' an aku! hahaha

fateha azman. kaw. heeee all the best. lepas nih kalau jumpa lagi tan, cos, sin, mesti ingat kaw punya! onpem! kalau tak jumpa? tak ingat? hahaha tak-tak-tak insya Allah. kawan zaman muda-muda. kawan yang menentukan siapa aku hari nih. best! patah balik time form 3 boleh? haha sengal~ kaw, hm.. nak cakap apa nih? kaw okeyh je. hah! nih!! jadi kakak yang baik yah! hahaha jangan asyik dok nak buli adik-adik kaw je. hahaha senang hati aku. kirim salam mak kaw eh! *tak pasal-pasal* erm... jaga diri ye kawan!! dan, tingkatkan lagi skill kaw nak memahamkan orang. siyes! best belajar dengan kaw! hahaha rindu deh study group kite. eh satu lagi!! misi kite sejak zaman muda2. kaw ingat lagi tak? tu kene sebut belakang2 :)

seterusnya kepada mina, penasihat terunggul abad ke 20. *ape aku merepek nih* good luck yah mina! mina suka cakap poyo macam tak boleh. padahal~ bukti? lihat result spm anda yah! heee lepas nih ingat-ingat kan kita macam selalu tau. well, mina pun tahu kita nih senang hanyut. ringan sangat. heee kemudian kepada husna! husna!!! una!! unano!! ishk! banyak nya nama awak. hahaha. lepas nih uia eik? perh gila jeles lah! tunggu saya di situ tau! terimakasih nasihat-nasihat masa form 5. layan cerita tak senonoh. hahaha sengal sahaja. untung sangat dapat kenal awak. sejak form 4 nak tahu siapakah anda secara dekat. alhamdulillah, akhirnya saya kenal gak! sayang awak! heeee all the best yah semua! chaiyok2!! sentiasa ingat muka una bila nak menaikkan semangat yang dah terjunam. sungguh mengujakan! : p kepada ryn, kawan sengal aku. hahaha kaw pun alah lebih kurang fateha azman. tapi kaw lembut lah. eh! ayu-ayu. hahaha nampak je. padahal, perh! ganas kot kaw. kaw jangan takut-takut tau. ada masalah bajet cool sudah~ buat muka badak kaw tuh. hahaha teringat pulak. heee ingat kaw, ingat kolah! grrr nanti kat luar jangan macam tu tau! memalukan! >.<!! hm.. kaw ryn, jaga diri elok2. jangan cepat sangat hanyut. *macam aku je* hahaha  ainiz!! cikgu garam aku! takkan ku lupa! haha tengs cikgu garam. bukan gaaram je kaw ajar. semua benda kaw ajar. sifu besar aku! haha thanks ainiz!! jua ketua dorm form 4 yang aku takutkan. grrr seram oh. tapi time best memang gila best. tapi, bila kaw jadi menakutkan, tak berani cakap dengan kaw. hahaha indahnyah!

sudah lah tuh. nak tulis untuk satu-satu memang tak terdaya lah. bukan tak ingat. ingat. alah, korang faham-faham sendiri lah yah! kepada sahabat2 saujana kah, maahad kah, all the best! semoga apa yang kalian pilih adalah yang terbaikk untuk kalian daripada Allah. insya Allah.. even mungkin terputus hubungan, loss contact, doa pun dah cukup. apa yang aku belajar kat maahad "sentiasa doakan kawan kita. seboleh-bolehnya orang yang kita doakan tuh tak tahu." bila aku buat, *pengalaman sendiri* rasa ukhuwah yang terjalin tu, hm.. lebih indah. akhir kata, aku susun semua jari mohon ampun kat korang sume. kalau-kalau aku terlalu erk? hm.. melepas je cakap, selamba badak aku ke, apa-apa jelah. mengumpat ke, mengutuk ke, aku minta maaf. halalkan ilmu yang kita pernah kongsi. semoga ukhuwah kita kekal selamanya.. insya Allah :)