Tuesday, May 31, 2011

hentikan mujahadah, lakukan dengan cinta

mujahadah = melawan hawa nafsu
cinta = hati dan jiwa sangat senang dengan nya...



ramai yang gunakan konsep mujahadah. melawan. menentang. melawan kehendak diri. pada hakikatnya kita sangat suka buat perkara itu. tapi benda tu tak baik. maka, nak diubah. bagus! ada niat macam tuh. maka kita perlu mujaadah melawan nafsu kita untuk perangi akhlak buruk kita tuh. tapi, tahukah anda, perkara yang paling payah nak dibuat ialah melawan diri sendiri. yelah mana tak nya. kan ada kata-kata tu dia cakap *rasanya hadis. tapi tak sure* JIHAD YANG PALING BESAR IALAH BERMUJAHADAH UNTUK MELAWAN NAFSU. nampak sangat mujahadah itu bukan perkara yang mudah. maka, dalam bermujahadah, ramai yang berjaya. tapi ramai juga yang terkandas kat tepi jalan. akhirnya diri tewas juga... iman tak berapa nak kuat. baru nak dibajai iman tu. tapi dah dipaksa bagaikan hukum komunis. uih! payah... payah...

maka, apa kata kita lakukan dengan cinta. bila kita nak buat sesuatu, kearah kebaikan, pupuk rasa cinta kita akan kebaikan itu. contoh. mak cik tak pakai tudung. rasa nak berubah. rasa nak pakai tudung,nak tutup aurat maka, mak cik perlu menanamkan rasa cinta kepada penutupan aurat. dan tanamkan pula rasa benci kepada pendedahan aurat itu. bila kita dah ada rasa cinta untuk buat baik, insya Allah, hati lebih mudah untuk mengikut. hati dah rasa suka rela. bukan lagi paksa rela. 

sekarang nampak tak beza antara mujahadah dan cinta. tak dinafikan mujahadah itu penting. amat penting. tapi, cinta itu lagi penting rasanya. bila kita dah sayang, mudahnya... mudah segala... jiwa rasa gembira, tindakkan jadi ceria.



bila kita berjaya timbulkan rasa cinta itu, maka lebih mudah untuk kita ber-istiqamah dengan apa yang kita buat. insya Allah ..... 


*dapat idea ni masa kak pujah dan kak cik salang bertukar tazkirah. saya macam biasa suka menyibuk tadah telinga. dah tabiatlah suka dengar apa orang cakap. lagi-lagi kalau cerita. sampai dapat gelaran kak ebok. grrrrr...  nasib baiklah anak-anak sedara tak panggil mak ebok. kalau tidak! hesh!! banyak input yang dapat masa tu. entah macam mana, kak pujah sebut 


"tinggalkan mujahadah, lakukan dengan cinta" *


No comments: