Tuesday, May 31, 2011

manusia robot skema selurus pembaris.

sebenar-benarnya, dah lama sangat dah nak post pasal benda alah nih. sejak hari tu lagi. tapi sebab beberapa masalah, tak dapat pulak nak post laju-laju. tapi hari ni nak post pasal tajuk nih.

baru lepas baca blog encik takutake. sangat dan teramat setujulah dengan apa yang beliau cakapkan. part yang peraturan pelik lagi menyusahkan lagi memenyampahkan lagi memenatkan. THE TRIPLE "M"



mana tak nya leceh oh! nak pakai kasut, bukak kasut, pakai stoking, bukak stoking. perh! leceh-leceh. susahkan hidup jelah. nanti ada pulak kes, orang terus malas nak turun musolla sebab benda kecil nih. dah lah memang malas nak turun segala bagai. taruk pulak peraturan yang THE TRIPLE M tu. orang pon, jadi extra malaslah . betul tak? nampak semua segala serba serbi jadi susah. padahal benda senang je pun. benda senang, tapi nak disusah-susahkan. tu part sedikit komen tentang blog encik takutake.

ni pulak kisah saya. tujuan saya cerita nih, nak minta pendapat sebenarnya. saya tak dapat cari rasional disebalik ini semua. kalau anda, nampak ada kerasionalannya dari mana-mana aspek, sila khabarkan. agar diri ini mengerti.

ni kes dalam dorm. fine~ dah jadi budak sekolah. suka sangat-sangat. alhamdulillah *jujur nih* ni kes loker budak eh. dalam satu-satu dorm tuh, ada 23 orang pelajar. maka, ada 23 loker sendiri. nak sebut kat sini, kalau cara susun baju satu loker tu dari kanan ke kiri, semua orang kena buat macam tu. kalau baju sebelah kiri, seluar sebelah kanan, kesemua 23 orang pelajar kena buat macam tuh. mengapakah?? kalau buku kat atas, baju kat bawah, semua orang kena buat macam tuh. perh!! melampau kot! grrrr 




lepas tu pasal makanan. ada loker khas makanan. ni rasanya acceptable lagi kot. supaya loker kita tak bersemut. tapi kan, kalau dah hidup kat asrama, budaya berkongsi tu biasakan? hm.. ok lah, kita fikir macam nih. contoh, aminah bawak sedozen coklat cudbury. sedap.. letak kat loker umum. semua orang nampak. bila aminah nak makan, mesti tak sedap oh nak makan sesorang. maka, dia pun kongsi lah dengan sesiapa yang dia suka. tapi takkan lah nak kongsi dengan semua orang. 23 orang nak makan coklat aminah yang cetoeet tu. sian aminah. tak kasi rasa bersalah pulak. sebab kawan-kawan dah nampak. masa dorang nak amik makanan dorang, nampak coklat aminah. terdetik dalam hati "sedapnya coklat aminah nih" kebetulan pulak, yang mengidam tu tak mampu nak beli. aduhai... kasihannya.... ni pendapat saya lah. saya, kalau bawak makan sedap, tapi sikit, sedaya upaya mungkin cuba sorokkan daripada kawan-kawan nampak. bukan kedekut tak nak kasi. tapi, faham-faham sendiri lah kan? dah benda sikit...




ni pasal loker baju umum. satu dorm tuh ada lah dalam empat loker umum yang lain. satu loker untuk taruk baju sekolah sahaja, satu loker untuk taruk tudung sekolah sahaja, satu loker untuk taruk kain sekolah sahaja, satu lagi loker untuk taruk baju kurung sahaja. perh! nak pakai baju sekolah pun, nak kena round satu dorm. perh!! tapi, kat sini, ada kebaikan lah. semua nya seragam. tapi.. ishk! melampau sangat lah rasanya. rasanya lah.

 


tahulah sekarang ni semua orang tengah jalankan 5S tuh. (SUSUN, SISIH, SAPU, SERAGAM,SENTIASA AMAL) konsep yang dibawa dari Jepun sana. tapi huh! agak-agak lah. kita nih bukan nya manusia robot. buat macam tuh, menyebabkan kita nih di set kan oleh sesuatu. dah di program untuk buat macam tuh. hadeih~ come on lah kawan! kita masing-masing ada cita rasa masing-masing. janganlah kongkong diri kita dengan sebegitu dahsyat. payah kot. fine, lama-lama nanti kita akan biasa dengan semua tu. tapi tulah. janganlah menyeksa diri sebegitu rupa. peraturan dibuat untuk memudahkan. bukan menyusahkan. 

hm.... satu lagi hal. kita buat semua tuh sebab nak seragamkan? ok... bagus, bila semua seragam, yess. memang nampak cantik... kemas.. tersusun... tapi, bukan ke kita punya pintu loker tuh legap? so, seragam tak seragam bukan nya nampak pun. setakat tak bersepah, tak busuk, sudah lah. tak payah lah buat sistem diktator tu. 

cara seseorang tu kemas barang tak sama. masing-masing ada cara masing-masing. cuba kalau kita biarkan mereka buat dengan cita rasa sendiri. kita komen dari semasa ke semasa. insya Allah lama- kelamaan, ada perubahan kearah pembaikkan. tapi ni tak. kita gariskan satu garisan yang sangat lurus, untuk diikut tanpa banyak bicara. maka, semua akan buat macam tu je without thinking. bila ditanya kenapa buat macam nih? akan dijawab dah peraturan suruh. so, di mana perkembangan itu? fine.. ini hanyalah benda yang remeh. sangat remeh untuk dibahaskan. tapi ini soal skill and development lah. lagi-lagi untuk sang wanita.... maka, bagi penggubal peraturan tuh, sila lah fikir apakah rasionalnya anda buat begini.. akan memberi kebaikan atau tidak? atau hanya membuatkan orang lagi rasa erh! grrrr yup! memang ikut sejarah amende tah. dari china rasanya. peraturan itu perlu untuk mengawal tindak tanduk manusia. tapi.. peraturan juga boleh membuatkan manusia semakin liar dan liar... dah sudah! rasanya mesej dah sampai ke neurone kalian. sekian terima kasih...

AKU BUKAN ROBOT!


No comments: