Saturday, May 28, 2011

MIMPI ITU MEMJAWAB SEGALA PERSOALAN. *rupanya*

beberapa minggu lepas baru je habis melalui jalan sukar dalam hidup. nak pilih apa untuk future. bende besar tu. tipu lah kalau kata benda tu tak penting. semua jadi huru-hara apabila ada pilihan. sebenarnyalah. bila kitaperlu memilih itu lebih susah daripada kita terpaksa ikut je satu benda yang tak ada option. tapi, bila ada pilihan... tu yang syok! tak rasa terpaksa. lagi satu, mematangkan kita apabila semakin meningkat dewasa. insya Allah.

kisah sebenar,
al-kisahnya, aku dah dapat awal-awal lagi jawapan nak pilih mana satu. Form 6 or matrik. sebelum aku dapat tawaran matrik, aku dah dapat jawapan istikharah. jawapan yang aku dapat, amik form 6. ni first time jwapan itu datang dalam mimpi. tapi disebabkan rasa sangsi dan was-was, terus buat tak peduli bajet macam tu hanyalah satu permainan tidur. hm....

dalam mimpi tuh, agak kelakar sebenarnya.. suasana dalam mimpi tu sangat hijau. aku berada di tengah-tengah orang yang tengah buat majlis apa entah. entah macam mana, punsing punya pusing, ternampak cermin, nampak aku tengah pakai baju sekolah tudung labuh tak ingat. dan student-student lain kat situ pun lain. kat tangan pengang buku sejarah tingkatan 6.

jelas teramat lah mimpi tu! mimpi ni bukan datang sekali. tapi TIGA kali. masih lagi aku nak mengatakan tidak padanya.... masya Allah. tapi alhamdulillah Allah tu maha pengasih. sungguh kasih kan hambanya yang tak berdaya ni... akhirnya, amik keputusan amik lah itu borang form6 untuk ke KISAS. Allah permudahkan jalan. prosess nak masuk tu senang je. tak banyak rintangan dan halangan. baiknya Allah.. alhamdulillah

masa on the way nak pergi KISAS tuh, dalam kereta ada bancik, mak, dan kakpujah. macam biasa, sepanjang perjalanan, banyak nasihat tanda kasih dan sayang diberi.... heee

tapi masa dalam kereta tu, still lagi hati ni sangsi. betul ke nih? betul ke jawapannya ini? masih belum terlambat nak cakap kat bancik "bancik, imah tak nak. patah balik jom" hm.. pendek kan cerita, masuk je pagar sekolah.... hati tenang. tak tahu nk cakap macam manalah. keluar dari kereta, keadan itu sama. sama seperti mimpi itu. alhamdulillah....

OH ALLAH, THANK YOU FOR YOUR HIDAYAH...

No comments: