Tuesday, May 31, 2011

tu lah! degil lagi. padan muka kamu

kisah bermula macam nih, satu hari, nak balik daripada sekolah. nak balik sendiri sebab nak pergi pekan beli barang sikit. maka, pergilah naik bas, amik bas, balik sendiri. sebelum tu abang cik ada telefon. tunggu nanti dia yang datang ambil. tapi entah kenapa masa tu macam tak berapa nak faham cakap dia. pendekkan cerita peri juga naik bas, balik rumah.

tiba-tiba masa kat pekan tu, bancik call. kamu kat mana? abang dah sampai nih. arh! sudah.. masalah negara bangsa dunia ke tiga dah nih. bancik marah sangat sebab tak dengar kata. *salah faham sebenarnya..* mak pun marah jugak. tu lah degil sangat. so, cuak lah. balik cepat-cepat.

time balik tuh, malas nak fikir pasal bas dah lah kan. naik je teksi. biasa kot naik teksi sorang-sorang. pak cik tu charge lebih. 5 hengget tak silap lebih. gerh! memang geram tak lalu nak cakap lah. sebab geram sangat, satu hapa pun tak layan apa pakcik tu nak sembang apa yang karut-karut tah... yelah masalah kena marah lagi. hmm... tension... tension...

dah sampai rumah, turun, bila turun, pak cik teksi hon. bukan tak dengar. tapi pekak kan telinga. sakit hati betul dengan pak cik tu. selamba badak dia je nak letak charge berapa-berapa. dua kali pak cik tu hon. betapa keras hati, tak nak toleh. masa jalan nak masuk rumah, cari fon. aduh!! fon tak ada. alah!! mesti ada dalam teksi! alahai~ toleh belakang, pak cik teksi dah gerak.....

sobss.. sobss... sobss... sedihnya... even yang hilang tuh fon buruk je, tapi nilai sentimental tinggi. hm.... kesian kak pujah. :( *masih lagi berharap dapat balik fon buruk tuh. mustahil tak? ada je harapan lagi. tapi bila melibatkan orang iaitu menyusahkan orang, jadi segan. -.-*

sampai rumah, jumpa mak. orang pertama. mak diam je.. masam. mak marah. :( bila mak dah cool, cakap kat mak fon hilang mak cakap " hah! tu lah kamu degil lagi! padan muka Allah dah kasi." perh! memang baik punya kena la kan!! mak sambung pulak "habis tu nak buat macam mana nih?" hm.... entah lah.. 

masa ni, dalam hati, rasa sesal sangat. degil. sebenarnya, tak berapa nak faham apa bancik cakap. hadeih. lampi sungguh. dalam hati ada gak terdetik. "ya Allah! ni lah balasan untuk aku sebab degil tak kira-kira. serta merta Allah kasi. ishk.. ishk.. ishk.."

akhirnya, menyusahkan semua orang. aduhai diri.. kenapalah degil sangat. hm... sampai sekarang masih lagi berangan-angan nak fon tu balik. nak sim card tuh.grrrr banyak number dalam tuh. bukan tak boleh buat baru. tapi nak buat baru, kacau orang juga. haih~ Allah nak tunjuk la ni. nak kasi pengajaran. lain kali jangan dok nak degil semacam. satu rumah marah hari tu. hush! dahsyat... dahsyat.... esoknya, bangun pagi, minta maaf kat mak, bancik dan lain-lain. dah salahkan... *kesian bancik.. dah lah anak sakit, dia pun semput.. aku pulak buat dia macam nih. sampai sekrang rasa bersalah sangat-sangat*.
maka kawan-kawan, jangan degil-degil eh. nanti bukan menyusahkan diri je. malah menyusahkan orang lain juga. banyak lagi kisah kedegilan saya yang dapat balik kat muka sendiri serta merta. memang Allah nak tunjuk. hm...Allah nak kasi pengajaran lah tu... 


ikut je cakap orang tua kita. mak abah lah semestinya. insya Allah bahagia dunia akhirat. tu pesan bancik ......

menyesal sampai sekarang. aduhai.... 
belajarlah daripada pengalaman hidup..
segalanya untuk dijadikan panduan...
guru yang paling hebat ialah pengalaman...

No comments: