Monday, August 29, 2011

syawal


alhamdulillah selesai sudah perjalan puasa sebulan kita pada tahun nih. semoga setiap amalan kita diterima Allah taala.... insya Allah lepas nih sama-sama kita menjadi hamba yang lebih baik dan lebih baik dan lebih baik.... doakan juga semoga Allah temukan lagi kita dengan bulan tarbiyah nih pada tahun-tahun yang seterusnya. janganlah ni tahun terakhir ramadhan kita. entah dapat entah idak lailatulqadar tahun nih.. hm.....



lepas sebulan kita puasa, janganlah rosakkan ibadah kita dalam masa sebulan tu dalam masa sehari. jangan. sayang. terlalu sayang sekira seseorang tu bila lepas ramadhan tiada sebarang perubahan. sayang seribu kali sayang....

masa raya nih semua orang dok nak tayang baru baru yang sangatlah cantik dan cunmelecun. tak kisah.. tak apa je.. tapi pilihlah yang menutup aurat. jangan cemarkan hari kemenangan kita dengan perkara-perkara maksiat....

seterusnya pasal pergaulan. ramai yang tak faham peraturan antara sepupu, ayah sedara dan sebagainya. nanti kat kampung tuh pakai lah tudug. ramai sangat orang-orang yang sah dan halal untuk berkahwin dengan anda. jaga lah aurat sebaik-baiknya.... :)

point kat sini jaga AURAT ye! AURAT TU MARUAH KITA.. jangan sebab anda, orang lain buat dosa kering..... renung-renungkan dan selamat beramal! :)





No comments: