Friday, September 2, 2011

EGO!!


Dialog pertama J
“heyy aku tak boleh nak terimalah apa dia cakap. Aku tahu dia cakap tu betul tapi cara dia. Cara dia tegur salah. Kasar. Dia cakap bajet macam dia tu tua daripada kita. Hakikat yang hakikinya dia tu adik! ADIK OK!! ADIK! Sapa dia nak tegur kita macam tuh”.

Dialog kedua J
“eleh dia tu baru je masuk sekolah agama. Dulu dia tu sekolah biasaje. Banyak pula bunyik dia eh nak cakap itu-ini-itu-ini. Dia tu sapa nak cakap macam tuh? Aku punya ilmu lagi tinggilah daripada dia. Aku tahulah semua tuh. Aku nih budak sekolah agama. Dia tu just sekolah biasa. Senyap sudah. Dah lah baru. Kita tahulah adat resam sekolah kita”.

Dialog ketiga J
“dia tak boleh tegur elok-elok ke? Tak boleh ke dia cakap dengan cara yang lebih lembut? Berhikmah? Tak payah lah nak tekan-tekan sangat orang. Nak berubah tu kena mula dari diri sendiri. Mana boleh paksa-paksa oh. Kena ikhlas bila nak buat perubahan. Aku tak nak jadi hipokrit”.

Selama 17 tahun aku hidup, banyak benda yang aku dah belajar. Dan lebih banyak benda yang aku kena belajar lagi-dan lagi. Itulah hakikat hidup. Semakin kita tahu sesuatu, semakin bodohlah kita.

Tiba-tiba nak cakap pasal benda nih. Tegur-menegur. Dialog pertama. Semestinya antara senior dengan juniornya. Sebab yang tegur tu adik, muda dari dia terus tolak macam tu je. Well benda nih berlaku kat aku. Alah semua orang pernah je kot kena benda-benda yang macam nih. Tapi kes aku unik sikit kot. Sikit jelah. Bia aku khabarkan sedikit riwayat hidup aku. Nama blog aku pun ini kisah saya. Maka, nak cerita pasal sapa lagikan? Hm.... aku nih kan lompat sehari yang membawa erti sethun. Aku lahir 1 januari 1994. aku melompatkan diri masuk 1993. macam mana buat? Tanya bonda tercinta. Maka, kawan-kawan aku semuanya tua sehari jelah daripada aku. Sehari yang membawa erti setahun. Fine. Kisah bermula macam nih. Kat mana tak payah mentioned. Satu hari dalam dorm. Masa nak buat al-mulk. Lambat mak aih! Janji pukul 11.00 11.30 tak ada lagi. Memang baran lah. Bukan kali pertama, kedua mahupun ketiga. Masalahnya dah berkali-kali. Grrrr maka dijadikan cerita malam tu aku pun bersuara. Agak ganas lah tone masa tu. Fine~ memang salah aku part tu. Aku admitL. Cakap lah kenapa tak boleh nak tepati masa. Menyusahkan orang. Fikir diri sendiri je. Pentingkan diri. Tu antara yang aku cakapkan. Nada tak payah nak cakap. Serius gila lah. Muka memang tak boleh nak senyum. Grrrrr tapi, aku tegur sebagai seorang sahabat. Aku anggap semua dalam dorm aku tuh kawan aku. Tapi mereka, menganggap aku adik. Perh ! adik ? BHAHAHA. Dengan sebab itu tak boleh nak terima apa yang aku cakap kan. Sungguh tidak matang. Benda kecil je pun. Memang salah sendiri. Tapi..... bila ego dah meninggi, datang lah sesiapa pun tak ada nak lutnya. kepada yang berkenaan, yang terkena tepat tuh, maaf. Maaf dan ampun sangat-sangat. Tapi inilah realiti hidup kita. Terasa diri tu hebat. Sampai tak boleh nak dengar teguran orang.



Dialog kedua. Pasal baru dan lama. Inilah karenah manusia sebenarnya. Bila dia dah menetap kat satu tempat tu dalam tempoh yang lama, tiba-tiba datang orang baru entah dari mana yang dia sendiri tak tahu asal usul, terus underestimate that person. This is the reality. Aku bagi contoh dalam konteks sekolah. Nampaklah aku nih budak sekolah lagikan. Alah, kat mana-mana pon sama je. Bila ada oran baru kasi sedikit cadagan untuk penambahbaikkan mesti ada mulut sumbang yang akan cakap macam-macam. Hm… macam ni lah. Bila kita dah berada dalam satu kawasan yang kita sangat selesa untuk berada di dalamnya, maka apa yang berlaku kat situ semuanya baik bagi kita. Walaupun hakikatnya agak kurang baik pada sudut pandangan yang lain. Maka sahabat-sahabat sekalian, bila ada kawan baru kita tegur sesuatu tentang budaya kita lihat dan fikir dulu. Jangan lah gunakan alasan ni memang budaya dekat sini. If budaya tu elok tak apa. Tapi kalau budaya tu yang boleh diperelokkan lagi why not. Pecahkan tradisi yang dah berkurun tu untuk lebih maju kehadapan. Ingat! Kita maju kerana kritikan bukan kerana pujian.

Dialog ketiga pasal cara nak tegur. Hm.... ni yang paling best nak cakap. Sebenarnya, tak semua orang diberikan kekuatan untuk bercakap menegur orang lain. Tak semua orang yang mampu buat macam tuh. So, bila dah ada orang yang bercakap tuh, hargailah. Sebab dengan teguran orang itu lah yang akan membuatkan kita lebih maju. Insya Allah. Tak dapat nak nafi yang orang yang menegur pun kena ada strategi. Tak boleh main redah je. Tak boleh terus gunakan nada yang keras. Kasar dan sebagainya. Kita kena tengok sasaran kita. Seboleh-bolehnya ikut rentak dia supaya panahan kita tu tepat dan ada hasilnya nanti. Itu yang perlu difikirkan oleh orang yang menegur. Orang yang menerima teguran pulak, kena buka hati luas-luas untuk dengar sebarang kritikan orang lain. Sebarang teguran tak kisah dengan cara apa sekali pun. Sampai bila orang yang menegur tu nak kena ikut rentak anda supaya anda boleh terima apa yang ditegur itu? Nak cara berhikmah. Cara yang lembut. Berhikmah. Tahutak apa maksud hikmah tu sebenarnya? Ada masa-masanya kita kena bercakap dengan suara yang tegas. Menegaskan pendirian kita tentang sesuatu perkara. Ada part-part kita kena bercakap dengan cara yang lebih lembut menunjukkan kita nih boleh untuk bertoleransi dengan orang lain sama. Ada masa-masa kita kena guna nada menekan, marah, emosi, kecewa, bangga, seronok dan sebagainyalah. Itulah berhikmah namanya. Mula-mula cakap baik-baik. Tak dengar, up lah sikit level tuh up dan up dan  up. Manusia nih bukan malaikat yang boleh nak sabar sokmo.dah sampai satu tahap, kita dah tak boleh nak cakap elok-elok dah. So kat sini, orang yang ditegur tu sila check diri. Apa masalah hati. Sakit kah dia? Kronik kah dia? Atau.... adakah dia sudah mati??

Kesimpulannya kat sini kita kena sedar diri. Hakikatnya kita hanyalah seorang hamba. Hamba kepada pencipta kita. Allah. Yang membezakan kita pada mata Allah hanyalah nilai keimanan dan ketakwaan. Di dunia yang membezakan kita adalah umur, pangkat, darjat, kepandaian dan sebagainya. Tapi, haruslah kita sedar apa jawatan hakiki kita. Kita hanyalah seorang hamba yang lemah tak berdaya. Maka, tidak layak untuk seorang hamba yang lemah tak berdaya macam nih merasakan diri tu hebat dah lebih dah sebagainya. Tak layak! Maka kat sini aku seru diri aku sendiri dan kawan-kawan sekalian.. marilah kita rendahkan ego kita. Ingatlah bahawa kita hanyalah seorang HAMBA yang tak berdaya........

Entry ni pun panjang tahap tak ingat. Sori seandainya bosan.Harapboleh ambil apa yang baik tu. Insya Allah.....

1 comment:

takutake said...

Jangan cakap orang lagi tua sahaja yang selalu anggap diri tu betul. Sebenarnya hampir semua orang pun sentiasa rasa diri betul. Aku pun sedih jugak nak tegur member-member sebaya, tapi depa malas nak dengaq, then kutuk belakang-belakang. What can I say, ini akhir zaman dah. Mana ada siapa sangat nak terapkan ajaran Islam dalam hidup diorang. Kau lama berada dekat sekolah agama. Nanti kau dah masuk universiti awam yang campuq-campuq budak sekolah biasa bagai, memang kau rasa pening. Aku tahu dulu pun kau ada campur dengan budak sekolah biasa. Tapi bila kau dah masuk sekolah agama, dan masuk balik dunia budak sekolah biasa, get ready je la. Tabahkan jiwa taw.