Monday, October 24, 2011

MY SUPER WOMAN!!


one thing i learned form my mother. everything is about tawakkal.
bukan nak puji mak sendiri ke apa. tapi itu lah yang saya belajar dari mak saya. my super women!!
korang punya bonda pun mesti ada part-part yang korang sangat kagumkan?? macam tu lah juga saya.

ni gambar nih beberapa hari before operation. kelihatan sangat tenang. 
padahal dalam jantung hati tak tahu cakap.
just like now. ada masalah lagi kesihatan dia. 
semua orang duk bising-bising suruh jumpa doktor buat another operation.
gah kalau doktor apa je yang dia tahu. buang membuang jelah
mak cool je. dengan selambanya dia cakap 
"alah tak payah nak jumpa doktor si pembuang tuh. kalau Allah izin benda tu hilang, hilang lah dia. api pun jadi sejuk kuasa Allah. gunung pun hancur. ni pulak benda kecik macam tuh". 

semua orang dok risau sangat-sangat dia still lagi cool.
masa dok mengandung adik. dah umur 48 tahun dah. dengan thyiroid nya, dengan darah tingginya memang tak sesuailah nak mengandung. sampai doktor boleh cakap, kalau anak you down syndrome ke apa jangan salahkan I tak nasihatkan you. dengan tenang mak cakap, kuasa Allah sapa tak jangka. kuar je adik tuh dokter kurang masam tu tanya. anak ok? cukup semua? perh hebat punya doktor. tengok adik saya sekarang bijak! tak de pon down syndrome. malu je doktor tu. padan muka!!!

saya amik 5 subjek STPM nih. memang kata besar ujian. mak selalu pesan. kita hanya ikhtiar. Allah yang tentukan. Allah tahulah nak kasi bila. biar orang kata. janji Allah suka.kita hidup bukan nk cari redha manusia cikgu-cikgu pengetua. tapi untuk cari redha Allah. kenapa nak susah hati sangat. 

memang lah. tawakal pada mak perh sangat hebat. belum jumpa orang yang sebegini tinggi ketawakalannya pada Allah. for her, everythings is Allah......

mak, semoga cepat sembuh. insya Allah baik tak lama lagi. biiznillah :) mak hebat!!!

sudah biasa

dah biasa dengar orang berzina. tengok je kosmo hari-hari ada je mayat yang tak kenal erti hidup dalam tong sampah. ada yang dah kena cincang-cincang pun. ada yang dak kena potong-potong. dimanakah nilai sebuah kemanusian itu?? YA ALLAH kejamnya manusia nih. keji nya kami ini YA ALLAH..... ampunkanlah dosa-dosa kami...

kat sini nak bawakan beberapa kisah. kedua-duanya dapat daripada kawan. boleh ambil iktibar.

kisah pertama sahabat dari kolej 

masa tu masa liqa' al-mulk. seorang sahabat berkongsi rasa dalam slot tazkirah. dia menceritakan tentang seorang kawan dia yang dah selamat mempunyai seorang bayi lelaki *taksilap* yang sihat. sedangkan kawan dia ni seorang yang sangat lah. baiklah yang amat. malaikat gitu. tahu-tahu lepas je bercintun, dah termengandung pulak dah... salah siapakah? hm.. nak kata kat sini, wah senangya nank "buat anak" bersepah-sepah. dimanakah nilah maruah seorang wanita Islam itu? dimana?!!!

kisah kedua 

dapat call daripada zezuri. dia cerita pasal room mate dia. pun sama jugalah. baik. pijak semut tak mati. faham dan mengerti tentang agama nih. tapi mungkin pada tahap penghayatan itu masih belum capai. ok... kita namakan dia dengan gelaran PEN. pen ni baru je kenal seorang hamba Allah nih. pendekkan cerita, dorang pun bercintun..... haih~ senang jekan nak serah hati kat orang. macam tak ada nilai langsungkan? sambung balik. dorang nih baru jelah bercintun. nak tahu tak?? itu lelaki sudah minta mahu buat "itu" maaa!! OH MY GOSH! what happen here?? mintak macam mintak pinjam pemadam je. weh senang gila lah. pen sebagai seorang yang tahu pasal agama nih pun katalah dengan penuh kelembutan dah keyuannya.... tak boleh dosa segala bagai macam. baguskan budak nih. lepas tuh laki tu pun merajuk. Pen pegi pujuk!!! perh! memang kata bo*** betul lah perempuan nih. lepas tuh Pen buat pengakuan kat kawan room mate dia. cakap macam nih "aku nih risau jugak sebenarnya. kalu dia pujuk-pujuk aku, aku boleh je cair. lepas tuh aku kasi" weh?!!!! tahu pun kaw! tapi......... nak jugak stay dah sedar tuh, campak jelah lelaki tu dalam bermuda triangle. hilang. lenyap terus selamanya dari muka bumi nih. 
see ni baru dua kisah. kita tengok betapa murahnya maruah seorang wanita islam itu. betapa keji nya seorang lelaki islam itu. bukan berfungsi sebagai penyelamat. tetapi pemusnah! tahu.... korang sume mesti ada kisah lagi dahsyat kan? tak kesah lah... nih saya cerita bukan nak mengaibkan. tetapi nk memberi sedikit pengajaran kepada diri sendiri dan juga beberapa ketul pembaca blog faqir ini....

bincang tentang sesuatu tanpa memiuncangkan langkah mengatasi adalah sesuatu yang sia-sia. untuk kisah pertama, insya Allah sahabat saya selalu meng follow up kawan dia tuh. kasi kata-kata semangat. supaya kawan dia tuh terus bernafas dalam jiwa kehambaan. yelah dah terjadi nak buat macam mana kan?? hanya bertaubat kepada MAHA PENERIMA TAUBAT...

ni kisah yang kedua nih. masih belum terlambat untuk kita selamatkan dia dari tipu daya dunia yang sangat indah pada nafsu kita sebagai seorang manusia yang selalu alpa.... sekarang tugas kitalah untuk tarik dia keluar daripada landasan maksiat tuh. maka, saya pun nasihatkan kawan saya supaya mendampingi kawan dia tuh. supaya tak terus hanyu hanyut dan hanyut..... tapi alasan sahabat saya tu, busy belajar. hurm.. inilah sistem pendidikan negara kita. terlalu ke-buku-an. tak ada nak terapkan tangungjawab kepada masyarakat bagai. semuanya "pakar penjual ikan terlari dunia" tu yang berpecah-pecah. semua nak jadi "penjual ikan". wahai sahabat, kalau bukan kita yang tolong sapa lagi?? nak harapkan siapa? kalau semua orang sibuk dengan hal masing-masing, siapa yang nak jadi pemikir untuk masalah ummat kita sekarang nih?? siapa yang nak majukan agama kita? siapa?? renung-renungkan lah..... ingat! kita mesti sentiasa meletakkan diri kita di tempat orang yang bertanggungjawab. kalau semua orang berfikiran macam tuh, insya Allah selamat kita sini dan sana. biiznillah......

duhai sahabat, ayuh gerakkan langkah kita sebagai seorang daie!!


kisah edisi lain di post yang seterusnya :)

ketenangan itu

ketenangan itu...
hanya akan datang apabila kita buat apa yang kita cakap...

ketenangan itu.....
hanya akan datang apabila kita sentiasa memaafkan orang lain walaupun tanpa diminta
 
ketenangan itu.....
hanya datang daripada hati yang sentiasa tunduk kepada penciptanya.....

ketenangan itu....
hanya akan datang apabila kita sentiasa bertaubat kepada rabbulizzati....

ketenangan itu.....
hanya datang apabila kita sentiasa takutkan mati

...inilah hakikat sebuah ketenangan...

~lintasan ilham yang tak seberapa~

SENYUM !

sejak akhir-akhir ni selalu pula dengar sumpah-sumpah manusia bersepah-sepah. macam.macam yang nak disumpahkannya. demi apa? demi selamatkan diri DI DUNIA. kat akhirat, jangan ngirau,, mesti kena gak sebab Allah itu maha halus.

ni nak cakap dalam konteks sebagai seorang pelajar lah. dah jadi adat budak yang nak belajar nih sekejap naik semangat. sekejap lagi turun balik. alah macam hangat-hangat tahi ayam gitu. korang pun macam tu gak en?? eleh ngaku jelah. maka, ramai jelah yang kadang-kadang tuh sampai buat cikgu-cikgu rasa muak nak termuntah-muntah dengar perangai kita yang macam tak bersungguh-sungguh nih kan. sampaikan, cikgu sanggup keluarkan fatwa yang pelbagai. antaranya:
  1. tengok lah kamu hidup nanti macam mana. tak berkat. cikgu tak berkat ilmu cikgu. (eh eh??)
  2. saya sumpah kamu anak cucu cicit piot miot kamu susah nak belajar subjek cikgu nih. (erk??)

banyak lagi kan yang dikatakan. anda sebagai pelajar pun selalu dengar punyalah benda-benda nih semua. tu lah siapa suruh buat cikgu bosan dengan perangai kita?? kan dah kena padan muka!! kita sebagai pelajar, orang nak menuntut ilmu janganlah bangga diri. rendahkan diri sebab kita nih nak menuntut ilmu dengan orang mana lah boleh kita pulak yang berlagak semaca. degil mak aih! tak boleh lah macam tuh. cikgu tetap cikgu. pelajar tetap lah pelajar. sedar diri ye.

tetapi..... kita nih sebagai pelajar, janganlah amik kata-kata cikgu tu bulat-bulat. even cikgu cakap tak redha lah, tak berkat sampai piot miot amende tu semua, tak payah fikir sangat. cikgu pun cakap masa tengah marah. faham lah kita. ingat macam ni lah. siapa yang kumpulkan ilmu tu dalam dada kita?? cikgu kah?? kalau cikgu yang buat macam tuh, memang banyak lah manusia yang keluar bersama deretan A yang tidak putus-putus. senangnya hidup kalau macam tuh. bodek-bodek cikgu, dapat A. wah-wah-wah senang keeja eik??

cikgu hanyalah orang perantaraan yang nak kasi kita ilmu. hakikat ilmu tu datang dari Allah. tapi ingat. kita tak boleh ketepikan "daulat seorang mahaguru itu" memang cikgu kita kena hormat. tapi berpada-pada. konsepnya adalah hormat menghormati. dia berlaku serentak dalam dua hala. bukan satu hala sahaja.

nak cakap kat sini point nya sikit je. bebel je banyak. pointnya adalah "ALLAH YANG HIMPUNKAN ILMU ITU DALAM DADA KITA BUKAN CIKGU!" bila cikgu keluarkan sumpah-sumpah dia, peganglah pada quotes nih.--> sumber : benar lagi sohih. (ALQURAN.....)

*TIADA GAMBAR YANG DAPAT DISELITKAN KERANA 
TERHALANG OLEH INTERNET YANG SIPUT.**

revision sejarah

baru je revise buku sejarah tadi. baca bahagian faktor luar dan faktor dalam kebangkitan penentangan di Tanah Melayu satu masa dahulu. sebelum tuh, "adakah Tanah Melayu tidak dijajah?" setakat yang dok belajar nih memang dok tengok memang dijajah je.

nak cerita tentang gerakan Turki Muda. yang membawakan konsep 1 negara, 1 bahasa, 1 agama. dan segalanya adalah satu. yeay!! sama tak dengan Malaysia sekarang?? samakan. maju gila lah Malaysia. yeay! idea satu segala satu tu datang daripada si MUSTPHA KAMAL ARTANTUK. *betul ke eje tuh?? arh peduli apa!*

hari tu isu azan kan. saya cakap malaysia kearah pembentukkan macam Turki zan si laknatullah tuh. see sekarang berdasarkan fakta sejarah memang betul.... heee.... hebat. master mind behinde all this ofcourse lah dari si yahudi. haih~

dalam buku sejarah tuh memuji sangatlah si laknatullah tuh sebab berjaya menghazafkan sistem khalifah. akibatnya, lahirlah satu bentuk negara republik. berpecah belah lah Turki. orang Islam dihina di Negara sendiri. semakin lama semakin berlaku kat tanah yang aku berpijak nih........

Saturday, October 22, 2011

ujian istiqamah

salam, dah lama betul tak menjenguk blog nih. dah bersarang tebuan dah.
hari ni nak cakap pasal istiqamah. ishk! skema nye --

sekarang nih sedang bercuti depavali. even tak terlibat dengan perayaan tuh, dapat cutinya seminggu. tapi nanti cuti haji tak pulak dapat seminggu. tiga hari sahaja. nak buat macam mana.... 1Malaysia lah kata kan~ KITA MESTI SOKONG KERAJAAN! yeay! *apamotif??**

cuti seminggu. berat betul ujian bercuti nih. ujian nak istiqamah amalan kat asrama. antaranya:
  1. solat berjemaah
  2. tasmi' bacaan tajwid
  3. ma'thurat
  4. solat awal
  5. study
  6. tazkirah maghrib isya'
  7. al mulk sebelum tidur
  8. tahjud
  9. rawatib
  10. zikir-zikir harian
ok... setakat nih sepuluh tujelah yang keluar. tak boleh tulis banyak nih. jam sudah pukul 5.00 dah nih. asar tak buat lagi. Allah dah tunggu dah tuh. ni sementara tunggu toilet. taip lah sikit mana yang boleh....

back to the topic. sekrang nih ujian kepada kesetiaan kita kat Allah taala. kalau kat asrama boleh buat kenapa dekat rumah tak boleh? Allah hanya ada dekat asrama sahajakah??

ok... cukup setakat ini. sama-sama kita mujahadah lakukan dengan cinta kepada Allah, berjuang membuktikan kecintaan itu. insya Allah boleh! >.<