Monday, October 24, 2011

MY SUPER WOMAN!!


one thing i learned form my mother. everything is about tawakkal.
bukan nak puji mak sendiri ke apa. tapi itu lah yang saya belajar dari mak saya. my super women!!
korang punya bonda pun mesti ada part-part yang korang sangat kagumkan?? macam tu lah juga saya.

ni gambar nih beberapa hari before operation. kelihatan sangat tenang. 
padahal dalam jantung hati tak tahu cakap.
just like now. ada masalah lagi kesihatan dia. 
semua orang duk bising-bising suruh jumpa doktor buat another operation.
gah kalau doktor apa je yang dia tahu. buang membuang jelah
mak cool je. dengan selambanya dia cakap 
"alah tak payah nak jumpa doktor si pembuang tuh. kalau Allah izin benda tu hilang, hilang lah dia. api pun jadi sejuk kuasa Allah. gunung pun hancur. ni pulak benda kecik macam tuh". 

semua orang dok risau sangat-sangat dia still lagi cool.
masa dok mengandung adik. dah umur 48 tahun dah. dengan thyiroid nya, dengan darah tingginya memang tak sesuailah nak mengandung. sampai doktor boleh cakap, kalau anak you down syndrome ke apa jangan salahkan I tak nasihatkan you. dengan tenang mak cakap, kuasa Allah sapa tak jangka. kuar je adik tuh dokter kurang masam tu tanya. anak ok? cukup semua? perh hebat punya doktor. tengok adik saya sekarang bijak! tak de pon down syndrome. malu je doktor tu. padan muka!!!

saya amik 5 subjek STPM nih. memang kata besar ujian. mak selalu pesan. kita hanya ikhtiar. Allah yang tentukan. Allah tahulah nak kasi bila. biar orang kata. janji Allah suka.kita hidup bukan nk cari redha manusia cikgu-cikgu pengetua. tapi untuk cari redha Allah. kenapa nak susah hati sangat. 

memang lah. tawakal pada mak perh sangat hebat. belum jumpa orang yang sebegini tinggi ketawakalannya pada Allah. for her, everythings is Allah......

mak, semoga cepat sembuh. insya Allah baik tak lama lagi. biiznillah :) mak hebat!!!

1 comment:

helangterasing said...

i wish i have that strength too..