Monday, October 24, 2011

SENYUM !

sejak akhir-akhir ni selalu pula dengar sumpah-sumpah manusia bersepah-sepah. macam.macam yang nak disumpahkannya. demi apa? demi selamatkan diri DI DUNIA. kat akhirat, jangan ngirau,, mesti kena gak sebab Allah itu maha halus.

ni nak cakap dalam konteks sebagai seorang pelajar lah. dah jadi adat budak yang nak belajar nih sekejap naik semangat. sekejap lagi turun balik. alah macam hangat-hangat tahi ayam gitu. korang pun macam tu gak en?? eleh ngaku jelah. maka, ramai jelah yang kadang-kadang tuh sampai buat cikgu-cikgu rasa muak nak termuntah-muntah dengar perangai kita yang macam tak bersungguh-sungguh nih kan. sampaikan, cikgu sanggup keluarkan fatwa yang pelbagai. antaranya:
  1. tengok lah kamu hidup nanti macam mana. tak berkat. cikgu tak berkat ilmu cikgu. (eh eh??)
  2. saya sumpah kamu anak cucu cicit piot miot kamu susah nak belajar subjek cikgu nih. (erk??)

banyak lagi kan yang dikatakan. anda sebagai pelajar pun selalu dengar punyalah benda-benda nih semua. tu lah siapa suruh buat cikgu bosan dengan perangai kita?? kan dah kena padan muka!! kita sebagai pelajar, orang nak menuntut ilmu janganlah bangga diri. rendahkan diri sebab kita nih nak menuntut ilmu dengan orang mana lah boleh kita pulak yang berlagak semaca. degil mak aih! tak boleh lah macam tuh. cikgu tetap cikgu. pelajar tetap lah pelajar. sedar diri ye.

tetapi..... kita nih sebagai pelajar, janganlah amik kata-kata cikgu tu bulat-bulat. even cikgu cakap tak redha lah, tak berkat sampai piot miot amende tu semua, tak payah fikir sangat. cikgu pun cakap masa tengah marah. faham lah kita. ingat macam ni lah. siapa yang kumpulkan ilmu tu dalam dada kita?? cikgu kah?? kalau cikgu yang buat macam tuh, memang banyak lah manusia yang keluar bersama deretan A yang tidak putus-putus. senangnya hidup kalau macam tuh. bodek-bodek cikgu, dapat A. wah-wah-wah senang keeja eik??

cikgu hanyalah orang perantaraan yang nak kasi kita ilmu. hakikat ilmu tu datang dari Allah. tapi ingat. kita tak boleh ketepikan "daulat seorang mahaguru itu" memang cikgu kita kena hormat. tapi berpada-pada. konsepnya adalah hormat menghormati. dia berlaku serentak dalam dua hala. bukan satu hala sahaja.

nak cakap kat sini point nya sikit je. bebel je banyak. pointnya adalah "ALLAH YANG HIMPUNKAN ILMU ITU DALAM DADA KITA BUKAN CIKGU!" bila cikgu keluarkan sumpah-sumpah dia, peganglah pada quotes nih.--> sumber : benar lagi sohih. (ALQURAN.....)

*TIADA GAMBAR YANG DAPAT DISELITKAN KERANA 
TERHALANG OLEH INTERNET YANG SIPUT.**

No comments: