Wednesday, December 28, 2011

1

monolog~

aku ingin menjadi yang lebih baik

tapi, aku tidak meletakkan apa-apa usaha

macam mana nak jadi baik nih?

asyik harap doa je

tapi, doa pun tak sungguh-sungguh

tapi orang cakap, Allah maha mendengar rintihan hamba dia...

tak apalah. esok aku doa, nangis-nangis

ustazah cakap, kalau tak boleh nangis, buat-buat nangis pun jadilah

okey, kalau macam tuh, esok aku sediakan bawang bland letak tepi sejadah

konfem meleleh punya air mata nih

keesokkan harinya.........

alah. dah subuh ke? hurm.. Allah panggil nih.

cepat bangun cepat!!! jangan kasi setan menang.
(jap2 sepuluh minit jap. baru pukul 6.30)
(selepas sepuluh minit)....~

alamak! dah pukul 7.15

nak sembahyang tak nak? nak tak nak nak tak nak??

hurm.. kalau sembahyang nampak sangat solat lambat.

nanti abi marah. takut...

takpe-takpe..... masa dhuha ganti. sekali dengan sunnat.

amacam?? cayalah! >.<

waktu dhuha................

abang!!! umie lapar nih. cepat lah masakkan umie kari kambing dalam peti ais tuh.

alahai umie nih... lapar pulak. tapi dah dhuha nih. nak qada'subuh lagi. hesh

umie lima belas minit lagi boleh tak?

abang nak buat apa tuh?? umie dah lapar sangat nih. cepat lah masak. umie nak pergi jumpa doktor fisio lepas nih

kesian umie. dah la kaki sakit. anak pulak tak berguna. ops!~ kurang berguna

tapi, aku sayang umie. lagipun....

hm.. syurga bawah tapak kaki umie.

lepas masak solat lah

siap masak.......
jam pukul 1.30.....

adeih. penat betul masak tadi. nasib baik aku ni lelaki. adalah kuatnya jugak nak mengetuk kambing tu ha

apa-apa demi umie tercinta. akan aku buat jugak.

umie, abang sayang umie. sangat-sangat.

tapi, abang tak boleh tolong umie kat akhirat nanti.

sebab abang banyak dosa......

macam mana ni umie.....

banyak betul cik abang ni membebel.solat tak lagi tuh. dah pukul 3.30 dah nih

buka tv jap lah. nak tengok ada cereterita apa.......

eh best pulak.. tunggu iklanlah. iklan nati wudu' sekali zohor, subuh.

allahuakbar allahhuakbar~

eh?!!! dah azan?? pukul berapa nih? weh! pukul 4.45 dah. patut lah

hadeih~ tadi subuh. sekarang nih zohor pulak.

2 + 4 = 6
6 + 4 = 10
aiyoyo
banyak maa nak ganti

hurm... esok jelah. hari ni solat asar, marghrib , isya'

maka, abang pun solat asar......

umie!! abang nak main bola. pukul 6.30 abang balik.

abang balik awal tau! kita jemaah sama-sama margrib nanti. isya' abang pergi surau.


pukul 7.00 malam...........

alamak umie tadi kawan abang terseliuh.

tu yang abang lambat tu umie. umie solat dulu ya. abang nak kene mandi ni. busuk dah sangat anak umie nih

yelah abang. jangan jadi badak berendam pulak. marghrib ni singkat.

haaaa lega rasa badan dah mandi. hadeih. dah pukul 8.00 lah

lagi 5 minit je nak isya' macam sia-sia ja solat. heh aku nih. nak solat tapi hati merewang ingat awek

maka, terlepas lagi marghrib si abang nih.......

abang!!! solat dengan umie meh!!! abang mesti dah tak larat nak pergi masjid..

haila umie aku nih~ banyak cekodok betoi. tapi, sebab aku sayang umie, aku turun lah jugak. oh umie, only Allah knows how much I love you.

maka, berjemaah lah si anak dengan umienya.....
anak baca doa. umie amin kan.

abang, tadi banyak abang doakan umie. umie aminkan semuanya. tak sia-sia umie lahirkan abang
umie bertuah dapat anak macam abang. alhamdulillah Allah kasi abang pada umie. senang umie dengan abi kat akhirat nanti....

umie, abang jahat. abang tak solat.

abang banyak tipu umie

. masa abang balik lambat tuh, abang pergi tengok "biru" dengan kawan-kawan abang.

abang tak baca quran. bacaan abang teruk.

abang teruk umie. abang teruk!!

umie, abang tak rasa abang boleh tolong umie kat sana nanti....

umie... abi.... maafkan abang. abang bukan seperti umie dan abi sangkakan.....

abang, kali ni umie nak baca doa pulak. abang aminkan ye...

"ya Allah ya tuhan ku.. kaw telah tunjukkan siapa anak ku. alhamdulillah ya Allah. kaw masih berikan perasaan kasihnya pada ku ya Allah... kaw telah tunjukkan hakikat anakku pabila dibelakang ku... jika bukan kerana petunjuk mu itu, tidak akan aku ketahui siapa anak ku. hancur luluh hati ku mengetahui dia murtad kerana meninggalkan solat. anak ku meruntuhkan tiang agamanya sendiri ya allah... ampunilah anak ku ya Allah..... dia menggantikan solatnya dengan tidur, dengan sang "biru" dengan ps dengan serba serbi kemewahan dunia ya Allah.... ampunilah anakku atas kelalaiannya ini ya Allah.. ya Allah, aku tahu anak ku ini juga hampir melakukan zina! tapi dengan kasih sayang mu, perkara itu tidak terjadi.... ya Allah.. banyaknya dosa anak ku.... tidak ku tahu kemana harus ku bawakan wajah ini. terasa sungguh hina melihat kegagalanku mendidik anak ku. ya Allah ampunkanlah aku atas setiap kelalaian aku dalam mendidik anak ku..... ya Allah, ku mohon. aku mohon pada mu, ampunkanlah dia. sucikanlah hati nya. berikanlah hati yang baru buatnya. aku ingin dia yang menungguku di pintu syurga. aku ingin bersama-sama dengan anakku ya Allah... ya Allah, berikanlah kesempatan buat anakku untuk bertaubat. terimalah taubat anakku. sesungguhnya engkau maha penerima taubat... kuatkan lah hati anak ku untuk meninggalkan jahiliahnya... amin ya rabbal alamin......"

abang terkedu. terkejut. tersentak. apakah?? macam mana umie boleh tahu semua nih?? umie.. umie... maafkan abang...... nangis.. : (

abang, umie selalu doa, supaya umie nampak nak umie ni luar dalam.

abang, mula-mula umie tahu, memang separuh gila umie jadinya

alhamdulillah abi ada masa tuh.

abi tolong tenangkan hati umie. umie tahu apa abang buat dalam bilik sorang-sorang

umie tak nak cakap apa dia. tapi, semuanya umie tahu

mana umie tahu, abang tak payah fikir. bukan itu perkaranya sekarang.

sekarang nih, abang anak umie. umie sayang abang

bukan kat dunia je umie nak kita bersama. tapi kat akhirat juga.

tapi, umie dan abi tak pasti kami kat mana nanti

maka, kami harap sangat anak umie abi ni lah yang selamatkan kami kalau umie abi tak sempat sampai ke syurga, kami ada abang yang boleh selamatkan kami. insya Allah...

umie, abang akan buat yang terbaik untuk umie dan abi

sayang, bukan untuk umie atau abi. tapi, untuk Allah

umie dan abi nih, catalyst sahaja

umie, abang tak tahu nak cakap apa lagi

umie, abang mintak maaf sebab susahkan hati umie.

umie bimbing abang ye

lapop tu, umie ambil balik. bila abang nak guna, umie atau abi kena duduk sebelah abang.

umie, jangan lupa doakan abang tau...

umie, abang dah cuba nak berubah sebenarnya umie. tapi susah yang amat.

sekarang umie dah tahu.

umie berhak nak kawal seluruh hidup abang.

umie, abang mintak maaf..... abang sayang umie dan abi sangat-sangat..

umie pun sayang anak umie ni sangat-sangat.

umie, abi mana??

----------------------------------------------------------------------------------------------

berjayakah mujahadah si anak?? nak berubah memang susah. melawan diri sendiri. mana tak nya. macam nak bunuh diri je tau. tapi, ada ke benda yang mudah?? nak makan pun kena berusaha.

abi? mana abi?? kenapa abi tak ada di sini?? abi?!!!

5 comments:

takutake said...

Cis. Sentap aku.

fahimahakimz said...

adaptasi kisah benar
:)

Anonymous said...

macam betul2 kene atas kepala.

alahai~

ctodyhearty said...

hwm,,, cdey cgT..
tapi pengajaran yang terbaek !
^_^

helangterasing said...

ley tulih novel pas ni;)