Friday, December 30, 2011

kenapa aku bukan seorang bangsa Arab??

luahan hati seorang remaja semasa membuat 
assignment syariah. sambil buat sambil dengar ini : 


maka, meleleh lah air mata si remaja tu tadik

mengenangkan nasib yang tak lahir dalam bangsa arab

kenapa aku tak terpilih untuk duduk dalam kelompok itu??

kelompok secara fitrahnya faham dan mengerti isi kandungan kitab yang mulia

kenapa aku tidak berada dalam golongan itu??

kenapa?? argh!! kenapa bukan aku! alangkah indahnya jika aku mampu mengerti quran itu secara mendalam

aku ingin jatuh cinta dengan ayat cinta dari rabb ku itu

sedetik aku berfikir. pasti ada hikmah di sebalik kejadian.
ada hikmah

aku harus yakin akan perkara itu

tapi, apakah hikmahnya??

tiba-tiba aku teringat tazkirah cikgu sains di sekolah lama ku

"orang yang tak reti baca quran kerana bahasa itu bukan bahasanya, Allah akan memberi gandaan kepadanya sebanyak 3 kali". 

wah! itulah hikmahnya kenapa aku bukan dari kelompok itu. 

Allah nak kasi aku pahala lebih rupanya.

aduhai tuhan, baiknya engkau pada ku.

memberikan rasa ini dalam jiwa ku

ya Allah, jangan kaw kaburi hidayah mu ini dengan dosa-dosaku yang ibarat sang pasir di muka bumi ini.

kalau aku dalam golongan itu, mungkin aku akan sakit.

sakit dengan penyakit hati.

terasa diri bangsa pilihan

terasa diri ummat termulia di muka bumi ini

padahal tidak melakukan sunnahnya

masya Allah.....

kini, aku bersyukur kerana aku berada di tempat ku kini

sekali lagi ku panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat mu ya Allah.....


alhamdulillah, hati ini masih belum mati. tapi perlu diubati. aku ingin mencari ubat hati ku. aku dah jumpa. tinggal aku nak makan je. ikut dose yang sepatutnya. hm.... tapi, dose tu unlimited. yeay!!! suka suki aku lah nak makan berapa banyakkan?? rohani, bersedia untuk gemok! >.<




 ~may Allah blessed~ 

sambung balik buat assignment. :)

No comments: