Thursday, December 1, 2011

maryam sofiyyah


cuti ni kerja jaga budak memanjang. lepas satu, satu lagi datang. memang first week cuti nih tak buat banyak homework pon. oh tak apa. next week, dah mula gerakkan palan masa cuti. kita gempur untuk tahun depan. yeay!! chayok!!

jaga budak. cik mek maryam. uh penat. nasib baiklah kamu ni anak sedara mak .....g kalau tidak.....

(takkan nak taruk gambar sendiri. bahayes!!)

ok, terus. nak certia kat sini, jaga budak memang memerlukan tahap kesabaran yang superb. kalau tak sabar, memang patah liuk anak orang. bayangkan macam mana mak kita jaga kita dulu. sekejap nak tido, makan, munim pulak uh! jangan lupa, CEBOOK!!! grrrr memang the critical part. tak suka. tapi, bila tengok budak tu main air seronok pulak. bila kita dah jaga budak kecik, baru faham kot betapanya susah mak kita jaga anak. siapa yang nampak, bertuah. siapa yang tak nampak, hadapilah nanti :)


tu part kesabaran. ni part kumpul pahala. sabar pun dah pahala. mandi, tah menda-menda pun pahala lagi. part nih memang best. kita dalam 24jam sehari, 7 hari seminggu, tak tentu kita boleh zikir, selawat banyak-banyak. tapi dengan jaga budak boleh... banyak lagi tuh. masa bila buat? oh masa nak dodoikan dia lah. takkan nak nyanyi lagu twinkle-twinkle-little-star kot? tak pon banyak lagi koleksi lagu lullaby english tuh. tekan you tube. banyak....  tak ada kerja nak menghafal. hah kalau selawat, zikir, kan dah memang tersave dalam kepala. senang kan. sambil tidurkan anak, sambil selawat. even suara macam katak, arh belasah jelah... so, seronoklah that part. selawat banyak hati tenang. dapat gain sabar. yeah!! sabar!!!! >.< suka-suka-suka. tapi, tak bayang lah pula kalau-kalau ada yang nyanyikan lagu english tu kat anak-anak masa tidur.... tak boleh bayang~ 0.o

masa kecik-kecik dulu pun mak buat macam nih. lepas balik sekolah, ambil aku dari rumah nenek (pengasuh), mak penat. ajak tidur... mak pun zikir macam-macam kat telinga sampai tidur. tak sampai 5 tahun dah hafal semua zikir tuh. dan zikir-zikir itu lah juga yang di dendangkan pada telinga anak-anak... :) MAK, I LOVE YOU... PLEASE LAH CEPAT SIHAT. KUATKAN SEMANGAT!!

itulah sedikit pengalaman menjaga anak kecil... bukan maryam je. tapi yang lain-lain juga... hah! satu lagi. bukti kalau tak sabar boleh patah liuk anak orang. pernah jadi kat anak sedara yang sulung. aku pukul dia sampai demam. kesian dia kan?? huhu ganas betul aku nih. tulah bila sabar tak ada, aku bertukar menjadi NAGA! yeay!!

sekian~ :)

1 comment:

helangterasing said...

bkn ank sulung kan?juz asking..