Wednesday, December 28, 2011

tersentak

oh ya.. sekarang nih dok buat kerja kolej yang maha bertimbun. tak tahu nak cakap betapa banyaknya kerja kolej ku itu. put it aside!

sambil buat power point, sambil dengar quran. serious. lama kot tak bukak quran. berapa lama? jangan tanya. tak baca quran, dengar pun jadilah. dah habis al-mulk dengan you tube, start cari lagu-lagu macam-macam lah. maka, jumpa ini.........


 

tajuk : sabarlah wahai hati 

aku lahir ke atas dunia dengan izin Mu
lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada
para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku
zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa
aku terbit di tengah masyarakat Islam
namun tiada lagi Islam dalam hati mereka dan hidup mereka
namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula
aku kuatkan azam untuk menyertai mereka
cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini
generasi seusiaku yang sakit
lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu
sibuk dengan cinta yang penuh noda
aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna
namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna
kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa
dan tugasku adalah berusaha
gagal jatuh dicela tak diterima itu perkara biasa
aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati
bukan nilaian harta yang aku cari
bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia
cukuplah redha Mu sebagai harga
bantulah hamba Mu ini
sedarkanlah semula generasiku ya RABB
bangunkanlah semula ummat ini
aku yakin Islam pasti akan kembali dan aku tak akan berhenti

make me think about something..... hurm... may Allah blessed~ :)






1 comment:

helangterasing said...

kerna kamu HELANG islam:)