Friday, January 27, 2012

maahad time!!

eh hari ni kan, beta pergi mencemar duli ke maahad hamidiah kajang. wah sekolah ku tercinta. serious seronok gilak! >.<

jumpa cikgu. semua kot. ok tipu lah kalau semua. ada je yang tak jumpe. tertinggal atau cikgu terlalu sibuk. tak apa. tapi puas lah. lepas satu, satu. best. dan setiap perhentian tuh tak kurang 5-10 minit. lama kan. banyak yang diceritakan. check point yang paling best, dengan ustaz zainaphi dan teacher ramrah. ustaz zainaphi tahu kes terbaru kat kisas. saya sayang beliau. hehehe memang best lah coolio gila. sembang macam kawan yang sangat lama tak jumpa. oh itulah ayahanda dan ibunda maahad ku.

setapak melangkah adik ni panggil. jalan lagi, yang lain pulak. wah best nya!! rindu sama mereka. dan insa yang paling aku nak jumpa, WAHIDAH FATIHAH. dan aku jumpa beliau. alhamdulillah

okey, yang teramat best sangat datang sekolah hari nih is, menjadi cikgu terjun sebentar di kelas 5 Razi. hahaha. tak pernah ada peluang kot. ni praktikal untuk ummu fayyad naaa... aku ni tmpang sebelah jak

oh maahad. the got a very mommyly and daddyly teacher.. sayang mereka.

cikgu cakap, "balik pukul 4.30 petang... penat.."
aduhai kasihan pada guru-guruku itu.

tapi tak apa cikgu, banyak pahala. cikgu tengah melombong pahala tuh. bestnya!!! eh rasa macam nak jadi cikgu pulak. eh ada gaya ke?? macam tak je.. patah riuk anak murid aku.

ummu panggil anak murid dia tadi apa tau... "adik-adik" ok fine~ aku terima sebab dia memang seorang kakak kepada ramai adik. not like me. kakak kepada ahmad fikril hakim sahaja.

ok teachers, may Allah blessed. seroiusly, sapa dok maahad bertuah. aku jamin sekolah lain payah nak ada cikgu yang sangat parently dan sangat rajin untuk mengajar. bersemangat! bangga dengan cikgu ku!! yeay!! >.<!


Wednesday, January 25, 2012

homey

apakah itu homey? entah. word tu yang terjah masuk minda. terus keluar. oh ya. saya memang seorang budak spontan. apa rasa rasa saya akan cakap. perh bahaya kot kalau macam tuh. bila nak cakap kena fikir dulu bah. kalau tidak jadi macam nih


kerana pulut santan binasa.
kerana mulut badan binasa.

wah tak sia-sia aku amik bahasa melayu time SPM dahulu kala.
ok fine. hari ni nak cakap pasal rumah. rumah. rumah.
korang ada berapa banyak rumah. rumah in terms of tempat tinggal lah.
aku ada dua. satu rumah yang aku duduk dengan mak aku nih
dan satu lagi aku punya rumah dekat asrama KI tuh.

berbeza tak duduk rumah asrama dan rumah yang betol-betol rumah
kalau cakap tak, memang ada yang kena pelangkung nanti.
memang berbeza. dan wish one is the better most?? (salah grammar kah??)



for me, both of them got their own benefits. duduk rumah bagus. duduk asrama pun bagus.
pilihan aku masa tengah nak kena dunia ni ialah asrama. sebab apa? oh sebab aku belajar untuk mendisiplinkan diri lah. perh cakap pasal disiplin. apa cerita biro terchenta aku tu yek??

kalau dekat asrama, bangun awal. 5.00 pagi. itu pun kalau ada orang kejut lah. paling lewat setakat nih. 5.30 pagi. bagi aku, not bad la tuh. even ada je lagi manusia yang bangun pukul 3-4 pagi. kalau dekat rumah. pukul 6.00 tak tentu bangun lagi tau. perh memang mati betol kalau tidur tuh. tak hingat dunia. ishk ishk ishk. bila jadi macam ni kat rumah, maksudnya, objektif tarbiyyah tu tak sampai la kan? haih~ muhasabah semula.

lagi, kat asrama akan belajar sampai berpinar anak mata tengok huruf. kalau dekat rumah berpinar juga anak mata nih. tapi, tengok fesbuk, tengok movie, arh buang masa sungguh. tak sesononoh betol.

next, kat asrama selalu tadarus dengan suraya. weh best kot. setiap maghrib kalau aku tak sibuk. kalau sibuk, terpaksalah suraya tu baca sengsorang. aku pulak sambung baca tadarus dengan hanim dalam dorm. oh indahnya ukhuwah itu. sayang mereka. dorang nih catalyst aku untuk jadi baik. oh ya. aku memang jahat. kalau dekat rumah. hadoih~ takat al mulk pun payah nak lepas. memang lah. ketara betol. malas nak baca quran, kononnya amik inisiatif untuk dengar al quran. hm.. ok la jugak kot. at least ada kan hidup dengan quran. hadoih~

in addition, kat asrama solat awal. kalau tengok jam pukul 2.30 tak solat lagi tu memang dah rasa nak terbalik balik dah. tak tenang. gundah gulana sungguh. sebab ada je sahabat-sahabat yang dikirimkan Allah untuk menegur. alhamdulillah. kalau dekat rumah, perh tengok jam macam tak ada perasaan. 2.45 baru nak kedek-kedek zohor. perh. gila punya lah. so, betterkan duduk asrama??

ok. yang ni yang best kot. duduk asrama urus diri sendiri jak. buat kerja sendiri. tak payah masak, tak payah basuh pinggan. mama DM dan ABANG yus DM tu dah ada. so, agak heaven gak lah. tak payah masak. duduk rumah banyak kerja. kemas itu, kemas ini dan sebagainya. penat memang penat. tapi untuk mak tercinta, redah jugak lah kan??

tapi, benefit duduk rumah pulak, tak ada masalah bekalan air bersih. baik air untuk mandi, minum dan sebagainya. dan air minum rumah aku sedap. rasa dia macam manis-manis. cuba try. aku guna rx-water. (sejak bila jadi agen nih) kat asrama tuh.. haih~ nama jak SBT. geh -..-

duduk rumah senang online. ok fine. bukan online takat nak buang masa eh. ada je kerja-kerja sekolah yang nak kena online jugak kan. korang pun tahu. kat sana, nak cari kompiter satu hal. dah jumpe kompiter ada hal lain pulak. perh. memang SBT. mengajar aku berdikari! baguslah!! apa-apa pun sekolah aku terbaik!! (darihatikahini??)

so, kesimpulannya untuk orang jenis macam aku nih yang tak reti nak beristiqamah, baik duduk asrama jelah. eh bukan. duduk HOSTEL je lah. baru GLEMER panggil HOSTEL. haih~ hidup-hidup. sapa kata hidup ni senang. hidup senang kalau nak masuk neraka. kalau nak masuk syurga memang hidup jadi susah. tapi tak apa. susah sekejap ja. dunia ni kan jambatan nak pergi ke akhirat. nak pilih syurga atau neraka, pilihan ditangan anda. Allah dah bekalkan akal, quran, sunnah. nak ikut ke tak. buat pilihan sendiri. sekian.

Tuesday, January 24, 2012

voucher 200

ok. semua orang tahu yang kami budak-budak nih dapat voucher buku. oh ye. pelik lah. kenapa kita budak tua ni diberi voucher bukan cash ye?? kalau budak kecik  baru nak hidup tu pun dapat cash. ni yang dah nak kawen ni pulak dapat voucher. pelik tak?? apa-apa jelah. malas nak fikir panjang-panjang. bukan selalu gov nak kasi nih. bila ada election je dapat tau. maka, bersyukur lah ye.

aku beli buku kat MPH. weh ramai gila ummat muhammad masa tu. perh. naik berpinar lah jugak bijik mata nih. ngeng~ ngeng~ ngeng~

berikut adalah buku yang aku beli.


RM 46.85
RM 49.05


RM 65.00



semua ni kak nur yang pilihkan. kakak terbaru dan terakhir aku :)
sebab nak habiskan duit, aku pun beli lah novel. banyak pulak tuh 

RM 19.90

RM 21.00

RM 20.00

semua hlovate aku nak beli. dah gila agaknya aku nih. -,- yang buku hijau tu pulak orang dok kata best. so, beli jak. total, RM 274.90
sebelum terlupa. aku benci orang MPH!! sombong gilak. macam MPH tu dia yang punya jak. eleh korang pun KULI jugak lah! heh! sombong tak padan. no manners at all!! 

Sunday, January 1, 2012

baru post pasal azam. tapi still lagi rasa macam.. macam... macam-macamlah. tak tahu nak hadapi next year macam mana. haih~ beratnya ujian Allah. tapi Allah kata, dia takkan uji hamba dia melainkan apa yang hambanya mampu. 

teringat keputusan homopati mak. yang palik aku ingat - longing to die dapat markah 98.

abang uji tanya. mak betul ke ni mak. mak dengan coolnya jawab, its not longing to die. but prepare to die.

uh! betapanya mak cool. aku pulak yang macam tak tentu arah. oh harapnya pengetua tercinta kasilah kan balik tiap-tiap minggu. ni baru ujian macam nih. tu haa sepupu aku, ayah dia (pak cik aku) dah pergi dah pun. macam cool je. memang lah dalam hati, Allah je yang tahu.

oh Allah, permudahkanlah semua ini buat hamba mu. pinjamkanlah kekuatan mu untuk aku menghadapinya. 


~son, its not longing to die. but prepare to die~
~we will meet in the heaven again. insya Allah~

:):):):)

~may Allah blessed~

azam 18 tahun

sumua kawan-kawan dah tua. dah 19 dah. aku baru nak terhegeh-hegeh masuk 18. tak kesah apa pun. dah diberi peluang bernafas ni pun dah cukup syukur dah. alhamdulillah. dengan ini, berikut adalah azam hari tua dan tahun baru aku.
  1. tingkatkan ilmu dan amal. ilmu tanpa amal sama je dengan tak ada ilmu. sebab ilmu tu untuk diamal
  2. istiqamah dengan ibadah
  3. khatam quran 2 bulan sekali. sekali dengan tajwid
  4. ikhlas dalam berjuang
  5. jadi lebih tabah. letakkan diri bawah kehendak Allah. (susah yang amat)
  6. lebih rajin dalam segalanya
  7. score dalam each exam kat sekolah. nak buktikan apa sekali cikgu cakap aku boleh.
  8. lebih sabar dan berhikmah.
  9. solat hajat setiap hari untuk emak.
  10. bersedia dengan segala apa yang akan berlaku. yelah kita tak tahu apa nak jadi kan? 
insya Allah akan diusahakan sebaik mungkin. harap didoakanlah ye.
selalu ingat quotes nih "ALLAH TIDAK MELIHAT KEPADA NATIJAH TETAPI USAHA"
aku doakan semoga azam kalian akan tercapai.





1 jannuari 2012

today, is my birth day. tepat pukul 12.00 malam tiba-tiba mak masuk bilik. baru nak mengendap mak kat bilik dia. dia yang datang dulu

lah awat kak yang tak tidoq lagi nih??

hee mak, terima kasih sebab sudi lahirkan kak yang naa. besarkan kak yang sampai terlebih besar dah nih

mak. hahaha tak besaq aih~ dah2 pi tidoq. satgi nangis la tuh. heh

eh mak nih....

pi tidoq!!! eh kak yang tak siap kerja sekolah lagi kan?? haaa jangan tidoq lagi. buat dulu naa

mak.....

dah-dah mak nak tidoq. assalamualaikum. oh ya! selamat hari jadi anakku. semoga bertambah iman.

ni lah yang sempat di bualkan malam-malam buta bersama emak. emak... erm.... :)
okey, zaman sekarang ni semuanya terbalik. serba serbi terbalik. bila hari lahir, mak pulak yang kena kasi hadiah. uh. sepatutnya kita yang kasi hadiah kat mak. ni tak. tergolek-golek nak hadiah dari mak. dan, semestinya bila birthday tuh, kena sujud syukurlah. akhirnya aku dah tua. kematian semakin mendekati. cakap terima kasih kat mak. itu yang sepatunya.

-may Allah blessed-