Wednesday, January 25, 2012

homey

apakah itu homey? entah. word tu yang terjah masuk minda. terus keluar. oh ya. saya memang seorang budak spontan. apa rasa rasa saya akan cakap. perh bahaya kot kalau macam tuh. bila nak cakap kena fikir dulu bah. kalau tidak jadi macam nih


kerana pulut santan binasa.
kerana mulut badan binasa.

wah tak sia-sia aku amik bahasa melayu time SPM dahulu kala.
ok fine. hari ni nak cakap pasal rumah. rumah. rumah.
korang ada berapa banyak rumah. rumah in terms of tempat tinggal lah.
aku ada dua. satu rumah yang aku duduk dengan mak aku nih
dan satu lagi aku punya rumah dekat asrama KI tuh.

berbeza tak duduk rumah asrama dan rumah yang betol-betol rumah
kalau cakap tak, memang ada yang kena pelangkung nanti.
memang berbeza. dan wish one is the better most?? (salah grammar kah??)



for me, both of them got their own benefits. duduk rumah bagus. duduk asrama pun bagus.
pilihan aku masa tengah nak kena dunia ni ialah asrama. sebab apa? oh sebab aku belajar untuk mendisiplinkan diri lah. perh cakap pasal disiplin. apa cerita biro terchenta aku tu yek??

kalau dekat asrama, bangun awal. 5.00 pagi. itu pun kalau ada orang kejut lah. paling lewat setakat nih. 5.30 pagi. bagi aku, not bad la tuh. even ada je lagi manusia yang bangun pukul 3-4 pagi. kalau dekat rumah. pukul 6.00 tak tentu bangun lagi tau. perh memang mati betol kalau tidur tuh. tak hingat dunia. ishk ishk ishk. bila jadi macam ni kat rumah, maksudnya, objektif tarbiyyah tu tak sampai la kan? haih~ muhasabah semula.

lagi, kat asrama akan belajar sampai berpinar anak mata tengok huruf. kalau dekat rumah berpinar juga anak mata nih. tapi, tengok fesbuk, tengok movie, arh buang masa sungguh. tak sesononoh betol.

next, kat asrama selalu tadarus dengan suraya. weh best kot. setiap maghrib kalau aku tak sibuk. kalau sibuk, terpaksalah suraya tu baca sengsorang. aku pulak sambung baca tadarus dengan hanim dalam dorm. oh indahnya ukhuwah itu. sayang mereka. dorang nih catalyst aku untuk jadi baik. oh ya. aku memang jahat. kalau dekat rumah. hadoih~ takat al mulk pun payah nak lepas. memang lah. ketara betol. malas nak baca quran, kononnya amik inisiatif untuk dengar al quran. hm.. ok la jugak kot. at least ada kan hidup dengan quran. hadoih~

in addition, kat asrama solat awal. kalau tengok jam pukul 2.30 tak solat lagi tu memang dah rasa nak terbalik balik dah. tak tenang. gundah gulana sungguh. sebab ada je sahabat-sahabat yang dikirimkan Allah untuk menegur. alhamdulillah. kalau dekat rumah, perh tengok jam macam tak ada perasaan. 2.45 baru nak kedek-kedek zohor. perh. gila punya lah. so, betterkan duduk asrama??

ok. yang ni yang best kot. duduk asrama urus diri sendiri jak. buat kerja sendiri. tak payah masak, tak payah basuh pinggan. mama DM dan ABANG yus DM tu dah ada. so, agak heaven gak lah. tak payah masak. duduk rumah banyak kerja. kemas itu, kemas ini dan sebagainya. penat memang penat. tapi untuk mak tercinta, redah jugak lah kan??

tapi, benefit duduk rumah pulak, tak ada masalah bekalan air bersih. baik air untuk mandi, minum dan sebagainya. dan air minum rumah aku sedap. rasa dia macam manis-manis. cuba try. aku guna rx-water. (sejak bila jadi agen nih) kat asrama tuh.. haih~ nama jak SBT. geh -..-

duduk rumah senang online. ok fine. bukan online takat nak buang masa eh. ada je kerja-kerja sekolah yang nak kena online jugak kan. korang pun tahu. kat sana, nak cari kompiter satu hal. dah jumpe kompiter ada hal lain pulak. perh. memang SBT. mengajar aku berdikari! baguslah!! apa-apa pun sekolah aku terbaik!! (darihatikahini??)

so, kesimpulannya untuk orang jenis macam aku nih yang tak reti nak beristiqamah, baik duduk asrama jelah. eh bukan. duduk HOSTEL je lah. baru GLEMER panggil HOSTEL. haih~ hidup-hidup. sapa kata hidup ni senang. hidup senang kalau nak masuk neraka. kalau nak masuk syurga memang hidup jadi susah. tapi tak apa. susah sekejap ja. dunia ni kan jambatan nak pergi ke akhirat. nak pilih syurga atau neraka, pilihan ditangan anda. Allah dah bekalkan akal, quran, sunnah. nak ikut ke tak. buat pilihan sendiri. sekian.

No comments: