Saturday, March 17, 2012

madrasah tarbiyyah

few hours to go, and daa balik lah. rasa berat. sungguh. my emak. humph.. tak apa, Allah kan ada ;) *sedapkan hati dengan fakta yang paling kuat.

rasa macam resah gelisah sebenarnya nak balik ni. pelbagai perasaan. tak apa, balik ke madrasah tarbiyyah. *pujuk hati. hakikat tu sebenarnya. beta nak tanya kat sini. jujur. siapa yang rasa iman dia tergolek-golek time kat rumah. dan bila kat asrama especially KI, dia rasa iman tu gemok dan gemok dan gemok. kalau tuan hamba semua tak rasa macam tuh, tuan hamba memang hebat. sebab berjaya istiqamah dengan amal. 

bila nak balik KI, banyak benda yang menerjah minda. dari A-Z ada ja yang nak difikirkan. macam lah beta ni memerintah empayar. geh. tu lah nak kata kat sini sahabat. syaitan tu memang keji tau. bolak balikkan hati kita. dah lah hati kita ni lembik. nyeh~ so, kalau tak ada supplement macam mana? haa ada yang lagi parah. kalau yang ubat wajib pun tak cukup? haaaa tu masalah dunia tu. 

refleksi diri. apa yang dah buat sepanjang cuti. puas hati tak? just wonder. "sampai bila nak kena tempias nih? bila nak betul-betul jadi darah daging? lama dah kott" istiqamah. perkataan azimat kot. senang disebut, dieja, dan ditulis. tapi diamal? fikir sendiri naaa

kita ni lalai. dan kat KI tak banyak benda yang melalaikan. tak sempat nak lalai pun. sebuk petala ke lapan! perh!! kalau kat rumah, heaven dunia~ internet, astro, game, ps, lagi apa?? oh yaa yang panjang kaki tu, shopping complex, apa lagi?? apa2 jelah. tak ke semua tu agen pelalai hati?? memang benda tu ada baik. but mostly yang ada keluar automatik tu, lalai. kan?

macam mana nak masuk syurga nih? kalau asyik lalai jaa. nanti kereta tak jumpa jalan. sesat. sebab banyak berangan sangat. hurm...

conclusion,
apa khabar iman? beta risau keadaanmu. dah kena masuk ICU ni :(
org kate nak buang tatu di badan itu sakit, tp rsenya nak buang tatu dosa yg ade dalam hati itu lagi-lagi la perit..
insaf.... 
:(
credit to encik fb punya status.

random

kadang-kadang aku pelik lah
perempuan tu cantik tahap perh!
sekali tengok 'buaya' dia memang teett

kadang-kadang tu terbalik pun ada
tapi jarang sangat lah

heyy girl!
ada apa kat 'buaya-buaya' tu?
rupa, kirim salam
budi bahasa ada ke?
taat agama ada ke?

hm... depends
soalan tu subjektif
setiap orang ada pita pengukur masing-masing
panjang pendek nya berbeza

dan ini jawapan aku
kalau muka 'buaya' tu dah kirim salam (tak dak nur)
tak payah tanya hat lain naaa
agama?
hak tuihh!
taat agama mende nya kalau dok pegang korang sana sini
kiss situ, kiss sini
pencabul adalah >:(
*dah jumpa 'buaya' macam ni. family sendiri pun nak baham
tak ke seram tuh?! kalau family nak baham,
yang bukan family nak apa eh?

tapi korang tu teramat bijak pulak
rasa bangga bila buat macam tuh
oh yah, apa orang kata?
bukti cinta kita~ <3 pengiktirafan gitu~
ceh! bukti kepala hutak hangpa!!
oh yah yah yah
kalau cinta Allah, kena bukti kan?
ok ok ok

hukum Allah semua dah tak nampak
dah buta mata hati
mata tak buta lagi (alhamdulillah)

sebenarnya, cinta tu tak buta la
yang membutakan cinta adalah orang yang bercinta tu

the conclusion is,
no couple before nikah.
perfect. :)

update mood :
1. rasa menyampah gila orang yang dok tayang 'buaya' dan orang 'gila' bersama. kiss sana sini pun nak tayang. apa kau bangga buat dosa?!
2. 'buaya' itu sampah. maka, tempat selayaknya dustbin!
3. orang 'gila' itu gila. maka, tempat selayaknya tanjung rambutan!
4. kalau nak buat dosa tu, buat sendiri-sendiri. jangan nak promote orang buat dosa juga
5. si pengomen, jangan nak jadi catalyst encik 'tanduk' boleh??
6. AKU REMOVE KAW! TAK KENAL KAW LAGI!! *the best solution ever :)

Friday, March 16, 2012

kamu

jujur nih. 
nak sangat baca entry kamu sebelum balik KI
tapi tak nak susahkan. 
maka, kamu focus exam naaa :)

Wednesday, March 14, 2012

KAU

kau
yang teramat istimewa.
terima kasih kerana sudi berada disampingku.
tika susah dan senang.
aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti kaw
dan tak pernah aku merasakan kemanisan ukhuwah seperti mana aku merasakan dengan kaw.
maafkan segala khilaf ku.
aku tahu sahabat. kaw bukan sahaja sahabat ku. tetapi kau juga ketua aku.
maka, apabila aku membantah arahan kaw, aku mohon keampuanan kaw.
bukan sengaja. tetapi hati masih keras untuk menerima.
maafkan aku yang masih jahil. aku mulai faham setelah aku mendengar luahan hati kau.
rupanya kau hanya ingin melunaskan tanggungjawab kaw. kerana jawatan yang kaw sandang itu akan meminta pertanggungjawabannya. tidak pernah aku sangka. sikap aku selama ini telah menyusahkan kaw sahabat.
aku telah menjadi penghalang terbesar bagi kaw untuk melaksanakan tugasan kau
 maka insya-Allah sahabat.  insha Allah.
akan aku cuba. ya akan aku cuba sebaiknya untuk menuruti arahan kau. selagi mana tidak bercanggah dengan syarak
sahabat, aku mohon. pimpinlah aku sebagai seorang ketua.
sebab pernah aku dengar sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh memimpin sahabatnya
maka, jangan biarkan aku sendirian. lebih-lebih lagi ketika aku berbuat salah.
 aku perlukan kaw melebihi aku memerlukan yang lain.
kerana kaw bukan seperti mereka.
kerana kaw terlalu istimewa. ya kaw terlalu istimewa.
kita diikat dengan janji taat setia yang jelas. aku selalu ingat dan mustahil aku akan melupakan janji kita pada ketika itu. dan selepas itu, baru aku mengenali apa itu sahabat
dan demi Allah. baru kali ini aku merasakan sayang terhadap sahabat atas dasar islam.
terima kasih kerana memperkenalkan aku dengan perkara yang agak asing pada aku satu masa dahulu
sekali lagi sahabat, terima kasih.
hanya Allah yang layak membayar segala kebaikan kaw.
alhamdulillah.
akhirnya aku ditemukan dengan insan yang betul-betul layak memegang title sahabat. :)

tapi, kita hanya manusia yang lemah. sentiasa berbuat dosa dan mungkar.
ada kala aku sebagai orang bawahan kaw perlu menegur perbuatan kaw
ya Allah..... hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mulut ini untuk menegur.
kaw bukan sahaja sahabat aku. tapi kaw juga ketua aku.
kadang kala aku terfikir, aku tidak perlu menegur kaw
tapi tidak. perjanjian kita. aku tak boleh melanggar perjanjian itu
maaf kiranya aku sangat sedikit dalam hikmah. aku tahu itu.
pasti hati kaw tergores tika mendengar teguran aku.
tapi ingat sahabat. walaupun aku hanya orang bawahan kaw dalam organisasi,
tapi dalam ukhuwah kita, tiada siapa yang di bawah atau di atas.
aku juga hanya melaksanakan tugasan sebagai sahabat kau. 
kita sama. tapi tidak serupa. cuma kita punya cara yang berbeza. pendirian yang berbeza. pemikiran juga berbeza. 
maka, sama-samalah kita meraikan perbezaan itu dengan cara,
aku hormati kau. dan aku juga mengharapkan yang sama daripada kau.
bukan erti aku meminta dibalas. tetapi aku hanya meminta toleransi kau.....

*dah habis pun idea nak cakap apa. ayat bunga tak jadi. memang tak ada bakat gamaknya. dah biasa lurus kepada tembakkan. maka, kepada yang faham, inilah rasa hati. banyak yang tersirat. walaupun nampak je dengan jelas. tapi tolong tengok apa yang tersirat tu. cari. akhir kalam, saya minta maaf andai kata coretan tak seberapa ni merimaskan atau sebagainya. maaf.....
dedicated to sahabat(s)

terima kasih



ucapan terima kasih itu besar azimatnya. 
terkesan kepada yang mengucapkan juga yang menerima
terimakasih umpama jampi yang teramat ajaib kepada sesiapa sahaja
maka, sesiapa yang mampu mengucapkan 'terima kasih' maka dia adalah orang yang menang.
terima kasih menunjukkan nilai pekerti seseorang.
terima kasih menunjukkan sebuah penghargaan yang tidak ternilai.
sesiapa yang susah mengucapkan 'terima kasih' adalah orang yang perasan.
perasan diri dia hebat sangat.

*so, jangan rasa susah nak ucapkan terima kasih. tak kesahlah anda muda, tua, berilmu, atau jahil, berterima kasihlah kepada sesiapa sahaja. yang paling utama. setinggi-tinggi terima kasih kepada PENCIPTA kita. okfos~ :)


tergantung nikahnya


okeyh. hari ni nak buat rancangan semanis kurma. ingat ustazah dato' tu je ke boleh buat. hehe.. hari tu dah ada sedikit study tentang nikah gantung. dan sempat pulak tanya kat kakak saya. rasa menarik pulak dengan nikah gantung nih. macam best jaaa. -.-! <---- apakah? 

nikah gantung nih senang kata, tiket untuk bercinta, bercouple dan bermesra ala remaja masa kini gitu. kalau ikut hukum, tak ada hukum pun sebenarnya. asal ada persetujuan kedua belah pihak. kalau tak ada persetujuan tu, maka, tak boleh lah. dan ingat. perkahwinan nih bukan ikatan antara laki bini jak. malah ikatan dua buah keluarga yaaa gituuu. maka, kalau fikir perkahwinan tu hanya melibatkan dua insan, payah lah begitu.....

islam tu tak lah susah. malah islam agama yang mudah. islam just nak ummat dia berbuat kebaikkan dan akhirnya nanti mendapat syurga. itu yang Allah taala gariskan. tapi at last, pilihan ditangan kita. nak pilih yang mana. yang haram atau pun yang halal dan penuh barakah. kalau dah nikah, nak date ke, nak pegang sana, pegang sini, tengok sana, tengok sini, terserah. dah halal dah pun. tak ada fikir pasal dosa-dosa dah. masa tu, dapat pahala lagi ada. sebab tu tadik saya ada jumpa satu quotes nih. dia cakap "nikah gantung, penyelesaian terbaik bagi masalah sosial" dan saya rasa teramat lah setuju. kalau itu jalannya, kenapa masih pihil yang batil. see islam tu tak susah. yang menyusahkan ialah orang yang tak faham islam atau yang 'terlalu memahaminya kononnya'. 

tambah sikit kat sini. lepas dah nikah tu, memang persetujuan seperti yang dipersetujuilah. tak kesahlah perjanjian jenis apa pun. tapi, kalau suami nakkan isteri dia untuk bersama, maka tak ada siapa boleh kata tak. sebab itu adalah hak dia. dah tu bini dia, suka dialah kan? parents tak boleh masuk campur dan tolong, jangan masuk campur.

ok. dipendekkan cerita, for those yang memang rasa nak gila sangat dah nak bercintan cintun, silakan. silalah nikah dahulu. dan suka hati kamu lah nak buat apa pun. ingat. islam tak halang fitrah manusia. cuma islam meletakkan garis panduan macam mana nak salurkan fitrah tu. ingat kawan-kawan, pernikahan bukan sesuatu yang boleh dibuat main. ianya umpama perjudian terbesar dalam hidup. hanya kepada Allah kita letakkan sandaran. 

dan, rasanya, even perempuan tu dah ajak kawen dengan tergantung, dan lelaki tak mahu. saya berpendapat, lelaki tu memang tak serius. just nak main-main gitu. come on guys, lelaki kan memang agak lambat matang. dan perempuan pulak, cepat matang sampai asyik fikir tah hapa-hapa. ngeh. pilihan ditangan kalin. nak pilih yang mana. semoga pilihan mu itu tak tersasar daripada panduan yang Allah dah beri.... 

wallahua'alam. *banyak kurang nih. maaf. hanya sekadar coretan yang banyak kekurangan. kalau nal dalil dan sebagainya boleh sahaja. tanyalah kepada orang yang lebih alim... ngee ^^

~may allah blessed~

 

Tuesday, March 13, 2012

decision

please. be strong to make that descision. 
kena berani buat keputusan dan pilihan.
sampai bila nak ikut tiupan angin?
ya Allah.. permudahkanlah.
sahabat, maafkan aku.

Saturday, March 10, 2012

-.-!

comel tak tajuk beta hari nih? -.- title tak berkaitan dengan apa yang bakal beta tulis. *hari ni nak cuba try test guna bahasa melayu bangsawan*

today's topic :





 sorang digosok kepala dan sorang lagi macam orang baru lepas telan minyak tanah. okey. terus kepada tajuk. pujian vs kritikan.

both of them are needed in our life. please lah kalau hari-hari pun nak kena puji. eh bukan maksud beta, setiap saat pun nak kena puji ja. macam perfect gila jak. heh itu dah jadi macam gila pujian. tak mo arh macam tu sekali. grrrr

manusia, sifat lumrah yang semulajadi dan alaminya, memang sukakan pujian. dan kebiasaannya tak suka teguran. once kena tegur mula lah melenting sana melenting sini. but then, kena tengok juga kan cara teguran tu? right? ok, kalau nak cakap bab nih memang beta surrender awal-awal lah. beta pun masih lagi dalam proses pembelajaran untuk memberi teguran, amaran, dan kecaman. *ceh keji kot bunyik! =.0

satu situasi. hm.... seorang anak dara. teramat lah malas nak bangun pagi semata-mata nak buat sarapan. atas sebab rasa tangunggjawab dan kemestian terhadap keluarga, anak dara ni pun bangun dengan kepasrahan yang infinity. masuk dapur. # alah, kakak tak ada nak jadi assistant. tak apalah. buat jelah sorang pun. untuk family sendiri jugakkan? dorang gembira pepagi nih, aku bahagia sampai esok pagi ^^ okey, nak masak apa nih? nasik goreng? ishk! mesti tak habis. mee hailam? macam sedap. tengok bahan jap. kicap, sos, cili, bawang, alah.... benda tu tak ada > tak tahu apa nama 'benda tu'< okey cancel lah. bukak gerobok ada apa... yeay!!!!!!!!!!!! sardin! roti! yess dah tahu nak buat apa. lalalala # dengan bersemangatnya anak dara ni pun masak. dengan harapan semua orang suka. dan yang paling penting daddy dia. second mommy dia. third her beloved big brother and the rest. misi dia pun dah berjaya. tersedialah atas meja sandwich ringkas. sardin, roti, roti canai segera, salad, tomato, dan air teh. very simple. not a big deal kepada manusia yang suka dan rajin dan padai masak. tapi bagi si minah nih, yang tak suka masak, tak reti masak, dan malas masak, ini adalah salah satu kebanggaan untuk beliau. bangga seyh! dengan happy nya minah ni panggal. *tukar jadi minah. pendek sikit* # mama, daddy, bro!! and the rest jom makan!!! I dah siap masak dah nih. ngee ^^ *ceriakan minah nih. bersemangat gila.

keseronokkan dan keterujaan beliau mati tiba-tiba apabila.... 

# minah!!!!!!!!!!!!! apa kamu masak nih? ni bukan menu untuk hari ni lah. menu nih esok. minah terfikir. "eh sejak bila rumah nih pakai menu macam rumah Dato' Latfy dalam cerita Hlovate nih?? abang aku mamai apa? ke kena tempias semangat mana nih?" tapi minah diam. malas nak lawan. abang dia sambung lagi. "ni kakak kamu nak buat abang bekal untuk esok. sebab nak cepat. haish!! esok abang nak bawak bekal apa. ni haa salad nih. bukan untuk kamu hidang atas meja nih. ni untuk esok". minah jawab "eh abang nih. makan jelah. banyak pulak bunyik. punya lah sikit orang berperang kat dapur nih. masuk tu makan jelah. kalau pasal salad tu nak marah sangat, hah! senang simple mudah. meh sini minah simpan balik dalam peti ais. bukan luak pun. kalau pasal roti. fine! minah keluar minah pergi beli roti baru. kalau pasal sardin. heh! ni tengok dalam gerobok nih bertin-tin lagi okeh?! tak ada kering atau nipis nya abang esok nak kerja". tiba-tiba mama minah datang. dalam otak minah. 'ah! masak aku. kalau macam ni lah, baik aku naik beskal, beli roti canai pak mat depan rumah tu. tak ada lah nak naik baran hati aku pepagi nih. nak makan pun dah tak lalu. heh! okey ready with mama'. mama minah pun mengeluarkan titah "hah minah betol apa abang kamu cakap nih. sepatutnya, hujung minggu, buat lah nasi goreng ke, mihun goreng ke, apa ke yang berat-berat sikit. yang susah-susah sikit blablablabla" minah dah buat tak dengar, terus masuk bilik. kurung diri. baling semua benda. habis pecah hadiah kengkawan. perh baran gila minah nih. kecewa. nangis puas-puas. huh. perempuan dan emosinya~ =.=! sian minah. tiba-tiba datang lagi utusan, ketuk pintu. heh! kirim salam maassalamah lah minah nak bukak pintu. lantakkan je.

akhirnya, suasana pagi minah yang ceria meria hancur berkecai. musnah berderai. dah pukul 11.30 pun minah tak makan lagi. padahal minah yang masak. dan dialah yang paling teruja nak tengok orang gembira. sekali, haa memang gembira sungguh lah. for the whole day minah diam. minah hanya bercakap bila dia rasa dia perlu sangat-sangat untuk bercakap. no sembang-sembang minah anymore.
 =habis cerita=

okey, sekarang, satu soalan. agak-agak kalau tuan hamba jadi minah, tuan hamba jadi rasa macam mana? beta rasa, tuan hamba memang dah terjun dari golden bridge dah gamaknya kot. kesian minah. ishk ishk ishk. kat sini beta kasi nampak beberapa perkara.
  1. memang salah minah. kenapa lah dia pergi buat masakan yang teramat mudah (even susah untuk minah) pada hari sunday yang bahagia nih. dia kena lah kreatif buat something yang gila kentang~ so minah, lepas nih buka internet tengok resepi masak!
  2. abang minah. weh teruk gila abang minah nih. gila tak reti nak bersyukur. memang lah. kalau beta jadi minah, mau nya beta tonyoh abang minah kasi makan pasir kat luar tuh. dah lah turun macam raja turun singgahsana. tahu nak cuci tangan, nak makan. sekali buat macam tu kat minah. sekali lagi, kesian minah~ 
  3. mama minah. apa masalahlah mama minah nih. dia dah nampak keadaan tegang, dia sepatutnya cool down kan minah tuh. cool down kan abang minah. dan kasilah sedikit back up kat minah. salah minah macam dah bunuh 900 orang utan jaa. apalah mama minah.
  4. kat sini beta nampak satu good point. if beta nih minah, beta boleh terima apa abang beta cakap. tapi, cara dia. perh gila gempak. kalau beta jadi minah, tak bernyawa dah kot? eh?? ditaktor apa?? abang minah sepatutnya guna resepi burger bawah nih :
 simple kan 
>.0

rasa beta, tak perlu lah nak memanjangkan lagi kisah minah. cukup sampai sini. maka, pesanan buat bakal hubby budiman luar sana, kalau nak tegur bini nanti, pandai-pandai cari tune. *kenapa beta tiba-tiba masuk hal laki bini nih? hesh!* cuba korang makan dulu. say thank you sebab buat this and this, then... daaaa masuk lah perencah cili kering dan sebagainya. wife you all mesti boleh cool dengan perencah cili kering korang tu. jangan terus tembak gas pemedih mata macam abang minah buat. sebab, menurut kakak ipar beta, penceraian banyak berlaku sebab kes sekecil semut. the situation is just like minah. 

kritikan jangan dilupa. sebab......
 
 
IF NOTHING BAD IS EVER SAID, NOTHING GOOD WILL EVER GET DONE







dan, jangan pernah lari daripada kritikan. sebab......


so, the conclusion is, be positive in what ever way. try to accept every single things around you. because they will be your best teacher to grow up your maturity. do the best to be the best. and, we must be the best among the rest because we are mukmin. insha Allah. :)

MAY ALLAH BLESSED

Thursday, March 8, 2012

wedding


terkejut. perh! tak sangka!! okey biasalah lah tuh. dah 19 okey. standard la tu kan?
ok biar aku cereterita apa yang berlaku. geh! terkejut tengok one of my school mate dah kawen. ok fine~ apa yang heboh sangat kan?? huh! still terkejut jugak! aku ingat hikayat merong mahawangsa ja. haa sekarang dah nampak depan mata, terdiam pulak kamu. ceh.

cakap pasal kawen teringat kat...... dah! dah! dah! jangan marapu.

okey, let we talk a bit about this. "kawen awal"

apa pendapat korang? aku rasa sekarang nih dunia dah kembali kepada zaman retro dahulu kala. dari segi fesyen. sampailah bab nih. kalau pasal fesyen mak selalu cakap macam nih "eh kakyang diorang nih dah tak da fesyen lain lah. ni semua dah kembali zaman mak muda mudi dulu. dulu mak pakai macam tu lah." wow! my emak. pakai macam baju yang bersepah zaman sekarang?? just imagine~ huh!



satu hari cakap pasal kawen awal dengan mak. oh ya. sebab ada lah manusia hamba Allah nih dok nak kawen ja. sampai aku pun ishk. tak tahu nak cakap apa. but now, dia dah stabil. alhamdulillah~ :) bila tanya mak pendapat dia " haaa bagus lah. pi lah kawen sana. at least tak adalah tong sampah yang beranak. longkang yang ada adopted child" okey, cool gila mak aku jawab. next question, "how about money??" "who will support the cost??" "who will be responsible to the family if they got problem in their economy"

bila sampai part nih. mak diam..... mak cakap, nak tanak daddy si suami lah kena bertanggungjawab. beratnya daddy lelaki tu kan? nak support belajar, anak, cucu, anak baru. ishk! gugur rambut beliau satgi!



kawan aku ada tanya. macam mana kalau nikah gantung? herm.... tak berani nak ulas. just kawen. tapi pasal kos nak support tu kasi kat parents masing-masing. bila anak dah habis belajar bagai, baru tanggungjawab laki bini  tu jalan. <------ no komen~


tapi bagi aku, aku setuju ja nak kawen awal. daripada dok bermaksiat. baik lah pilih jalan yang selamat kan? lagi pun islam tak susah kan dalam bab perkahwinan. malah, islam banyak memudahkan. memudahkan dengan adanya jaminan terhadap kedua-dua belah pihak. but now, the problem is, our masyarakat. they put too much rule untuk kawen. *ceh ayat muet tak jadi. lantaklah~ -..-! so, the conclusion is, yes to get married early. yes for you but not for me! prinsip aku, before kawen aku kena ada aset. yess. just like my other siblings. before kawen masing-masing ada aset. tak banyak. tapi ada. ngee ^^ *adakah aku high demand? errrr????

p/s:
post ni agak merapu. maka maaf. -..-
nak study pasal nikah gantung.
nasib baik bawak kitab biru yang teramat tebal itu.
buku~~ here i come! :)




Wednesday, March 7, 2012

ikhlas - terpaksa

kadang-kadang kita perlu dipaksa
sebab ke-terpaksa-an itu adalah kunci ke-ikhlas-an

maka, bila kita terpaksa buat sesuatu,
buatlah dengan hati yang gembira 
*macam mana nak gembira kalau hati terpaksa*
maka, mulakan dengan senyuman. :) 

hipokrit

from the facebook : 
Apa salahnye sekali sekala kita 'hipokrit' utk berubah jd BAIK?
Kita 'hipokrit' pon dgn harapan utk maintainkn keBAIKan yg kita buat...

>Sy b'pendapat bhw org2an yg ckp kita 'hipokrit' tu, senanye ader masalah hati...
Masalah hati? Yelah, mereka x senang tngok kita2 nk b'ubah jd BAIK...

mr wonderwall :
    bagi aku, tak apa jadi hipokrit. sebab semua manusia tak boleh lari daripada sikap tuh.

sampai bila?

kita selalu buat dosa.
lepas tu taubat.
lepastu buat lagi
taubat lagi
buat
taubat
buat
taubat

sampai bila nak jadi macam ni??
tak jemu ke?
tak rasa Allah dah bosan ke dengan lakonan kita?

masa mintak ampun pun kadang-kadang tuh
kat mulut jak
kat hati
zeroooo
ceh hipokritosss

hm......
tapi, semua orang tak boleh lari dari sikap tuh
kan?
sebab, semua orang ada FITRAH UNTUK JADI BAIK
mak pun selalu pesan
kalau tak boleh jadi baik,
PURA-PURA BAIK PUN JADILAH
semoga dengan kepura-puraan itu jadi realiti.

hm.....
sementara nak jadi realiti tuh, memang watak berbeza-beza
sekejap macam alim kejap lagi macam hantu
malah kadang-kadang tuh lebih dahsyat dari hantu

hm.....
nak lawan diri memang susah
musuh tu bukan orang lain.
tapi diri sendiri
nak marah tak sanggup
nak pukul sakit
nak bunuh mati pulak
maka, nak buat apa nih??

hm....
tapi, ada satu quotes nih
"ALLAH TAK MELIHAT KEPADA NATIJAH. TETAPI USAHA"

hm.....
maka, terus lah berusaha untuk jadi baik
yepp bukan sehari,
bukan seminggu,
bukan jugak sebulan
bahkan bukan setahun
yepp masa nya lama
tapi ingat. Allah kasi ikut apa yang kita usaha kan
hasil belakang kira
sebab, hasil, Allah yang kasi.
kita just usaha jaaa

maka, jangan putus asa untuk jadi baik.
fight!
tak apa biar apa orang kata.
tapi peduli apa Allah kata.

:)

muhammad ku.

hati tengah tak siuman hari nih. agak terumbang-ambing. teringat pulak kat kanak-kanak rebina nih. memang. kalau tengok mereka, memang rasa macam apalah dorang nih campur-campur. tapi tengok dari sudut positif. impak yang akan kita terima juga positif

(i'm learning to be a positive thinker)



muhammadku muhammadku
dengarlah seruan ku
aku rindu aku rindu
~~kepada mu muhammadku ~~

Sunday, March 4, 2012

tak tahu nak taruk tajuk apa. maka, biarkan sahaja.
pelik tak macam mana aku boleh update blog pada pagi isnin yang teramat indah nih.
ngee^^ sebab aku kat rumah
yah! tak sekolah. istilah dia bukan lah ponteng. tapi kalau bukan ponteng apa ya??

okey, this week is my examination week. diagnostic one lah. bukan exam ikut format STPM yang sungguh-sungguh tuh. just nak tengok selama 3 bulan kat sekolah nih, ada tak terisi kepala dan otak ku ini. tak pun kosong sahaja kah??

maka, oleh yang demikian, aku agak takut gak nak duduk exam nih. yelah last week banyak betul dugaan dan cabaran. oh yah, SBT lah katakan. ;;) bila semua masalah dah selesai (alhamdulillah) niat nak call mak, sekali dapat ** dari abang, suruh balik. aiyaya apapasal pulak dah nih?? so, update status mak kat kak cik. ok fine, terkedu dan terdiam. pi solat marghrib. dah tak keruan. usrah tah ke mana, kerja tah ke mana buku tah ke mana. ngee ^^ maka, bercakaplah dengan wonderwall saya. **

pendekkan cereterita, decide balik umah leave exam. yipie!! terlepas dari exam. ramai yang cakap "untung kaw fahima, tak yah amik exam" dush dalam hati "weii keji gila kaw budak. kau tak tahu apa sebab aku balik bijak-bijak kaw je eh."

okeh pendekkan lagi, pergi sekolah cari cikgu dan sebagainya, terangkan kat cikgu dan cikgu pun kasi balik. maka, aku pun balik

sampai rumah... lah kenapa balik juga?? kan mak kata pergi amik exam tuh. abang tak cakap ke?? perh hati dan perasaan gue, mau hancur lumat deyh. apakah masalahnya kalau balik. masuk je rumah abah tanya, ni nak balik KISAS sapa nak hantar nih? pukul berapa nak balik? eh eh eh itu pulak soalannya. diaaammmmmmm

dalam kereta abah marah sebab tak nak amik exam. macam-macam tembakkan yang abah kasi. sampai hati. last-last jawab lah jugak kan, "dah cikgu pun kata tak apa. cikgu kata lepas nih amik exam tu sebagai latihan. dah lah" abah pulak sambung " itu satu cikgu. cikgu yang lain ada kamu tanya?" jawab balik "takkan nak cerita kat semua cikgu kot. jaja sana sini mak sakit. eihh tak nak imah. tak de kerja nak kasi tahu satu dunia mak sakit. dah lah bah. imah tak nak balik. abah cakap lah apa pun. tak nak jugak". *anak derhaka kah aku? geh! tolong lah faham. i want to be at my mother side. please! understand me abah. maka, abah pun diam..... last-last dia cakap "kalau macam tu, ikut kamu lah mah.... "

ngeee ^^, saya menang! weh teruk kot cakap macam tuh. but then, kalau korang lah kat tempat aku. agak-agak pilih exam ke, pilih mak. exam, bulan depan ada lagi. setiap bulan pun ada gak lah exam tuh. tapi mak? herm... apa yang abah cakap panjang lebar tu memang betul. tapi. nanti-nanti lah bah. tunggu imah stabil dulu. dengan cikgunya, kawan-kawannya, imah sendirinya, nantilah bah ye. after cuti panjang imah balik KI.

serba salah gak. macam lawan cakap mak abah. tapi tak apa lah. daripada kakak aku tangguh sem, baik aku yang tangguh exam. hurm.... hopefully Allah gantikan masa-masa aku nih dengan masa yang lebih baik untuk belajar. amin

~ MAY ALLAH BLESSED ~