Wednesday, March 14, 2012

KAU

kau
yang teramat istimewa.
terima kasih kerana sudi berada disampingku.
tika susah dan senang.
aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti kaw
dan tak pernah aku merasakan kemanisan ukhuwah seperti mana aku merasakan dengan kaw.
maafkan segala khilaf ku.
aku tahu sahabat. kaw bukan sahaja sahabat ku. tetapi kau juga ketua aku.
maka, apabila aku membantah arahan kaw, aku mohon keampuanan kaw.
bukan sengaja. tetapi hati masih keras untuk menerima.
maafkan aku yang masih jahil. aku mulai faham setelah aku mendengar luahan hati kau.
rupanya kau hanya ingin melunaskan tanggungjawab kaw. kerana jawatan yang kaw sandang itu akan meminta pertanggungjawabannya. tidak pernah aku sangka. sikap aku selama ini telah menyusahkan kaw sahabat.
aku telah menjadi penghalang terbesar bagi kaw untuk melaksanakan tugasan kau
 maka insya-Allah sahabat.  insha Allah.
akan aku cuba. ya akan aku cuba sebaiknya untuk menuruti arahan kau. selagi mana tidak bercanggah dengan syarak
sahabat, aku mohon. pimpinlah aku sebagai seorang ketua.
sebab pernah aku dengar sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh memimpin sahabatnya
maka, jangan biarkan aku sendirian. lebih-lebih lagi ketika aku berbuat salah.
 aku perlukan kaw melebihi aku memerlukan yang lain.
kerana kaw bukan seperti mereka.
kerana kaw terlalu istimewa. ya kaw terlalu istimewa.
kita diikat dengan janji taat setia yang jelas. aku selalu ingat dan mustahil aku akan melupakan janji kita pada ketika itu. dan selepas itu, baru aku mengenali apa itu sahabat
dan demi Allah. baru kali ini aku merasakan sayang terhadap sahabat atas dasar islam.
terima kasih kerana memperkenalkan aku dengan perkara yang agak asing pada aku satu masa dahulu
sekali lagi sahabat, terima kasih.
hanya Allah yang layak membayar segala kebaikan kaw.
alhamdulillah.
akhirnya aku ditemukan dengan insan yang betul-betul layak memegang title sahabat. :)

tapi, kita hanya manusia yang lemah. sentiasa berbuat dosa dan mungkar.
ada kala aku sebagai orang bawahan kaw perlu menegur perbuatan kaw
ya Allah..... hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mulut ini untuk menegur.
kaw bukan sahaja sahabat aku. tapi kaw juga ketua aku.
kadang kala aku terfikir, aku tidak perlu menegur kaw
tapi tidak. perjanjian kita. aku tak boleh melanggar perjanjian itu
maaf kiranya aku sangat sedikit dalam hikmah. aku tahu itu.
pasti hati kaw tergores tika mendengar teguran aku.
tapi ingat sahabat. walaupun aku hanya orang bawahan kaw dalam organisasi,
tapi dalam ukhuwah kita, tiada siapa yang di bawah atau di atas.
aku juga hanya melaksanakan tugasan sebagai sahabat kau. 
kita sama. tapi tidak serupa. cuma kita punya cara yang berbeza. pendirian yang berbeza. pemikiran juga berbeza. 
maka, sama-samalah kita meraikan perbezaan itu dengan cara,
aku hormati kau. dan aku juga mengharapkan yang sama daripada kau.
bukan erti aku meminta dibalas. tetapi aku hanya meminta toleransi kau.....

*dah habis pun idea nak cakap apa. ayat bunga tak jadi. memang tak ada bakat gamaknya. dah biasa lurus kepada tembakkan. maka, kepada yang faham, inilah rasa hati. banyak yang tersirat. walaupun nampak je dengan jelas. tapi tolong tengok apa yang tersirat tu. cari. akhir kalam, saya minta maaf andai kata coretan tak seberapa ni merimaskan atau sebagainya. maaf.....
dedicated to sahabat(s)

4 comments:

takutake said...

Fehmah, bertahan ya. Di sebalik setiap kesulitan pasti ada kesenangan. Ingat tuh.

Anonymous said...

Aku...kau...KITA...
hurmm...sahabatku...bagaimana mahu aku katakan bahawa aku juga insan biasa seprtimu...terlalu banyak kekurangan...dan aku masih baru...terlalu baru...sehinggakan terlalu banyak untuk aku pelajari..
DAN....
semamangnya aku mengharapkan sokongan daripada sahabat-sahabatku...terutama sahabat yang sama berjanji setia bersama-sama ku..dan sokongan itu...bukan bermakna hanya menyokong setiap keputusan aku...tp dengan membetulkan setiap kesilapanku dan memberi pandangan padaku...itu adalah lebih aku harapkan...dan amat aku nanti-nantikan...
ketahuilah sahabatku....
berdiri di posisi ini adalah sesuatu yang tak pernah terjangkau bagiku untuk terjadi..
aku lemah...tertunduk...rebah.. dengan amanah ini...
sememangnya berat buat insan yang sangat biasa seprtiku...
terasa kerdilnya aku untuk berdiri bersama sahabat lain yang bagiku amat hebat...hingga pernah aku rasakan berundur daripada medan ini adalah yang terbaik buatku...namun aku bimbang...peluang yang diberi untuk aku menyumbang pada agamaku hanya sekali ini....bagaimana kalau suatu saat nanti bila aku merasakan sudah bersedia utk menggalas tanggungjawab tu...peluang itu sudah tiada buatku...
aku bimbang...
JADI...
terpaksa aku gagahkan hati ini untuk istiqamah dalam perjuangan ini...dan KITA sama2 tahu...akan peritnya untuk menghadapi perjuangan ini...
TAPI AKU HARAP SAHABATKU..
kekallah bersamaku....agar hati kita yang bercantum lebih kuat utk tetap teguh dalam mengharungi perjuangan ini...dan KITA gantungkanlah segala tawakkal KITA pada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI segala yang kita usahakan...
kuat ye..SAHABATKU..
INGAT...
AKU+KAU=............KITA

ummufayyad said...

aiwah.alhamdulillah.:)

helangterasing said...

sahabat..wlau kau jauh di sana..di daerah tarbiyyah..aku ingin kau terus kuat.agar aku terus dpt menghirup udara nyaman indah dri tanah waqaf itu.wlau aku jauh dri bumimu..aku ttp helang yg sama!