Sunday, March 4, 2012

tak tahu nak taruk tajuk apa. maka, biarkan sahaja.
pelik tak macam mana aku boleh update blog pada pagi isnin yang teramat indah nih.
ngee^^ sebab aku kat rumah
yah! tak sekolah. istilah dia bukan lah ponteng. tapi kalau bukan ponteng apa ya??

okey, this week is my examination week. diagnostic one lah. bukan exam ikut format STPM yang sungguh-sungguh tuh. just nak tengok selama 3 bulan kat sekolah nih, ada tak terisi kepala dan otak ku ini. tak pun kosong sahaja kah??

maka, oleh yang demikian, aku agak takut gak nak duduk exam nih. yelah last week banyak betul dugaan dan cabaran. oh yah, SBT lah katakan. ;;) bila semua masalah dah selesai (alhamdulillah) niat nak call mak, sekali dapat ** dari abang, suruh balik. aiyaya apapasal pulak dah nih?? so, update status mak kat kak cik. ok fine, terkedu dan terdiam. pi solat marghrib. dah tak keruan. usrah tah ke mana, kerja tah ke mana buku tah ke mana. ngee ^^ maka, bercakaplah dengan wonderwall saya. **

pendekkan cereterita, decide balik umah leave exam. yipie!! terlepas dari exam. ramai yang cakap "untung kaw fahima, tak yah amik exam" dush dalam hati "weii keji gila kaw budak. kau tak tahu apa sebab aku balik bijak-bijak kaw je eh."

okeh pendekkan lagi, pergi sekolah cari cikgu dan sebagainya, terangkan kat cikgu dan cikgu pun kasi balik. maka, aku pun balik

sampai rumah... lah kenapa balik juga?? kan mak kata pergi amik exam tuh. abang tak cakap ke?? perh hati dan perasaan gue, mau hancur lumat deyh. apakah masalahnya kalau balik. masuk je rumah abah tanya, ni nak balik KISAS sapa nak hantar nih? pukul berapa nak balik? eh eh eh itu pulak soalannya. diaaammmmmmm

dalam kereta abah marah sebab tak nak amik exam. macam-macam tembakkan yang abah kasi. sampai hati. last-last jawab lah jugak kan, "dah cikgu pun kata tak apa. cikgu kata lepas nih amik exam tu sebagai latihan. dah lah" abah pulak sambung " itu satu cikgu. cikgu yang lain ada kamu tanya?" jawab balik "takkan nak cerita kat semua cikgu kot. jaja sana sini mak sakit. eihh tak nak imah. tak de kerja nak kasi tahu satu dunia mak sakit. dah lah bah. imah tak nak balik. abah cakap lah apa pun. tak nak jugak". *anak derhaka kah aku? geh! tolong lah faham. i want to be at my mother side. please! understand me abah. maka, abah pun diam..... last-last dia cakap "kalau macam tu, ikut kamu lah mah.... "

ngeee ^^, saya menang! weh teruk kot cakap macam tuh. but then, kalau korang lah kat tempat aku. agak-agak pilih exam ke, pilih mak. exam, bulan depan ada lagi. setiap bulan pun ada gak lah exam tuh. tapi mak? herm... apa yang abah cakap panjang lebar tu memang betul. tapi. nanti-nanti lah bah. tunggu imah stabil dulu. dengan cikgunya, kawan-kawannya, imah sendirinya, nantilah bah ye. after cuti panjang imah balik KI.

serba salah gak. macam lawan cakap mak abah. tapi tak apa lah. daripada kakak aku tangguh sem, baik aku yang tangguh exam. hurm.... hopefully Allah gantikan masa-masa aku nih dengan masa yang lebih baik untuk belajar. amin

~ MAY ALLAH BLESSED ~

1 comment:

takutake said...

=..= Jangan jadi macam aku la lawan cakap parent. Aku tak mahu.