Wednesday, March 14, 2012

tergantung nikahnya


okeyh. hari ni nak buat rancangan semanis kurma. ingat ustazah dato' tu je ke boleh buat. hehe.. hari tu dah ada sedikit study tentang nikah gantung. dan sempat pulak tanya kat kakak saya. rasa menarik pulak dengan nikah gantung nih. macam best jaaa. -.-! <---- apakah? 

nikah gantung nih senang kata, tiket untuk bercinta, bercouple dan bermesra ala remaja masa kini gitu. kalau ikut hukum, tak ada hukum pun sebenarnya. asal ada persetujuan kedua belah pihak. kalau tak ada persetujuan tu, maka, tak boleh lah. dan ingat. perkahwinan nih bukan ikatan antara laki bini jak. malah ikatan dua buah keluarga yaaa gituuu. maka, kalau fikir perkahwinan tu hanya melibatkan dua insan, payah lah begitu.....

islam tu tak lah susah. malah islam agama yang mudah. islam just nak ummat dia berbuat kebaikkan dan akhirnya nanti mendapat syurga. itu yang Allah taala gariskan. tapi at last, pilihan ditangan kita. nak pilih yang mana. yang haram atau pun yang halal dan penuh barakah. kalau dah nikah, nak date ke, nak pegang sana, pegang sini, tengok sana, tengok sini, terserah. dah halal dah pun. tak ada fikir pasal dosa-dosa dah. masa tu, dapat pahala lagi ada. sebab tu tadik saya ada jumpa satu quotes nih. dia cakap "nikah gantung, penyelesaian terbaik bagi masalah sosial" dan saya rasa teramat lah setuju. kalau itu jalannya, kenapa masih pihil yang batil. see islam tu tak susah. yang menyusahkan ialah orang yang tak faham islam atau yang 'terlalu memahaminya kononnya'. 

tambah sikit kat sini. lepas dah nikah tu, memang persetujuan seperti yang dipersetujuilah. tak kesahlah perjanjian jenis apa pun. tapi, kalau suami nakkan isteri dia untuk bersama, maka tak ada siapa boleh kata tak. sebab itu adalah hak dia. dah tu bini dia, suka dialah kan? parents tak boleh masuk campur dan tolong, jangan masuk campur.

ok. dipendekkan cerita, for those yang memang rasa nak gila sangat dah nak bercintan cintun, silakan. silalah nikah dahulu. dan suka hati kamu lah nak buat apa pun. ingat. islam tak halang fitrah manusia. cuma islam meletakkan garis panduan macam mana nak salurkan fitrah tu. ingat kawan-kawan, pernikahan bukan sesuatu yang boleh dibuat main. ianya umpama perjudian terbesar dalam hidup. hanya kepada Allah kita letakkan sandaran. 

dan, rasanya, even perempuan tu dah ajak kawen dengan tergantung, dan lelaki tak mahu. saya berpendapat, lelaki tu memang tak serius. just nak main-main gitu. come on guys, lelaki kan memang agak lambat matang. dan perempuan pulak, cepat matang sampai asyik fikir tah hapa-hapa. ngeh. pilihan ditangan kalin. nak pilih yang mana. semoga pilihan mu itu tak tersasar daripada panduan yang Allah dah beri.... 

wallahua'alam. *banyak kurang nih. maaf. hanya sekadar coretan yang banyak kekurangan. kalau nal dalil dan sebagainya boleh sahaja. tanyalah kepada orang yang lebih alim... ngee ^^

~may allah blessed~

 

1 comment:

ummufayyad said...

amboih..haha
cpt lah fahima.^_^