Friday, June 8, 2012

air mata

untuk perempuan, air mata nih senjata paling berkesan untuk sang adam. <---- kakak yang cakap. setakat nih tak ada pengalaman lagi lah.

untuk adam pulak, air mata gila punya mahal. hilang macho kot kalau nangis <---- abang cakap. tak tipu

suka hati korang lah nak kata air mata tu kemenda. bagi aku, air mata bukan setakat sedih. tapi jugak time gembira. air mata sebagai pencuci mata kita dari habuk. air mata tu ibarat clorox yang boleh cuci tompok hitam kat hati kita. air mata tu satu petanda yang kita sedar sesuatu sedang berlaku.

itu bagi aku. korang, suka hati. menangis boleh menyebab kan sesorang tu rasa release tension. karang tak perlu nangis sambil hentak2 kaki kat lantai, tarik rambut, menjerit2. buang tenaga. korang menangis sahaja pun dah cukup. tu lah nak kata, kekuasaan Allah. benda kecik ja. kalau tak diamati, tak perasan jugak.

tapi, air mata yang macam mana yang mendatangkan ketenangan?? ofkos lah air mata yang dialirkan kerana Allah. so, jangan malu untuk menangis. tapi, jangan lah sikit-sikit nak nangis. aku tengok pun naik menyampah. lebik betul! wekk : x

No comments: