Wednesday, August 22, 2012

hambar

hambarnya rasa hati

macam tak berperencah

 

sakit : 

payah

pahit

pedih

susah

lemah

perit

 

ubat : 

solat

quran


supplement :

zikir

selawat

Allah

ingat mati




Tuesday, August 21, 2012

copy - paste

Ramai remaja mengadu kepada saya dengan 1001 dilema dan cerita.
“Saya ditengking oleh abang saya kerana memakai baju berwarna ‘pink’. Katanya, haram wanita berbaju warna terang. Saya cuma mahukan warna itu untuk membangkitkan ‘mood’ ceria saya tanpa niat menggoda sesiapa. ”
“Saya dilabel ‘tabarruj’ kerana memakai tudung pashmina, dan shawl. Padahal ianya sudahpun menutup aurat.”
“Saya digelar ‘si punuk unta’ kerana sanggul saya. Buruk. Mangsa fesyen. Mereka tidak faham saya bersanggul bukan kerana fesyen atau hendak menunjuk. Sesetengah wanita berambut panjang perlu bersanggul agar tidak pening kepala. Seperti mana wanita lepas bersalin mesti bersanggul kemas demi kesihatannya.”
“Saya dituduh mengikut arus hanya kerana tudung ‘instant’ saya. Padahal, saya cuma mahu jimatkan masa daripada ‘iron’ dan ingin cepat bersiap.”
 “Buntut saya besar. Orang tuduh saya miang. Sebab saya jalan melenggang-lenggok. Itu bukan kesengajaan saya. Adilkah saya dilabel begitu?”
“Suara saya merdu dan lunak. Adakah saya perlu bisukan suara di dunia ini? Sudah tentu saya terseksa dan sakit tekak jika perlu meniru-niru suara kasar seperti lelaki. Bukankah cara komunikasi setiap orang mempunyai keasliannya yang tersendiri? Salahkah saya menjadi diri sendiri?”
“Ramai orang berkata saya berwajah cantik. Jika ada lelaki tergoda, dia yang perlu menundukkan pandangan atau saya yang wajib berpurdah? Purdah bagi saya menyulitkan urusan saya, mungkin ia tidak bagi orang lain. Tidakkah Islam memberi ‘rukhsah’ kepada kesulitan saya?”
“Saya lelaki yang dilahirkan lembut sejak kecil. Orang menuduh saya menyerupai wanita. Bukankah Allah tidak menghukum hamba-Nya sesuatu yang di luar kuasanya?”

forgiveness?

raya tahun nih. hm.. dull kot. macam... teettt

Hari ni nak kongsi satu perkara. Aku tak akan lupa benda ni. SAngat menyakitkan hati. Forgive, maybe. forget, never. dear you, I'm sorry. Aku bukan sengaja untuk keraskan hati aku. Tapi its too much.

Ceritanya begini. Satu hari ni, aku tertinggal buku kat rumah. Aku kan duduk asrama. Sejak form 4 kan duk asrama. Sampailah sekarang nih. Bila tertinggal buku meman masalah besar lah. Sapa nak jadi kuli batak aku hantarkan buku tu kan? Sendiri buat sendiri tanggung lah. Itu prinsip aku.

Maka, dipendekkan cerita, aku peri jumpa cikgu yang berkenaan. Cikgu tu garang gila. Aku mintak maaf lah. Macam biasa, sapa tak marah tinggal buku. Tapi tak sengaja lah. Gila apa sengaja tinggal buku. Maka, berlakulah conversation di bawah :

Aku : Cikgu, saya mintak maaf. saya tertinggal buku kat rumah. 

Cikgu : Lepas tu, awak nak saya buat apa?

Aku : Tak... erm.. saya... tak sengaja... maaf...

Cikgu : Takkan awak tak buat apa-apa? Suruh lah sesapa hantar. *nada dah tinggi. muka macam lapar gila

Aku : Saya dah minta aban saya hantar. Tapi dia tak sempat. Di kerja. maaf cikgu. Saya dah cuba. Tapi...

Cikgu : Awak tak ada mak ayah? Suruh lah dorang yang hantarkan. *nada dia, annoy gila. benci kot tengok muka dia masa nih.

Aku : Erm... Mak ayah saya sakit. Nak bergerak sana sini macam terhad sikit lah. Saya pun tak confident ayah saya drive. Sebab...

Cikgu : *terus potong cakap aku. Habis tu, mak ayah awak tak boleh bergerak lah? Duduk je kat rumah tu, doing nothing? 

Aku : Ha? Cikgu... Bukan.... *tahan marah. nangis. this is the most sensitive part in me.

Cikgu : Kalau saya, saya suruh juak mak ayah saya hantar. Saya tak peduli. Bla bla bla

Aku : Cikgu. Ini salah saya. Bukan salah mak ayah saya. Cikgu nak marah saya, silakan. BUT DON'T TOUCH MY PARENTS! DON'T EVER YOU DARE TO DO THAT. IF NOT..... *tarik nafas. kembalikan rasional* maaf cikgu, saya minta diri dulu. *terus chow. nangis teruk gila sambil sumpah seranah cikgu tu. 

Seriously, aku tak bermaksud langsung nak biadap. Tapi cikgu tu yang sentuh part yang amat sensitive itu. Dah lah masa tu memang mak abah tak sihat. Sekarang makin tak sihat. Aku tengok keadaan mak aku sekarang, buat aku meluat gila babas lah kat cikgu tu. Sesapa yang berani sentuh sensitive part tu, memang kena lah. Jangan tanya apa akan berlaku. Sebab unexpected things pun boleh terjadi. Berani? Cubalah~ 8)

Dan, dalam blog, cikgu tu ada tulis ucapan selamat hari raya maaf zahir batin. aku senyum je. Senyum macam mana? Macam kak pujah. Stail mengejek. Dalam hati... Haih~ cikgu.... Maaf lah. Hati saya bukan sutera.

Kat sini, aku nak pesan. Even kau sapa, cikgu ke, menteri ke, hapa ke, jangan kau usik part mak bapak. Sesapa pun boleh bertindak luar kawal. Sebab semua orang ada mak bapak kan? Tengok kes aku ni jelah. Sampai sekarang aku rasa menyampah gila kat cikgu tu. Bila teringat kes ni lah. Kalau tak ingat okay je. Jaga mulut anda. Sebab dengan mulut terbuka, lidah bergerak, satu dunia boleh hancur.

Kepada cikgu, maaf. Its not easy for me to forget what had you said to me. Forgiveness, hm... I want to hear that from your mouth. Then, it will be fully accepted.

Maaf atas kekerasan hati yang payah nak memaafkan. Its just TOO MUCH!

~sekian~

Sunday, August 12, 2012

usuluddin

aku satu-satunya calon tunggal STPM yang ambil 5 subject untuk exam nanti. taku tak?? Aku sendiri rasa seram bila cikgu-cikgu kata aku ni KPI for the next generation. huh....

Secara jujurnya, banyak tentangan cikgu-cikgu bila aku kata aku nak ambil 5 subject ni. cikgu banyak risau sebab takut kualiti STPM KI jatuh sebab aku sorang. ok, yang itu aku understood. dan banyak lagi sebenarnya cikgu cakap-cakap-cakap. Sampai kena naik pejabat jumpa pengetua dan sebagainya lah. payah betul. padahal nak belajar je kan? hurm...... tapi tak apa, semua tu dah settle. my super woman and my big brother dah settle. dengan tanda tangan abah, semua jadi okay. Alhamdulillah....

Seikhlas hati aku cakap, aku bukan nak ambil sangat pun subject tambahan tu. Sebab aku sendiri takut sebenarnya. rasa macam... Erk. Seram lah mak.... Tapi, mak suruh belajar. Aku cakap. Mak, belajar jelah. tak payah nak ambil exam. Tak mahu. Tapi mak cakap, kalau tak ambil exam, kak yang tak akan struggle kan? dan kak yang tak tahu pun apa yang kak yang belajar. Aku diam. teeettt!!

Maka, masa orentasi, cikgu pun ajar lah subject subject yang ada. Yang wajib dan yang elektif. Time usuluddin punya kelas, serious rasa tak ada hati. Oh yaaaa... Aku ni budak nakal suatu masa dulu. Bila belajar yang macam erm.. agama-agama ni, macam kureng sikit lah... Then terus call mak, kata tak mahu. MAMA!! SAYA TAK MAHU!!! dengan tenang nya mak cakap, kenapa kak yang ego sangat nak tuntut ilmu Allah ni? Banyak ilmu sangat dah ye? Hm.... kalau dah banyak, tak payah pun tak apalah. Pindah lah masuk mahaad balik kalau macam ni. Okay~ Fine~ mak selalu cakap benda yang buat aku erk?!!!!

Balik asrama rasa takut. Buatlah istikharah... minta petunjuk Allah. betul ke nih. Aku tak dapat nak percaya diri sendiri. hurm.... Naik dorm, try bukak buku kuning Usuluddin. Kawan yang punya. Baca punya baca, eh best pulak perbandingan agama nih. Baca lagi jumpa mantik. Eh... unik betul. Sampai cara berfikir pun Islam terangkan? Dalam pulak..... 

Kesimpulannya, aku dah jatuh cinta dengan usuluddin. maka, ditetapkan hati, take the risk. I DECIDE TO TAKE THAT SUBJECT. Usuluddin memang best. Tak percaya? Cubalah belajar. Tapi kena berguru. Takut sesat. Teringat UAI berkata, "TAK SALAH BELAJAR ILMU DUNIA. YANG SALAHNYA, MU TINGGAL ILMU AGAMA" dush! kan dah kena sebijik. Adoiii

Saturday, August 11, 2012

awak, kenapa rindu awak nih?


ishk. tak sepatutnya begini.


ubah kerinduan tu pada Rasulullah.


kena ubah. mesti!! mesti ubah. walaupun payah.


sebab itu tak MUSTAHIL!!!

random from KI

kita selalu buruk sangka dengan Allah. ada adik tu datang kat aku. dia tanya

kak fahima, kenapa Allah uji kita?

sebab Allah sayang. Al-Ankabut. ayat dua? 

tapi, kenapa Allah tak kasi kecekalan hati untuk tempuhi ujian tu?

hm? adik ni kenapa sebenarnya? putus cinta ke apa??  * dalam hati) ujian Allah yang susah je ke?? senang pun ujian juga kan? adik, satu je lah akak boleh cakap. sebarang masalah yang datang kat kita, ceritalah kat seribu orang sekali pun, orang tak akn boleh faham. maka, cerita lah kat Allah. meh. tengok betol surah labah-labah tu. fikir balik. hitung balik. Allah kasi nikmat lagi banyak ke ujian lagi banyak?? listkan dan compare. okeh?

suddenly menangis. alamak. kemende pulak adik aku sorang nih.. buku tak baca lagi. ni yang eden lomah nih. tunggu jap dua tiga minit. then chau. 

akak, saya ingat akak nih macam singa. rupanya tiger je. okay akak. terima kasih. saya pergi dulu. tata. assalamualikum.

erk?? tiger dia kata? uhh... okay, saya garang~ -..-


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


awak, saya rasa kan. amal saya Allah tak terima. solat saya... hurm.. tak berkualiti. saya selalu bagi tazkirah kat depan. cakap pasal solat khusyuk bagai. tapi saya sendiri?? hurm... awak... saya sedih..... (sebak)

erk?? kenapa soalan nih?? aku nak jawab apa nih?? hm... dalam quran mesti ada. tapi aku tak ingat kot. tak pun tak tadabbur lagi..... dengar jelah. jalan paling selamat.

dua tiga hari lepas tu. ada tazkirah dekat dewan sorang adik muslimin ni cakap (sinopsis)

"jibril solat menyembah Allah. yang mana setiap rukun solat jibril tak kurang 200 ribu tahun. sebagai tanda jibril sangat bersyukur pada Allah. sebab Allah ciptakan dia sebagai makhluk yang paling taat. jibril sangat seronok. habis je solat jibril memuji Allah, Allah cakap : walaupun engkau (jibril) solat sebegitu punya rupa, aku lebih suka solat hamba ku. hambaku yang lemah. yang sangat banyak buat silap. ketika dia solat dia lalai. tak pun malas-malas bangun menyembah ku. tak pun solat dah nak habis waktu. tapi sesungguhnya aku jauh lebih mencintai solat mereka berbanding kau. jibril tanya. kenapa?? siapa mereka?? Allah jawab, mereka adalah ummat nabi yang terarkhir. walaupun ummat begitu, aku sangat kasihi mereka kerana aku amat mencintai muhammad....."

ayat adik muslimin tu lebih kurang macam tu lah. maksudnya sama. lafaznya lain. sampai maksudkan? hurm.. at first dengar memang bergenang kot. oh.. kerana kasih Allah kepada Muhammad saw, Allah terima aku sebagai hamba. hm.. maka, kenapa aku kedekut sangat nak berselawat kepada Muhammad saw? oh.. sangat insaf.

jeling kawan aku. sama-sama memahami satu sama lain. indahnya ukhuwah fillah itu.   ^^


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


another question yang menakutkan. yepp. bila budak KI yang tanya. dia jadi macam.... erk?!!
uda tanya dalam usrah,

kak yang, kawan uda tanya. kenapa Allah cipta manusia?

sebab Allah kan Maha pencipta. maka, suka hati Allah lah nak cipta apa pun. kenapa nak pertikai. lagi pun, bukan ke itu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah. macam tu jugak penciptaan alam dan sebagainya. kenapa uda??

tapi, mesti ada sebab kenapa Allah cipta kita kan?

ya. Allah cipta kita untuk jadi 'abidullah, khalifatullah dan daieullah. jelas?

tapi kak, tak puas. kalau kita cipta robot, sebab kita nak suruh robot tu buat itu, buat ini. kalau Allah cipta kita, apa kehendak Allah pada kita sebenarnya?

ok fine~ this question. jauh betul uda ni fikir. haih uda... uda... tarik nafas dalam-dalam... fikir. ni keluar dalil tak lut nih. logik kena lawan dengan logik. nasib baik amik mantik.. hurm... round tanya adik-adik usrah yang lain, sambil cari idea. sampai balik kat aku. aku senyum. 

hm... kita ni apa sebenarnya?? hakikakt kita. apa kita nih??

hamba?

asal dari mana?

tanah?

yang dicipta dari tanah tu, hanya nabi Adam dan Hawa ye. the next generation?

oh.... dari air mani lah kak.

surah al-alaq kan? 

yup..

hina kan kita?

a'ah. tapi Allah naikkan darjat kita dengan surah at-tin.

yup... kita hamba. dari tanah. air mani. hina. Allah yang muliakan kita. dan kita kata Allah berkehendak ke atas kita??

erk? akak.... a'ah..... yess! i got the point. lepas nih boleh jawab balik kat dia.

akak pelik. kenapa uda tanya. risau akak. oh yaa uda dah cakap tadi. kawan uda tanya. akak lupa. yelah kan bab aqidah kan kita dah kupas. :) hm.. maka nya adik-adik, bila kita terfikir bukan-bukan. better stop. itu syaitan namanya. maka, kesimpulan daripada soalan uda nih.... Allah tak pernah berkehendak ke atas kita. tapi kita yang sentiasa berkehendak kepada Allah. tapi kita nih manusia tak sedar diri. asal mula lahir, sangat lemah. lembik. hidup pun atas kasih sayang Allah dan manusia je.. bila besar, kita pulak yang jadi pelaku maksiat kan? hm.... macam tu lah adik-adik...

kepada uda yang bertanya. terima kasih tanya. baru ada percambahan ilmu. sebab kat luar, itu lah soalan-soalan yang orang akan tanya kita. dear daie(s) be prepared!! :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

the end.

29 : 2

hm... (kenapa asal mula je hm?) apa-apa lah. okay, biasanya bila kita kena uji, such as kematian. kesihatan pelajaran dan sebagainya, mesti rasa down. rasa macam langit timpa ubun-ubun je. macam lah berat sangat. okay, memang berat bila iman tak kuat. that is the fakta.

ingat tak aku pernah cereterita tentang my super woman? :) saya bangga dengan emak saya! beliau memang wonderfull. sangat.

time tengah meng - up - date kan belog tercomel nih, balik emergency. sebab my mother of course. time tahu perkembangan kesihatan mak, serba-serbi tak kena. sampaikan targe yang aku dan dia buat dilanggar macam erk? (kalau cakap pasal tu, rasa gagal) but, just nak cakap lah. time tu memang rasa dia pelbagai. overthink about that pun satu hal jugak. nak-nak masa exam. lagilah berkecamuk.

asal masuk hall je, bukan jawab exam. tapi dok berjiwang sendiri kat belakang tu. (tu yang suka duduk belakang time exam orang tak tahu apa kita buat) semua paper sangat teruk. better for me for not taking that exam at all. not because of not enough preparation. but everything was missing. macam asap rokok hilang ke udara. begitu lah.

muka pun tak mampu nak senyum. mulut terkunci. senyap. sampai kena marah dengan kawan yang care pasal aku. tension betul dah lah aku tengah sedih tahap dewa. ada ke pulak dia marah aku? ishk!

dahsyat betul keadaan masa tu. sampai fikir macam er.... tak payah sebut. takut bila fikir balik.

okeh. kat atas tu lebih kepada nak describe betapa lemahnya manusia bila diuji. lost. maybe for those yang ada iman yang super hebat, tak apa kot. tapi kalau manusia macam aku nih, haih~ alhamdulillah ada usrah istimewa saya. :)

time tengah jiwa kacau nih, bukak tafsir dengan lebih kerap. bukan baca Quran. tapi memang baca tafsir je. siap baca baring-baring golek-golek tah kemenda tah. macam baca buku cerita. macam tak jaga adab kan? tapi abang cik kata tak apa. apa syarah dia, entah. tak ingat.

so, sambil selak-selak tu jumpa lah ayat cinta dari pencipta. Allah cakap :

apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan " kami telah beriman " sedangkan mereka  tidak diuji? - al-ankabut ayat 2.

bila jumpa ayat nih hati rasa lega. sangat. rasa macam perhhh best. start boleh kembali sedikit demi sedikit kepada aku yang normal. tapi, tiba-tiba ada lagi news yang sangat menyakitkan jiwa. dan kali nih rasa macam nak tumbang terus. thank God ada kawan kat sebelah tahan. if not, uhh lembik. macam sayur la kot? again, down semula. dan teringat ustaz cerita. bila rasa ujian tu berat sangat, baca surah yusuf. suruh kawan yang pandai tarannum baca, dan aku tengok tafsir. (tulah tak pandai arab. sapa suruh) again. stabil sikit. sikit lah. atleast. tapi still diaammm macam zombie. 

terus selak dan selak tafsir tu. tiba-tiba dalam usrah adik-adik minta cerita pasal nabi-nabi. then sama2 kupas surah hud. dan, banyak sangat kisah nabi dalam tu. betapa berat ujian Allah pada nabi-nabi-Nya. dan terus menangis depan adik-adik. cehh malu je. 

hikmah disebalik kejadian semua nih, aku mula tadabbur quran dengan lebih mendalam. if not before this, betul kan tajwid tak sudah-sudah. kelancaran. tapi, faham? yillekk. maka nak katanya kat sini, kembali lah kepada Al-Quran. practice. serius best. ayat-ayat mukjizat terbesar. kata-kata bukan kata-kata manusia. semuanya dari Allah. maka, masuk dalam hati tu, cair. 

ingat tak kisah saidina umar masuk islam? dia dengar adik dia fatimah baca quran. ni lah bukti Quran itu mencairkan hati. :) 

dan, sila top up kan dengan sunnah. tapi, macam mana nak ikut sunnah. saya tak tahu?... maka, sila lah baca. kalau malas baca, sila lah lihat. kalau tak jumpa sila lah bergerak ke taman-taman syurga. pasti jumpa. :)

bahasa Arab

hm.. my killer subject. sejak kecik kot.otak macam payah yang amat nak progress bahasa nih. rasa macam uhh... the most difficult subject for me. why hah? and know what, i almost giving up with this language.

tapi, satu hari tu ustazah cakap "fahima, kan best kalau kita dapat baca quran and faham. without tafsir" aku terdiam. mula bercambah balik semangat nak belajar. even uhh... sejujurnya bagi aku susah. and, form 6. masuk KI sekali arab itu wajib. okeyh~ tapi sabar... discover dulu... dan, sememangnya susah. susah sebab tak banyak mufrodatt sebenarnya. and again, feel fed up. hump..

tapi tak tahu lah. Allah ni baik sangat. satu hari ustaz kasi handout. dan depan tu ada kata. tulisan dia, besar. kalau tak nampak tak tahu lah nak kata apa. dia tulis,

“Cintailah Arab kerana tiga perkara: Kerana aku seorang Arab, al-Quran itu berbahasa Arab, dan percakapan ahli syurga itu dengan bahasa Arab.” 
(HR al-Tabrani di dalam al-Awsath, al-Hakim, al-Baihaqi di dalam Syu’b al-Iman dan selain mereka dari Ibn ‘Abbas r.’anhuma)

okay... yang kedua dan ketiga tu selalu dengar. tapi yang pertama. dan itu lah yang paling zuu' (masuk hati) sekali.  maka, sekarang nih, tak sampai hati dah kot nak give up dengan arabic language nih. insha Allah, one day, i can understand quran without the tafsir... insha Allah. :D

my abangs, my heros

okay, post nih versi nak mengampu abang-abang tercinta. wueekk! jiwang tak tentu pasal.

my abang(s) my hero(s). okay, mereka tak lah hebat mana pun. just ordinary people. seriously. but, i adore them much! i always can depend on them. ngee ^^,

minta mak doa sementara dalam bulan ramadhan nih. "emak, i wish my husband just like my brothers". dengan pantasnya mak tanya. abang yang mana? dengan yakin nya, all of them. mak said, how greedy are you~ 

hm.. ada apa dengan abang-abang aku? dorang biasa je. tapi, bab menjaga adik-adik dan parents, they are the best. and, sudah menjadi kemestian baik dengan isteri mereka.

mentaliti orang melayu:
- kerja rumah orang perempuan
- urus anak-anak perempuan
- masak, kemas, dll still perempuan lagi
- yang nusyuz, perempuan. lelaki pun boleh nusyuz jugak tau.
- bila cerai tanya kenapa, dijawabnya sebab bini saya tak reti berhias untuk saya. still perempuan
serba serbi perempuan. perempuan ni macam ada sejumlah tenaga yang amat teramat sangat kuat. setuju? (hakikatnya, perempuan memang sangat kuat. kalau tak, macam mana nak melahirkan anak kan?? tapi kekuatan tu dari Allah. dan, yang keluarkan itu pun Allah. ada dalam quran. but, tak ingat surah dan ayat apa.

disebabkan mentaliti yang sangat dan amat menakutkan (saya) ni lah menyebabkan ramai gadis-gadis yang andartu (i think so~) padahal, bila belajar, belajar syariah, dalam bab munakahat, kerja perempuan sangat lah sedikit. dan seronok untuk dibuat setiap hari.

1. jaga makan minum pakai segala-galanya untuk suami.
2. jaga anak-anak baik baik.

tu je. yang lain tu sebenarnya lelaki yang kena uruskan. sebab tulah ada sapa tah cakap ustaz apa tah, seandainya mampu, carikan pembantu untuk isteri mu.  

sekarang kita compare dengan Rasulullah. dah berapa jauh kita tersimpang dari sunnah Rasulullah.
- nabi balik rumah memalam. Aisyah dah tidur. nabi tak ketuk pintu pun. tidur depan pintu rumah kat luar.
- butang baju tertanggal. nabi jahit sendiri. 
- sapu rumah pun nabi buat. sampai Aisyah jadi malu sendiri 
- nabi tak pernah salahkan isteri. even isteri-isteri nabi buat nabi marah. tapi nabi cakap " sesungguhnya ini bukanlah akhlak yang terpuji wahai isteriku" 
- didik anak-anak pun nabi buat. macam mana nabi didik anak tiri nabi dengan hurm... sedih tak ingat. 

see baikkan nabi. kalau semua manusia ikut cara nabi, mesti kita semua dapat dirikan baitul muslim yang hebat. kan?? tak adalah kahwin hari ni bercerai esok.

back to my title. my brothers, just like that. tapi tak lah se-syumul itu. ada kurangnya. banyak pulak. tapi, sikap prihatin, toleransi, rajin, tak berkira bila buat kerja rumah, lately ni, mereka kaki masjid. (alhamdulillah) yeah... itu yang menyebabkan aku sangat kagum dengan mereka. dan, KPI untuk lelaki pilihan suatu hari nanti, adalah abang-abang saya. ^^,

tadi buat kerja dengan abang. sangat penat. melompat-lompat elak lipas naik atas kaki. tak suka. geli. ada ke pulak abang suruh pijak? uwekk!! nanti isi dia keluar, aku jugak jadi mangsa nak membersihkannya. kena sakat non-stop (okay, itu penat). tapi happy. until the end abang ada. abang mintak rehat sekejap. ingatkan dah tak nak turun dah. sekali dia turun. oh terharu sungguh. abang cakap "tak sampai hati nak tinggal. even abang penat, monster abang nih pun mesti penat jugak kan??" (he call me as a BIG MONSTER. dah lah monster. big pulak. -..- jahat punya abang)

itu lah kisah aku sepanjang hari yang memenatkan nih. kisah saya bersama abang saya, hero saya. alhamdulillah ada abang yang baik. even tak lah baik mana~ hi hi hi