Tuesday, August 21, 2012

forgiveness?

raya tahun nih. hm.. dull kot. macam... teettt

Hari ni nak kongsi satu perkara. Aku tak akan lupa benda ni. SAngat menyakitkan hati. Forgive, maybe. forget, never. dear you, I'm sorry. Aku bukan sengaja untuk keraskan hati aku. Tapi its too much.

Ceritanya begini. Satu hari ni, aku tertinggal buku kat rumah. Aku kan duduk asrama. Sejak form 4 kan duk asrama. Sampailah sekarang nih. Bila tertinggal buku meman masalah besar lah. Sapa nak jadi kuli batak aku hantarkan buku tu kan? Sendiri buat sendiri tanggung lah. Itu prinsip aku.

Maka, dipendekkan cerita, aku peri jumpa cikgu yang berkenaan. Cikgu tu garang gila. Aku mintak maaf lah. Macam biasa, sapa tak marah tinggal buku. Tapi tak sengaja lah. Gila apa sengaja tinggal buku. Maka, berlakulah conversation di bawah :

Aku : Cikgu, saya mintak maaf. saya tertinggal buku kat rumah. 

Cikgu : Lepas tu, awak nak saya buat apa?

Aku : Tak... erm.. saya... tak sengaja... maaf...

Cikgu : Takkan awak tak buat apa-apa? Suruh lah sesapa hantar. *nada dah tinggi. muka macam lapar gila

Aku : Saya dah minta aban saya hantar. Tapi dia tak sempat. Di kerja. maaf cikgu. Saya dah cuba. Tapi...

Cikgu : Awak tak ada mak ayah? Suruh lah dorang yang hantarkan. *nada dia, annoy gila. benci kot tengok muka dia masa nih.

Aku : Erm... Mak ayah saya sakit. Nak bergerak sana sini macam terhad sikit lah. Saya pun tak confident ayah saya drive. Sebab...

Cikgu : *terus potong cakap aku. Habis tu, mak ayah awak tak boleh bergerak lah? Duduk je kat rumah tu, doing nothing? 

Aku : Ha? Cikgu... Bukan.... *tahan marah. nangis. this is the most sensitive part in me.

Cikgu : Kalau saya, saya suruh juak mak ayah saya hantar. Saya tak peduli. Bla bla bla

Aku : Cikgu. Ini salah saya. Bukan salah mak ayah saya. Cikgu nak marah saya, silakan. BUT DON'T TOUCH MY PARENTS! DON'T EVER YOU DARE TO DO THAT. IF NOT..... *tarik nafas. kembalikan rasional* maaf cikgu, saya minta diri dulu. *terus chow. nangis teruk gila sambil sumpah seranah cikgu tu. 

Seriously, aku tak bermaksud langsung nak biadap. Tapi cikgu tu yang sentuh part yang amat sensitive itu. Dah lah masa tu memang mak abah tak sihat. Sekarang makin tak sihat. Aku tengok keadaan mak aku sekarang, buat aku meluat gila babas lah kat cikgu tu. Sesapa yang berani sentuh sensitive part tu, memang kena lah. Jangan tanya apa akan berlaku. Sebab unexpected things pun boleh terjadi. Berani? Cubalah~ 8)

Dan, dalam blog, cikgu tu ada tulis ucapan selamat hari raya maaf zahir batin. aku senyum je. Senyum macam mana? Macam kak pujah. Stail mengejek. Dalam hati... Haih~ cikgu.... Maaf lah. Hati saya bukan sutera.

Kat sini, aku nak pesan. Even kau sapa, cikgu ke, menteri ke, hapa ke, jangan kau usik part mak bapak. Sesapa pun boleh bertindak luar kawal. Sebab semua orang ada mak bapak kan? Tengok kes aku ni jelah. Sampai sekarang aku rasa menyampah gila kat cikgu tu. Bila teringat kes ni lah. Kalau tak ingat okay je. Jaga mulut anda. Sebab dengan mulut terbuka, lidah bergerak, satu dunia boleh hancur.

Kepada cikgu, maaf. Its not easy for me to forget what had you said to me. Forgiveness, hm... I want to hear that from your mouth. Then, it will be fully accepted.

Maaf atas kekerasan hati yang payah nak memaafkan. Its just TOO MUCH!

~sekian~

1 comment:

hainil fatihah mohd fauzi said...

how dare guna nama mak ayah?!kalau i pun sensitive..hemm..jgn bagi i jumpa cikgu tu..semoga kemaafan memadam api kebencian.