Saturday, August 11, 2012

random from KI

kita selalu buruk sangka dengan Allah. ada adik tu datang kat aku. dia tanya

kak fahima, kenapa Allah uji kita?

sebab Allah sayang. Al-Ankabut. ayat dua? 

tapi, kenapa Allah tak kasi kecekalan hati untuk tempuhi ujian tu?

hm? adik ni kenapa sebenarnya? putus cinta ke apa??  * dalam hati) ujian Allah yang susah je ke?? senang pun ujian juga kan? adik, satu je lah akak boleh cakap. sebarang masalah yang datang kat kita, ceritalah kat seribu orang sekali pun, orang tak akn boleh faham. maka, cerita lah kat Allah. meh. tengok betol surah labah-labah tu. fikir balik. hitung balik. Allah kasi nikmat lagi banyak ke ujian lagi banyak?? listkan dan compare. okeh?

suddenly menangis. alamak. kemende pulak adik aku sorang nih.. buku tak baca lagi. ni yang eden lomah nih. tunggu jap dua tiga minit. then chau. 

akak, saya ingat akak nih macam singa. rupanya tiger je. okay akak. terima kasih. saya pergi dulu. tata. assalamualikum.

erk?? tiger dia kata? uhh... okay, saya garang~ -..-


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


awak, saya rasa kan. amal saya Allah tak terima. solat saya... hurm.. tak berkualiti. saya selalu bagi tazkirah kat depan. cakap pasal solat khusyuk bagai. tapi saya sendiri?? hurm... awak... saya sedih..... (sebak)

erk?? kenapa soalan nih?? aku nak jawab apa nih?? hm... dalam quran mesti ada. tapi aku tak ingat kot. tak pun tak tadabbur lagi..... dengar jelah. jalan paling selamat.

dua tiga hari lepas tu. ada tazkirah dekat dewan sorang adik muslimin ni cakap (sinopsis)

"jibril solat menyembah Allah. yang mana setiap rukun solat jibril tak kurang 200 ribu tahun. sebagai tanda jibril sangat bersyukur pada Allah. sebab Allah ciptakan dia sebagai makhluk yang paling taat. jibril sangat seronok. habis je solat jibril memuji Allah, Allah cakap : walaupun engkau (jibril) solat sebegitu punya rupa, aku lebih suka solat hamba ku. hambaku yang lemah. yang sangat banyak buat silap. ketika dia solat dia lalai. tak pun malas-malas bangun menyembah ku. tak pun solat dah nak habis waktu. tapi sesungguhnya aku jauh lebih mencintai solat mereka berbanding kau. jibril tanya. kenapa?? siapa mereka?? Allah jawab, mereka adalah ummat nabi yang terarkhir. walaupun ummat begitu, aku sangat kasihi mereka kerana aku amat mencintai muhammad....."

ayat adik muslimin tu lebih kurang macam tu lah. maksudnya sama. lafaznya lain. sampai maksudkan? hurm.. at first dengar memang bergenang kot. oh.. kerana kasih Allah kepada Muhammad saw, Allah terima aku sebagai hamba. hm.. maka, kenapa aku kedekut sangat nak berselawat kepada Muhammad saw? oh.. sangat insaf.

jeling kawan aku. sama-sama memahami satu sama lain. indahnya ukhuwah fillah itu.   ^^


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


another question yang menakutkan. yepp. bila budak KI yang tanya. dia jadi macam.... erk?!!
uda tanya dalam usrah,

kak yang, kawan uda tanya. kenapa Allah cipta manusia?

sebab Allah kan Maha pencipta. maka, suka hati Allah lah nak cipta apa pun. kenapa nak pertikai. lagi pun, bukan ke itu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah. macam tu jugak penciptaan alam dan sebagainya. kenapa uda??

tapi, mesti ada sebab kenapa Allah cipta kita kan?

ya. Allah cipta kita untuk jadi 'abidullah, khalifatullah dan daieullah. jelas?

tapi kak, tak puas. kalau kita cipta robot, sebab kita nak suruh robot tu buat itu, buat ini. kalau Allah cipta kita, apa kehendak Allah pada kita sebenarnya?

ok fine~ this question. jauh betul uda ni fikir. haih uda... uda... tarik nafas dalam-dalam... fikir. ni keluar dalil tak lut nih. logik kena lawan dengan logik. nasib baik amik mantik.. hurm... round tanya adik-adik usrah yang lain, sambil cari idea. sampai balik kat aku. aku senyum. 

hm... kita ni apa sebenarnya?? hakikakt kita. apa kita nih??

hamba?

asal dari mana?

tanah?

yang dicipta dari tanah tu, hanya nabi Adam dan Hawa ye. the next generation?

oh.... dari air mani lah kak.

surah al-alaq kan? 

yup..

hina kan kita?

a'ah. tapi Allah naikkan darjat kita dengan surah at-tin.

yup... kita hamba. dari tanah. air mani. hina. Allah yang muliakan kita. dan kita kata Allah berkehendak ke atas kita??

erk? akak.... a'ah..... yess! i got the point. lepas nih boleh jawab balik kat dia.

akak pelik. kenapa uda tanya. risau akak. oh yaa uda dah cakap tadi. kawan uda tanya. akak lupa. yelah kan bab aqidah kan kita dah kupas. :) hm.. maka nya adik-adik, bila kita terfikir bukan-bukan. better stop. itu syaitan namanya. maka, kesimpulan daripada soalan uda nih.... Allah tak pernah berkehendak ke atas kita. tapi kita yang sentiasa berkehendak kepada Allah. tapi kita nih manusia tak sedar diri. asal mula lahir, sangat lemah. lembik. hidup pun atas kasih sayang Allah dan manusia je.. bila besar, kita pulak yang jadi pelaku maksiat kan? hm.... macam tu lah adik-adik...

kepada uda yang bertanya. terima kasih tanya. baru ada percambahan ilmu. sebab kat luar, itu lah soalan-soalan yang orang akan tanya kita. dear daie(s) be prepared!! :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

the end.

3 comments:

Anonymous said...

fehmah,mesti awak syg sgt kt usrah awak kan?teringin nk duduk dlm KI..

fahimahakimz said...

you are the only one spell my name like that. ;)

nanti, masuk uni, join lah usrah ye. :)

Anonymous said...

i just spell your name wrongly..anyway..ok,,thanks ya!