Sunday, August 12, 2012

usuluddin

aku satu-satunya calon tunggal STPM yang ambil 5 subject untuk exam nanti. taku tak?? Aku sendiri rasa seram bila cikgu-cikgu kata aku ni KPI for the next generation. huh....

Secara jujurnya, banyak tentangan cikgu-cikgu bila aku kata aku nak ambil 5 subject ni. cikgu banyak risau sebab takut kualiti STPM KI jatuh sebab aku sorang. ok, yang itu aku understood. dan banyak lagi sebenarnya cikgu cakap-cakap-cakap. Sampai kena naik pejabat jumpa pengetua dan sebagainya lah. payah betul. padahal nak belajar je kan? hurm...... tapi tak apa, semua tu dah settle. my super woman and my big brother dah settle. dengan tanda tangan abah, semua jadi okay. Alhamdulillah....

Seikhlas hati aku cakap, aku bukan nak ambil sangat pun subject tambahan tu. Sebab aku sendiri takut sebenarnya. rasa macam... Erk. Seram lah mak.... Tapi, mak suruh belajar. Aku cakap. Mak, belajar jelah. tak payah nak ambil exam. Tak mahu. Tapi mak cakap, kalau tak ambil exam, kak yang tak akan struggle kan? dan kak yang tak tahu pun apa yang kak yang belajar. Aku diam. teeettt!!

Maka, masa orentasi, cikgu pun ajar lah subject subject yang ada. Yang wajib dan yang elektif. Time usuluddin punya kelas, serious rasa tak ada hati. Oh yaaaa... Aku ni budak nakal suatu masa dulu. Bila belajar yang macam erm.. agama-agama ni, macam kureng sikit lah... Then terus call mak, kata tak mahu. MAMA!! SAYA TAK MAHU!!! dengan tenang nya mak cakap, kenapa kak yang ego sangat nak tuntut ilmu Allah ni? Banyak ilmu sangat dah ye? Hm.... kalau dah banyak, tak payah pun tak apalah. Pindah lah masuk mahaad balik kalau macam ni. Okay~ Fine~ mak selalu cakap benda yang buat aku erk?!!!!

Balik asrama rasa takut. Buatlah istikharah... minta petunjuk Allah. betul ke nih. Aku tak dapat nak percaya diri sendiri. hurm.... Naik dorm, try bukak buku kuning Usuluddin. Kawan yang punya. Baca punya baca, eh best pulak perbandingan agama nih. Baca lagi jumpa mantik. Eh... unik betul. Sampai cara berfikir pun Islam terangkan? Dalam pulak..... 

Kesimpulannya, aku dah jatuh cinta dengan usuluddin. maka, ditetapkan hati, take the risk. I DECIDE TO TAKE THAT SUBJECT. Usuluddin memang best. Tak percaya? Cubalah belajar. Tapi kena berguru. Takut sesat. Teringat UAI berkata, "TAK SALAH BELAJAR ILMU DUNIA. YANG SALAHNYA, MU TINGGAL ILMU AGAMA" dush! kan dah kena sebijik. Adoiii

No comments: