Saturday, September 29, 2012

bajet negara

okay, tak baca or dengar betul-betul lagi pasal benda nih.

tapi kedengaran mengarut.

nak explore lah. sejauhmana kemengarutannya itu.

abang cakap,

'memang makan smart phone boleh kenyang'

erk?!

kenapa lari?


Jumaat lepas sengaja pergi lawat cikgu-cikgu Maahad Hamidiah. Lama tak ziarah cikgu. Text cikgu Zarinah. tapi cikgu tak response pung? Tapi sebab rasa nak pergi, main redah je.

Antara soalan-soalan cikgu

1. ni datang hantar kad ke? kakak saya belum lagi. sabar ye cikgu...
2. awak dah bertunang? *sambil tengok tangan  =.=
3. Eh!~ hari ni hari apa? kenapa kat sini? - saya lari dari sekolah cikgu :)

Nak highlight kat sini point number 3.
serious, tak tipu. aku melarikan diri. tak tahan yang amat. entah kenapa this year fragile sangat.

kisahnya begini.....

semua pasal 5 subject punya kes lah. aku tak sure dah dafta ke belum semua 5 subject tu. macam tergantung-gantung. sampailah satu saat tu, ustazah norliah tolong tanyakan cikgu yang berkenaan. cikgu jawab endah tak endah jee. titah cikgu "entah, mana saya tahu. tanyalah abang awak" dalam hati, 'memang abang aku pengurus peperiksaan kot?' cikgu berkenaan sambung lagi "saya buat surat minta amik subjek tambahan tu sebagai private candidate. tapi tak reply pun kementerian. entahlah~" ustazah norlia diam, aku 'eh cikgu nih? biar betul. setle tak nih?' tak berani nak bersuara. baik diam jee. senyum... :) :) :)

sekarang secara logiknya, korang faham macam mana? korang rasa benda tu dah settle ke belum? oh semestinya belum. hal ini menyebabkan aku tanyalah abang aku. so, macam biasa, family aku suka syura. semua orang pun tahu.

pendek cerita, pada hari rabu yang comel, aku jumpa cikgu kelas aku.

cikgu, cikgu tahu tak status 5 subjek saya?

eh, saya tak tahu  lah. bukan saya yang urus. kenapa? ada masalah?

entah lah cikgu. saya tak tahu dah daftar ke belum.

hm? kenapa pula?

bla bla bla~

oh, nanti cikgu tanya cikgu berkenaan.......

maka, seperti yang dijanjikan cikgu kelas aku, cikgu pun tanya kan.... tup tup, habis je program, cikgu berkenaan panggil aku. jumpe lah cikgu kat kantin. maka, bermulalah tragedy di situ.

kantin penuh dengan makhluk bernama manusia.

haa!! kamu. apa lagi kamu tak reti bahasa bla bla bla~  > aku blur. terkejut. suara gila perh! max volume!

eh cikgu... tak tak tak.. 

tak ada tak tak. saya nak ye! bla bla bla

ar... erm... cikgu...

yang mak abang awak datang sekolah meroyan-royan merayu-rayu jumpa saya tu apa?  > erk? cikgu! 

cikgu... bukan... saya..

apa lagi hidup awak nih? tahu nak susahkan orang?   > ini sudah lebih

cikgu, macam ni, saya check internet, kena bayar kalau nak ubah apa-apa dalam exam tu. tapi..  (kena potong lagi)

dah lah! awak belajar, jangan nak sebok hal orang! buat kerja sendiri. saya dah siapkan semua dah pasal exam awak tu.

hm.. baik lah cikgu, maafkan saya, terima kasih banyak cikgu... saya minta diri dulu   > dada ku berombak! darah dah naik sampai muka dah. signal nak meletup sebenarnya...

bayangkan kena marah herdik tengking macam tu tengah public. masa tu ramai bebenau manusia. weh. pakai uniform KP pulak. desh. budak sekolah luar pun ada. geh! aku hanya bertanya. salah medium dia kata. sebab aku tanya cikgu kelas. salah kemenda. cikgu kelas aku. tak pe lah. bukan terus naik kementerian. ceh. yang paling tak tahan, meroyan. what the?~ 

ikut hati memang, aku lawan gak kat situ. tapi pesan mak, biar orang buat kita. jangan kita buat orang. lagi pun. sia-sia aku nak bersuara masa tu. nanti akan jatuhkan air muka aku dua kali ganda. baik diam. even aku di side yang betul. but cikgu, kalau saya kena lagi, saya tak kan diam dah. the lawyer inside me. keep asking me to debate! 

so, bagi diri aku, itu tamparan yang sangat besarlah. mungkin orang kata itu biasa. bagi aku tidak. dahsyat sangat. mujur tak kena pukul je. kalau kena pukul, terpenyek cikgu lah. tak tahu nak kata macam mana. kena marah padahal bukan salah kita pun. aku hanya bertanya. dan satu improvement. aku boleh gak kawal temper sekejap. at least tak lawan cikgu masa tu gak. tak macam zaman F2 dulu. 

esok pagi, dengar suara cikgu berkenaan pun tak boleh. sakit jiwa. terus lari masuk bilik HEM. tiba-tiba menangis macam orang gila mintak balik. ustaz tergamam terus kata ye. tak sengaja. tak ada niat pun nak menangis depan ustaz. tapi masa tu rasa memang campur baur.

akhirnya aku balik. sesapa pun tak tahu. pakat dengan kak nur comel je. even abang tak tahu. dan sekarang, dah dapat kekuatan balik untuk pulang. insha Allah esok. moga hati terus kuat.

pasal cikgu, biar Allah yang balas. moga Allah balas kebaikkan cikgu. cikgu jatuhkan maruah saya depan ramai orang, moga Allah tak jatuhkan maruah cikgu depan orang. amin. saya tak nak berdendam. isnin ni hari baru. apa yang berlaku sudah. tapi, kalau cikgu tak habis lagi, moga iman saya ada lagi untuk terus bersabar. : ) 
 





Wednesday, September 26, 2012

dear you,

the biggest thank you for you.

thank you for showing me the annoying part in you.

;)

sesungguhnyabilahatidahbenci....arh!everyonehavetheirlimit!
the lawyer inside me.

keep asking to do that.

tapi, meninggalkan perdebatan yang sia-sia itu lebih baik.

walaupun we are at the right side.

berpada-pada bila menyatakan sesuatu.

tengok lah. Allah balas semuanya.

semoga Allah jugak yang mengampunkan segalanya.
buat jahat malam ni. menyalahgunakan kemudahan wifi untuk update blog. jangan tiru. aksi merbahaya.

sangat terkedu. tak dapat nak kata macam mana.

just nak cakap,

kalau lah aku tak sedar diri aku ni sapa dengan kau,

aku saman kau masa tu jugak!

nasib baik lah aku sedar diri.

alhamdulillah masih ada iman.

hati, teruskan bersabar.


Monday, September 17, 2012

she is my buddy

dekat sekolah, biro akademik KP dan MPPU bergabung tenaga untuk memastikan akademik kengkawan sentiasa terjaga. dan memandangkan result trial sekolah baru ni sangat teruk, maka saya di "buddy" kan bersama kakak TKU saya. nama glamour saya kasi dia, kak Fit! dia bukan setakat pantau akademik saya. tapi segalanya. semua benda kita orang share. dia sangat baik. even dia sangat sibuk dengan amanah dia, tapi, dia tak pernah tinggalkan saya. dan saya sangat sayang dia. ^^ dia nih anak last. dan, untuk pengetahuan semua, aku alergi dengan budak anak last nih. sebab biasanya anak last nih manja terlebih. dengan perangai aku yang manja dan mengada juga, aku tak suka orang manja-manja dengan aku. sebab aku ni pun lebih kurang anak last. jarak umur dengan adik bawah aku 5 tahun kot. mana taknya~ tapi dia nih langsung tak manja. tak mengada.  perangai dia macam kakak. just sometime tu, biasalah~ perempuan kan~ dan, saya bangga jadi buddy dia!

dan ini gambar dia
(sangat sayang si abas tu. tapi, abas dah hilang)

mesti dia marah sebab taruk gambar dia. tapi, tak kesah lah~ blog aku nih bukan public mana pung. hihihi

dan thank you kepada ketua buddy. sebab mem buddy kan saya dengan kak fit. seronok. *sebenarnya, dah agak dah dia yang jadi buddy saya. sebab dia je yang boleh control saya. hihihihihi

*bilaukhuwahatasnamaAllah,semuanyaindah.alhamdulillahakurasasemuanyadisini*

p/s : awak, insha Allah saya dapat 5 PA, saya akan cakap, itu kejayaan awak juga. ^^

stop giving yourself as example

jumaat lepas ada attend satu meeting nih. bersama dia yang saya hormati. namakan dia kakak B.

kami bincang tentang perkara yang serius. dan meeting itu dihadiri oleh beberapa manusia yang lain (lelaki dan perempuan) yang dipengerusikan oleh kakak B.

dalam meeting nih tujuan utama adalah untuk post mortem dan langkah penyelesaian dan langkah penambah baikkan.

sepanjang meeting nih, hati terbakar! perh! nak-nak pulak masa ni tak ada suara. memang besar hikmahnya. kalau tidak, boleh perang kot kat situ. dan mungkin juga dapat kawal diri sebab berkat selawat. alhamdulillah.

sepanjang meeting yang dikendalikan oleh kakak B, kakak B selalu masuk bakul angkat sendiri. dan membuatkan aku rasa, weh, lemak betul manusia nih. naik muak aku dengan kelemakkan dia.

antara dialog kakak B

"kakak dulu, boleh je buat"

"kakak pun sibuk jugak. sibuk bukan alasan"

"kakak pegang 8 jawatan utama masa zaman sebaya korang"

"zaman kakak dulu, ramai tau kakak bawah jagaan kakak"

"semua yang kakak jaga, semua jadi baik"

what the.... memang lah. gila bongkak melangit tak nampak tanah. riak gila. perh! benci seyh. kalau tak ada iman, dah menjerit kot kat situ. tapi nasib baiklah ahli meeting yang lain pandai. he he he he

tapi, memang ada satu point tu, even rasa perit sangat nak bersuara, saya tidak peduli! saya mahu tegaskan. dan, kelihatan wajah kakak B itu terkesima nampak nya. naahhh amik kau! kalau ahli meeting yang lain baik, ikut je, meh sini! dengar apa aku cakap.

apa yang kakak B cakap tu, sebenarnya, bukan aku tak boleh terima. cumanya, aku dah muak dengan apa yang dia cakap. gila bangga. sampai rasa macam nak lempang lah! dah lah berat sebelah. asyik side dia je yang betul. tumbuk karang, grrr. geram sangat kot!

maka lepas nih, kalau nak bagi contoh, sila kasi contoh orang lain. jangan nak asyik saya ni saya ni saya ni. muak kot orang yang dengar. kau yang cakap memang lah best. konon macam hebat lah. ceehh

teringat pesan emak masa mula-mula masuk public speaking. mak said "giving yourself as an example is not good at all. its make your audience feel jerk" and emak, its is really true! undeniable facts!

perjalanan yang penuh ibrah (last)

balik tu naik KTM dulu. tahu-tahu duit tercicir. oh man!!! gila apa?! nak balik macam mana nih?!!

jantung dupp dapp dupp dapp

sekali lagi dengan imej yang sangat ayu. -..- (lemah betul)

usaha lah juga. macam-macam gak lah fikir try dan sebagainya. nak buat macam mana nih?!!!

last sekali, guna talian hayat terakhir, call back my "geng" minta hantarkan duit. fuhh malu tahap tak ingat.

maka, duit pun sampai, bergerak balik ke KL sentral.

alhamdulillah semua selamat. siap offer nak excort. perh. terbaik. tapi, saya malu. tak apalah. saya balik sendiri

best ada "geng" atas satu ikrar yang sama. alhamdulillah.

now I know that I can depend on my "geng" always...

really love my "geng" <3

sepanjang jumaat dan sabtu, banyak sangat perkara yang berlaku. rasa dia pelbagai. menjerit, menangis, ketawa, berguling, macam-macam. tapi, semua itu dirasai bersama "geng" aku. dan itu membuatkan semua perasaan itu jadi sangat manis di akhirnya.

Alhamdulillah Ya Allah, kau pilih aku masuk dalam "geng" ini... :)

perjalanan penuh ibrah (2)

pi singgah kedai makan. perut banyak lapar... huh.

pi masuk kedai mamak mana entah. langkah kanan, bismillah, mula order.

nak-nak ada mamat gedik plus gatal kat kaunter. memang rasa nak bedebik jelah. kalau bukan sebab pakai tudung labuh berjubah bagai, tak ada nya aku duduk diam kat sini. ni dah pakai feminine gila, maka, tertahan-tahan juga langkah. cakap kat kakakhot, "awak, selangkah dia gerak dari situ datang meja kita, siap lah dia. awak jangan terkejut." kakakhot, "oh i know you very well"

and thank God, dia tak bergerak. hanya usha dari jauh sahaja. bismillah, mula makan.

punya syok makan (sedap lah juga) datang pulak sorang pak cik cina nih. mintak sedekah. kakakhot kasi je duit dia. aku, ikut hati macam tak nak kasi sangat kot. duit tak ada lah weh!!!! gila apa nak kasi. lagi pun kalau nak buat baik berpada-pada. jangan sampai makan diri. tapi.. kakak hot kasi signal suruh bagi. dalam hati *hadeih~*

bukak purse. tinggal sekeping 5 ringgit, sekeping 1 ringgit. agak-agak aku kasi yang mana? mesti lah yang seringgit kan? tapi tak. aku kasi yang 5 ringgit tuh. sebab, hainil (wonderfulladik,kakak,kawan,jugamama) pesan dalam purse tandakan satu duit yang kita memang tak akan guna. even kecemasan macam mana sekali pun. sebab itu cara nak berjimat,motivasi dan sebagainya. pendek cerita kasilah 5 ringgit.

masa nak hulur tuh, dalam hati "ya Allah, ikhlaskan hati aku. hanyak kau yang balas apa aku buat nih.... fahima, yakin. Kita tolong Allah, Allah tolong kita"

bla-bla-bla pendekkan cerita lagi, aku kena balik awal. sebab abang aku nak amik aku kat KL sentral. masalahnya, urusan aku tak selesai lagi... maka, dengan berdebar hatinya, minta abang abang lambat sikit. abang tak mahu. kecewa.... tapi hati rasa berat sangat nak tinggal kakak hot sorang-sorang kat tempat tuh. call abang sekali kagi mintak balik esok pulak. abang marah merajuk sekejap, dan dia kasi.

agak senang berkomunikasi dengan abang masa tuh. kalau tidak, perang jugak tuh. dalam hati *oh, mungkin ini yang Allah nak kasi. Allah mudahkan urusan aku*


mungkin cerita ni agak kabur. sebab banyak benda yang dihidekan atas sebab-sebab tertentu. harap maaf.

perjalanan yang penuh dengan ibrah (1)

Ibrah = Pengajaran

Minggu ni aku balik rumah. dan hari ni dah nak balik asrama balik dah. Kali ni balik dengan kakakhotsaya.

Bermula di sebuah kedai jam mak cik cina yang cun.

Makcik Cina : you orang haa banyak pandai oo zaman sekarang. tengok, You orang masuk KISAS lagi tu. Banyak pandai oooo

Kakakhot : alah untie, orang cina pun banyak pandai juga...

blablablabla

makcik cina : anak saya haa, amik STPM. dia haaa dapat 4.00 wooo

aku dan kakakhot : wow!! banyak hebat untie punya anak.... terer wo!!! masuk uni mana tu untie??

makcik cina : anak saya haa mintak UM. tapi, you olang tahu tak, anak saya tak dapat woo. manyak sedih. tapi anak saya 4.00 wooo. banyak terer...

aku dan kakakhot : . . . . . . .

makcik cina : you olang tahu tak kenapa anak saya tarak dapat itu UM?

aku : *erk?? kenapa tanya soalan nih. mesti lah sebab kau bukan bumiputera <-- dalam hati.

kakakhot : *senyum jalan panling selamat.

idea timbul, tukar topik!!!!
tapi, gagal. untie tu paksa jawab. aku pura-pura jadi kura-kura. kakakhot senyum tak sudah. last-last,

makcik cina : sebab kita olang bukan melayu wooo. manyak susah jugaaa. you olang, banyak untung punya. banyak kerajaan kasi. tapi you olang punya kaum haa banyak manja sama itu kerajaan.. you olang haa, jangan malas-malas belajar. belajar kasi dapat manyak-manyak juga. nanti you olang hidup manyak senang wooo  bla bla bla~

banyak lagi sembang dengan makcik cina ni sebenarnya. part yang nak dihighlight kan, yang ini lah. weh! tak terasa ke? aku terasa kot! gila lah makcik cina nih. ada last word dia "you olang kena belajar betul-betul. nanti ini negara, bukan you olang punya lagi woo" okay, membunuh gila words dia.

eh. korang jangan salah interprete apa aku taip nih. sebab bagi aku, banyak kot benda boleh amik. kita ni memang manja. kita dapat subsidi dan sebagainya. baik sungguh kerajaan dengan kita (tahun depan kasi menang lagi ye -..-) tapi, kita salah guna. lepas nih, memang terbakar semangat nak belajar.

aku tulis nih bukan racist. nanti aku kena dakwa pulak. hesh! sila lihat yang posotif. ini teguran untuk kita semua. lepas nih, kena belajar betul-betul. sampai bila nak kerajaan tanggung kita?? sampai bila kita nak dibantu? bila lagi kita nak membantu?

kita selalu fikir untuk menerima. tapi memberi? yillek!

the muslim innocent?

hm... saya tak tahu sangat pasal video nih. Tak berminat pun nak tengok. Rasa macam tak perlu. COPP! bukan tak terusik sensitiviti bila Rasulullah dihina sedemikian rupa. Cumanya, cuba fikir, apa je yang kita, umat Islam dah buat untuk membuktikan kita cinta Rasulullah? Saya macam boleh jamin, jawapanya : NOTHING!

kenapa saya cakap macam tuh? Lihat sahaja sekeliling kita. Berapa banyak maksiat berlalu? Sapa yang buat semua tuh? Yang berpesta tak ingat dunia bersama kencing syaitan. Siapa? Bukan umat Islam ke semua tuh? Yang berzina, buang anak macam buang plastik gula-gula. Haih~

DI MANA CINTA MEREKA TERHADAP RASULULLAH?

Hm.. Al-Quran & Sunnah hanya bagaikan ritual agama sahaja. Buat main je. Guna bila nak menang hujah. Ini fenomena pada hari ini. We have to admit it.

Bila tunjuk perasaan, nombor satu. Solat subuh jemaah? Lapang betul masjid tu. Bukan salah tunjuk perasaan itu. Silakan. At least, orang nampak kita ni masih mempunyai sensitiviti. Tapi, adakah itu sahaja sudah mencukupi?

Bagus juga bila ada yang buat dialog lawan balik video tu. Bagus. teruskan. Saya sokong je. Tapi, masalahnya.... Kita ni dah macam buih. Ramai je lebih. Tapi, kualiti diri? HE HE HE HE ZERO der!!!

Maka, setakat mana isu ini akan berakhir? Apa kesannya pada MUSLIMIN?? Kalau setakat tunjuk perasaan, caci-maki orang kafir je, baiklah tak payah. buang tenaga je. Buang masa juga.

Apa yang kita kena buat sekarang nih, BACK TO BASIC. Jangan lah lena sebab kita ramai. Kuantiti tidak menjamin kualiti. Cuba kita amik kes video jahat tu, untuk naikkan semangatkita letakkan Islam di tempat yang betul. tapi macam mana?

MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI! Tak payah fikir jauh. Mulakan pada diri. Lengkapkan 10 muassofat muslim. Then, teruslah bergerak menuju khalifah islamiyyah.

saya yang bercakap ni pun tak kurangnya juga. masih lagi dalam fasa belajar. sebab itu saya menggunakan term "kita". its including me. . . .

readers, hanya mengakui kita mencintai nabi tanpa pembuktian is not enough.... let us show how deep our love to MUHAMMAD RASULULLAH.
~mayAllahblessed~

Saturday, September 15, 2012

status masih tergantung
masa makin dekat
senang cerita putus jelah
malas nak fikir dah
baik fokus pada benda yang dah confirm

RANDOM.

if you can pretend to be cool and calm when ever you get angry. ( sometimes )

that is the best.

but if you could not do so.

just keep quite. don't say even a word. 

because...

communication that full of anger can ruin human happiness.

even though just for a short while.

so the conclusion is, keep quiet is the best remedy to handle anger.





that's me



~thank you~
sapa suka kena marah?

even seorang yang cepat marah pun tak suka kena marah.

dan, orang tu pun tak suka marah orang sebenarnya.

sebab tu Nabi cakap : jangan marah

sebab tu Ali (tak silap) : orang yang dapat tahan marah orang paling gagah.

sapa kata kawal marah tu senang?

perlukan kepada prosess lah.

sabar lah sikit.

sapa kata sabar itu senang? 

memang lah susah. sebab kita ada nafsu.

sebab tu lah hidup ni satu proses. 








*bilaorangnaikmarah,secaranormalnyamangsatuakanadarasatakut.itssamegoestomemydear.."
penjarakan dia di tempat yang selamat.

bukan untuk kebaikan diri sahaja.

tapi untuk kebaikkan orang yang kena penjara tu juga.


*kiasantahaptinggi*