Saturday, September 29, 2012

kenapa lari?


Jumaat lepas sengaja pergi lawat cikgu-cikgu Maahad Hamidiah. Lama tak ziarah cikgu. Text cikgu Zarinah. tapi cikgu tak response pung? Tapi sebab rasa nak pergi, main redah je.

Antara soalan-soalan cikgu

1. ni datang hantar kad ke? kakak saya belum lagi. sabar ye cikgu...
2. awak dah bertunang? *sambil tengok tangan  =.=
3. Eh!~ hari ni hari apa? kenapa kat sini? - saya lari dari sekolah cikgu :)

Nak highlight kat sini point number 3.
serious, tak tipu. aku melarikan diri. tak tahan yang amat. entah kenapa this year fragile sangat.

kisahnya begini.....

semua pasal 5 subject punya kes lah. aku tak sure dah dafta ke belum semua 5 subject tu. macam tergantung-gantung. sampailah satu saat tu, ustazah norliah tolong tanyakan cikgu yang berkenaan. cikgu jawab endah tak endah jee. titah cikgu "entah, mana saya tahu. tanyalah abang awak" dalam hati, 'memang abang aku pengurus peperiksaan kot?' cikgu berkenaan sambung lagi "saya buat surat minta amik subjek tambahan tu sebagai private candidate. tapi tak reply pun kementerian. entahlah~" ustazah norlia diam, aku 'eh cikgu nih? biar betul. setle tak nih?' tak berani nak bersuara. baik diam jee. senyum... :) :) :)

sekarang secara logiknya, korang faham macam mana? korang rasa benda tu dah settle ke belum? oh semestinya belum. hal ini menyebabkan aku tanyalah abang aku. so, macam biasa, family aku suka syura. semua orang pun tahu.

pendek cerita, pada hari rabu yang comel, aku jumpa cikgu kelas aku.

cikgu, cikgu tahu tak status 5 subjek saya?

eh, saya tak tahu  lah. bukan saya yang urus. kenapa? ada masalah?

entah lah cikgu. saya tak tahu dah daftar ke belum.

hm? kenapa pula?

bla bla bla~

oh, nanti cikgu tanya cikgu berkenaan.......

maka, seperti yang dijanjikan cikgu kelas aku, cikgu pun tanya kan.... tup tup, habis je program, cikgu berkenaan panggil aku. jumpe lah cikgu kat kantin. maka, bermulalah tragedy di situ.

kantin penuh dengan makhluk bernama manusia.

haa!! kamu. apa lagi kamu tak reti bahasa bla bla bla~  > aku blur. terkejut. suara gila perh! max volume!

eh cikgu... tak tak tak.. 

tak ada tak tak. saya nak ye! bla bla bla

ar... erm... cikgu...

yang mak abang awak datang sekolah meroyan-royan merayu-rayu jumpa saya tu apa?  > erk? cikgu! 

cikgu... bukan... saya..

apa lagi hidup awak nih? tahu nak susahkan orang?   > ini sudah lebih

cikgu, macam ni, saya check internet, kena bayar kalau nak ubah apa-apa dalam exam tu. tapi..  (kena potong lagi)

dah lah! awak belajar, jangan nak sebok hal orang! buat kerja sendiri. saya dah siapkan semua dah pasal exam awak tu.

hm.. baik lah cikgu, maafkan saya, terima kasih banyak cikgu... saya minta diri dulu   > dada ku berombak! darah dah naik sampai muka dah. signal nak meletup sebenarnya...

bayangkan kena marah herdik tengking macam tu tengah public. masa tu ramai bebenau manusia. weh. pakai uniform KP pulak. desh. budak sekolah luar pun ada. geh! aku hanya bertanya. salah medium dia kata. sebab aku tanya cikgu kelas. salah kemenda. cikgu kelas aku. tak pe lah. bukan terus naik kementerian. ceh. yang paling tak tahan, meroyan. what the?~ 

ikut hati memang, aku lawan gak kat situ. tapi pesan mak, biar orang buat kita. jangan kita buat orang. lagi pun. sia-sia aku nak bersuara masa tu. nanti akan jatuhkan air muka aku dua kali ganda. baik diam. even aku di side yang betul. but cikgu, kalau saya kena lagi, saya tak kan diam dah. the lawyer inside me. keep asking me to debate! 

so, bagi diri aku, itu tamparan yang sangat besarlah. mungkin orang kata itu biasa. bagi aku tidak. dahsyat sangat. mujur tak kena pukul je. kalau kena pukul, terpenyek cikgu lah. tak tahu nak kata macam mana. kena marah padahal bukan salah kita pun. aku hanya bertanya. dan satu improvement. aku boleh gak kawal temper sekejap. at least tak lawan cikgu masa tu gak. tak macam zaman F2 dulu. 

esok pagi, dengar suara cikgu berkenaan pun tak boleh. sakit jiwa. terus lari masuk bilik HEM. tiba-tiba menangis macam orang gila mintak balik. ustaz tergamam terus kata ye. tak sengaja. tak ada niat pun nak menangis depan ustaz. tapi masa tu rasa memang campur baur.

akhirnya aku balik. sesapa pun tak tahu. pakat dengan kak nur comel je. even abang tak tahu. dan sekarang, dah dapat kekuatan balik untuk pulang. insha Allah esok. moga hati terus kuat.

pasal cikgu, biar Allah yang balas. moga Allah balas kebaikkan cikgu. cikgu jatuhkan maruah saya depan ramai orang, moga Allah tak jatuhkan maruah cikgu depan orang. amin. saya tak nak berdendam. isnin ni hari baru. apa yang berlaku sudah. tapi, kalau cikgu tak habis lagi, moga iman saya ada lagi untuk terus bersabar. : ) 
 





No comments: