Monday, September 17, 2012

perjalanan penuh ibrah (2)

pi singgah kedai makan. perut banyak lapar... huh.

pi masuk kedai mamak mana entah. langkah kanan, bismillah, mula order.

nak-nak ada mamat gedik plus gatal kat kaunter. memang rasa nak bedebik jelah. kalau bukan sebab pakai tudung labuh berjubah bagai, tak ada nya aku duduk diam kat sini. ni dah pakai feminine gila, maka, tertahan-tahan juga langkah. cakap kat kakakhot, "awak, selangkah dia gerak dari situ datang meja kita, siap lah dia. awak jangan terkejut." kakakhot, "oh i know you very well"

and thank God, dia tak bergerak. hanya usha dari jauh sahaja. bismillah, mula makan.

punya syok makan (sedap lah juga) datang pulak sorang pak cik cina nih. mintak sedekah. kakakhot kasi je duit dia. aku, ikut hati macam tak nak kasi sangat kot. duit tak ada lah weh!!!! gila apa nak kasi. lagi pun kalau nak buat baik berpada-pada. jangan sampai makan diri. tapi.. kakak hot kasi signal suruh bagi. dalam hati *hadeih~*

bukak purse. tinggal sekeping 5 ringgit, sekeping 1 ringgit. agak-agak aku kasi yang mana? mesti lah yang seringgit kan? tapi tak. aku kasi yang 5 ringgit tuh. sebab, hainil (wonderfulladik,kakak,kawan,jugamama) pesan dalam purse tandakan satu duit yang kita memang tak akan guna. even kecemasan macam mana sekali pun. sebab itu cara nak berjimat,motivasi dan sebagainya. pendek cerita kasilah 5 ringgit.

masa nak hulur tuh, dalam hati "ya Allah, ikhlaskan hati aku. hanyak kau yang balas apa aku buat nih.... fahima, yakin. Kita tolong Allah, Allah tolong kita"

bla-bla-bla pendekkan cerita lagi, aku kena balik awal. sebab abang aku nak amik aku kat KL sentral. masalahnya, urusan aku tak selesai lagi... maka, dengan berdebar hatinya, minta abang abang lambat sikit. abang tak mahu. kecewa.... tapi hati rasa berat sangat nak tinggal kakak hot sorang-sorang kat tempat tuh. call abang sekali kagi mintak balik esok pulak. abang marah merajuk sekejap, dan dia kasi.

agak senang berkomunikasi dengan abang masa tuh. kalau tidak, perang jugak tuh. dalam hati *oh, mungkin ini yang Allah nak kasi. Allah mudahkan urusan aku*


mungkin cerita ni agak kabur. sebab banyak benda yang dihidekan atas sebab-sebab tertentu. harap maaf.

1 comment:

hainil fatihah mohd fauzi said...

Padan lah slalu ingat kat org tuu..rupa2nya,nama org ni disebut2..anyway,i appreciate that..apa yg baik dri sy awak amek..yg huduh2 tentng sy awk tgur2 la ye..sy kan adek..huhu