Monday, September 17, 2012

stop giving yourself as example

jumaat lepas ada attend satu meeting nih. bersama dia yang saya hormati. namakan dia kakak B.

kami bincang tentang perkara yang serius. dan meeting itu dihadiri oleh beberapa manusia yang lain (lelaki dan perempuan) yang dipengerusikan oleh kakak B.

dalam meeting nih tujuan utama adalah untuk post mortem dan langkah penyelesaian dan langkah penambah baikkan.

sepanjang meeting nih, hati terbakar! perh! nak-nak pulak masa ni tak ada suara. memang besar hikmahnya. kalau tidak, boleh perang kot kat situ. dan mungkin juga dapat kawal diri sebab berkat selawat. alhamdulillah.

sepanjang meeting yang dikendalikan oleh kakak B, kakak B selalu masuk bakul angkat sendiri. dan membuatkan aku rasa, weh, lemak betul manusia nih. naik muak aku dengan kelemakkan dia.

antara dialog kakak B

"kakak dulu, boleh je buat"

"kakak pun sibuk jugak. sibuk bukan alasan"

"kakak pegang 8 jawatan utama masa zaman sebaya korang"

"zaman kakak dulu, ramai tau kakak bawah jagaan kakak"

"semua yang kakak jaga, semua jadi baik"

what the.... memang lah. gila bongkak melangit tak nampak tanah. riak gila. perh! benci seyh. kalau tak ada iman, dah menjerit kot kat situ. tapi nasib baiklah ahli meeting yang lain pandai. he he he he

tapi, memang ada satu point tu, even rasa perit sangat nak bersuara, saya tidak peduli! saya mahu tegaskan. dan, kelihatan wajah kakak B itu terkesima nampak nya. naahhh amik kau! kalau ahli meeting yang lain baik, ikut je, meh sini! dengar apa aku cakap.

apa yang kakak B cakap tu, sebenarnya, bukan aku tak boleh terima. cumanya, aku dah muak dengan apa yang dia cakap. gila bangga. sampai rasa macam nak lempang lah! dah lah berat sebelah. asyik side dia je yang betul. tumbuk karang, grrr. geram sangat kot!

maka lepas nih, kalau nak bagi contoh, sila kasi contoh orang lain. jangan nak asyik saya ni saya ni saya ni. muak kot orang yang dengar. kau yang cakap memang lah best. konon macam hebat lah. ceehh

teringat pesan emak masa mula-mula masuk public speaking. mak said "giving yourself as an example is not good at all. its make your audience feel jerk" and emak, its is really true! undeniable facts!

No comments: