Sunday, October 28, 2012

big thank to my fitriyah mohd azit



25 OKTOBER 2012

 Alhamdulillah, bonda telah bertemu ZAT AGUNG yg menjadi tumpuan kecintaan & pengabdiannya selama 62 tahun bermusafir di dunia.

Mudah2an, kalimah terakhir yg diucapkan bonda "ALLAH" menjadi asbab bg sebuah pertemuan yg sentiasa bonda nantikan, pertemuan dgn KEKASIH ALLAH SAW...


Husnul khatimah, insyallah...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Khusus buat bonda;

Datin Hajah Asma Binti T. K. Ab. Rahman

AL-FATIHAH...
 permata hati..
terima kasih untuk senyuman terakhir itu.
damai hatiku melihatmu...

rasa rindu dan cemburu..
di sebalik tabir yang aku tak dapat melihatnya,
seolah Allah melihatkanmu....wallahua'lam, aku tak tahu..
sejahteralah bondaku...

air tawar dikatakan sangat manis..
lidahku merasa tawar saja....

syukurlah,
ye, ikut suka Allah...
sudah itu kehendak Pencipta..
semua Allah punya.

direzekikan Allah, kita jumpa lagi, insyaAllah. :)
 jutaan hamba Allah. Mudah2an mendapat haji yang mabrur.

Alhamdulillah, mak pergi di hari yg mulia ini... 















































KAMI REDHA ~ SEMOGA EMAK TENANG DI SANA :) 

. . . . .

sabtu, 20 / 10 / 2012

imah, akak nak amik kamu. mak rindu kamu.

hm? alah, imah balik hari rabu nih. sekejap je lagi. tak pe, imah call mak.

imah, kalau dapat balik, balik lah.

imah malas nak jumpa PK HEM lah. banyak bicara.

tak apa. akak call.

hm...

ke, kamu ada program?

hm... ada... kat masjid negeri.. mak ok tak?

mak okay. rindu kamu je...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ahad, 21 / 10 / 2012

assalamualaikum emak.

waalaikumussalam. kak yang....

mak apa khabar...

senyap.........

mak, kak yang okay je kat sini. mak jangan risau tau.....

senyap.........

mak, rindu kak yang ke?

senyap........

mak, jangan rindu kak yang. kan mak yang pesan. mak kena banyak rindu Rasulullah dan Allah...

senyap........

mak... jangan lah senyap je.. kak yang nak dengar nak cakap. mak cakap lah.

ni kak teh ada nih. meh cakap dengan kak teh.

mak.... nak cakap dengan mak.

mak tak larat. mak nak rehat. kak yang belajar elok-elok naaa (mak sebak).......





sapa sangka itu last time dengar suara mak bercakap. just a few words...
mak, love you.
but, mak always said,
jangan sayang mak. nanti mak dah tak da...
sayang Allah sayang Rasulullah...

itu pesan mak. :) 

Thursday, October 25, 2012