Sunday, October 28, 2012

. . . . .

sabtu, 20 / 10 / 2012

imah, akak nak amik kamu. mak rindu kamu.

hm? alah, imah balik hari rabu nih. sekejap je lagi. tak pe, imah call mak.

imah, kalau dapat balik, balik lah.

imah malas nak jumpa PK HEM lah. banyak bicara.

tak apa. akak call.

hm...

ke, kamu ada program?

hm... ada... kat masjid negeri.. mak ok tak?

mak okay. rindu kamu je...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ahad, 21 / 10 / 2012

assalamualaikum emak.

waalaikumussalam. kak yang....

mak apa khabar...

senyap.........

mak, kak yang okay je kat sini. mak jangan risau tau.....

senyap.........

mak, rindu kak yang ke?

senyap........

mak, jangan rindu kak yang. kan mak yang pesan. mak kena banyak rindu Rasulullah dan Allah...

senyap........

mak... jangan lah senyap je.. kak yang nak dengar nak cakap. mak cakap lah.

ni kak teh ada nih. meh cakap dengan kak teh.

mak.... nak cakap dengan mak.

mak tak larat. mak nak rehat. kak yang belajar elok-elok naaa (mak sebak).......





sapa sangka itu last time dengar suara mak bercakap. just a few words...
mak, love you.
but, mak always said,
jangan sayang mak. nanti mak dah tak da...
sayang Allah sayang Rasulullah...

itu pesan mak. :) 

No comments: