Monday, December 31, 2012

Allah sentiasa memujuk hambanya

wahai orang-orang beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
al - imran : 200

# awak, terima kasih ye :)

hati kecil ku berbicara.. seandainya dia masih di sisi

di birr ali. pertama dan terakhir kali umrah bersama bunda tercinta. mak ask me : sempat lagi tak mak nak jumpa bumi suci ni tahun depan kak yang? mak sedih kalau tahun ni ramadhan terakhir mak. mak nak jumpa ramadhan lagi.....

today is my birthday.

my first time without her..

teringat masa kecil-kecil dulu...

mak, nak kek

mak, nak baju baru

mak, nak pi jalan-jalan

mak, nak makan

mak, nak ....

mak, nak ...

lah.. ni dok minta-minta ni pasai apa?? ada apa esok nih??

mak lupa? sobss sobss sobss # nangis, lari masuk bawah kusyen. jumpe lipas, terus jerit!!!

sampai ke petang mak buat dono je... macam tak ada apa-apa berlaku.

tiba-tiba, balik dari mana tah mak, mak hulur benda

muncung tak habis lagi.

bukak, ada tuala. warna kuning. ada cop persatuan pengetua kemenda tah

wahhh mak!!! terima kasih!! he he he # macam biasa, muka kerang busuk

peluk mak, sampai mak tolak kepala aku sambil cakap

dah lah dah lah...  tersepit mak ni hah. penat. pih pih sana pih.

bahagia.............

esoknya, mak minta tolong

sebagai anak yang tak reti diuntung, malas nak buat

ala mak.. malas lah....

mak kecil hati

mak terus cakap

amboih~ birthday dia, kita yang beranak.

kita juga kasi dia hadiah

minta tolong sikit tak mahu

apa punya anak lah macam nih

erk!!~ terkesima gue! 

perlahan-lahan, gerak buat kerja tu walau hati masih rasa terpaksa

sampai ke malam tak bercakap dengan mak

teruk punya anak. # jangan jadi macam aku

before mak tidur, habbit masa kecik, # masa kecil je. sekarang tak dahh

menyelinap masuk bilik mak, 

peluk mak, cium mak

peluk abah cium abah

lari cepat-cepat

malam tu, abah tak tahu pergi mana

peluk mak, bisik kat mak

"mak, kak yang minta maaf tau. jadi anak yang tak baik untuk mak. terima kasih lahirkan kak yang. sayang mak sangat. engkau lah ratu hati ku~"

mati-mati ingat mak dah tidur

tiba-tiba mak peluk aku

lepas tu, tak ingat apa yang berlaku

setiap tahun, gayanya berbeza. sebab aku makin besar dan mak makin tua

cuma tahun lepas, mak cakap

jadilah anak kebangaan mak abah satu hari nanti 

dan tahun nih, apa yang akan berlaku,

monday morning, going to visit mak there.

tak apa. jasad je tak ada. tebaran kasih sayang mak sampai mati masih ada.

tak apa, kalau dulu belum jadi anak yang berguna, sekarang boleh jadi anak yang beharga untuk mak abah

mak, terima kasih. ya Allah, aku bersyukur kerana kau kurniakan aku seorang ibu yang hebat.

duhai Rasululluh, syafaatkan lah emak

ya Allah, rahmati emak ku....


amin.....


seandainya kau masih di sisi, tak akan ku sia walau sedetik
seandainya kau masih di sini, akan ku kerah khidmat bakti ku
seandainya kau masih di situ, akan ku dengar segala cerita hati mu
wahai ibu...........

namun, apakan daya.....
kuasa Dia yang Maha Agung....
Dia lebih mencintai....
Dia lebih merindui.....

apakan daya...
diriku hanya hamba..
begitu juga diri mu wahai emak...

"ya Allah... macam mana nih..." 
aku mengeluh....
"tak apa kak yang, ikut suka Allah lah nak buat apa pun"
kata-kata azimat emak pada ku....
sangat ajaib.
penzahiran kepada kalimah
"la haulawala quwata illa billah"

mak, sayang mak sangat....
sayang kak yang jugak.... jaga diri kat sana
mak, sayang mak sangat..
 jangan sayang kat mak lebih-lebih
pindahkan kepada pemilik sayang yang sebenar
nanti mak mati, nak sayang sapa pula...

kata-kata emak yang sangat mendalam. 
datang dari hati seorang ibu kepada anak
juga dari seorang hamba mengagungkan sifat-Nya..

terdiam. tersentak.
maksud emak, be ready...



cannot write more.
enough.

~AL FATIHAH~


Sunday, December 30, 2012

miss suraya ruslan

best friend of mine. seorang sahabat yang mendorong aku untuk jadi lebih baik from time to time. tanpa dia, aku tak kuat untuk jadi baik. sapa kata jadi baik ni senang? kita kena ada kawan yang dapat membantu kita dengan cara dia pun sama-sama on the same track of improvement. tak ramai yang sudi untuk merelakan diri mereka berubah.

dan, assu, bukan lah one of the only yang stick dengan aku. bukan dia sorang. tapi, dia.... sangat berharga. sesiapa yang nak jadi diri lebih baik, tapi, tak ada kekuatan, maka, find your PARTNER. at least :) jangan loss contact.

kat sini nampaklah tuntutan berjemaah tuh. mukmin ni kan ibarat banggunan yang kuat hasil daripada ikatan batu-bata yang kecil-kecil. maka, jom sama-sama jadi baik.

buat baik berjemaah, buat jahat senyap sudah!

buat baik, perlu ditunjukan supaya jadi contoh. jahat, sorok-sorok lah. sebab tak mahu orang lain ikut. dan.... itukan aib kita. maka, janganlah tunjuk. tak malu ke?

khas buat oya >.<


lagu ni lah yang oya nyanyi untuk aku. terkedu gila masa tu. oya!!! tak sangka weh. bikin telinga gue panas jak!thanks oya! thanks! :) puchirekeee (betulkeejaan?)

alhamdulillah.

ya Allah.. leganya dah siap. lepas nih nak kena edit lagi ke, nak kena tambah mana-mana atau tolak mana-mana, tak kisah lah. asalkan yang kerangka badan dia semua siap.

maybe because it it my first time. so, rasa dia macam nak erk? alhamdulillah ada partner. dan bantuan kak nur dalam paperwork nih. juga kak baby yang sudi untuk tak ganggu aku jadi ratu dalam bilik nih selama dua hari.

siap je, hantar, terus sujud syukur. perh. nak nangis kot rasa.

yang buat aku bebetul stick dengan paperwork nih adalah... hm.. friendship.

nanti bukak file macam mana pulak gayanya ye? oh. bulan dua mungkin start attachment with my kak yana. so, fahima, ready untuk belajar ye! :)

awak, terima kasih. banyak saya belajar. akta yang memeningkan kepala. 

belajar melihat alam

ni sedikit yang aku nak kingsikan apa yang ada kat puncak. indonesia. puncak nih tengah-tengah. antara jakarta dan bandung.

kat situ, aku duduk rumah haji deden yang comel.

kecil-kecil lagi kena cari rezeki sara keluarga. bertuahnya kita... kan?

orang nih buat rojak. dia berniaga dengan cara berjalan dari kereta ke kereta yang lain masa jam.

jam luar biasa bagi aku. perjalanan yang sepatutnya sejam, jadi 6 jam disebabkan jam ini.

oh. suka gambar nih. ayah dia dengan anak. kasih sayang ayah yang selalu dilupai.

terlalu miskin. sampaikan tempat sampah pun dikorek-korek.

hm.. gambar pertama,

budak-budak tu jual berkumpulan. adik beradaik rasanya. tak adik beradik pun kawan-kawan lah kot? sedih tengok. tapi ada rasa hormat kat diorang. sebab diorang macho. berani menggalas tanggungjawab cari rezeki. dan tak malu untuk dapatkan rezeki yang halal walaupun terpaksa jual muka seposen.

bandingkan dengan remaja kita sekarang. tahu minta kat parents je memanjang. tak dapat, mula memberontak. pastu lari rumah, bunuh pulak mak bapa. anak tak sedar diuntung. yelah.. sekarangkan aku tengah buat sikit kajian untuk melengkapkan proposal juvana aku nih. maka, rasa macam bertuahnya lah hai.

yang penting, budak-budak nih sangat bermaruah. itu yang aku nak tekankan.


gambar kedua,

orang jual rojak. caranya sama macam budak kecik tuh. dahsyat orang indon nih. selagi mana terdaya untuk berusaha. diorang buat. dahsyat kan? oh ya. gambar tu ada video. tapi tak mahu aku kasi taruk. segan je.


gambar ketiga,

jam di indon! okay, tak berapa nampak sangat betapa kereta tu tersusun macam lego. tapi na kbayangkan senang je. macam berhenti rehat kat RnR, gitulah keadaannya. 4 jam tak bergerak. maka, aku bersyukur bila stuck kat KL. baru aku tahu hakikat sebenar jam tu macam mana gaya nya.

gambar keempat,
bapa penyanyang. anak ni menangis. tempat ni bukit. budak nih tergolek. tu, ayah dia yang pujuk. biasanya mak yang pujuk. tulah, sapa kata bapa tak sayang anak? cuma kasih bapa jarang dizahirkan. bukan tak ada.


gambar kelima,

gambar nih, adik aku yang amik. sedihkan? korek tong sampah. yang nih, kat malaysia pun banyak. mesti siapa yang tengok dia kata, orang ni gila. pastu takut nak dekat. okay, aku pun macam tu jugak. sebenarnyalah. hehehe. tapi tu lah.

haji deden kata, mana boleh kita berprasangka buruk. kita kena belajar untuk baik sangka. ni doa dia dalam melayunya. arab, nak kasi. tapi, font tak reti nak buat.

"segala puji bagi Allah, zahirkanlah kepadaku kecantikan dan keindahan. dan sorokkanlah daripada ku keburukkan dan kelemahan". amin....



maka, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. bila tak reti sangat dah nak bersyukur, maka, lihat lah orang yan glebih rendah dari kita. disitu baru rasa diri bertuah.

pandang ke atas supaya kita bercita-cita tinggi. pandang kebawah supaya kita tak lupa diri.

selamat beramal >.<

Saturday, December 29, 2012

a week at puncak, jakarta

apa kesan bila kita sedar diri bahawa "we are just a shadow" ?

secara mudahnya,

- bila dipuji tak bangga diri.
- bila dikeji tak bengang.
- sesama manusia tiada hasad dengki.

semuanya kerana Allah.
 masa tu, hidup menjadi sangat dan amat indah. :)
apa yang ada, adalah,

TEBARAN CINTA RASULULLAH DAN RAHMAT ALLAH....

a week at puncak, jakarta

seminggu aku and my family kat puncak, indonesia. banyak benda aku belajar. tentang ilmu hakikat.

antaranya ialah pasal bayang-bayang.

setiap benda ada bayang-bayangnya. manusia, meja, almari, pintu, awan, semualah. ada bayang-bayang. macam tu juga dengan Allah taala. tapi, bayang-bayang Allah ni menzahirkan sifatnya yang agung. bukan zatnya. sebab at Allah Taala tu siapa yang tahu?

maka, bayang-bayang kepada sifat Allah itu adalah manusia. sifat Allah yang dimaksudkan kat sini adalah

1 . kamal - sempurna
2. jamal - cantik
3. jalal - keagungan

maka sebenarnya, segala apa yang berlaku dalam dunia nih adalah penzahiran daripada sifat Allah yang tiga nih.

maka, sebagai manusia yang selalu bergaduh, bersakit hati, ber-terasa dan sebagainya, wajarkah kita yang selemah bayang-bayang ni nak bermusuhan? ishk! buang masa je. sama-sama lemah. masih ada hati nak bergaduh sesama sendiri.

bila rasa benci atau rasa nak bertengkar dengan orang lain, bayangkan. orang depan kita tu pun bayang-bayang. nak gaduh dengan bayang-bayang? tak perlu......

apa sifat bayang-bayang?

sifatnya mengikut. apa tuan dia buat dia ikut. kalau duduk, duduk lah dia. kalau berlari berlarilah dia. tak akan pula kita dudu, bayang-bayang kita solat. beriman sangat bayang-bayang nya tuh! buat seram je!! >.<

kesimpulannya, bayang-bayang ni sifat dia taat. kita manusia, bayang-bayang kepada penzahiran sifat-sifat Allah. maka, adakah kita mempunyai pilihan untuk ingkar terhadap suruhan Allah? apakah kita layak untuk ingkar sedangkan kita HANYA BAYANG-BAYANG KEPADA PENZAHIRAN SIFAT ALLAH?

ketuk-ketuk lah hati, cari iman. bukan nafsu. dah jumpa iman, tanyalah iman, sihat ke idak. dah makan ke belum. sebab hanya dengan kesihatan iman yang betul-betul sihat, yang betul-betul kuat, barulah kita boleh jadi bayang-bayang yang taat itu.

# tersentak bila sedari diriku ini hanyalah bayang-banyang untuk menzahirkan sifat Allah yang tiga itu. betapanya tak layak diri ku ini untuk menjadi bayang-bayang yang dilihat dan dipandang oleh Allah....

wahai diri, berubahlah. demi meraih cinta Rasulullah supaya kita capai REDHA ALLAH......

wallahua'lam....

dapatan kajian

bila buat proposal pasal juvana nih, kena lah buat sedikit misi pencarian google kan. dan, aku dapati remaja sekarang nih memang tak berkualiti. iman tak da ke?

bunuh mak bapak sendiri, atok nenek, gaduh, pukul, buli, dan seangkatan dengannya. kat mana salahnya eh?

kalau dalam karangan, bila nak cari salah sapa, kita bahagi kepada tiga. ibu bapa, masyarakat, pemimpin. biasanyalah. tapi, bagi aku, salahnya, pada diri dululah.

bukan ke setiap insan tu dibekalkan dengan akal fikiran? dan fitrah untuk melakukan kebaikkan? hm... kalau iman tak kuat, maka akan pudarlah dua fitarah tersebut. aku tak kata agama islam je. budha, kristian, hindu pun boleh membawa manusia kepada kebaikan. sebab, agama itu mengajak kepada perkara-perkara baik.

means that, pendidikan beragama dalam sistem pendidikan kita sekarang nih tak berkesan lah kan? maka, siapa yang bertanggungjawab? oh ya mestilah pemimpin. oh. nak PRU dah. maybe this issue a little bit sensitive. hm....

tak kesah lah apa pun, melihatkan keadaan remaja yang sebegini rupa, i'm little bit sure, that our country...... tak payah sebut. menakutkan.

mana remaja macam al Fateh? dah tak ada eh? hurm.... jap! seru diri sendiri dulu cik fahimatul hakimah! sambil-sambil tu, tarik orang. geh.

wahai remaja seislam seperti ku, marilah kita mentransformasikan diri kita kearah yang lebih berkualiti demi agama islam yang kita cintai. sekian, terima kasih.

legoland?

the place yang abang janjikan masa pujuk aku. time tu kat asrama. tiba-tiba rindu yang amat kat mak. serious, nak balik sangat. call abang, "abang imah nak balik". terus abang dengan terkejutnya, "nak buat apa balik?" terdiam je masa tu. terus nangis. hahaha tak malu punya budak.

abang pun pujuk lah. dengan cara dia. kamu habis exam bila? bla-bla-bla.... hm.. duduk sana, exam elok-elok. habis exam abang bawak pergi legoland. yelah tu~ nak pujuk imah la tu konon. heh. tak caya sudah. dengan syarat, kamu jangan balik selagi tak habis exam.

perh. mandatori gila syarat dia. baliklah, sebagai adik yang baik, mendengar kata.

pagi jumaat. breakfast sesama. "bila nak pergi legoland ni imah?" terkejut. sengeh. terkebil-kebil. "bila abang nak bawa imah lah kita pergi". kak nur - better hari ni. petang nih. WHAT?!!! memang tak lah~ hari ni tolong hainil... buat tawaran. abang said, tengok dulu. pukul 11, abang text "imah, tak boleh esok. mesti petang nih. kamu nak ikut tak?" dengan coolnya, "tak apalah abang. siapkan kerja ni ha. tolong kawan imah. next time, abang bawak pi universal studio ye?" hahaha demand gila!

okay, sedih-sedih juga. yelah ternanti-nanti kot hari tersebut. tapi tak apalah. ada hikmah. even duduk rumah menghadap kerja seharian dengan budak palestine tuh, bahagia. :) lagi pun, kalau pergi, aku nak jejalan dengan sapa? kawan-kawan abang semua dah kahwin. abid je kot tak kahwin lagi. tak kan pulak nak jalan dengan abid? gila. kalau pergi, mesti cangung. so, better this way.

semuanya aturan Allah. there must be reasons. ^^

Friday, December 28, 2012

Wednesday, December 19, 2012

bahagia

hm.

alhamdulillah....

sebarkan cinta Rasulullah.

sunnah baginda.

tarima kasih untuk semua segala everything.

thank you.

:)

tanpa ukhuwah, manusia terseksa..

sedang mendengar nasyid-nasyid lama. best. nasyid dulu sangat berkualiti kot. mesej jelas. hm.. tapi, kena juga berubah ikut zaman kan?

just miss my cik suraya ruslan. rutin bersama, tadarus, sungai, jemaah, dan sebagainya. tapi yang paling berharga the most, tadarus. dengan dia je betul-betul konsisten bertadarus.

teringat first time approach dia. lawak. gila direct.

she is the one yang nyanyikan lagu betul-betul kat aku. depan ramai orang. perh! segan. nak tercabut kepala masa tu. malu weh. terharu. oya, apa lagu tu? nak cari!!

betullah. indah sangat ukhuwah yang diajar Rasulullah nih. dengan ukhuwah, dunia jadi luas. mahabbah...

oya! keep it up ye!! mujahadah! tau! >.< aja aja!!!

Tuesday, December 18, 2012

hari bersabar sedunia

bila harinya?? hari ni lah. (rabu,19/12/12)

waiting for you.

hm.. saya tak kesah awak datang lambat ke apa ke.

tak apa.

tapi, yang saya kesah kerja awak yang melambak membukit tu.

just want to help.

bukan nak kerja sangat pun.

serious. tapi nak tolong.

esok saya nak fly dah

apa je entah yang saya tolong awak.

hm... dah la tak sihat.

macam ni pulak jadi.

btw, memang menunggu tu sangat menghukum kot.

haila~ 

tak apa lah. terus je tunggu awak. jangan sesat pulak sudah.

even masa dah semakin singkat, i'll try my best to help.

insha Allah. 


I JUST WORRIED ABOUT YOUR HEALTH!
sesuatu yang sangat besar telah berlaku tadi.

subhanallah. tak pernah terbayang itu akan berlaku.

and its happen.

and, huh~

extremely hurt!

ya Allah, berikan aku kekuatan

untuk terus bertahan.

untuk terus menggembirakan hati orang.

untuk terus berkhidmat.

untuk terus mencari redha Mu....

Monday, December 17, 2012

tolong alihkan rindu dan cinta ini....

video


Selembut tanganmu membelai diriku ini
Bersarang cintamu penuhi ruang hati
Walaupun sengsara bertemankan air mata
Sanggup berkorban demi anak tercinta
Mendidik mengasuh walau hidup sengsara
Buat anakmu menjadi insan berguna
Kuingin membalas jasamu selama ini

Ketentuan ini kuserah pada Ilahi
Doa buatmu ibunda semoga bahagia
Di dunia juga di Akhirat sana

Cintamu duhai ibunda
Oh tiada tandingannya
Bak lilin membakar diri
Menyinar hidupku ini
Duhai ibunda tercinta
Kau ratu kau penyeri
Menyuluh cahaya dikamar jiwa
Kasihmu ibu pengubat diriku
Sepenuh hatiku hanyalah untukmu 

ya Allah.. rindunya... just can't control my feeling. sana sini nampak emak.

masuk dapur, abah suruh masak ketam kering. terus lari nak masuk bilik mak.

eh? nak buat apa datang sini? ishk.

kemas-kemas dapur, buang-buang barang. tak tahu elok ke tak.

sekali lagi. lari ke arah bilik mak. 

tak sempat bukak selipar dapur,

eh? ishk! fahimatul hakimah!!! jangan mengelamun lah! senyum sendiri, masuk balik dapur.

kemas bahagian milo, susu dan lain-lain.

eh.. oat. mak tak makan lagi.

amik mangkuk. nak letak oat. 

eh? ishk! lupa lagi! benci lah!!! dah. stop dulu. my dhuha time.

lepas solat, tenang sikit. alhamdulillah....

masuk balik buat kerja. just feel like she call me. ask for something.

masuk bilik. mak? 

uh..... tak tahan! 

akhirnya menitis juga air mata. 

lari masuk bilik depan. ceh. tak suka betul. oh. teringat. the first surah.

lari-lari-lari masuk bilik. read that surah. even dah hafal lumat.

amik wudu', tarik nafas dalam-dalam.... 

fokus fahima! fokus! 

fighting!!!!


mak... mak apa khabar kat sana? seronok je kan? itu yang kak yang nampak dalam mimpi kak yang. semoga mak dapat kerehatan yang terindah kat sana mak.. nanti kita jumpa ye. kak yang tak akan putus doakan mak. insha Allah..

ya Allah, peliharalah emak. jangan kau sakiti dia. ampunkan segala dosanya. jadikanlah doa aku sebagai doa anak solehah untuknya... dengarkanlah doaku ini....

ya Rasulullah... setiap ummat mu mengharapkan syafaat mu. syafaatkan lah emak. semoga dengan syafaatmu, emak bersama dengan mu di syurga.....


kepada sang sahabat yang masih mempunyai parents, hargai kehadiran mereka. sejemu mana pun, semarah mana pun, se fed up mana pun, dialah ibu bapa kita. tiada yang lain.... hargai sementara masih ada..... ye... sementara masih ada.

bila dah tak ada, baru faham rasa macam mana. rasa tak puas berkhidmat. just like me. duduk asrama. klang pula tu. bila balik. penat. tahu nak mak masak. nak makan masakan mak konon. ceh. dengan alasan tu, tak payah tolong? balik rumah, tahu nak rehat. kan, sekarang dah tak ada. hah! baru tahu. huh....

sekarang berkhidmat sepenuhnya untuk abah pula. itu pesan mak. yang terakhir. sayangi abah, jaga abah, terima abah seadanya.

macam lah abah jahat sangat. tak! abah baik. just some communication problems.

ya Allah, kuatkan hati ku. alihkan rindu ku pada emak kepada rindu dan cinta kepada Rasulullah.... tolong Ya Allah.. tolong alihkan...

~ALLAHUMMA AMIIN~

Sunday, December 16, 2012

santapan minda

Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya. 

kena dengan keadaan diri sekarang nih. :)
rasa macam nak kasi abah duit lah. even abah tak perlu pon kot duit dari aku, tapi rasa nak bagi juga. sebab nanti nak tunggu kerja, tunggu gaji berjuta-juta lemon tu, tah sempat entah idak nak kasi abah duit.

see, emak. punya lah berangan 'mak, nanti, duit gaji pertama kak yang nak kasi mak dengan abah lah'. mak dengan tenang, 'insha Allah, sampai lah kot umur mak abah masa tu'. . . .  'tapi kak yang, mak abah ni, tak nak pun duit anak-anak. tak payah kasi pun tak apa'. . . .

'tak apalah mak. memang mak abah tak mintak. tak perlu pun. mak abah kan beruang. siap jadi bank loan untuk anak-anak siap. tapi, nak juga kasi mak abah merasa hasil usahga kak yang nanti'

mak - 'jangan berangan pada yang tak pasti panjang sangat. nanti tak dapat terkilan'.

just like today. agak lah. tapi yang terkilan sekarang is, mak tak sempat pun nak dengar result aku macam mana nanti. tapi, tak apalah. semuanya Allah dah susun molek dah. percaya kot tu, selesai masalah jiwa raga dan bakul...

aku - 'hm.. masa depan tu angan-angan mak. kalau tak ada angan-angan, tak ada masa depan la maksudnya mak. macam rasulullah kata constantinopel aka njatuh pada tangan umat islam. lagi jauh apa rasulullah cakap tu mak'.

mak - 'itu rasulullah...... apa yang dia cakap benar belaka'

aku - 'kita, umat rasulullah.... apa yang kita cakap, kita usaha, Allah insha Allah kasi kan?'

mak - 'heh! pandai cakap lah kamu ni kak yang. patut pun nak jadi lawyer. sesuai sangat la tuh'

aku - 'oh well, just like you lah emak. cumanya mak ni lawyer tak berdaftar. hahaha. mak kan fighter untuk anak-anak mak ni haaa'

mak - 'hahaha iyelah. mak lupa. hm.. yelah kak yang. mak harap kesampaian lah hasrat kamu tu. mak sokong. kalau mak tak sempat merasa, abah kan ada. kalau abah tak sempat, mak insha Allah ada'

aku - 'kalau dua-dua tak sampat? :(' *pelan je cakap. cakap sendiri.

mak -' buat amal jariah guna duit kamu tu, untuk mak dan abah. anak solehah berguna sampai kiamat kak yang.. Allah kan maha pengasih yang amat ? :)' *mak dengar?!!! perh!


masih ingat lagi aku apa mak cakap nih. dialog mak tu tak lah exactly macam tu. aku nih tak dhabit. mana lah nak ingat seketul seketul words mak. tapi, maknanya begitulah.

dan sekarang, aku sedang berusaha untuk hulur jugak kat abah hasil kerja aku. half abah, half mak. insha Allah. dengan usaha tak mustahil. lagi pun Allah tak pernah kejam. semoga tercapai lah hasrat dalam hati nih...


mak, I really miss you... hm... ya Allah, kau jagalah emak di sana. terangi tempat rahat mak... jadikan tempat itu seindah perhentian untuk menuju hari akhirat... allahumma amin....

#MENGGUNAKAN ENERGY SEMANGAT SPONGE BOB SQUARE PANTS!#

alhamdulillah

akhirnya! selesai saudah kegelisahan hati jiwa dan erm.. apa-apa lah~

today, i am the one who prepare for breakfast. lambat gak keluar bilik. maka, abang dan kak nur, breakfast di luar sahajalah. saya masak untuk abah. insha Allah, tomorrow, abang dan kak nur breakfast kat rumah yee. insha Allah. kalau bangun awal. . . .

kat meja makan,

imah, kamu kata kamu nak kerja macam mana semalam? kerja apa?

uhuk.. uhuk... *tersedak. macam tahu-tahu je abah aku nak cakap pasal tu.
erm... imah kerja buat proposal. nak buat cerita yang juvana case yang imah cakap tu lah.

hm.. kalau kerja research-research nih tak payah lah. abah tak berapa gemar. nak jumpa orang... kamu perempuan. kerja tu lebih sesuai dengan kerja lelaki. nanti jumpa orang. juvana pulak. environment bukan erm... kalau kat rumah orang-orang tua ke, itu lain.. selamat sikit. ni grouping ke tak?

hm... group bah. dalam 5 orang *perh! bantai gila. macam mana boleh cakap macam nih? haila~ kira tipu ke? macam tak kot... sebab, saya, hainil, mama, babah, dan sepupu. hahaha senang hati buat assumption sendiri. semuanya perempuan abah..

nanti nak turun padang, sapa ambil hantar kamu?

ada orang datang nanti. ambil hantar. macam tu lah. insha Allah.... tapi, bukan sokmo-sokmo turun abah. kadang-kadang je. kalau turun pun, jumpe jabatan kebajikan masyarakat. sekolah juvana tu, tak tentu pergi lagi ke macam mana. kalau pergi pun, tak adalah pergi sendiri-sendiri je. 

hm.... cerita kat abah full plan nya. abah nak tahu.

buat proposal..... bla~ bla~ bal~ *cerita sampai habis. sampai gaji semua lah diceritakan. even kalau bab kerja, abah tak pernah pun tanya pasal gaji. 

kamu minat buat kerja nih? mencabar nih. abah tak apa. abah izinkan kamu kerja. tapi yang abah nak, kamu kena tahu batas. tanggungjawab kat rumah siap. kerja lah. pergaulan jaga baik-baik. hm.. kawan kamu tu sapa?


hainil. alah. dia pernah datang. abah ingat tak masa bulan puasa hari tu? dia ikut pi surau. sama-sama.

oh.. dia.. kenal-kenal. hm.. nampak baik. hm... pandai-pandai jaga diri imah. nak berkawan tu, pilih-pilih. jangan sebarangan orang je. bla~bla~bla~ *abah mula masuk nasihat yang agak peribadi.


alhamdulillah abah kasi. Allah permudahkan. dan, maybe, Abah boleh je nak ubah fikiran dia. tapi, rasanya... erm... macam abah tak akan ubah kot fikirannya itu. sebab dah sembang dengan abah lama. abah quite menyokong. kot? hurm.. harapnya begitu lah.

tak sabar nak menuntut ilmu baru. ya Allah, permudahkan lah. oh ya. pesan abah. buat cerita, biar kasi manfaat pada orang lain. jangan nak amik duit je. tapi untuk ummat, none! abah tak mahu macam tu.

moga Allah permudah... amin... :)

di sekitar annual dinner












Saturday, December 15, 2012

special :)


random talks with bang cik

bang cik, bang cik dok cakap... cinta rasulullah... cinta rasulullah... tapi macam mana?

bukan sekali sejam cakap berforum, terus dapat. tak akan nya..

dah tu? macam mana? susah kot. eh. tak. susah betol.

memang susah nak cinta rasulullah. tak sama macam cinta manusia. sekali perempuan tengok lelaki, terus cinta. macam tu jugak sekali lelaki tengok perempuan terus jatuh cinta. senang sangat. tapi dengan rasulullah... nak cinta bertahun-tahun. tapi nak benci, hm... kalau tak kena gaya, less than a second pun boleh jadi.

hurm..... teeeet senyap. tak tahu nak cakap apa. tapi, imah nak cinta Rasulullah.. ajar lah...

kamu ingat abang dok ceramah sana sini abang dah betul-betul serah jiwa pada Rasulullah ke? process imah.. process.. cinta tu kena pupuk. kena sabar. terus kenal dan kenal. lama-lama nanti nur muhammad tu masuk dalam dada.

hurm..... harapnya terpilih lah dada ni nak disinari nur muhammad tuh... rasa sangat tak layak

layak tak layak, sendiri fikir. tapi bukan sekali dah jadi ummat muhammad tu, memang dah ada tiket untuk dapat ke?








hm.... menjejaki rasulullah. ya Ayllah, permudahkan lah... mencari teras tauhid ku. (mahabbah rasulullah....) sampaikan juga aku ke tahap tauhid yang tertinggi juga. (mahabbah rasulullah juga..)


aku rindu kamu

thanks. hm.. dah lama awak tak peluk saya macam tu. selama nih rasa macam terhegeh-hegeh je kat awak.

oh well, i do have my own ego~

masa kat intekma, saya ajak amik gambar, you said : kita lain kali boleh. nanti lah~
tapi, dengan orang lain? awak pulak yang tarik. perh! perasaan ku.

oh ye, aku ni pun agak cepat jeles. childish kan? ^^ lantak lah. sementara nak besar.

tapi tadi, saya rasa macam..... herm..... even tah bila nak jumpa awak lagi kan? tu antara sebab saya gerak ikut abang saya. nak jumpa awak. awak, thanks. for being my . . . .


#sejak bila blog nih jadi macam diary aku nih? -.- teeeet

semoga kita terus kekal atas ikatan yang sama. cinta yang sama. berkumpul dalam dada baginda.... :)
one thing that i really hate when my holiday just come.

everything just mixed up.

pagi jadi malam. malam jadi siang.

pagi gila lembik.

malam, hah kau! aktif.

tak reti nak urus masa.

serious, i need something untuk mem-busy-kan diri.

bila sibuk baru reti nak hargai masa.

ye idak?

Friday, December 14, 2012

erk?~

buat balik post baru.

dapat call dari hainil. nombor mana dia kebas entah. tak. dia pernah guna nombor tu. cume, aku tak save. so, hampir tak angkat sebenarnya. masib baik ikut cakap my little kak nur.

hainil call offer kerja dengan mama tercomel dia tu.

reaksi aku?

"krik... krik... krik..."
weh! tergamam lah. terus kaku kejap kat meja makan tu. kak pulak panik. apa dah...
lari-lari masuk bilik. debush! bergolek-golek atas katil. cakap dengan dia.
banyak gak dia cakap. tapi..... macam otak lambat progress. tak berapa faham.

kerja dia apa? kena buat research kemenda tah. pasal juvana. 13 episod, due date dia hujung minggu ni. dan bla-bla-bla. tu je maklumat yang aku dapat tangkap. oh pasal gaji? entah. aku dengar sebelah telinga je. terkejut tak habis lagi.

pagi-pagi dah buat kejutan gila macam tu. terus segar bugar. but then. bila adrenalin aku dah normal... *apa function adrenalin tu? pengaruh dengan Faizal Tahir.. :P

rasa best. serious, aku nak. hopefully, bentang kat abah, abah say YES! tadi bentang kat bang cik. dia ada rancangan lain. tapi..... herm.. suka hati lah. pilihan dan keputusan, aku yang punya. HA HA HA!!!

insha Allah, Allah permudah. abang firdaus dengan kak nur, green light. kak pujah pun look like green jugak je? hehehe...

awak, hope we can be a partner? ngee^^
BAHAGIA SANGAT NI! >.<

imigresen

hari ni, pi imigresen. meguruskan passport visa, dan seangkatan dengannya. there are many things happen. lepas satu, satu... hurm...

pergi dengan abang uji. sampai je, tinggal IC. weh gila tak gila! tinggal IC. dem! memang frust sangat masa tu. IC boleh buat dono je. memang~ bila nak besar tah.

maka, balik. nak amik IC. oh my geee!! tak ingat campak mana. cari punya cari alhamdulillah jumpa IC buruk tu hah! ingat nak patah balik. pi balik pejabat. dengan bang uji. tapi dia kata lambat. dia nak uruskan visa pi china. haih~ dia kata pi hari isnin.

maka, dengan resah hatinya, duduk diam-diam dalam rumah. tiba-tiba abah tanya. eh tak buat passport ke? maka, dengan berat hatinya, cerita kat abah. abah pun frust. hurm.. tapi abah tak marah macam biasa. rasa sangat bersalah.

pergi sampai, alhamdulillah dapat nombor lagi. yelah tahu jelah pi pejabat tu, ramai yang amat manusianya. dalam kereta abah cakap. banyak. panjang. pasal mak. he miss emak. so do I...

senyap sepi tak berkata. masa tangkap gambar, untie india tu tanya. ni kenapa nangis. macam mana nak amik gambar? sengih je. hahaha

hm.. hari nih, i getting to know him better. abah. imah akan terus cuba. macam mana abah cuba nak rapat dengan kami 3 orang anak abah yang belum kahwin nih.

one text abah said : 'okay lah, nanti kalian senangkan abah mak di sini dan di sana'

mendalam kot.... sobss sobss sobss~

satu lagi! jangan jadi macam aku. lesen tah mana, IC tah mana. nanti susahkan orang lain!

kerja atau rumah

just now, sembang dengan kak nur. nak kerja or just stay rumah, buat kerja-kerja wanita dalam rumah nih. dua-dua ada pros and cons...

kalau kerja :

1. experience baru.
2. its about learning new things.
3. money!! $_$
4. more independent?
5. baru tahu susah payah cari duit.
6. hidup full dengan kerja. insha Allah tak bazir masa.
7. dalam resume boleh tulis nanti maybe ada addition mark?
8. more matured? heee
9. badan tak gemok.

10. kurang masa kat rumah.
11. kurang rehat. # bekerja untuk islam no rest. <-- tertusuk kot!
12. less time with my abah, my adik, my abang.
13. bila je nak berkhidmat dengan abah?

bila tak kerja :

1. banyak masa dengan abah
2. kemas rumah. buat sistem dalam rumah ni
3. jaga makan minum pakai abah. # replacing my emaks? hurm..... mak......... i'm trying my best.
4. jaga adik membesar. monitor dia mungkin?
5. teman abah # kalau abah nak
6. jaga kak nur pantang

7. maybe boleh gemok sebab makan je tahu?


okay, malas dah nak buat listing. sebab masing-masing ada reasons dia. dan, sekarang aku pilih untuk jadi anak dara pingitan dalam rumah.

pilih abah. abah pernah cakap masa kerja after SPM dulu "tak cukup sangat ke abah kasi duit kat kamu sampai nak kerja nih? kamu nak apa? mintak kat abah. tak payah kerja. kerja untuk abah" tapi masa nih, aku rasa nak juga kerja. well, degil kan. penat memang tak ingat lah. kena balik masak bagai. tak lama boleh maintain. akhirnya makan mak abah masa tuh, beli je. serious, regret! nasib baik tak kerja lama.

lagi pun last wish mak is, "anak-anak, tolong bahagiakan abah. mak sayang abah. tolong sayangi abah macam sayang mak" so, nanti, bila dah masuk uni, sibuk dengan kerja lain pulak. uni lagi sibuk punya superb! right? bila balik entah sempat entah tidak... plus, aku ni perempuan. kejap je degree tu. lepas degree, chamber, kahwin pulak. ikut suami. atenya? kalau kerja bila lagi.

lagi pun abang menyokong penuh aku tak kerja. nanti dapat elaun duduk rumah. tapi kena perform betul lah. so, daripada amik bibik urus rumah, better uruskan sendiri dulu.

tapi, mujahadah kena kuat duduk rumah nih. aku nak hidupkan biah solehah yang lebih baik dari sekarang. even i'm not that good....

moga Allah permudah...

~may Allah blessed~ 

9 month holiday

cuti 9 bulan. weii lama kot! sebenarnya risau juga cuti lama-lama ni. otak tepu. jap. kenapa mesti tepu. bukan itu pilihan sendiri ke?

seriously, harap sangat akan ada sukarelawan yang akan mengatur my cuti. lama yang amat. memang buang masa itu mesti akan berlaku.

dilema sama ada nak kerja or just keep "quite" in this home.

hm... untuk mengelakkan pembaziran masa yang melampau macam yang dah berlaku untuk beberapa hari nih, better buat check list. routine nya mana.. weekend nya mana... the hasilnya tang mana. then baru hidup terarah!

target umum during my holiday *oh now, aku dah menjadi perosak bahasa bertauliah! teruk betul bahasa*

1. lesen P # bila la nak habis?~ cikgu muhammad, nanti saya menjejaki cikgu!!! he he he

2. MUET! # band 6! bak kata pengetua, kena mintak yang highest! plus, ada kak nur. insha Allah boleh.. ikut je planning my little kak nur =)

3. improve my mufradat. # dah lama tak buat. hm.. ingat emak........

4. improve my addin # kena mencari. ikut cik yah pi liqa' annur....

5. jaga kucing sampai gemok

6. try buat cake # dah ada kak nur, baru best. ha!! nak ajak buat pizza dan seangkatan dengan nya lah

7. kuruskan badan? # hehehe still ada dalam list. tak bukan kurus. tapi nak stamina! tak mahu cepat penat dong!

8. ajar adik ahmad math sampai pandai # even i'm not that clever~ ngee =.=!

9. jaga kak nur pantang # preparing to be a good mother? weyy lambat lagi lah!

10. trying my best to perform qiam! oh this one just soo hard! >.<

11. discover about HIM <3 # Rasulullah saw i want to know him better!!!! i have too! no! I MUST!!

12. hidupkan usrah abah # itu pun kalau abah nak. . . . 
 
13. perjuangan terbesar aku masa cuti 9 bulan ni is, ISTIQAMAH DENGAN CINTA, MUJAHADAH DENGAN CINTA! ! ! # kenapa dengan cinta? supaya rasa seronok nak buat. macam orang bercinta lah. sebab cinta dia begitu setia. bila awek or buaya mengamuk, dengan mujahadah pujuk si dia. atas dasar cinta... kan lebih indah begitu?

Tuesday, December 11, 2012

#dalam train, otw balik rumah untuk ramadhan pertama 2012. my emak.. love her much.

nurul hainil fatihah binti mohd fauzi

seorang sahabat yang istimewa. even dia lebih muda. ikut tahun dia muda setahun. kalau ikut batch, dia muda 2 tahun.

banyak belajar pasal hidup dengan dia. tak tahu macam mana boleh kenal, rapat, dan jadi keloss. tapi, itu lah namanya Allah yang susun. mana nak tahu kan?

hidup dia banyak dengan ujian cinta Allah. sangat kuat. sangat solehah.

dear you, thanks.
dear Rasulullah... indahnya Ukhuwah atas nama mu...
dear Allah, ALHAMDULILLAH.

hainil, saya sayang awak! ngee*.*


Sunday, December 9, 2012