Tuesday, September 24, 2013

DEBOOSHH! GEBABOOOMMM

Bismillah.

24/09/2013, Selasa.

Hari ni ada ta'lim bersama ustaz muhadir di kuliah engineering. Semestinya aku tak tahu di mana surau tersebut walaupun sudah beberapa kali aku mencarinya sebelum ini.

Hari ni kelas penuh. Habis pukul 6 petang. Having my dinner and go back to mahallah. Almost maghrib that time.

Badan letih. Penat. Nafsu mula membisik. Malas nya nak pi ta'lim ustaz muhadir ni... minggu depan ada lagi.

Berdebat dengan iman.

Iman - Hey. Macam lah minggu depan kau hidup lagi. Jamin ke?

Nafsu - tak akan nak mati dah kot.. tak apa. Allah baik. Dia tak matikan aku lagi lah minggu depan.

Iman - kau ingat sikit Allah tu Al Jabbar. Al Muntaqim. Kau dah dengar kuliah Habib Zain kan?!

Nafsu - malas gila weii!

Iman - kau minta doa kat Allah supaya sibuk dengan akhirat. Sekarang Allah nak sibukkan kau dengan akhirat lah. Yang kau lembik sangat nak ikut nafsu ni pahal?! Tak malu ke kau dengan Allah hah?!

Nafsu - haih... tapi... tapi...

Iman - hoi! Senyap lah. Pi je majlis tu. Tak payah fikir penat. Nanti Allah juga kasi tenaga kat kau. Tak malu nak berkira sangat dengan Allah.

Maka.. bermulalah mujahadah melawan diri. Bergerak bersiap dan sebagainya. Kejar janji dengan seorang sister. Untuk pi sama-sama. Sebab aku tak tahu tempat.

Pendek cerita, sister tu dah pergi dulu. Aku lambat sikit. Atau lambat sangat?... hm... salah aku...

Terduduk di tengah-tengah kuliyyah of engineering.

Debosh dalam hati. Perh. Sedih gila. Padan muka! Berkira sangat tenaga nak pi ta'lim. Langsung Allah tak izin. Padan muka!

# seriously, sangat sedih. Tapi.. nak buat macam mana. Allah tak izin. Hati perlu dibersihkan lagi.

# iman.. terima kasih kerana berjaya mendiamkan nafsu.

# iman. Tolong jangan kalah dengan nafsu.

# nafsu. Aku benci kau!

Tuesday, July 2, 2013

Bismillah.

Dengan sangat tiba-tiba ibu tanya.

Imah dah ada boyfriend?

- mana ada. Kahwin terus lah ibu.

Ada yang minat tak?

- hm.. fitrah. Mestilah ada.

Nak tahu satu cerita tak?

- ada je ceri hot dia. Haa. Apa dia ibu??

Dua minggu imah tak masuk usrah.. ramai yang tanya.

- alah. Biasa lah tu kan? Dan selalu je juga imah tak masuk. Apa yang lain sangat?

Aish. Sabar lah. Nak cerita la ni. Ada mak cik ni.. kawan baik kak yuni. Minat betul dengan imah. (Haih.. ni yang aku krikk krikk ni....)

- ibu cakap apa kat dia?

Ibu cakap imah pi pondok. Jadi urusetia. Imah tu sekarang tak lekat kat rumah. Asal dengar ada ta'lim je.. mesti mulut tak diam kata nak pi. Terus dia cakap. Nak buat menantu lah. Minggu depan nak kasi gambar bagai.

- Bhahahaha!!! Tak kenal siapa imah. Memang lah boleh cakap macam tu. Mengarut lah ibu ni.

Haiyaa... malas betul aku nak fikir. Dan aku sendiri rasa aku tak perlu fikir pun. Sebab aku yakin ibu mengarut je. Tapi... mengarut tak mengarut.... ready jelah pukul 10 pagi nanti yepp.. haih.. malas pula nak pi Usrah. Nak lari pi melaka la.

Hm... soalan kedua ibu.

Imah. Apa khabar kawan imah?

Aku tak payah fikir siapa. Kalau tanya khabar, beliau la tu.

- entah. Imah tak tahu.

Aik? Apesal ni? Gaduh ke? Dosa tau.

- tak gaduh pun. Imah je yang dingin.

Haih.. pelik lah anak ibu ni. Kenapa imah? Cuba cerita.

- tak tahu. Just entah.

Aik? Dulu bukan kemain sayang. Sekarang ni dah benci ke?

- eh ibu ni. Mana ada. Cuma...

Apanya??

- sabar lah. Nak habaq mai la ni. Hm... cuma.. tah. Penat kot nak jadi macam dulu. Risau kemain. Sayang kemain. Tapi bukan boleh buat apa pun. Yelah. Doa jelah. Tapi ikhtiar yang all out tak ada. Imah tak nak lah layan perasaan care and love tu sangat. Penat. Nak be realistic.

Hm... sebab degil?

- hm... entah...

Tak apalah imah.. ada hikmah jadi macam ni. Didikan juga. Asalkan doa jangan tinggal. In sha Allah baik-baik sahaja dia kat sana. Trust me. She is a good girl. Ha.. dah jadi macam ni... do something lah. Kena erat kan balik. Karang putus Rasulullah sedih. Jangan dingin lama-lama sampai jadi beku...

Dalam betul kata-kata ibu. Aduhai ibu.. seandainya sahaja ibu boleh baca segala yang ada dalam hati imah. Sejelas emak baca hati imah... senang nya lah hai kerja...

Miss all the moment we shared together. But.. This way also okay. ;) plus.. I busy sekarang. Dia pun begitu. Okay bai.

Monday, July 1, 2013

Maaf sebab banyak berubah. Lain sangat. Saya tahu perkara tu. Tak tahu apa yang menyemak dalam pemikiran. Dalam jiwa. Hati nurani. Tak faham. It's just happened. Maaf.

Maaf sebab saya yang dulu hilang. Tak tahu nak cari tang mana. Tak tahu tercicir kat highway mana. Tak tahu...

Perubahan saya pada reaksi dan sikap. Tidak pada perasaan yang sentiasa tertanya tanya apa khabar bayang di sana. Tidak pernah lupa. Setiap detik.

Mungkin juga kerana kurang nya doa. Kurang nya ingatan. Kurang nya program rohani bersama. Kasih saya dijalin hanya berlandaskan perasaan sendiri. Tak terpimpin dengan kasih saya Dia.

Awak... maaf... sekarang saya sedang mencari di mana saya yang dahulu bila bersama awak. Tapi tak bermaksud saya nak kembali sebagai orang yang sama. Tidak. Mungkin lain. Tak. Pasti lain. Cuma, in sha Allah better. Harapnya begitu.

Awak... you are just so special. What ever happen, just trust. You are different.

That's all from me. Sorry. Tak tahu nak mula bagaimana. Bukan salah awak. Ada hikmah bila kita jadi begini.

Last. I miss you.

Sunday, June 9, 2013

Bicara sepi 9

Ramadhan semakin menghampiri. Ingatan aku kepada arwah mak semakin menjadi jadi. Sampai kadang kadang rasa nak je bertenggek sebelah mak sampai mati. Fikiran macam orang tak ada iman.

Ishk. Tak patut.

Aku selalu terfikir. Kenapa kasih aku pada mak sangat kuat. Oh. Mestilah. Sebab aku lahir dari rahim dia. Susu daripada dia. Membesar dengan air tangan dia. Semestinya aku cinta sayang yang amat pada mak.

Tapi. Bila aku baca novel. Tengok tivi. Ada je kes anak sayang mak biasa biasa je. Even apa mak diorang buat sama macam semua mak buat.

Aku fikir dan terus berfikir. Sampai lah alarm dhuha aku berbunyi.

Bingkas aku bangun. Ambil wuduk. Masa aku ambil wuduk.. ingat mak.

Dulu.. mukhlis datang rumah. Mak tolong cover. Suruh solat dhuha. Sampai kesudah aku biarkan mukhlis dengan mak.

Aku pakai telekung. Aku teringat lagi pesan mak..

Dhuha.. kalau dah malas sangat.. doa dhuha pun jadi. Solat ala kadar pun jadi. Tapi neraka weel lah. Hehehe.

Oh emak... menusuk.

Masa doa.. ingat lagi.

Doa lah sesuka hati mu. Cerita lah segalanya. Best...

Hm... itu lah didikan emak. Hebat. Sampaikan bila ingat mak terus ingat Rasulullah.

Sebab mak selalu cakap Rasulullah ni baik noohh. Buat lah apa pun. Asalkan apa yang kamu buat tak mengecewakan Rasulullah.

Bila sesuatu berlaku. Mengadu kat mak. Perkara pertama mak akan cakap..

Allah kan ada. Nak buat apa risau sangat.

Bila ceri sesuatu kat mak.. mak akan cakap...

Dah cerita kat Allah belum.

Hm.. bila minta pendapat mak.. mak akan cakap dengan naluri keibuannya.. lepas tu mak kata...
Tanya Allah. Minta petunjuk Dia.

Segala nya Allah. Pergantungan mak pada Allah memang superb. Masa mak sakit sangat dengan cancer dia. Aku duk jaga teman dia malam nak operate. Aku berlagak tenang. Tapi kegundahan dalam jiwa siapa tahu. Lalu mak pun cakap.

Kak yang.. awat mak risau sangat ni. Allah kan ada. Suka hati Allah lah nak buat apa pun kan? Haih. Asma.. asma.. kau ni hamba...

Terus aku peluk mak. Speechless. Sampai lah tidur...

Buka quran terus teringat mak. Mak baca Quran non stop. Sekali dengan tafsir. Bila cakap apa apa dengan mak, mak selit dengan apa yang ada dalam Quran.

Aku mengenali dunia. Permulaannya adalah emak.
Aku menjejaki akhirat.
Pengenalan nya juga adalah daripada emak.

Maka.. tak hairan lah kenapa aku terlalu sayangkan emak. Sebab emak juga pembimbing rohani aku. Sejak aku lahir kedunia. Sebelum aku menemui guru rohani ku sendiri.

Al fatihah...

Bicara sepi 8

Termenung aku. Menghitung detik yang terus berlalu.

Satu saat. Dua saat...
Satu minit. Dua minit...
Satu jam. Dua jam...

Terus berlalu.

Kematian semakin datang bermesra.
Tapi kenapa jiwa terus terleka.

Heyy
Manusia.
Kau fikir hidup mu ini kekal?

Terlalu asyik dengan keindahan palsu.
Sehingga terlupa keindahan abadi..

Hai jiwa.. kembali lah kepada fitrah mu...

Monday, May 20, 2013

Bukan tak rindu.
Bukan tak sayang.
Bukan tak mahu peduli.

Tapi.

Aku mesti melepaskan.
Kuasa lebih besar adalah dia.
Bukan aku.
Teruskan perjalanan mencari tuhan mu..

Thursday, April 11, 2013

Random thought 6

Bismillah... random thought aku pada kali ini bawah kata kunci :

JANGAN KERANA SALAH YANG SATU.... DILUPA KEBAIKAN YANG BERIBU...

Sedikit perkongsian pengalaman. 
Aku ada seorang kawan. Ke sehabat? Apa apa jelah. Nama tak perlu aku catat kan kat sini. Oh ye... aku memang ada ramai kawan dan sahabat. Yang sejati.. hanya aku yang tahu.

Aku terus kan cerita.

Dalam bersahabat... mesti sahaja ada yang menyenangkan ada juga yang menyakitkan.

Okay. Apa kawan aku ni buat ialah... dia telah memecah masuk privacy hidup aku. Hm.. secara specific nya.. dia buka aku punya facebook account. Dalam facebook aku ada banyak benda. Lagi lagi part IM. Well... aku yakin dan percaya bahawa korang punya IM pun sangat private kan?

Disebabkan dia telah membaca segala IM aku... aku jadi sangat murka. Malah hampir je aku lempang dia masa tu. Oh ye.. dia mengaku kat aku. Dia hantar IM kat inbox fb aku. Memang. Kalau depan mata aku dah tumbuk dia kot. Tapi sebab aku tak nampak muka dia... dan aku terlalu terkejut... aku senyap. Aku kasi respon yang kononnya aku okay. Kononnya okay!!

Dalam sanubari aku masa tu aku tak nak jumpa dia. Tak nak cakap dengan dia. Even dia call aku memang tak angkat. Aku perlukan masa untuk bertenang.

Dalam masa mencari ketenangan, aku terfikir. Dia buat macam tu pun sebab terlalu sayang aku. Risau tak bertempat. Ikut hati memang aku nak buang dia macam tu je. Ikut rasa aku nak marah marah dia. Tapi iman aku menasihati... kenapa nak tengok pada salah dia yang satu tu? Bukan ke banyak lagi benda baik dia buat kat kau? Dah lah. Maafkan dia.

Aku tanya beberapa orang yang aku percaya dan orang yang paling berpengaruh dalam hidup aku. Dapatkan nasihat.

Alhamdulillah sampai sekarang persahabatan aku dengan dia okay. Alhamdulillah. Walaupun bagaimana pun... aku tetap berhati hati. Well... mukmin yang baik tak jatuh lubang yang sama dua kali.

Kat sini aku nak tekan kan. Situasi ini bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam persahabatan. Malah di alam pekerjaan. Antara majikan dan pekerja. Di alam rumah tangga.  Antara suami dan isteri. Banyak lagi.

Maka dear reader(s) tolong lah. Buka mata hati. Nilai lah. Mana yang perlu kau berat kan. Mana yang Rasulullah ajarkan kepada kita...

Wallahualam.....
Sekian terima kasih.
Tegur aku bila salah.

Senyum seindah suria! !

Saya rindu najmina usmar.. sahabat semasa menuntut di maahad hamidiah kajang.

Apabila mengkorekasi diri.. mengaudit segala amal yang bakal dipersembahkan kepada Allah.... aku terus tertunduk. Menatap tanah. Uh.... begitu sedikit amal ini untuk ditebus dengan nilai sebuah syurga abadi.

Kat maahad hamidiah... sahabat aku yang seorang ni duduk betul betul sebelah katil aku. Setiap malam ada je bed time story. Best betul. Kalau bersembang dengan beliau. Bagai tak ingat dunia.

Mina ni senang cerita kawan beramal aku. Lari lari pi masjid sama sama. Sebab sama sama lambat. Tapi mina badar. Maka dia jarang lambat. Time paling aku tunggu masa form 5... masa rehat.

Kelas kami sebelah sebelah. Aku kelas sains. Mina kelas akaun. Setiap kali rehat dia akan tunggu aku kat belakang pintu kelas ajak pi masjid. Dhuha time! Selalu rebut rebut nak panggil satu sama lain. Suka terkejut kan mina. Lepas dhuha.. terus pi kantin melahap.

Mina suka order mee hoon sup. Bahagia sangat kalau dapat mee hoon sup dia. Hahaha. Kami rapat bila di asrama. Dalam bilik prep pun duduk dekat je...

Hm.... sahabat. Dengan dia aku dapat pengalaman yang mustahil untuk aku lupakan. 

Kes awanis. Siapa je form 5 2010 tak tahu pasal tu? Satu petang awanis tidur sampai isyak. Tak bangun bangun. Sapa tak cuak. Simbah air pun tak bangun juga. Tapi... ramai yang kata tak apa. Bagi aku dan mina.. ini luar biasa.

Mengambil tindakan yang berani.... amik wuduk... baca manzil kat telinga awanis. Hah!! Bergegar bilik prep. Huh. Malam tu.... tidur rapatkan dua katil tidur 3 orang sekali. Perh.

Sahabat. Sukar dicari. Sekarang... aku dah agak dan sangat jarang contact mina. Bukan tak ingat. Tapi tak tahu nak bualkan apa. Lagi pun masing sibuk dengan study.

Kini.. setiap kali waktu dhuha... aku akan ingat mina. Kalau pun aku malas yang amat nak dhuha... doa dhuha dan surah dhuha aku tak tinggal...

Oh mina... awak kasi kesan yang besar dalam hidup saya. Subhanallah.... semoga persahabatan kita akan membawa kita bersama ke syurga.....

Aameen...

Bila lah nak jumpa. Mina tercampak jauh sampai ke Terengganu. Hm...

Doa buat mu sahabat... semoga diperteguhkan iman... di kurniakan seribu satu nikmat yang membawa rahmat... semoga kau sihat sentiasa. Agar dengan kesihatan itu mudah untuk kau membuktikan ketaatan pada Allah...

Aameen....

Rindu
Cik senyum seindah suria!!!

Monday, April 8, 2013

Bismillah...


Setelah sekian lama aku tak menaip blog dan menulis sebarang entry dalam diari.... hari ini aku ingin kembali menulis. Bagi aku dan cara aku bermuhasabah adalah dengan cara menulis. Menulis segala perasaan. Menulis segala keadaan. Membayangkan tulisan itu seperti kitab catatan Ratib dan Atid.

Tiga hari lepas family aku dihadiri oleh seorang insan kecil bernama Khalid Mujahid bin Ahmad Firdaus. Alhamdulillah. Lelaki. Lahir secara pembedahan. Bedah saat akhir. Sedikit rasa tak syok di situ. Walau bagaimanapun.... ala kulli hal... alhamdulillah.

Inilah anak harapan ummi dan abah menuju destinasi hakiki...  akhirat. Dear mujahid... jangan kau terpesona dengan keindahan dunia. Dunia ni tipu je mujahid..... itu ah pesan abah daus sesudah keluar mujahid dari rahim si ummi..

Tadi baru dengar separuh jalan ceramah ustaz Don Danial. Hm..... terjentik hati kecil ku.....

Aku ini... anak yang bagai mana. Saham kanan atau kiri? muhasabah.....

Sunday, March 31, 2013

Random thought 5

Alhamdulillah... selesai sudah majlis walimah abah dan ibu.  Sekarang ni aku kena kemas sega kebersepahan yang terjadi akibat daripada kenduri.  Masalah terbesar aku sekarang, kepenatan yang melampau.  Tapi demi cinta kasih sayang pada abah dan ibu.... akan ku gagahkan diri ini...

Random thought aku hari ni pasa... a diary...

Lama sudah aku tak menulis dalam diari aku. Memang tak sempat. Bagi aku, menulis diari merupakan salah satu cara untuk memuhasabahkan diri.

Dalam diari, kebiasaan nya kita akan tulis apa yang kita rasa.  Marah,  benci, kutuk, suka hati je kan. Bajet macam semua yang kita rasa tu betul sentiasa.

By time, kita akan baca semula apa yang kita tulis.  Daaaaa. Maaa tu, baru kita akan sedar. Oh. Teruk nya cara aku berfikir.  Diri sendiri sentiasa si hadapan. Secara normal nya, akan sendiri rasa hati terketuk. Pada point ini lah dinamakan sebagai muhasabah.

Sekian sahaja dari beta, wassalam....

Thursday, March 21, 2013

gasping for fresh air! :)

A post before leaving Kajang. Heading to Tunjang, Kedah.

Lama sangat dah tak balik Kedah. So, no matter what, aku nak juga jejak Kedah itu.

Sekarang nih, kami sedang diuji. Sesungguhnya. Semoga ujian ini mendekatkan aku sekeluarga kepada-Nya.... Aameen...

Satu je point yang aku nak share kat sini.

-perlukan masa untuk berhenti seketika demi perjalanan yang lebih sejahtera-

Now, kat rumah aku ada seorang insan yang aku berani cakap aku tak pernah sayang pun kot. Jap. Tak pernah? Macam kejam sangat tu. Mungkin hampir tak sayang kot. Memang kehadiran beliau kat rumah aku memang aku tak pernah happy pun. Sejak aku kecil sampailah ke tua ni. Aku tak pernah merasa pun belaian dia. Maka, terkejutkah kalau aku kata aku tak rasa pun aku sayang beliau.

Walaubagaimanapun, demi insan yang lebih penting dari hidup aku, aku pun pura-pura lah sayang dia. Bak kata mak, tak boleh jadi baik, pura-pura jadi baik pun tak apa. Alang-alang pura-pura jadi latihan terus.

Sekarang tahap ketidak sayangan aku pada beliau telah mencapai satu lagi tahap yang lebih dahsyat. Kronik. Parah. Mungkin dah tahap benci. Bukan lagi tak sayang. Maaf. Aku juga manusia. Yang punya hati, perasaan, nafsu amarah, pertimbangan. Aku juga seperti insan lain. Masih lagi dalam peringkat pembinaan peribadi diri.

Sifat aku yang sentiasa menyerap pada segala perbuatan dia pada aku dan family dari kecil, aku dah tak mampu serap. Sekarang tak tahu dari mana datangnya lidah yang senang je nak patahkan kata-kata beliau. Stopkan butir-butir bicara yang sumbang itu. Memang. Aku sendiri merasakan aku sudah terlalu kurang di ajar. Dahulunya, emak sebagai penenang. Segalanya, bila tak keruan hati, mak menjadi tempat mengadu segala perasaan. Tiada ganti. Tiada. Hanya Allah tempat mengadu. Semoga terus begitu. Kurangkan kebergantungan pada manusia. Tapi, tawakkal dan mintalah segalanya pada DIA...

Tak sayang jadi benci. Benci jadi dendam. Aku sudah sampai ke peringkat itu. Apabila mengkoreksi diri, aku sedar,diri ini dikuasai oleh sang bertanduk dan berekor. Tidak boleh begini. Aku tak nak buat Rasullah menangis kerana kekurang ajaran aku. Kekurang adab-an aku. Tak boleh. Aku kena baling buah walaupun dia dia kasi aku sembilu. Hm.....

Aku perlukan cara. Bukan untuk terus bertahan. Tetapi untuk terus mendidik menyemai rasa kasih dan cinta. Menyuburkan dengan sentuhan manja. Bukan lagi bertahan dipukul. Tetapi mula mencari sudut tepat hendak menyentuh. Semoga Allah redha....

Aku tak dapat nafikan. Aku turut perlukan ruang aku. Tanpa beliau. Menerima segalanya sedikit demi sedikit. Masih lagi dalam tempoh penyesuaian diri menerima danmengenali hati budi insan baru. Sangat istimewa. Adjustment. Semua orang dalam family kami sedang di-naik-tarafkan tahap masing-masing....

Dalam penyesuaian yang begitu mendesak, aku perlukan udara segar. Izinkan aku bernafas sebentar. Sebelum aku terus tersungkur pengsan mencium bumi. Semoga, kepulangan aku dari bumi Kedah dapat melahirkan aku yang baharu. Lebih segar. Positif. Semoga Allah redha dengan permusafiran ini.....

Mungkin tindakan ini menyakitkan hati sesetengah pihak. Menjetik kalbu abahanda... Maaf. Hanya Allah yang mempu membuatkan jiwa terasa enak. Sama-sama kita menuju objektif yang sama. Walau kita melalui jalan yang berbeza. Semoga hasilnya, kita semua kembali gembira. Bersyukur dengan terbaran mahabbah Rasullah... Di redhai Allah... Itu matlamat kita bersama....

'Ya Allah, jadikanlah permusafiran ku ini permusafiran yang kau berkahi. Naungilah kami dengan rahmat dan kasih sayang Mu... Sampaikan Redha Mu pada kami... Ya Allah, sampaikan selawat dan salamkami kepada kekasih Mu. Sesungguhnya kami sedang berusaha menjejaki sunnahnya..... Semoga Allah dan Rasulullah redha... Aameen....'

Saturday, March 16, 2013

sila jaga adab anda

Bismillah..
Aku baru je tengoksatu rancangan selami hati bawah Fadhilah Kamsah tu. Musin yang ada JOZAN dan Ust Haslin.

Ye. Baru tengok. Nak tahu kenapa? Sebab rumah aku mana ada ASTRO. Old-fashioned house~

Dan kau tahu apa aku nak kata kat sini? Hm. Johan, biadap. Ke tak reti jaga adab? Kot ye pun kau nak buat lawak, beragak weh. Nak cari makan dengan buat orang gelak terkencing-kencing? Walaupun hanya lawak bodoh? Tapi weh, rancangan nih, bukan rancangan kau yang punya. Kau tu dijemput sahaja. Sudah lah tu. Kau nak buat gelak versi hantu raya mana datang entah. Beragak sikit.

Respond kau bila Ustaz Haslin keluar, perh! Best betul. Memang boleh jadi contoh satu dunia pun. Mempermainkan golongan agama. Kau tengok lah nanti.

Kenapa aku tak cakap pasal Zizan kat sini? Sebab dia at least nak buat lawak cerdik dia bertempat. Maka sebab itu aku berani menyatakan di sini lawak Zizan tu kategori lawak yang agak cerdik.

Maybe pada manusia serta insan yang tidak berpandangan jauh, akan kata wei minah. Lek arh. Dorang gurau je tu. Ye. Memang boleh bergurau. Kalau si Jhan nak bergurau sampai berguling-guling dengan Ustaz tu, pi sana. Aku tak kesah. Tapi bukan dalam rancangan yang begini. Kesan masa depan : Orang akan mempermainkan orang agama macam itu sahaja.

Weh. Kat sini aku nak masuk part politik arh! Hari tu aku ada jumpa video pasal Saleh Yakob dengan Johan. Dok kutuk PR dan bla-bla-bla. Means, dia biru merah la kan? Satu soalan lah aku nak aju kat sini. Si biru-merah ni sibuk nak angkat kalimah Allah? Dengan konvoi yang membazirkan petrol mencemarkan alam tuh.. Sekarang aku tanya weh, mana adab kau dengan orang yang betul-betul faham dan arif tentang syariat? deyh! pi la kau! nak persoal pasal khilafiyyah. yang dah jelas terang dan nyata kau main-main uli macam play doh je kan?~

perh. aku memang benggek tengok video tu. semoga kau dapat hidayah lah~ aamiin

Friday, March 15, 2013

Indahnya

Rindu yang tak terluah.
Kasih yang tak dapat diterjemah.

Satu quotes yang aku suka kala ini. Kena betul dengan jiwa aku.

Banyak benda kita boleh terjemahkan. Keluarga. Sahabat. Allah. Rasulullah.

sesi mengada bersama abang

Bismillah...
Lokasi : Bilik Ketuhar Milik Ahmad Firdaus dan Nurzawani Mukhtarah
Tajuk : Dreams or Desire?

Sebenarnya, banyak benda yang dibincangkan dengan Abang malam ni. Tapi, mana boleh cerita semua. Private, kena simpan boh!

Okay, kita terus kepada conclusion tajuk yang aku letak sendiri. Dreams or Desire. Pernah terfikir tak akan hal ini?

Aku bawa satu contoh yang paling dan amat mudah.

Kita manusia yang membesar dan bangga dengan kewarganegaraan yang tengah hangat di pasaran sekarang nih telah di doktrinkan untuk sentiasa lulus dalam exam dengan pencapaian yang superb. Supaya apa?
Supaya besar nanti boleh kerja senang, pakai besar-besar, mahal-mahal, mewah-mewah, segala yang materialistik lah kita kejar.

Nak yang up sikit, ada lah yang kata, aku nak jadi kaya. Lepas tu aku nak kasi bla-bla kat orang Islam. Aku nak bantu bla-bla bla.

Okay, objektif yang sama. Niat yang berbeza.

Aku nak huraikan yang kedua. Kat sini, kita dah kelabu mata hati. Kalau kita kata nak kaya baru boleh kasi orang bla-bla-bla, maksudnya apa? Kita nak kaya untuk diri kita jugak kan? Bukan itu desire? Tapi, macam mana kalau tak ada duit nak bagi kat orang pulak? Apa daaa.....

Baiklah. Begini tuan-puan sekalian makhluk. Tak salah mahupun berdosa untuk kita kaya raya. Silakan. Malah Rasulullah pun suruh ummat Islam yang pegang ekonomi duniakan? Supaya boleh tolong orang dan sebagainya.

Kalau orang fikir nak duit dulu baru nak tolong orang, orang yang jenis begini akan resah gelisah ibarat semut dalam air. Asal duit habis dia akan cari lagi. Dengan alasan apa dia cari? Dengan alasan nak tolong orang. Tapi tup-tup tengok lifestyle dia, perh! Hebat mung!!! Bangelow manyak besar jugakkk. Kereta Lamborghini juga mari woooo. So, apakah itu? Bukankah itu desire?

Hal ini berbeza dengan konsep orang yang berfikir begini : Aku nak kerja, tak kesah berapa dapat, ada lebih aku kasi orang. Aku guna takat aku, anak beranak bini aku cukup nak hidup. Cukup lah tuh. Yang lain akan aku kasi pada orang. Tolong orang. See the difference now? Orang jenis begini tak perlukan kekayaan sampai digelar sebagai trilionair~ (tak reti eja) Dia hanya perlu berkongsi apa yang dia ada. Cukup takat dia adalah. Lebih banyak, banyak dia kasi. Sikit, sikit lah dia berkongsi....

Senang cerita sebenarnya, zuhud dalam berharta.

Aku rasa, kena ubah mind set.
Kita kena fikir begini.
Aku nak cari duit, cukup untuk hidup aku.
Kalau aku tak mampu kasi material, aku kasi kuderat.
Ada lebih rezeki aku, banyak ke sikit ke lebihnya itu,
Aku kasi orang yang lebih perlu.

:)

Tak perlu tunggu aku kaya raya berharta gila baru nak memberi.

peace no war!
pendapat aku selepas di doktrin oleh hero hidup aku! :D
nak cakap kolot ke, apa ke, suka hati kalian.
sekian terima kasih~ >.<


bicara sepi 7

Tika ini, diriku diuji.
Sentiasa.
Hanya dengan ujian cinta-Nya aku rindu pada Dia.
Menyedari hakikat diri.
Hanya hamba....

Disaat aku merasakan tidak betah dengan semua ini
Sampai suatu ketika
Aku mulai membentak
Sampai suatu masa aku merasakan aku semakin hilang

Di mana aku?
Ke mana aku?
Apa akhirnya aku?

Apakah aku akan tenggelam lemas dalam ujian yang begini cuma?
Apakah aku akan terus dihanyut ombak perasaan sendiri?

Sampai bila begini?
Sampai bila kau akan dikuasai?
Sampai bila kau rela diperbuat seperti ini?

Bukan oleh sesiapa yang lain.
Tetapi diri mu sendiri.
Kau benci akan keadaan ini.
Kau tahu akan hakikat posisi diri.
Tetapi mengapa? Mengapa masih kau mementingkan kehendak nafsu sendiri?

Kini....
Aku sedar.....
Aku masih belum cukup dengan perisai kesabaran dan ketenangan....
Perisai itu semakin menipis.
Semakin tumpul.....

Aku perlu kembali.
Kembali dengan sebenar-benar-benar kembali
Jiwa, Roh, Jasad, Perasaan...

Ya Allah.....
Aku pohon......
Tiupkanlah rindu menggunung ini kepada-Mu
Hanya pada-Mu....
Jalan menuju kepada rindu itu...
Aku perlu lebih keras merindui kekasih-Mu terlebih dahulu...

Maka Ya Allah...
Izinkanlah jiwa kotor ini merindui insan agung itu...
Izinkanlah.....

Aamiin Ya Rabb.....

Wednesday, March 6, 2013

dinding meretak. atap merekah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Hm... Topic kali nih, pasal rumah tangga. Sesungguhnya, kisah benar. Kisah seorang sahabat yang sama-sama dalam perjuangan di medan dakwah. Siapa beliau, jangan tanya.


Kisahnya begini.... Letak nama dia sebagai BUDI (dia girl).

Ayah Budi, seorang yang panas baran. Pembengis. Suka maki-maki. Suka pukul? (tu aku takpasti). Conclusion bagi sifat yang ada pada ayah Budi, begitulah. Bukan yang mesra dengan anak-anak. Isteri? Hm.. Itu, hm... Macam sama juga je. (berdasarkan cerita Budi kat aku).

Mak Budi pula, baik. Lembut. Penuh kasih sayang juga rasanya. Insha Allah aku sure pasal ni. Budi ada beberapa orang adik-beradik. Budi anak tengah. Dia ada kakak dan abang.

Pendekkan cerita..

Dengan sikap ayah Budi yang sebegitu rupa, ditakdirkan ayah Budi sakit teruk. Walau dalam keadaan sakit macam tu, masih lagi ayah Budi dengan perangai dia yang begitu. Situasi ini telah menyebabkan mak Budi tertekan. Hati jadi tawar dengan laki dia...

Ringkaskan cerita....

Ditakdirkan, pada satu hari, first love mak Budi muncul. Tah dari mana, dia berada depan mata mak Budi. Sebab keadaan mak Budi yang tak pernah happy dengan laki dia, dia pun jatuh hati semula dengan first love dia. Bermulalah kisah cinta mereka... Sampai satu tahap, mereka merancang untuk bernikah...

Mak Budi minta cerai dari laki dia. Tapi, laki dia tak kasi cerai. Situasi keluarga Budi masa ni tegang. Aku dapat bayangkan macam mana. Abang kakak dan ayah Budi, marah-marah mak Budi. Maki hamun beliau. Dengan kata-kata yang kita pun tak lalu nak dengar.

Sekarang, kehidupan keluarga Budi tak best. Ayahnya sakit... Maknya pulak bercinta dengan lelaki lain.. Pasti sahaja menyedihkan....

Dalam situasi ni, perkara pertama yang aku terus shoot untuk dijadikan focus is, how to solve this problem?

Okay, pertama : situasi laki bini

Keadaannya sekarang, mak Budi sedang menderhaka pada suaminya. Sebab dia main kayu tiga belakang. Mana boleh. Dikira nuyuz. Bermaksiat dengan orang lain sedangkan sudah punya suami.... Suami pula, dikira dayus. Membiarkan isteri nusyuz dengan dia. Tak boleh begitu. Maka, dilihat di sini, adalah satu keperluan penceraian itu berlaku. Ye. Harus. Mengelakkan mak Budi terus terbuai dengan ayunan maksiat tu... (Budi, aku punya ayat terus je nih. Maaf. Kita cakap tentang hakikat ye Budi... Tentang hukum Allah)...

Kedua : salah ke mak Budi minta cerai?

Jawapannya tak salah. Seorang isteri berhak untuk minta cerai dari suami atas tiga sebab. 

1. Suami tak mampu dari segi zahir
2. Suami menghilang tak tahu ke mana lebih 6 bulan
3. Suami tak mampu batin

Di sini mak Budi memang ada hak. Cuma, proses tu mungkin agak rumit. Sebab, selagi mana suami tak datang mahkamah, proses penceraian tu tak dapat nak berlaku.... Berbeza bila suami yang nak failkan talak.. Lain...

Ketiga : isu habis madu sepah dibuang

Ibarat keadaan ayah Budi yang nak ditinggalkan isteri ni macam sepah la kan? Hm... Kat sini mudah je. Kalau dah macam tu punya sifat, siapa yang sanggup tahan? Isteri, boleh pisah. Cerai. Kat sini, nampaklah peranan hubungan bapa dengan anak... Kalau ayah tak peduli kat anak, atau ganas macam drakula dengan anak, memang lah. Satu anak pun tak nak kutip bila tua. Melainkan anak itu betul-betul pious. Hm....

Keempat : macam mana kalau tak jadi fasakh? sedangkan yang baik itu cerai

Okay, tak nak kasi fasakh, kita minta khulu' pula. Tebus talak. But somehow, fasakh dulu lah.. peraturannya begitu.. Molek ikut procedure kan...

Kelima : macam mana dengan anak-anak?

Walaupun dah bercerai, tanggungjawab ke atas anak tak lepas. Yang lepas hanya tanggungjawab laki-bini sahaja. Maka, memang kena ambil dan jaga serta pelihara anak-anak tu. Tak dinafikan kanak-kanak yang membesar dalam broken family ni psycology dia tak sihat. Tapi tak apa. Allah kan ada :) Jangan risau...

Keenam : point yang almost aku lupa. tapi the most important. sikap anak-anakyang maki-maki emak Budi

Okay guys yang sentiasa menjadi anak kepada seseorang, ketahuilah bahawa kalian tak ada hak langsung dalam hal perkahwinan parents kalian. Depa nak cerai ke, bergusti ke, bermesra ke, korang tak boleh kacau. Sebab itu dalam hal pewalian, anak ke bawah tak ada hak untuk mewalikan. Peranan anak hanyalah menyokong, menasihati dan sebagainya. When its come with a decision, do not be biadap. Kena hormati keputusan mereka. Kalau keputusan itu tak seimbang anta both side, maka, peranan anak-anak ialah, menyejukkan side yang panas.

Ketujuh : how about feeling?? perit pedih pahit tu!

Memang perit. Betul. Sapa kata mudah. Tapi, kembalikan hati. Kepada dia yang punya. Kembali.... Dengan itu hati tenang.. :)

Kepada Budi,
Sabar. Redha. Senang aku taip words nih. Tapi aku tahu juga peritnya bagaimana. Sementara nak terima tu. Tak apa Budi, life is a process. Tak apa.. Sekejap je pun nak hidup kat bumi. Yang lama nak hidup, nuunn kat sana nuuunnnn... Sebab tu aku selalu cakap kat kau, jangan lambat-lambat pasal hal nih. Bukan lah nak jadi sang tanduk yang menyuruh bercerai. Tak. Bukan begitu. Tidak sama sekali. Tapi, kau faham sendiri apa yang kau tengok depan mata sekarang ni Budi.. Jangan biarkan perkara ini berlaku dan terus berlalu begitu sahaja. Selamatkan parents kau sekarang kat sini. Demi bahagia kat sana tu. Tak apalah sedih sikit. Asalkan Allah redha.... Budi, eratkan lagi connection kau dengan Allah. Mesti kau tenang. Selawat banyak-banyak. Allah sayang kau lebih ni. :) 

# segala yang aku cakap pasal penyelesaian sampai ada 7 point tuh,
aku dah refer abang ipar aku. dia ustaz dalam syariah. memang kepakaran dia.
 first step yang terbaik bagi masalah ini ialah, pi pejabat agama, minta nasihat depa.
 nanti depa yang akan kasi cadangan-cadangan yang lebih bernas :) 

Random thought 4

Bismillah.. Aku tak tahu nak letak apa title untuk post kali nih. Maka aku namakan dia random~

Keputusan. How to make a good decision. Aku selalu fikir pasal hal ni. Dunia aku terdedah kepada benda-benda yang kadang-kadang melebihi kemampuan aku untuk berfikir. Membuat keputusan. Hm...

Bila aku perlukan sesuatu keputusan, yang berkaitan dengan benda-benda orang dewasa walaupun melibatkan diri aku, aku suka merujuk pada abang-abang kacak aku dan kakak-kakak cantik aku. :D

Mungkin bagi sesetengah orang, tindakkan ini tak bijak. Nanti jadi macam membuat keputusan dengan pengaruh sesuatu. Terpengaruh. Bagi aku tidak. Why? We do have our own stand. Dengan mendengar pendapat orang, kita boleh menilai. Dari situ kita belajar membina kematangan. Dan, begitulah aku belajar apa itu erti matang dalam erti kata sebenar....

Sekarang ni aku mesti beli smartphone. My siblings yang melambak tuh, masing-masing dah bising sebab aku tak ada smartphone. Setakat nak beli je. Itu pun aku nak kena tunggu abang aku. Nak kena teman. Beli dengan aku. Memang aku sendiri rasa macam eh kau nih. Tak membesar ke apa hah? At first, aku rasa macam tu. Tapi bila aku ingat semula pesan mak aku, dia cakap, tak rugi tanya pendapat orang. Belajar. Tengok orang berurusan macam mana. Sesungguhnya, aku bab IT nih, setakat tak buta je. Celik, memang rabun jawabnya. Maka, ukur baju di badan sendiri lah. Kita tahu tahap mana kemampuan kematangan kita berfikir~

Hal kedua, pasal investment. Ye. Aku sangat gemar dan berminat dalam hal ni. Aku dapat some amount dari mak. Hebbah mak pada anak-anak dia yang tiga serangkai yang belum kahwin dan masih belajar nih. Aku tak nak simpan duit tu terperuk dalambank. Rugi lah. Ada baiknya biak-biak kan dia. Selain aku nak guna untuk belajar, kahwin, dan seangkatan dengan urusan dunia aku, aku ada juga target untuk sedekah. Sampai satu masa, aku mampu keluarkan zakat. Indahnya begitu.

Setakat nih, investment pertama aku, tanah kat Jenderami. Aku tak faham sangat sebenarnya apa kes tanah tu. Tapi, dengan penerangan dari mereka yang lebih tahu, aku taklah buta sangat.... Investment kedua aku, emas. Aku letak kat situ dalam certain amount. Rugi simpan duit saja dalam bank. Nak tahu kenapa? Sebab, nilai duit sentiasa jatuh dan runtuh. Manakala, nilai emas pula, sentiasa naik dan naik. Begitu juga dengan nilai tanah, rumah dan sebagainya.....

Aku ada juga nak try masuk bisnes. Macam yang besties aku ajak hari tu. Tapi, malangnya, abah dan abang both bersetuju untuk tidak membenarkan. T_T ada hikmah. dengarkan sahaja dan patuhi sahaja hujah mereka~

Seterusnya, aku nak beli takaful. Banyak betul fikiran aku pasal duit nih. Tapi, pendapat ibu, tak payah. Baik kumpul dalam Tabung Haji. Hujung tahun dividen 8%. Banyak tu! Hidup makan dividen pun tak habis. (bak kata ibu)

Ada lagi beberapa ratio untuk aku invest. Aku dah mula merancang. Nak gerakkan macam mana duit tu... Hm... Semoga Allah redha~

Apa objektif aku invest sana sini? Mudah je. Aku nak kaya. Kenapa nak kaya? Aku nak tolong orang miskin yang memang miskin gila tuh. Lagi-lagi yang Muslim. Malu lah tengok tepi jalan melambak yang minta sedekahnya Muslim. Mana tah bantuan zakat dan sebagainya~

Aku juga berhasrat untuk invest sana-sini sebab aku tak nak bergantung harap kat abah mahu pun hero aku yang ramai tu... :) Berdiri di atas kaki sendiri!!!! Itu cara gue~ :D

Monday, March 4, 2013

it is more than a wish.

2 March 2013 - Birthday Wan Nur Suhaila Sobri.



Tahu apa berlaku? Aku tak ingat langsung hari kejadian adalah birthday dia. Wish? Memang taklah. Dah kata tak ingat kan....

Teringat insiden masa form 2 tak silap. Terlupa wish birthday 'Amira Azman. Bukan terlupa. Masa tu, memang aku tak ambil peduli sangat pun pasal birthday orang. Bagi aku, tak penting pun untuk aku ingat. Tahun tu, 'Amira pernah cakap kat aku. 'Kau tak wish aku pun kan?? dah seminggu aku tunggu.' perh. Aku masani memang blur habis. Sesungguhnya demi. 'Wish apekemenda lak kau nih? Merepeklah' Memang tak bersalah langsung je aku masa tu. Memang gasak 'Amira merajuk.

Sampai rumah, aku tanya kak pujah. 'Berdosa sangat ke bila tak wish birthday seseorang?' Kak Pujah kata : kalau kawan tu memang the closest buddy, memang teruk lah. Kalau setakat kawan tepi tembok, apa nak kesah. Oh... Maksudnya, aku sangat teruk. -.-

Apa yang berlaku kat su, memang bukan benda yang luar biasa pun. Aku bab number, memang aku lemah sikit. Tak. Banyak sebenarnya. Aku tak senang nak ingat tarikh-tarikh birthday orang. :( Maaf lah bila aku tak wish. kalau aku wish pun, mesti sebab aku nampak secara kebetulan kat wall FB dia. :( Sebab itu lah aku tak marah langsung orang tak wish aku punya birthday.... :D

Bila aku semakin membesar, aku semakin memahami kata-kata kak pujah. Benda tu benda kecik je. Tapi, itulah yang mengeratkan lagi ukhuwah kita. Dan Su, Wan Nur Suhaila... Aku mohon ampun... :( Aku memang tak ingat. hm.. banyak lagi birthday yang aku tak ingat. Bukan je tak ingat. Tak tahu pun banyak.

Ada sebuah hadis Rasulullah. Aku lupa riwayat sapa. Tapi inshaAllah, ini memang betul-betul wujud hadisnya.. Lebih kurang bunyi dia begini

"dengan memberikan hadiah kepada seseorang itu, tautan hati akan lebih erat."

Patut pun Rasulullah suka kasi hadiah kat sahabat baginda kan? Kesimpulannya, a birthday wish is not just a wish. It is sign of remember... (ayat pelik je aku tengok)~

Kepada Wan Nur Suhaila, Aku mohon seGunung Kinabalu kemaafan dari kau. Atas keterlupaan diri mengewish birthday kau. Sesungguhnya maaf... About hadiah, aku tak mampu lah nak kirim sampai ke Mesir sana. Hanya doa aku kirimkan. Buat bakal doktor _ _ _ _ _ _ _ aku :) dan, bakal partner bakery aku. huhu. insha Allah... Aamiin...


merapu 10

Bismillahirrahmanirrahim....

Just a little story want to share. I think we can learn some values from my story...

Aku rasa, tak perlu aku cerita satu dunia bahawa aku dah berjaya memiliki lesen P. Untuk kereta. Aku tak ambil untuk motorsikal. Membazir je. Sebab rumah aku, sebijik motorsikal pun tak ada. Basikal banyak. (satu je pun.... lain dah kasi orang~)

Okay sedikit sedutan semasa aku ambil lesen P ni. Penuh dengan ujian dugaan dan kasih sayang Allah. I learn a lot from the process. Alhamdulillah...

Aku start ambil means start mula belajar urus pasal lesen kereta ni sejak selepas form 5. Memang target nak habis before aku further study. Unfortunately, suddenly aku kena masuk Form 6 (memang pilihanaku. tapi tak sangka secepat itu.) Dipendekkan cereterita, aku telah menghadapi masalah untuk menghabiskan masa belajar aku ikut time frame yang dah disusun oleh sekolah memandu untuk aku. Yelah. I study in boarding school. Which is the principal is Encik Abdullah Jusoh. Manyak susah maa mahu minta pelepasan nak balik...

Okay, pendek kan cerita lagi. Memandangkan aku tahu kalau aku tak betul-betul serious dalam menguruskan lesen aku akan menghadapi masalah, maka, setiap kali sekolah aku inform akan cuti for certian time, aku dengan sesegera mungkin call cikgu sekolah memandu aku. I ask for the date that i can learn how to drive.... Malangnya, talian tak bersambut. Aku budak jahat, maka aku bawa phone pi sekolah. For certain reasons.... Maka aku text cikgu mandu aku. No reply. Dan bila cuti aku nak habis, about sehari dua, baru dia hantar aku massage 'next class awak, tulat, pukul 8.00 pagi' What the........ Aku memang hangin. Dan begitulah ceritanya...

Aku punya lesen yang tempoh dua tahun tu akan habis pada 5 March. Selepas aku habis STPM dan sebagainya, aku mula sibuk. (masa ni arwah mak ada lagi..) aku sibuk jaga mak. Memang aku punya moving area tak boleh jauh. Payah nanti. Bila mak aku tak tak ada, abah dah plan beberapa trip holiday sambil belajar. (mengotakan impian bersama emak) Which is aku, adik, dan kakak aku di bawa ke Puncak, Indonesia for two week.. (tak silap) dan tak lama pulak lepas tuh pi umrah selama 15 hari....

Aku sampai je dari Mekah aku terus try contact cikgu memandu tu. (perjuangan lesen masih belum selesai) Tak diangkat. Aku text pulak. Pun tak reply. Bikin gue panas. At the end, dia reply dan masa tu hanya ada lagi about 3 weeks before tempoh 2 tahun aku tamat.

Pendekkan cerita, dia kasi satu tarih. Tarikh tu best. sebab aku free dan sememangnya okay. Masalah berlaku lagi bila aku punya first date dia kata tak sempat daftar dan bla bla bla. Aku sungguh berang. Aku terus call. Berkali-kali. dan still, macam biasa tak angkat. Aku text. Juga berkali-kali. Masih sama. Sunyi.... (ada 3 orang insan menguruskan hal mandu memandu ni. kesemuanya sama. sunyi sahaja)

Seterusnya, berlakulah insiden... 'wasalam, cikgu. cikgu pergi mana? kenapa saya call tak angkat, saya text tak reply. Ni sekarang cikgu kata tak boleh sebab bla bla bla bla~'

Sesungguhnya aku angin. Masalah tak dapat diselesaikan. Akhirnya aku surrender, aku serahkan urusan pada yang lebih pakar. Abang kakak aku semestinya. Diorang yang cakap dengan cikgu blablabla. Akhirnya, cikgu-cikgu sekolah mandu aku pun dengan kalutnya menguruskan hal lesen aku.

Pendek kan cerita lagi. On the day aku kena amik test tuh, aku biasa je. Tapi memang ada rasa awkward dengan cikgu yang ajar aku (cikgu muhammad). Yelah. teruk perang dengan dia. Tapi atas dasar professionalism, dengan poyo aku buat biasa dengan cikgu tu.

Pendekan lagi, Aku dengan Alhamdulillahnya, pass test JPJ tersebut. Alhamdulillah. Seperti yang aku nazarkan, aku pun belanja cikgu-cikgu makan pizza. Delivery je. Jangan salah faham. Alhamdulillah, hubungan aku dengan cikgu berakhir dengan baik. Tak ada permusuhan. Aku juga minta maaf dan terima kasih kat cikgu-cikgu tuh. Yelah. Somehow, salah pada side aku, mana boleh buat buta je kan?

Kat sini kan, kalau aku terbawa dengan ego zaman kanak-kanak aku, aku terpfikir. Adakah hubungan aku dengan cikgu-cikgu tu akan berakhir dengan baik? Mestilah tak. Mesti dia orang benci gila tengok aku. Betul tak? Kat sini aku belajar, untuk memaafkan. Itu yang pertama. Yang kedua, belajar menghargai. (cikgu seronok betul aku belanja diorang. padahal, Domino je pun?). Yang ketiga, aku belajar mengakui kesalahan diri. Yang ke empat aku belajar untuk jadi lebih tenang dalam menghadapi situasi seperti ini. Burst sekejap je. Yang lepas itu lepas. Itu prinsip aku. Tapi lepas-lepas pun, pengajaran jangan buang lah.

Dan sekarang, cikgu muhammad, tiba-tiba text aku. Huh. Apa kena dengan dia? Aku tak tahu~ Betul lah. Tak akan rugi pun menyebarkan kebaikan. Satu kata-kata cikgu muhammad 'saya ingat nasihat awak. Insha Allah saya akan bawa diri ke arah situ. Doakan saya.' (aku sendiri tak ingat apa nasihat aku kat dia time dalam kereta ajar aku drive~)

Apa-apa pun kawan, hargailah setiap insan disekeliling anda. Kerana mereka dihantar oleh Allah swt untuk memberi kita 1001 pengajaran dalam hidup. Maka belajarlah! :)

Friday, March 1, 2013

Lahad Datu

Bismillah...
1 March 2013
Gempar dalamFB adakes tembak-tembak kat Lahad Datu. Ada beberapa orang Malaysia dah syahidpun. Dan yang lain pula parah. Cedera ringan pun ada. All in one.

Dalam hal ni, aku tak berapa dare untuk komen. Why? For sure sebab aku tak buat apa-apa kajian pun dalam hal ini. Aku pun tak rasa aku gemar nak cari dengan lebih detail. Setakat ini masih belum terasa nakbuat sebegitu rupa. Sebab apa? Pendapat aku lah.. Kes ni berkait rapat dengan sejarah lampau Malaysia. Atau nama sebelum merdeka Tanah Melayu.

Ada sign agreement apa-apa jelah yang perlu ditandatangani. Masuk tangan British dan lain-lain hal. Even aku minat Sejarah, tapi aku tak pernah suka Sejarah pun. Sebab semua segalanya menipu semata-mata. Aku tak tahu nak percaya sumber dari mana. Ada je hidden agenda yang tak pernah kita tahu. But by the time go, the truth pun tersingkap tepat pada masa....

Maka, pendekatan aku pada Lahad Datu ni,masih berada dalam paras tengah-tengah. Masih belajar mengkaji. Apa yang berlaku sebenarnya. However, I would like to state here, their action a little bit rush. Hurm.... Bab hak ber-hak, no komen. Kena kaji dulu.

Okay, bila masuk part nih, mesti kencang betul cakap pasal politik bukan? Maka dengan sekuat suaranya aku menjerit kat sini, YE! MEMANG POLITIK! Bukan dipolitikkan. Tapi memang dia politik. Pemerintahan negara. What we called that as?? Hm?? Think about it man~

Apaper pun, doa ramai-ramailah. Semoganya saudara seakidah kita di sana selamat sejahtera aman sentosa. Bagi ummat manusia bukan sedara seakidah kita lagi (belum jadi lagi) semoga selamat. Mudah-mudahhan dengan tragedy-tragedy yang macam ni dapat menghampirkan diri mereka kepada hidayah Allah Taala. Who knows right? :)

Selamat berjihad wahai pembenteng negara! Berkhidmat demi AGAMA!

Wednesday, February 27, 2013

typical-minded

https://www.facebook.com/groups/TeamDSU/417847241643646/?notif_t=group_comment_reply

Tadaaaa!!! Siang-siang lagi aku kasi link. Sila lah jenguk. Apa yang sedang berlaku dalam group tuh.

Sesungguhnya, aku rasa nak gelak guling-guling tergolek je tau. Lawak. Masing-masing nak tunjuk hebat. Nak berdebat. Haiz~

Aku pelik sungguh. Siap auto invite lagi tuh. Terbaik sangat kan? Bagus punya admin. Aku menyerang? Ye. aku nak serang admin. Kau buat page, tapi tak kawal. Memang lah kau. Bagus.

Kalau macamni punya gaya, orang jahil bertambah jahil. Orang yang konon pandai terus dengan begitu. Come on... Admin, bertanggungjawab lah sikit dengan group anda~

melaka-melaka-melaka

Oh ya... Hari sabtu lepas aku dan dua orang kawan aku. Yang sangat teramat baik pi Melaka. Nak tengok Jom Masuk U. Memang berbaloi-baloi.

(entry ini adalah salah satu usaha menceriakan hati ku~)

Di sini gemar aku kongsikan beberapa gambar gila bersama mereka :

dah habis pun menjelajah

sangat terpikat dengan pakcik UKM ni. Doakan gue dapat UKM

terpaksa amik guna tangan sendiri. :D

excited je tengok belon nih. yeay!! dah sampaiu!!

pengembaraan bermula taman botanikal Melaka

masih tiada hala tuju.berlari macam olang gil*

lama tak naik beskal! Amira yang belanja. haha

bahagia bersama <3

partner menari time form 4. my first and last partner for dancing

besties :) <3

kena pulau. terpaksa main sorang-sorang. haha

sungguh mengarut. macam kanak-kanak rebina

sebelum dikejar sang monkeys~

ada orang tu gayat. takboleh main benda nih. ingat kat my buddy!!

mereng~ haha.

poyo je?

lihat apa yang beliau pegang. professional nih!

apa masalah beliau?

menjejaki encik bas yang cute~ :)



terima kasih cikgu

:) Bismillah... Okay, kalau post tadi menyentuh benda yang memang langsung tak best dan sangat serta sungguh memilukan hati, yang nih, post bahagia pula. Alhamdulillah...

Sebenarnya, pergi lawat cikgu-cikgu dekat sekolah bersama-sama dengan ibu. Semua cikgu pelik. Ni siapa? Mak sedara ke? Mak cik ke? Selamba hati aku cakap sambil peluk bahu ibu :

'This is my future ibu! :)'

Cikgu mata terbeliak terus. ada yang tak terkata pun. Huhuhuhu. Sampai nak tanya soalan tak tertanya. Kelakar tengok reaksi cikgu. Sampai ibu jadi malu. Habis je salam semua cikgu dalamstaff room tuh, ibu terus keluar. ibu malu. Hahahaha. Aku buli ibu hari nih. Hikhikhik. Ampun yee ibuuu....

Dan ada sempat juga seminit dua cikgu sejarah kertas satu aku. Cikgu Noraini nama dia. Sempat memberikan sepatah dua kata-kata nasihat kat aku. Risau betul cikgu-cikgu. Care. Sangat care. Sebab itulah aku sayang cikgu-cikgu tu. But some how, aku sayang cikgu Maahad Hamidiah ***** juga :) hehehe

Antara pesan cikgu, redhakan hati. Bahagiakan hati bila lihat abah bahagia. Tak apa. Apa pun berlaku, Allah ada. Fahima tabah yee. Semoga fahima ceria selalu. Bahagia dengan mak baru.

Selamba hati aku tegur cikgu. 'Cikgu, bukan emak. Tapi IBU :) HEHEHEHE'

Cikgu senyum jeee....
Oh yee.. Tak jumpa pun ustazah kesayangan aku. Ustazah Muntimah dan Ustazah Nek Hazifah. Apa khabar beliau agak nya. Madam Rohazila pun tak ada. Incharge jadi pengawas peperiksaan kot.

Itulah cikgu-cikgu sekolah aku. Penawar jugalah bila aku jadi Titanic. Ustazah muntimah yang memang serupa ibarat mak bagi aku kat sana. Cikgu Jam yang sangat sporting. Bagi aku, Cikgu Jam bukan setakat pengajar. Tapi pendidik, penenang, pengembira hati aku... :) Cikgu Nik Hazirah. Ibu tiri aku. Merangkap cikgu kelas aku. Beliau antara orang yang memang banyak tahu pasal aku. Aku pernah menangis dengan dia macam new born baby je tau. Malu bila ingat. Manis bila kenang. Madam Misyati. Dalam sikap madam yang happy go lucky tuh, beliau lah yang selalu kata 'fahimah, kamu boleh fahima'

Huh. Seribu satu kenangan. Pelbagai ragam. Itu yang menyerikan hidup aku. Mematangkan aku. Alhamdulillah. Mestilah ada yang aku tak tersebut kat sini. Nak sebut satu persatu, memang gasak lah entry ni panjang betul.... huhuhu

Cop! Mana boleh aku lupa Ustazah Norliah dan Ustazah Noriah. Ustazah Norliah, mudir untuk subject usul aku. Sentiasa guide aku yang tak masuk kelas. Ustazah Noriah pula pembimbing usrah aku.

Subahanallah.. Rindunya Ambo pada kalian.. Semoga Allah sahajalah yang menjaga guru-guru ku ini... Aamiin....

Tuesday, February 26, 2013

kesombongan

Bismillah.. Warning! Entry ini agak sensitif. Siapa yang dapat tangkap individu tersebut, sila diam kan sahaja.

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni, aku, ibu (bakal ibu sebenarnya) dan abah. Pergi Klang untuk menguruskan beberapa hal yang tertangguh. Bendayang baik jangan ditangguh bukan?

Maka, dengan tiba-tibanya abah offer aku untuk singgah kat sekolah lama aku. Pada mulanya rasa tak hingin pun. Malas dan tak suka dikenang memori di sana. Tapi, sebab aku memang sayang betul kat beberapa orang cikgu kat sekolah tu maka aku cakap 'abah, imah nak singgah sekolah imah. Kita beli cendol dulu. Untuk cikgu-cikgu'. Tapi, tak beli pun cendolnya. Rushing. Memang sekejap cuma singgah sekolah aku tu.....

Maka, aku pun masuk bilik guru. Dan cikgu pertama yang memang aku nak sangat jumpa is, Puan Jamaliah. Love her so much. Aku terus sapa dan salam semua cikgu yang ada dalam bilik guru tu.

Di sini, terjadi satu tragedy. Maybe its quite melampau aku katakan tragedy. But for me, it is a tragedy!

Sampai kat seorang cikgu. Memang tak angkat muka langsung pandang muka aku yang tak berapa nak cantik nih. Tak apalah. Maybe sibuk sangat kot? Aku ber husnu-zhon. Aku tegur cikgu tersebut. Hulurkan tangan untuk bersalaman. Still tak tengok muka. Perh! Aku try tegur dia pulak. Cikgu... Still, no responds~ 

Well, aku tak tahu apa salah aku. Sungguh. Ibu aku pun terkejut dan aneh dengan perangai cikgu tuh. Kesian lah aku dekat dia. Sebagai aku yang masih ada perasaan, for sure aku terkecik hati dengan action dia. Fitrah. Tak payah deny lah~

Bila action dia macamtu, terus ter-flash back tragedy-tragedy lama dengan dia. (banyak betul tragedy aku dengan dia) Memang betul lah sangkaan aku. Ye. Bukti ini. Kali ini. Kali kedua. Huh!

Tiba-tiba aku teringat kata-kata kak cik dan syarah dari abancik,

'TAKABBUR TERHADAP ORANG YANG TAKABBUR ITU SEDEKAH'.

Dan my last word is, aku hormat dia sebagai cikgu. Hanya kerana dia seorang cikgu. Tapi penghormatan itu hanya sebagai adat. Orang yang tak sedar diri bahawa dia hamba.. Taraf dia lebih jauuhhh dan lebih rendah dari hamba.

Kepada beliau guru ku, aku doakan beliau terus dalam redha Allah. Semoga Allah tak bongkak dengan beliau. Terima kasih menyampaikan ilmu. Hanya sebagai penyampai. Beliau bukan pemilik ilmu. Maka aku, lebih jauh berterima kasih kepada pemilik ilmu kerana mengumpulkan ilmu itu ke dalam dada ku.

Alhamdulillah.... :)

*peace no war! >.<*

Monday, February 18, 2013


this is Haji Deden.
Dengan wife dia.
Bersama dua anak mereka daripada tiga.
Comel je dia pegang itu doll kan?

merapu 9

dia.
macam faham.
macam tak juga.

kalau begini, puncanya apa?
aku tak tahu.
nak tahu.
tanyalah.
tapi, tak mahu.

mungkin proses?
tengah nak besar yee?

hm.
tak best pun macam ni.
kering. keras. batu. pasir.

hm.
cari ubat.
mana ubat?
ada ke ubat?

tak akan tak adakan?
tak nak jadi macam NIKITA.
bukan ini yang abang ajar
tapi, ini yang abang risaukan

Its happen.
suddenly.
I don't know why.
wondering
pounding
looking for the answer

kembali kepada sunnah.
ye..
sunnah
perlu lebik kenal. 
Kenal itu Pembawa cinta (Baginda sahaja)

hai jiwa,
janganlah begini.
begitu juga bukan.
kembali kepada fitrah mu
perbaiki.
berjalan atas jalan yang terang.
jangan kau gelincir.

hai jiwa.
lembutlah engkau.
kembalikan kehangatan itu.
bukan ini caranya.

hai jiwa,
aku sunyi
aku suram
aku muram
aku perlukan kau jiwa
kembali.
kembali menceriakan aku.

bukan aku seorang
malah mereka
mereka
dan mereka~

ya Allah, limpahkanlah jiwa ku dengan sifat rahman dan rahim mu~

Sunday, February 17, 2013



this song describe everything~

bicara sepi 6




 
Setiap manusia ada daya tahan masing-masing

Ada yang tahan dengan panas

Ada yang tahan dengan sejuk

Ada juga yang tahan kena tumbuk

Pelik ke? Hm.. tak pelik lah. Sebab masing-masing ada passion dia sendiri

Tapi, ikut mana pun, segala benda ada limit.

Sampai satu saat, dia akan berhenti.

Berhenti, mula mencari lubang-lubang melarikan diri.

Tak. Bukan melarikan diri. Tapi mencari diri.

Diri yang baru. Yang lebih baik.

Wahai hati, mintalah kepada pemilik Mu

Agar Dia sentiasa ada bersama mu. Sepanjang engkau menjalani ekspidisi mengenal diri

Semoga kau tak tersasar. Semoga engkau terus. Terus dan tetap di jalan mu.

Mencari diri, mengenal Tuhan mu.

Masa untuk duduk sejenak, bertafakkur....

Saturday, February 16, 2013

aku rindu manusia ini.

Wan Nur Suhaila Sobri 

Itu nama dia.

Baik yang amat. Rapat start form 3.

Tapi, aku suka buat jahat kat dia. 


Sekarang dia kat Mesir. 

Ini gambar time form 5. Gemok gitu.

Kat rumah Fatin Qistina.

Bear birthday. Tapi, dah hilang.

Anak aku curi. Sue dia selalu jadi driver aku bila nak keluar jejalan.

Best betul. Aku start kenal dunia mall, dengan dia lah.

Makan tah apa-apa punya kat seoul garden tu lah~

Semuanya Sue yang ajar.

Gerak pi Jusco, semua pun nampak sue.

The only person yang memang aku spend time banyak kot?

Time Putrajaya. Layan je kau aku kan? Nak itu ini semua kau ikut.

Itulah kau Sue~ Memang driver aku betul. Pusing satu Putrajaya tu.

Tak sabar tunggu kau balik. Cepat lah balik!! Cepat lah!!!

Jadi Doctor tau! Jangan lupa, jadi driver aku lagi! Hahahaha!! 

Main je eh.. Jangan feeling-feeling 

Miss the moment tunggu kau macam orang gila.

Selalu lambat kau kan. Sampai kengkadang nak je aku set bom kat katil kau.

And semestinya, kau satu-satunya teman aku pi McD. (Never ever happen again. One and last.)

 Alamanda. Jumpa Ibn Meftah. Kau tahu, gelak je~

Sembang dengan kau macam syok sendiri. Sebab kau pendiam. Tapi aku suka.

Sebab kau setia mendengar. Dengar hati aku yang kadang tu aku tak pernah buka pun.

Sue, kau miracle. Bila kau pi Mesir... Perh. SEDIH    

T_T

Chayok Sue!!! Sarangae~ <3 :)

#post bersifat peribadi. hanya untuk beliau yang teristimewa :)

Friday, February 15, 2013

merapu 8

Mungkin aku semakin berubah. Aku pandang dunia pada sudut sisi yang berbeza.

Aku semakin kurang berperasaan dalam bab yang tak perlukan perasaan masuk campur.

Aku tak pasti bendani positif atau tidak.

Mungkin positif. Mungkin juga tidak.

Tapi, yang aku pasti, prinsip aku sekarang,

JANGAN BIAR PERASAAN MENGUASAI KEPUTUSAN.

Perlu perasaan dalam berkeputusan. Tapi, Rasional jangan tewas dengan emosi sendiri.

Kalau tak ada perasaan, keputusan kita akan menyakitkan ramai pihak.

Bila terlalu berperasaan, keputusan kita akan jadi tak risional.

Maka, ambillah yang di tengah. Seimbangkan kedua-duanya.

Insha Allah, itu yang terbaik. Wasatiyyah kepada semua hal.

Satu benda aku takut. Takut satu tahap aku terjadi robot.

Tapi, pengalaman tengok NIKITA, manusia dan perasaan tak akan pernah dapat dipisahkan.


*Peace!!!*


Professional

In working, please be professional. If there is any problem, just tell the other members. Get them inform what is going on actually... In return, they will understand your job and they are willing to help.

Put aside your feeling. Put aside your pride. We can make it true. TOGETHER!~
 
This is my latest status in Facebook. Why do I say so? Hm....

Macam ini lah al kisahnya. Aku tak berminat nak cerita keadaan yang exactly happen. Aku bagi contoh lain.

Situasinya

Dalam sebuah organisasi bersar, biasalah mereka nak buat apa-apa program. Maka, ditubuhkan jawatan kuasa pelaksana yang akan diketuai oleh pengarah dan dibantu oleh timbalan pengarah. Bawah organisasi ini, dibahagikan pula kepada biro-biro tertentu. Contohnya biro multimedia, biro pengisian, biro makanan, biro tentatif, biro modul dan bengkel, dan macam-macam punya biro.

Sekarang, let say this group is going out to handle sukaneka program. Kemuadian, biro acara permainan bagi ketogori warga emas takada idea atau tak ada bahan nak buat acara apa. sementara biro yang lain laju dan lancar buat kerja masing-masing. So, dengan sedih hatinya, rendah dirinya, biro warga emas ni malu. Sebab tak reti buat kerja. Tergugat keegoaan, Dilema. Nak minta tolong. Malu. Tak minta tolong tak siap kerja. Hm? Maka? Apa penyelesaian kepada masalah ini? 

Hm.... Sebagai orang yang professional, we should tell the problem to the organization.We shoul and we must do so. Than, the problem will be settle down together. Kita beroorganisasi. Bukan individual. Dalam pembahagian kerja memanglah begitu. Supaya lebih efisyen. Tapi bukan bermakna kerja kau, kerja kau. Kerja aku, kerja aku. Kau jangan masuk campur hal aku, aku tak nak masuk campur hal kau. Kalau macam ni punya minded, memang tak berjayalah sesuatu program tuh.....

Thus, please be professional in your work. Do not mix your private feeling in your work....
Bismillah... First of all, aku sendiri tak tahu apa maksud equation yang aku tulis tu. Random idea?

Bila cakap pasal ibu bapa, memang ada hadis yang sebut bahawa memberatkan emak itu adalah tiga kali ganda disuruh berbanding bapa. Yes, that is true :)

Which is that's means, ketaatan kepada ibu itu lebih besar.

Tapi, jangan sampai melebih sangat. Sampaikan mengetepikan ayahnya. Apa maksud aku?

Okay, macam nih. Dalam rumah tangga, biasalah ada berbagai-bagai perencah. Tumix ada, ajinamoto ada, maggi ada, semua pun ada. Bila berlaku beberapa pergaduhan manja atau singa between our parents, should we be berat sebelah? Adakah mesti menyebelahi ibu juga? Walaupun keadaan sebenar kita sendiri tak tahu? It is fair to the father? Hm? Faham ke nih?

Apa yang aku nak cakapkan ialah, sebagai anak, sayang mana pun kita kat ibu @ ayah kita, kita kena fair dalam beberapa keadaan. Lebih-lebih lagi dalam mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah. Sebagai anak, kita nampak kurangnya daddy kita, so, admit it. Nampak ketempangan mummy kita, iktiraf. Jangan everything just put on one side. Its not fair.

Somehow, be honest. Think rationally. Not emotionally. . .

Hm.... Kasih bapa, sering kali terpinggir. Ramai yang tak perasan. Sebab bapak ni memang kurang perasaannya itu. Means, kurang sensitif. Tapi, each day we are growing up man. Use our mind wisely. To judge the situation. 

Monday, February 11, 2013

Lagu yang teramat sesuai bagi aku. Buat masa sekarang....