Tuesday, January 29, 2013

curi dari FB :)

Ambillah waktu untuk berfikir, itu
adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsaia dari masa
muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu
adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu
adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai
dan dicintai, itu adalah hak
istimewa yang diberikan Allah.

Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menuju
kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu
adalah musik yang menggetarkan
hati.

Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa
berarti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu
adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu
adalah kunci menuju syurga.
 
tukar sikit. kunci syurga, Rasulullah.
bukan amal kita. Amal tu, makanan rohani. 
masuk syurga kerana rahmat. :)
rahmat dan mahabbah rasulullah
sebab itu kemuncak tauhid :)

bicara sepi 3

Hadir mu, bukan sebagai pengganti.

Tapi sebagai penyeri.

Di mahligai kami yang semakin sepi.

Mana mungkin kau menggantikan posisi sang ratu hati aku itu...

Mana mungkin begitu...

Tidak mungkin begitu...

Tapi, bukan itu yang aku pandang.

Aku pandang kau sebagai tulang belakang yang baharu kepada sang ayahanda.

Aku menerima mu seadanya.

Kau menerima aku dan kami seadanya juga.

Mungkin satu bala.

Mungkin satu rahmat.

Tapi, aku lebih cenderung untuk bersangka baik kepada Rabb ku.

Ye, aku percaya,

Kau perantara bagi kami dan Rahim sang pencipta.

Kau pembawa bahagia.

Pengusir sepi. 

Pembuka rahmat.

Memimpin kami kearah barakah Dia....

Selamat datang.

Selamat bertaaruf.

Selamat bersama menuju kampung halaman kita :)

Entah mengapa, hati ini...

Berasa begitu girang sekali.

Rasa disayangi.

Sang pencipta :) ....

Lepas ni, baik burk kita, akan kita maklumi.

Semoga episod membuka lembaran 'siapa aku'

Mengeratkan lagi dan lagi hubungan kita... 

Umie, Ibu, Mama,

Terima kasih sudi terima abah..

Terima kasih sudi terima kami...

Akhir kalam ku untuk mu,

WELCOME TO MY LIFE!!

oh Allah, Alhamdulillah....

eh hoyy, aku ustaz lah!

Bismillahirrahmanirrahim...

My first entry yang nak sangat aku update since aku kat Haramain..

Based on my title today, dapat tak gambaran aku nak cakap pasal apa sebenarnya? Hm..

Fenomena ni ada di mana-mana, dan berlaku dalam pelbagai lapisan masyarakat. Ustaz tak ustaz, alim tak alim, semua pun sama terjebak.

Contoh pertama :

Dalam satu pertemuan, the first time. Kita kenal seseorang itu baru pada hari itu. Masih tak tahu sama ada dia ustaz ke, syeikh ke, habib ke, apa sahaja, masih tidak tahu. Maka, secara biasanya, kita akan bahasakan diri kita sebagai 'ana' dan 'enta' kepada beliau yang tersebut. Tup-tup, kena pulak, orang yang kita cakap tuh, dia sememangnya seorang ustaz terkenal. Cume kita je tak tahu. Yelah, baru nak masuk track yang betul kan.... So, baru kenal lah... Tapi, alangkah sedihnya bila ustaz yang terkenal tu terlintas dalam hati dia, "eh budak nih. Dahlah mentah lagi. Ber-enta-enta je dengan aku? Aku ustaz kot. Panggillah ustaz.. Hormat sikit". Hati orang, sapa nak tahu kan? Bak kata Amirah Atikah, Imam kat Haramain sana pun diuji iman mereka~

Contoh kedua :

Sebuah rombongan telah diadakan untuk melawat tempat-tempat yang best. Menenangkan fikiran. Contohnya, depa pergi Semporna, Sabah (aku nak sangat pergi sana!!) Rombongan nih dalam kalangan Datuk dan Datin, Tan Sri dan Puan Sri yang tak berapa berseri pun. Conversation antara diorang, banyak yang menggunakan I dan U. Ini reality. mana aku tahu, hm? Tak payah tanya bab tu~ Ditakdirkan, ada seorang Datin nih, guna nama sahaja. Membahasakan dirinya dengan nama dia sendiri, dan Datin yang jadi partner bersembang pun guna nama. Bagi dia, itu lebih memuliakan dan lebih baik. Sebab kalamuddua' kan? Apa yang berkalu? Hm.. Datin yang jadi partner tuh, cakap "you nih, old pattern sungguh. Guna nama macam orang 80-an buat apa? Melenium lah sekarang nih. Plus, I rasa terhina kot". Kenapa terhina? Sebab nama dia Melur. Jatuh standard kot dia rasa~

Contoh ketiga :

Di sekolah. Kita ada Ketua Pelajar, BADAR, PRS, dan berbagai-bagai. Kebiasaannya, yang pegang jawatan ni adalah senior. Well, senoirity kan~ Bila ada adik tak panggil kita kakak, atau abang, atau akhi dan seangkatan dengannya, terus adik tu tadi dicampak dalam kategori pelajar bermasalah tak reti nak hormat senior. Bahaya, harus di-tarbiyah-kan.

Tiga contoh dah aku kasi. Dan ini secara random sahaja. Hanya dengan panggilan, kita terlalu tergugat. Bukan orang tu panggil kita 'heii kau, pelacur, sihat?! Rindu kau lah cikaro~' atau 'woi! bapak ikan! kau sehat? Bila nak belanja aku nih? Berjaya, lupa kawan eh~'. Lain cerita kalau orang tiba-tiba panggil macam tu. Memang kene wrestling dia cukup-cukup.

Just tak panggil positon kita, terus ada dalam hati perasaan yang pelbagai. Apa kesannya? Ye, betun, benar, true, ini masalah hati orang tu je. Tak melibatkan sesiapa. Wait a minute! Tak melibatkan sesiapa? Think about it again and again.

Aku nak ambil, contoh ketiga. Kalau dah macam tu responds si 'kakak/abang' tu, apa jadi kat sang junior? Dibuli? Dikuaratin? Di-pandang-slek? Akan berlakukan? Maka, apa jadi pada ukhuwah? Apa jadi pada dakwah? Hm? Hati sang pendakwah bagaimana? tiada keterikatan ukhuwah dengan mad'u. See? Akhirnya, sapa menang? Sapa pulak yang kalah? Hm.. Jawab sendiri lah. Jawapan subjektif.

Sempena bulan birthday nabi tak habis lagi nih, aku selit kan sikit. Korang ingat tak masa perjanjian apa tah (maaf, aku selalu keliru. tak berani nak state perjanjian apa). antara Rasulullah dengan kafir musyrikin. On the top, Rasulullah tulis, 'Muhammad Rasulullah' diorang tak nak sign agreement tuh sebab tak iktiraf Rasulullah tuh Rasul. Maka, apa Rasulullah buat? Rasulullah said 'okay tak apa, aku padam'. Rasulullah delete word Rasulullah diganti dengan 'Muhammad ibn Abdullah'. See? Betapa indah akhlak Nabi. Orang tak iktiraf baginda Rasul, Baginda cool je. Tak kisah apa pun. Kita? orang tersalah gelar. Bukan tak iktiraf kita sebagai Dato', Menteri, Berseri?, Tiang Seri? pun. hanya kerana tak tahu dan tak kenal. Maka, tersalah tembak. hurm....

This is my random thought. dapat ilham time kat Haramain... Kita sama-sama lah koreksi diri :) peace no war!

#sori, no picture, tak sempat nak cari. ada usrah hari nih...

Saturday, January 12, 2013

merapu 6

Semalam sebelum pergi tengok wayang dan pergi HIMPUNAN tuh, abang bawa masuk dalam Kinokuniya Bookstore kat KLCC tu. Memang dah lama sangat tak masuk kedai tu. Heaven gila masuk. Buku-buku-buku. Seronok sangat. Tak sangka jumpa series The Chicken Soup for Soul's . . . . sesangat suku series buku tuh. best yang amat.

Rasa macam nak pick up satu. Tajuk dia, Brest Cancer bla-bla-bla. Tak ingat fully dia macam mana. Sungguh nak sangat beli. Tpi, mustahilalh. Gila apa aku nak paw abang aku tu. Maka, aku tinggalkan buku tu kat situ. Dalam hati, bertekad juga nak juga buku tu. tiba-tiba ingat anak Meftah sorang nih.

Hehehehe (apa aku tulis nih, bahasa aku, maksud dia~)

Aiman, hadiah besday aku.

Eh, hari tu kata tak nak? Kata dah dapat dah jam kan?

Eh.. Itu dulu. Masa tu aku nak jam. Sekarang aku nak lain.

Apa dia?

Aku nak buku.

Okay, aku cuba. Buku apa kau nak?

#bahagia gila masa nih# even aku sendiri tahu, itu idea yang gila dan agak mustahil untuk berlaku.

Aiman manusia kedua aku request macam-macam untuk birthday aku. First, abang dan kak nur. HA HA HA! Second, Aiman. Pelik. Tah macam mana boleh gila tak malu. Hanya bergurau. Sebenarnya. Tapi, kenal tu, tak lah kamceng mana~ Geh. Pelik. Lantak kamu lah~ Kamu memang suka benda pelik-pelik nih. >.<
Another surprise. Geh!

Friday, January 11, 2013

bicara sepi 2

Ya Allah.. Ujian yang kau berikan ini.. Tidaklah seberat ujian orang lain.. Bukan bermaksud aku membangga diri. Mengatakan diri ku kuat. Cekal atau kalis dengan ujian Mu. Tidak. Bukan begitu. Hanya ingin memujuk sekeping hati. Menyedarkan jiwa bahawa masih luas rahmat kurniaan Mu kepada diri ini....

Ya Allah.. Rumah ini... Mahligai ini... Tidak seperti dulu. Semakin sunyi. Semakin suram. Semakin hilang keceriaannya.. Hati yang kering, terus gersang dengan tiupan kasih sayang. Rindu dengan hilai tawa bahagia. Tiada lagi.. Tiada lagi... Tapi, itu bukan bermaksud tak akan ada. Ujian bagi ku, untuk mengembalikan suasana yang dihidupkan oleh emak..

Tapi ya Allah.... Begitu payah. Berat. Aku lemah. Teramat lemah. Hanya dengan kekuatan dari mu, aku mengumpul daya. Untuk meneruskan perjuangan ke arah keluarga yang lebih sakinah.

Posisi sebagai seorang adik. Kadang-kadang mengembirakan hati. Hm... Setiap orang ada bahagian masing-masing. Begitulah pesan abang. Tak apa hati... Teruskan bersabar. Tak apa.. Minta pada Allah untuk diberi kekuatan untuk terus bersabar... Tak apa.. Tak ada yang rugi pun.

Menggantikan tugas seorang mak di rumah besar ini, bukan sebuah kerjaya yang mudah. Baru aku faham macam mana perasaan emak. Baru aku faham... Tabahnya hati seorang ibu. Juga seorang isteri. Kuatnya hati wanita itu..

Ya Allah.. Hanya pada Mu aku menyembah permintaan.. Dengarkanlah suara kecil ku yang tidak didengari orang makhluk bernama manusia... Dengarkanlah Ya Allah...

Amin........

random thought 3

terkadang rasa tak berdaya.

penat

letih

benci

marah

kecewa yang amat

haihz~

rasa ingin ku daki puncak kinabalu

semata-mata untuk menjerit

melepaskan segala yang terbuku di hati

tak!

tak boleh macam tu

kerana aku masih punya iman....

# a good muslim have their own way to manage their stress~

Thursday, January 10, 2013

bicara sepi 1

masih dalam fasa menyesuaikan diri.

terlalu payah.

hanya sekelumit sabar ada dalam karung.

terkadang seperti tersungkur.

kalah.

letih.

aku give up!

................................................................................

tak.

tak boleh.

DUNIA JAMBATAN AKHIRAT.

jambatan ke syurga?

atau

ke neraka?

arah tujunya,

pada tangan si pembina~

astaghfirullah......

merapu 5

last entry diary mak..

was on ramadhan..

'hari ni imah balik. dengan kawan fatihah. sakit tangan. tak dapat tulis lagi'

uh... pedih~

Wednesday, January 9, 2013

merapu 4

selesai memunggah bilik. dah jadi macam singapura dilanggar todak je rupa dia~

cari benda lain, jumpa benda lain.

segalanya semata-mata mengisi sang UPU~

jumpa diari mak tahun 2009.

best. nak baca sumber inspirasi.

bersedia untuk hujan. sapa nak sediakan payung nih?

=.=

frust

Tak apalah. Allah kan ada ? :')

Monday, January 7, 2013

.........


mak jadi pengarah untuk MV lagu nih.
hahaha 
lawak lah mak nih~

terdiam.


masa mak ada, mak suka lagu nih. 
dulu lah. dulu sangat~

merapu 3



Sangat suka lagu nih. Wording dia sangat meaningfull.

keterbatasan tak wajar menjadi penghalang 
aku mencari kekuatan dalam kelemahan
aku temui kejayaan dalam keberanian

sampai bila aku bertanya
sampai bila... ku harus mencoba
bila lagi ~ 
lalalala~

mampukah kita membalasnya?

Bismillahirrahmanirrahim....
Malam tadi mimpi mak. Tak tahu mimpinya apa. Tapi apa yang pasti, jumpa mak. Biarkan. Hanya mainan tidur mungkin?

Besarnya pengorbanan ibu bapa kita. Terlalu besar. Sebab itulah kita sebagai anak wajib mentaati ibu bapa kita. La budda, WAJIB! Syurga bawak telapak kaki ibu lagi tu.

Bila kita dah besar, jangan lupa pada parents kita. Ni penting. Supaya kita tak jadi anak derhaka.

Nak balas setiap apa yang dilakukan oleh parents kita kat kita sampai bila-bila tak akan terbalas. Tapi, bukan bermaksud kita boleh buat dekk je dengan parents kita. Kita kena show that we love, we care. :)

Hm... Sampai sekarang aku teringin sangat nak baca solusi. Keluaran ke berapa entah. Tajuknya, Ibubapa Derhaka. Sampai sekarang. Nak sangat tahu. Apa maksud istilah tu. Walaupun aku still belum baca, tapi, aku rasa aku dapat guess apa yang dikatakan dalam tu. Okay, misi mencari Solusi kat rak buku abang dan kak nur cumill.

Imah cari yee :D

random thought 2

Kak cik : Imah, kamu ada boy ke?

Aku : *Terkejut. Tak pernah Kak Cik tanya.* Tak. Kenapa?

Kak Cik : Betul ni?

Aku : Lah.. Betul lah. Buang masa je. Penat. Uh.. *macam ada pengalaman kan?*

Kak Cik : Baguslah. Buang masa je imah. Penat. Bercinta bagai nak gila, tapi tak jadi. Uih.. Penat~ Penat~

Hari ni, aku jumpa benda nih kat FB :


Terus berguling aku gelak. 
Teringat mak. Mak pun cakap.
Abah lain sebelum dan selepas kahwin.
Conclusion bagi aku
Kahwin = Taaruf

Dah berkenan, kahwin je terus. 
Jangan bazir masa.
Pertingkat dosa~
lalala~

doa kepada mutiara?

Uh.. Doa buat mu sahabat

1] semoga terus bersabar. diberi kekuatan untuk bersabar.
2] lebih matang from time to time.
3] lebih mudah memaafkan orang.
4] bersangka baik.
5] diberi jalan keluar bagi setiap ujian.
6] semakin hampir dengan cinta Rasulullah.
7] cepat sembuh. cepat sembuh.. cepat sembuh...
8] dibuka mata hati mencari hikmah.
9] anak yang taat.
10] berani menegakkan pendapat sendiri.
11] berkorban tapi tak terkorban.
12] berjaya dunia akhirat.
13] keluarga sakinah, mawaddah, warahmah'
14] hafizah yang sempurna.
15] semoga ukhuwah kita diberikan syurga.

the rest, biarlah rahsia. :)

random quotes~

menggunakan hak berfikir sebelum hak bersuara.

Sampai sekarang aku tak faham apa Mujahid cakapkan. Hurm.. Apa maksud dia?

random thought

Semalam kan aku pergi jejalan dengan abang, kak nur, kak baby, dan adik. Jalan pergi Jusco jerk. Abang saja nak belanja kitaorang makan kat luar. Maka, makan lah kat Subway. Sedap. Abang kata, Subway tu makanan untuk orang yang nak diet. Macam aku. So, sesuai sangat dia bawa aku pergi situ. Apaperlahabangoiijanjiimahkenyang! >.<

Banyak pemandangan yang menyakitkan mata aku. Rasa nak terkeluar je biji mata ni hah. Dengan cahaya yang terang, ramai gila orang macam anai-anai buat sarang, langgar sana, langgar sini. Bising-bising, perhh memang bikin kepala gue pusing.


Tada!! Itulah bendanya yang banyak menghiasi Jusco. Bukan hari aku pergi je. Hari-hari pun lah~ Ramai betul sekarang orang pakai baju, fabrik jenis LYCRA. Apa kesoronok bebenau? Heh. Pakai baju macam bajet dah besar lah. Sebab jenis fabrik punya pasal, setiap perincian tubuh badan nampak. Perh. Memang aku kata. Sapa tak suka pandang. Best kot. Yelah. Dah nampak segala perhiasan. Okay, korang bayangkan eh. Ni aku yang perempuan cakap macam nih. Kalau lelaki? Erk?! 


Zaman sekarang nih, zaman pakai seluar. Semakin susah untuk tengok orang pakai kain. Tak kesahlah umur baya macam remaja-remaja ke, mak-mak ke, mak cik-mak cik ke, nenek-nenek pun makin susah pakai kain. Nampak kurang manis bila pakai seluar nih. Bagi aku lah. Even aku kat luar selalu pakai seluar, tapi, aku sendiri admit. Bila tengok orang pakai kain itu lebih sopan dan cantik. Menutup, insha Allah.. Tapi, masalah besarnya ialah, kau orang tengok jenis seluar dia orang pakai. Cutting memang gabak habis. Tapi, perh.... Nampak pun memang nampak habis. Perh. Aku malu nak statekan apa yang nampak. Korang fikirlah sendiri~

Maka, pendek kata, pakai ala muslimah ke, ala carte ke, semua mata aku tak sedap tengok. Tak selesa. Uh.. dengan mainan warna yang garangnya~ Yang lembutnya~ Yang berbagainya~ Bikin ini mata sakit sikk..

Conclusion, cara Islam suruh pakai gak yang cantik bagi aku. Tak sakit mata, tak bergelora jiwa sang adam. Menghasilkan keadaan yang lebih secure. Itu yang pasti...

Sunday, January 6, 2013

random talk~

Bismillah...

Hari ni aku rasa, aku nak tulis tentang beberapa tips bila kita dalam perbincangan. Tak kesahlah perbincangan keluarga ke, perbincangan kerja ke, atau apa sahaja. sebab in our daily activity, we do commit with some discussion.

MEETING?

1] Dalam sesutau perbincangan, kena letak seorang pengerusi. Yang mana, pengerusi tu akan mengawal aktiviti discussion tersebut. Benda ni penting supaya, perjalanan discussion itu lebih smooth. Pengerusi ada kuasa veto untuk membenarkan seseorang itu bercakap, membatalkan idea, membuat keputusan dan lain-lain hal.

2] Letakkan objektif. Apa yang nak dicapai dalam discussion anda. Objektif sangat penting. Kalau tak ada objektif yang jelas, kita akan buang masam. Asal mula daripada perbincangan, jadi sembang-sembang kopi sahaja. Maka, matlah merugikan....

3] Be realistic and rational. Okay, point ni. Semua orang yang nak lontarkan pandangan, bantahan, sokongan, Kena realistic and rational. Ketepikan perasaan anda-anda. Kalau semua orang nak main perasaan, tak selesai kerja.

Tapi, mana mungkin kita tak main perasaan. kita manusia. Bukan robot yang keras memang tak ada perasaan tu. Memang seharusnya kita melebihkan perasaan orang. Kan??

Maka, kalau nak sangat main perasaan, BOLEH. Dengan syarat, semua orang ketepikan perasaan masing-masing, dan letakkan perasaan orang lain dihadapan. Ithar perasaan. So? Tak ada masalah lah nak kata sapa hati kering tak kering kan? -> hanya sekadar pendapat. sebab... banyak discussion yang lari objektif sebab masing-masing dok layan perasaan sendiri. Akhirnya, kerja tak selesai~

Hm.. Entahlah. Apa aku tulis nih, idea secara random sahaja. Ikut penilaian aku yang masih mentah ni. Maka, sesiapa rasa teruk gila, maaflah.
jadi tak plan awak hari nih?
maaflah saya tak dapat commit.
banyak benda saya kena korbankan sepanjang cuti nih
segala kelas, aktiviti saya, saya skip.
saya kena kerja.
family saya ada masalah.
dalam setahun nih saya kena kumpulkan RM _ _ _ _ _ _
saya harap awak faham keadaan saya.
saya tak kasi tahu orang. saya malu.
tapi, apa pun, saya cuba juga membantu plan kita. 


 Lebih kurang macam tu lah wording yang masuk dalam FB aku. Sedih tak? Siapa dia tak penting. Yang penting kita kena ambil, ibrah cerita. Seorang remaja. Perempuan. Kena kerahkan seluruh kudrat tolong family.. Uh... Hebat.. Tak tahu nak cakap apa. Rasa macam speechless. Nak bantu pun, tak tahu. memang aku boleh hulur. Tapi, tu macam merendahkan maruah dia. :( tapi, aku nak tolong.....

Doa je yang aku mampu. harapnya Allah dengarlah doa aku nih... :(....
 

Friday, January 4, 2013

persediaan itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Hurm.. "persediaan itu"
Aku pun tak pasti aku dah bersedia ke belum.

Semalam, petang. Tiba-tiba terpanggil untuk siram pokok bunga depan rumah. Nampak pula Kak Yana dan Kak Baby tengah makan rambutan dan buah rambai. Syok makan ramai-ramai. Duduk je dengan dioarang, rupa-rupanya ada perkara yang dibincangkan. Semakin kuatlah gam gajah kat punggung aku. Gerenti lah aku tak nak bangun macam tu je. Topik diorang, persediaan....

Banyak dapat ilmu dari Kak Yana (my kakak ipar)

Bila kita kata tak sedia, kita tak akan bersedia pun. Allah tak bukakan pun jalan persediaan itu. Nak tak nak, kita kena kata kita bersedia. Lepas tuh, satu persatu Allah akan buka jalan...

#Jap. Ini persediaan MATI tau. Bukan jawab exam ke, apa ke, tak....

Selagi kita kata kita belum bersedia, maksudnya masih kuat melekatnya dunia dalam jiwa. Kita rasa takut mati. Maksudnya kita cinta dunia. (secara ringkasnya begini). #Hurm.. Korang faham ke nih?

Orang yang bersedia tak bersedia nih ada 3 kesemuanya.

1] Aku tak bersedia = Langsung Allah tak buka jalan untuk dia bersedia. Sebab dia sendiri memang kata tak bersedia~
2] Aku bersedia. Tapi.... =  Maka, Allah akan bukak jalan untuk menyelesaikan segala ke-TAPI-an dia. Allah akan bantu dia untuk alihkan batu-batu yang jadi TAPI tuh..
3] Ya, Aku DAH BERSEDIA = Maka, Allah akan terus masukkan dia on track untuk menyelesaikan masalah yang ada tepi-tepi jalan persediaan dia tuh.

Ini based on apa yang aku faham. Yelah, masuk conversation dah tengah-tengah alam. Pangkal tak tahu. Tahu-tahu dah habis. At least, dapat lah juga sedikit mutiara ilmu di petang hari bersama mereka~

Okay, sambung. daripada tiga golongan itu tadi, yang paling teruk ialah yang kata tak bersedia langsung tu lah. Paling kurang cuba jadi yang ke dua "Aku bersedia. Tapi.... " Kena kuat kan juga hati, diri, amal, ibadat, ikhlas untuk jadi bersedia sungguh. Mula cakap pada diri. Insha Allah, Allah tolong.

Hurm.. Tersandar sebentar. Tanya pada diri. "Fahimatul Hakimah, adakah kamu dah bersedia?" = Erk? takut nak jawab. Rasanya masih belum. Dah tuh, macam mana Allah nak buka jalan nih. Hurm.. Takut. Kena cari kekuatan itu. Kekuatan untuk bersedia.

Bak kata Kak Yana, cakap bersedia dulu. Lepas tuh, Speed up untuk terus bersedia. Uh.... Nampak macam senang. Tapi, jiwa yang nak buat nih? Hurm.. Tak apa, perlahan-lahan ye.. sama-sama lah kita.

Ini sahaja kot yang dapat aku kongsikan. Sebab ini yang aku faham dan aku ingat juga. Ada penambahan nati aku share lagi.

Last word, nak tunggu apa lagi untuk kata bersedia? Kita ada pilihan ke selain untuk terus bersedia? Kita tahu kita akan mati. Tapi tak tahu bila. Tapi, Allah tahu bila kita akan mati. Hurm.. Husnul Khatimah insha Allah yee.... Keajaiban akan terbentang depan mata bila Allah yang bantu. -> Kak Yana said~

Wallahua'lam... ^^

niat itu perlu realistik

Bismillahirrahmanirrahim...
Niat itu perlu realistik.
Kenapa niat? Biasanya orang akan cakap tentang tindakan.
:) Bukankah sesuatu tindakan itu bermula dari niat asalnya? :)

Sebelum apa-apa, eden minta ampun ye kepada semua. Mungkin pendapat kita berbeda~ ^^


Sebab apa saya kata niat, macam tadi lah. Niat yang membawa kepada tindakan kita seterusnya.

Ada satu kisah yang akan saya bawakan. #sejak bila guna saya entah~

First, seorang sahabat yang tanya pendapat saya, macam mana nak dapatkan 15K dalam masa 5 bulan. Masa 5 bulan itu adalah masa beliau cuti matriks.

At first dengar, apa yang saya rasa ialah, ridiculous gila ini manusia. Tapi, tanya juga kenapa. Kata beliau, nak beli rumah untuk mak ayah dia yang tercinta. Beliau merupakan anak sulung. Kalau tanya pasal umur, dah boleh agak kot? Budak matriks, biasanya 18 / 19 lah kan? hurm...

First, umur untuk membeli sebuah rumah, mesti berumur 21 tahun ke atas. Maka, beliau? Amanah beliau sekarang bukan untuk beli rumah. Amanahnya adalah untuk belajar dan terus belajar. Ye. Memang parents dia harapkan dia yang belikan rumah. Tapi, bukanlah sekarang.

Dia sebagai seorang remaja yang baru nak kenal dunia nih, masih di luar kemampuan untuk berbuat sedemikian. Ni lebih kurang macam post pasal impian tu. Bukan mustahil langsung untuk dapatkan 15K dalam masa 5 bulan. Seriously, bagi saya, dalam hidup ni, tak ada yang mustahil. Selagi ada daya usaha yang berpanjangan. Risiko - bila belajar, cuti, lepas tu kerja bagai nak rak, takut nanti dah syok pegang duit, terus lupa untuk sambung belajar. Terus tenggelam dalam duitt~ $_$ sapa nak tahu kan? Padahal, untuk masa sekarang nih, peperangan intelektual sedang berlaku. 

Tapi, jangan fikir dengan sijil yang sekerat tuh, kita dah success bebenau. Kejayaan itu subjektif dan, ikut Allah lah nak bagi kot mana. Kita sebagai manusia, sila berusahalah. Sebab Allah akan berikan kepada mereka yang berusaha. Ye idak?

Tapi, apa pun, kepada mereka yang sudah berniat seperti ini contohnya, silakan. Teruskan dengan niat seperti ini. Sebab sekurang-kurangnya dah berjaya satu step iaitu dare to dream! ^^ Ada orang tuh, tak berani langsung untuk berangan. Lagi parah. Tapi, saya nak cadangkan, bila ada niat yang seperti ini, letakan dia pada niat jangka masa panjang. Perlahan-lahan kita step on track to achieve our target.

Sekadar cetusan pendapat.
Sekiranya bertentangan, harap ampun..
#Saya pun pernah terfikir untuk berangan pada benda yang mustahil. Tapi, kita perlu ukur baju di badan sendiri. itu pesan kak nur saya~ :)

Sekian, wallahua'alam...

Thursday, January 3, 2013

merapu 2



tak tahu kenapa, rasa lagu ni best. >.<
khas untuk awak.
kuat ye..
semua orang pun diuji...
nak buat macam mana, Allah sayang awak lebih :)

kadang-kadang rasa, dia masih di situ
berteleku bersama Al Quran
setia bersama tasbih di tangan
berkhalwat di bilik kecil itu
berhamparkan sang sejadah yang setiaa
cetusan idea masa tengah lalok.

apa kata, kita,

hurm.. sebelum tido, buat muhasabah.

tulis dalam buku khas.

listkan semua dosa pahala kita.

rasanya akan jadi motivasi terbaik tak untuk jadi LEBIHHH BAIIKKK?

takut nak tengok buku amalan sendiri

takut nak ambil pun

tangan kanan ke... tangan kiri.....

:(

peritnya maaf itu. Demi Kekasih, aku rela..


Bismillahirrahmanirrahim..

Post kali ni, rasanya, agak ku pasti semua orang mesti pernah mengalami. Dan mungkin akan mengalaminya lagi dan lagi di masa akan datang.

Tak perlu aku ulang kisah yang memang dah feymes. Kisah paku pada pokok, pada dinding dan sebagainya. Sama. lebih kurang je.

wajah ini boleh jadi wajah orang yang sedang cuba memberi kemaafan. peritkan? dan boleh jadi juga orang yang sedang inginkan keampunan. we do share the same expression. :)


Ye betul. Apa yang kisah-kisah tu kisahkan #apa punya ayat nih?  Tapi aku terfikir. Kenapa kita tak terus forgive and forget ah? Memory kita on bad things lekat lebih lama dan pekat rather than yang baik yang indah. Isn't?

Bukan senang untuk mengucap maaf. Bukan senang juga untuk memberi maaf. Bukan senang. Kalau setakat cakap, yeay tambii semua pun boleh buat.

"weh, aku mintak maaf..
"weh maafkan aku...

Banyak lagi pattern untuk orang minta maaf. Tapi kalau tak datang dari hati yang jujur. the deepest part of your heart, it will be useless, meaningless, and of course, the result is NOTHING! Why? sebab tak ada pertalian lah.

Dan, JUJUR ITU PAHIT, macam hempedu. Tapi, MAAF ITU MANIS, macam maduu.
MEMBERI MAAF ITU,...... Depends on who are you asking for the forgiveness. Kalau orang itu beriman, hm..... Tapi, aku nak rangkumkan semua oranglah. Yang umumnya manusia nih. Memberi maaf itu bukan mudah. terutama pada perkara yang besar. Tak mudah. Sesungguhnya payah. #nampak taukid di situ?  Selain kemaafan yang diberi, apa lagi yang boleh merawat hati?

Benda dah jadi.. Buat apalah nak kecoh-kecoh sangat? Bukan boleh ubah pun. # redha dan sensungguhnya, kemaafan itu miracle. Satu jelah. walau perit mana pun rasa nak beri kemaafan itu, berilah juga. Sebab, kita pun sentiasa mengharapkan ampunan Allah. Semoga bila kita maafkan orang, Allah ampunkan kita.

Semoga dengan kemaafan itu hati akan kembali ceria. Berbunga bahagia. Kan indah hidup begitu?? Sengketa hanya membuatkan hidup terasa dalam neraka. Yang paling penting, sebab Rasulullah akan gembira kita maafkan orang.

Maafkan orang seperti ithar terhadap orang yang meminta maaf. Tatkala ini, penyatuan jiwa dua ummat Muhammad akan lebih erat dan teguh. Maka, bergulinglah sang Azazil kekecewaan..... yeay! mission complete!

KEMPEN : JOM BERI KEMAAFAN, BERSIHKAN HATI! >.<!

Kata-kata peransang : Walaupun hati lara, Rasulullah gembira, Aku rela. Demi membuktikan cintaku pada MUHAMMAD RASULKU~ :)

selamat bermujahadah~ ^^

sangat betul. rendahkan ego. pada tempat ini, kita tak perlu ego. just give it, Rasulullah will be happy


 This entry specially made for me, myself.
Miss Fahimatul Hakimah Bt Mohammed Zabidi.
I just feel its good to spread Rasulullah LOVE...



nikah gantung

Bismillah....
First of all, aku nak cakap, aku tak suka cakap pasal benda nih. Tapi ada sebab, maka aku cakap.

Okay, kisahnya begini. A friend of mine... humph... Rasanya tak perlu cerita.

Okay, begini lah. Macam ni lah.. #mencariayatnakmulamacammana...

Nikah gantung, tak salah pun. Jap. aku rasa dah ada aku post pasal benda nih. Rasanyalah~ Nikah gantung nih maksudnya, ada akad nikah. Sah jadi laki bini. Tapi, nafkah segala bagai tuh, masing-masing.

Syaratnya, perlu kepada persetujuaan kedua-dua belah pihak. Dan, kebiasaannya, orang yang nikah gantung nih, nak menghindarkan diri daripada dosa. Maka, bagus tak? Baguslah! Kan?

Kebiasaannya, antara syarat yang biasa ialah, no 'that'. Okay, Geli. Tapi, teruskan. Walaupun dah dipersetujui bersama, tapi kalau sang suami nak juga, dia ada hak. *peace*

Dan, secara peribadinya, aku galakkan kot orang untuk nikah gantung gini. Bagi aku better than nak ber pasangan-pasangan. Bercinta-cinta sekali terlajak. Hah! Parah. Kalau dah nikah, nak terlajak ke, sengaja lajak ke, suka hati kau orang lah. Sebab dah tak dosa. Yang paling utama, Rasullah tak bersedih. Tapi, aku tak nak. #hahaha cakap besar. Sekarang boleh lah. Belum diuji. Uh.. Cakap besar.. astaghfirullah..

Tapi tapi tapi... jangan lah kahwin semata-mata nak hindar maksiat. Kena ingat juga pakej perkahwinan itu. dengan perangai pasangannya dan sebagainya.

#apesal aku rasa aku ni dah jadi macam penasihat rumah tangga nih? ada pengalaman pe?!!! Okay, ringkaskan.

Syarah pasal nikah gantung nih banyak lagi. Silalah meng-explore sendiri. Oh, bagi aku, hurm.. Serah segala pada Allah. memang ada fitrah. Kena kawal. Allah dah kasi pun manual untuk kawal. Maka, sendiri punya precaution lah... Tapi, kalau tak boleh sangat, silakan take this step! at least, tong sampah ber - anak - anak insha Allah kurang.

Peace no war~
Maaf bahasa lurus habis. Tak reti nak berbunga-bunga.
Ampun...
Oh, pesanan kepada saudara seakidah aku,
Bila nampak aku macam nak terpesong dari jalan yang lurus, tolong selamatkan aku.
Terima kasih guys~ ^^

kena usaha!

13 : 11
"...... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri....."

Bismillahirrahmanirrahim....

Takut pulak baca post sebentar tadi. Nanti tak jadi semua orang untuk berusaha. Semua harap rezeki Allah Taala yang kasi.

Sat gi jadi macam nih

Tak apa... Allah dah teteapkan rezeki untuk kita...

Tak apa... Allah kan baik...

Tak apa... Allah kan pemurah....

Ah... Sudah.. Gawat sik jadi kayak gini.... maka, saya hadirkan satu lagi kalimah cinta dari yang Maha Agung. Maka, nak cakap apa lagi?

Hakikat memang dah ada rezeki untuk kita. Memang dah tertulis. Tapi, syariat perlukan usaha. 

Selamat beramal ^^

impian

Bismillahirahmanirrahim...

Post ni about hidup. Memang selama ni hantar post tentang kehidupan pun kan?

Okay, straight to the point.

Kita, sebagai umat Islam yang kuat sememangnya perlu bercita-cita. Pandang jauh ke hadapan. Kita perlu lebih maju dari yang lain. Sebab kita manusia pilihan Allah untuk beriman kepadanya.

Tapi, dalam kita sibuk men-teleskop-kan bintang mana yang kita nak, kita kena sedar satu hakikat. Allah yang akan bagi segala rezeki tu pada hambanya...

40 : 64 
"Allah lah yang menjadikan Bumi untukmu sebagai tempat menetap. dan langit sebagai atap, dan membentukmu lalu memperindah rupamu serta memberimu rezeki dari yang baik-baik....."

Dalam usaha, kita kena ingat ayat nih. Supaya, kita tak terlalu ghairah mengejar cita-cita. Ye, betul. Kita kejar semua tuh untuk orang yang kita sayang. Kalau tak kaya, macam mana nak tolong orangn Kan? Tapi, ingat Azazil dan bala tenteranya sangat bijak membuatkan kita dahaga dengan keindahan dunia.

Let we see...

Sebab terlalu sibuk mengejar kemewahan, amal ibadat entah ke mana. Ye. betul. Segalanya ibadah. Tapi itu ibadah umum. Ibadah khususnya bagaimana? Bagaimana solat kita? Jangan cakap pasal bilangan solat yang kita buat. Tapi, fikirkan berapa kualiti selayaknya yang kita dapat dari solat kita hari-hari. Semakin banyak harta, semakin terfikir-fikir dengan harta tu. Nak buat apa lagi.. Apa lagi.. Dan apa lagi...

Sibuk dengan projek, kebajikan anak isteri / suami terabai.... Hurm... yang ni ramai yang terlepas pandang. Tengok dari segi institusi kekeluargaan. Yang bermasalah itu bukan sahaja yang miskin. Yang kaya pun masalah juga. Masing-masing dengan dunia masing-masing. Saya kongsi satu rangkap luahan seorang isteri.

Tanyalah diri, selamilah jiwa
Adilkah segala tindakan?
Sempurnakah segala kewajipan?
Masih adakah hati yang terguris dan menangis...
Seorang abuya kepada anaknya
Hati-hati gersang
Ke manakah perginya sayang?
Di mana kata-kata peransang?
Di mana kata-kata mesra?
Di mana kata-kata manja?
Memadaikah kemesraan diganti dengan kebendaan...

#sumber, mr google :)

Maka? Nak cakap apa lagi? Tulisan ini bukan sebagai penghalang kepada semua untuk terus bekerjaya. Kejarlah. Hambatlah. Milikilah impian mu. Silakan. Tiada halangan. malah, Allah ada berfirman...
11 : 105
"Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaan mu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"

So? Nak cakap apa lagi? Hurm... yang penting, beringat. Orang yang tersayang perlukan keselesaan, kemewahan, kekayaan. Ye. Betul. Tak mampu untuk deny. Sebab, ketiga-tiga aspek itu antara rencah kebahagiaan. Tapi, rencah je. Tunjang kebahagiaan ialah BELAIAN KASIH SAYANG. Analoginya, macam masak nasi goreng. Yang utama, nasi yang kita nak makan. Rencah dia seperti ayam, daging, dan sebagainya. 
Alhamdulillah bagi kita yang Allah kurniakan kesemuanya. Alhamdulillah. tapi, bagi kita yang tak dapat semua, mungkin dapat satu dua perencah je, Alhamdulillah juga. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Semoga kita rasa bahagia.

Kesimpulannya wahai manusia, berpijaklah pada bumi yang nyata. Sedarlah akan hakikat diri diciptakan....

Wallahua'alam.
Maaf sekiranya post ni ada mengguris mana-mana pihak punya hati. #ayatkelingmasukbandar.
Hanya cetusan minda berdasarkan gerak hati melalui pengalaman merasai hidup yang sementara ini.... 
Semoga bermafaat untuk semua. Khususnya pada diri yang hina ini.....

Wednesday, January 2, 2013

merapu : 1

kadang-kadang hati ini rasa nak dimanjakan. rasa nak ada orang mendengar. Cukup setakat mendengar. Tak perlu nak kata apa-apa atau nasihat apa-apat. maka, BUDDY, a big thank you for you dear. Kalau kat sekolah lokasi meluah perasaan kat tangga. Baik awak, atau saya. Bila saya bengong, awak cari kat situ. Bila tak jumpa awak, saya cari awak kat situ.

Di situ jugalah tempat merancang aktiviti asrama. Oh well, think tanker lah konon~ heyy tak konon okay. Suka hatilah. Seriously, rasa lega lepas cakap. Segala yang terbungkam dalam hati rasa ada yang dah ambil sikit. She just like a family of mine. #akurasapelikdenganenglishakuduatigamenjaknih...

At last, dia cuma cakap "tak apa, jangan marah. Biar hati lara, tapi Rasulullah gembira". Sentap je. Tapi, terima kasih sebab sudi ingatkan saya apa yang selalu saya cakap. Selalu lupa. Oh... aku baca kat productive muslim about friendship. best.

To seal a friendship for Allah’s sake indicates the obligation of establishing relationships of love and trust for His sake; this is a friendship for the sake of Allah Subhanhu wa Ta’ala..
Zaman bodoh-bodoh memang tak reti bersahabat kerana Allah. Kemenda tah. Tapi, sekarang dah faham.. Alhamdulillah.... 
 
In having good company, we are sowing the seeds of faith therefore friendship is based upon faith, and one’s faith should motivate them to seek out good friends.

Maka, saya bersyukur dikurniakan sahabat seperti berlian. Susah nak dapat. Sekali dapat, memang berbaloi-baloi.

credits to :
Fitriyah Mohd Azit, Nurul Hainil Fatihah, 'Amirah Azman, Nur Suraya Ruslan, Amirah Zahidah Azmin and all
~ ^_^~



Tuesday, January 1, 2013

memang dia tiada pengganti.

hanya Allah menjadi sebaik-baik tempat sandaran

apabila hati terlalu lemah.

tak berdaya...

it is still in adjustment period?

it is take a long time for us to adjust?

hurm...

Allhamdulillah, ada love letter.

yang tak pernah mengecewakan hati yang lara

tak pernah mengkhianati jiwa yang tulus

tak pernah menghampakan jiwa yang mengharap

patutpun Rasulullah said : aku tinggal kepada mu dua perkara. nescaya kamu tidak akan sesat selamanya.

memang ajaib.

memang mukjizat.

untuk ummat Muhammad akhir zaman.

penguat Tauhid dan akidah

penguat jiwa ketika lemah

penenang hati hati ketika marah

pemberi motivasi dikala putus asa menjelma

alhamdulillah, Allah tak tinggalkan hambanya begitu sahaja.

penciptaan yang indah diikuti dengan manual yang seba indah....

wallahu'alam
i really miss her.

soo much.

feel like... humph....

ya Allah, please give me strength...

I'm just too weak.

:(

jujur

terima kasih atas kejujuran itu.

qulil haq walau kaanaa murrann.

berkatalah yang sebenar, walaupun ianya pahit.

terima kasih sebab mengaku.

tak perlu saya tanya soalan yang saya nak sangat tanya.

terima kasih untuk itu.

dan, terima kasih sayang aku.


hahaha macam ayat apa ja~ lantak lah~