Friday, January 11, 2013

bicara sepi 2

Ya Allah.. Ujian yang kau berikan ini.. Tidaklah seberat ujian orang lain.. Bukan bermaksud aku membangga diri. Mengatakan diri ku kuat. Cekal atau kalis dengan ujian Mu. Tidak. Bukan begitu. Hanya ingin memujuk sekeping hati. Menyedarkan jiwa bahawa masih luas rahmat kurniaan Mu kepada diri ini....

Ya Allah.. Rumah ini... Mahligai ini... Tidak seperti dulu. Semakin sunyi. Semakin suram. Semakin hilang keceriaannya.. Hati yang kering, terus gersang dengan tiupan kasih sayang. Rindu dengan hilai tawa bahagia. Tiada lagi.. Tiada lagi... Tapi, itu bukan bermaksud tak akan ada. Ujian bagi ku, untuk mengembalikan suasana yang dihidupkan oleh emak..

Tapi ya Allah.... Begitu payah. Berat. Aku lemah. Teramat lemah. Hanya dengan kekuatan dari mu, aku mengumpul daya. Untuk meneruskan perjuangan ke arah keluarga yang lebih sakinah.

Posisi sebagai seorang adik. Kadang-kadang mengembirakan hati. Hm... Setiap orang ada bahagian masing-masing. Begitulah pesan abang. Tak apa hati... Teruskan bersabar. Tak apa.. Minta pada Allah untuk diberi kekuatan untuk terus bersabar... Tak apa.. Tak ada yang rugi pun.

Menggantikan tugas seorang mak di rumah besar ini, bukan sebuah kerjaya yang mudah. Baru aku faham macam mana perasaan emak. Baru aku faham... Tabahnya hati seorang ibu. Juga seorang isteri. Kuatnya hati wanita itu..

Ya Allah.. Hanya pada Mu aku menyembah permintaan.. Dengarkanlah suara kecil ku yang tidak didengari orang makhluk bernama manusia... Dengarkanlah Ya Allah...

Amin........

1 comment:

hainil fatihah mohd fauzi said...

insyaAllah..ada cahaya bahagia di sebalik kabus ujian yg suram itu.sama2 kita usaha ye awak.walaupun sy orang luar je..apa yg saya mampu bantu awak sy bantu.berhasil atau tak Allah yg tentukan.saya doakan awak kuat ye sahabat.ujian buat awak lebih hebat!senyum~