Tuesday, January 29, 2013

eh hoyy, aku ustaz lah!

Bismillahirrahmanirrahim...

My first entry yang nak sangat aku update since aku kat Haramain..

Based on my title today, dapat tak gambaran aku nak cakap pasal apa sebenarnya? Hm..

Fenomena ni ada di mana-mana, dan berlaku dalam pelbagai lapisan masyarakat. Ustaz tak ustaz, alim tak alim, semua pun sama terjebak.

Contoh pertama :

Dalam satu pertemuan, the first time. Kita kenal seseorang itu baru pada hari itu. Masih tak tahu sama ada dia ustaz ke, syeikh ke, habib ke, apa sahaja, masih tidak tahu. Maka, secara biasanya, kita akan bahasakan diri kita sebagai 'ana' dan 'enta' kepada beliau yang tersebut. Tup-tup, kena pulak, orang yang kita cakap tuh, dia sememangnya seorang ustaz terkenal. Cume kita je tak tahu. Yelah, baru nak masuk track yang betul kan.... So, baru kenal lah... Tapi, alangkah sedihnya bila ustaz yang terkenal tu terlintas dalam hati dia, "eh budak nih. Dahlah mentah lagi. Ber-enta-enta je dengan aku? Aku ustaz kot. Panggillah ustaz.. Hormat sikit". Hati orang, sapa nak tahu kan? Bak kata Amirah Atikah, Imam kat Haramain sana pun diuji iman mereka~

Contoh kedua :

Sebuah rombongan telah diadakan untuk melawat tempat-tempat yang best. Menenangkan fikiran. Contohnya, depa pergi Semporna, Sabah (aku nak sangat pergi sana!!) Rombongan nih dalam kalangan Datuk dan Datin, Tan Sri dan Puan Sri yang tak berapa berseri pun. Conversation antara diorang, banyak yang menggunakan I dan U. Ini reality. mana aku tahu, hm? Tak payah tanya bab tu~ Ditakdirkan, ada seorang Datin nih, guna nama sahaja. Membahasakan dirinya dengan nama dia sendiri, dan Datin yang jadi partner bersembang pun guna nama. Bagi dia, itu lebih memuliakan dan lebih baik. Sebab kalamuddua' kan? Apa yang berkalu? Hm.. Datin yang jadi partner tuh, cakap "you nih, old pattern sungguh. Guna nama macam orang 80-an buat apa? Melenium lah sekarang nih. Plus, I rasa terhina kot". Kenapa terhina? Sebab nama dia Melur. Jatuh standard kot dia rasa~

Contoh ketiga :

Di sekolah. Kita ada Ketua Pelajar, BADAR, PRS, dan berbagai-bagai. Kebiasaannya, yang pegang jawatan ni adalah senior. Well, senoirity kan~ Bila ada adik tak panggil kita kakak, atau abang, atau akhi dan seangkatan dengannya, terus adik tu tadi dicampak dalam kategori pelajar bermasalah tak reti nak hormat senior. Bahaya, harus di-tarbiyah-kan.

Tiga contoh dah aku kasi. Dan ini secara random sahaja. Hanya dengan panggilan, kita terlalu tergugat. Bukan orang tu panggil kita 'heii kau, pelacur, sihat?! Rindu kau lah cikaro~' atau 'woi! bapak ikan! kau sehat? Bila nak belanja aku nih? Berjaya, lupa kawan eh~'. Lain cerita kalau orang tiba-tiba panggil macam tu. Memang kene wrestling dia cukup-cukup.

Just tak panggil positon kita, terus ada dalam hati perasaan yang pelbagai. Apa kesannya? Ye, betun, benar, true, ini masalah hati orang tu je. Tak melibatkan sesiapa. Wait a minute! Tak melibatkan sesiapa? Think about it again and again.

Aku nak ambil, contoh ketiga. Kalau dah macam tu responds si 'kakak/abang' tu, apa jadi kat sang junior? Dibuli? Dikuaratin? Di-pandang-slek? Akan berlakukan? Maka, apa jadi pada ukhuwah? Apa jadi pada dakwah? Hm? Hati sang pendakwah bagaimana? tiada keterikatan ukhuwah dengan mad'u. See? Akhirnya, sapa menang? Sapa pulak yang kalah? Hm.. Jawab sendiri lah. Jawapan subjektif.

Sempena bulan birthday nabi tak habis lagi nih, aku selit kan sikit. Korang ingat tak masa perjanjian apa tah (maaf, aku selalu keliru. tak berani nak state perjanjian apa). antara Rasulullah dengan kafir musyrikin. On the top, Rasulullah tulis, 'Muhammad Rasulullah' diorang tak nak sign agreement tuh sebab tak iktiraf Rasulullah tuh Rasul. Maka, apa Rasulullah buat? Rasulullah said 'okay tak apa, aku padam'. Rasulullah delete word Rasulullah diganti dengan 'Muhammad ibn Abdullah'. See? Betapa indah akhlak Nabi. Orang tak iktiraf baginda Rasul, Baginda cool je. Tak kisah apa pun. Kita? orang tersalah gelar. Bukan tak iktiraf kita sebagai Dato', Menteri, Berseri?, Tiang Seri? pun. hanya kerana tak tahu dan tak kenal. Maka, tersalah tembak. hurm....

This is my random thought. dapat ilham time kat Haramain... Kita sama-sama lah koreksi diri :) peace no war!

#sori, no picture, tak sempat nak cari. ada usrah hari nih...

No comments: