Monday, January 7, 2013

random thought

Semalam kan aku pergi jejalan dengan abang, kak nur, kak baby, dan adik. Jalan pergi Jusco jerk. Abang saja nak belanja kitaorang makan kat luar. Maka, makan lah kat Subway. Sedap. Abang kata, Subway tu makanan untuk orang yang nak diet. Macam aku. So, sesuai sangat dia bawa aku pergi situ. Apaperlahabangoiijanjiimahkenyang! >.<

Banyak pemandangan yang menyakitkan mata aku. Rasa nak terkeluar je biji mata ni hah. Dengan cahaya yang terang, ramai gila orang macam anai-anai buat sarang, langgar sana, langgar sini. Bising-bising, perhh memang bikin kepala gue pusing.


Tada!! Itulah bendanya yang banyak menghiasi Jusco. Bukan hari aku pergi je. Hari-hari pun lah~ Ramai betul sekarang orang pakai baju, fabrik jenis LYCRA. Apa kesoronok bebenau? Heh. Pakai baju macam bajet dah besar lah. Sebab jenis fabrik punya pasal, setiap perincian tubuh badan nampak. Perh. Memang aku kata. Sapa tak suka pandang. Best kot. Yelah. Dah nampak segala perhiasan. Okay, korang bayangkan eh. Ni aku yang perempuan cakap macam nih. Kalau lelaki? Erk?! 


Zaman sekarang nih, zaman pakai seluar. Semakin susah untuk tengok orang pakai kain. Tak kesahlah umur baya macam remaja-remaja ke, mak-mak ke, mak cik-mak cik ke, nenek-nenek pun makin susah pakai kain. Nampak kurang manis bila pakai seluar nih. Bagi aku lah. Even aku kat luar selalu pakai seluar, tapi, aku sendiri admit. Bila tengok orang pakai kain itu lebih sopan dan cantik. Menutup, insha Allah.. Tapi, masalah besarnya ialah, kau orang tengok jenis seluar dia orang pakai. Cutting memang gabak habis. Tapi, perh.... Nampak pun memang nampak habis. Perh. Aku malu nak statekan apa yang nampak. Korang fikirlah sendiri~

Maka, pendek kata, pakai ala muslimah ke, ala carte ke, semua mata aku tak sedap tengok. Tak selesa. Uh.. dengan mainan warna yang garangnya~ Yang lembutnya~ Yang berbagainya~ Bikin ini mata sakit sikk..

Conclusion, cara Islam suruh pakai gak yang cantik bagi aku. Tak sakit mata, tak bergelora jiwa sang adam. Menghasilkan keadaan yang lebih secure. Itu yang pasti...

1 comment: