Wednesday, February 27, 2013

typical-minded

https://www.facebook.com/groups/TeamDSU/417847241643646/?notif_t=group_comment_reply

Tadaaaa!!! Siang-siang lagi aku kasi link. Sila lah jenguk. Apa yang sedang berlaku dalam group tuh.

Sesungguhnya, aku rasa nak gelak guling-guling tergolek je tau. Lawak. Masing-masing nak tunjuk hebat. Nak berdebat. Haiz~

Aku pelik sungguh. Siap auto invite lagi tuh. Terbaik sangat kan? Bagus punya admin. Aku menyerang? Ye. aku nak serang admin. Kau buat page, tapi tak kawal. Memang lah kau. Bagus.

Kalau macamni punya gaya, orang jahil bertambah jahil. Orang yang konon pandai terus dengan begitu. Come on... Admin, bertanggungjawab lah sikit dengan group anda~

melaka-melaka-melaka

Oh ya... Hari sabtu lepas aku dan dua orang kawan aku. Yang sangat teramat baik pi Melaka. Nak tengok Jom Masuk U. Memang berbaloi-baloi.

(entry ini adalah salah satu usaha menceriakan hati ku~)

Di sini gemar aku kongsikan beberapa gambar gila bersama mereka :

dah habis pun menjelajah

sangat terpikat dengan pakcik UKM ni. Doakan gue dapat UKM

terpaksa amik guna tangan sendiri. :D

excited je tengok belon nih. yeay!! dah sampaiu!!

pengembaraan bermula taman botanikal Melaka

masih tiada hala tuju.berlari macam olang gil*

lama tak naik beskal! Amira yang belanja. haha

bahagia bersama <3

partner menari time form 4. my first and last partner for dancing

besties :) <3

kena pulau. terpaksa main sorang-sorang. haha

sungguh mengarut. macam kanak-kanak rebina

sebelum dikejar sang monkeys~

ada orang tu gayat. takboleh main benda nih. ingat kat my buddy!!

mereng~ haha.

poyo je?

lihat apa yang beliau pegang. professional nih!

apa masalah beliau?

menjejaki encik bas yang cute~ :)



terima kasih cikgu

:) Bismillah... Okay, kalau post tadi menyentuh benda yang memang langsung tak best dan sangat serta sungguh memilukan hati, yang nih, post bahagia pula. Alhamdulillah...

Sebenarnya, pergi lawat cikgu-cikgu dekat sekolah bersama-sama dengan ibu. Semua cikgu pelik. Ni siapa? Mak sedara ke? Mak cik ke? Selamba hati aku cakap sambil peluk bahu ibu :

'This is my future ibu! :)'

Cikgu mata terbeliak terus. ada yang tak terkata pun. Huhuhuhu. Sampai nak tanya soalan tak tertanya. Kelakar tengok reaksi cikgu. Sampai ibu jadi malu. Habis je salam semua cikgu dalamstaff room tuh, ibu terus keluar. ibu malu. Hahahaha. Aku buli ibu hari nih. Hikhikhik. Ampun yee ibuuu....

Dan ada sempat juga seminit dua cikgu sejarah kertas satu aku. Cikgu Noraini nama dia. Sempat memberikan sepatah dua kata-kata nasihat kat aku. Risau betul cikgu-cikgu. Care. Sangat care. Sebab itulah aku sayang cikgu-cikgu tu. But some how, aku sayang cikgu Maahad Hamidiah ***** juga :) hehehe

Antara pesan cikgu, redhakan hati. Bahagiakan hati bila lihat abah bahagia. Tak apa. Apa pun berlaku, Allah ada. Fahima tabah yee. Semoga fahima ceria selalu. Bahagia dengan mak baru.

Selamba hati aku tegur cikgu. 'Cikgu, bukan emak. Tapi IBU :) HEHEHEHE'

Cikgu senyum jeee....
Oh yee.. Tak jumpa pun ustazah kesayangan aku. Ustazah Muntimah dan Ustazah Nek Hazifah. Apa khabar beliau agak nya. Madam Rohazila pun tak ada. Incharge jadi pengawas peperiksaan kot.

Itulah cikgu-cikgu sekolah aku. Penawar jugalah bila aku jadi Titanic. Ustazah muntimah yang memang serupa ibarat mak bagi aku kat sana. Cikgu Jam yang sangat sporting. Bagi aku, Cikgu Jam bukan setakat pengajar. Tapi pendidik, penenang, pengembira hati aku... :) Cikgu Nik Hazirah. Ibu tiri aku. Merangkap cikgu kelas aku. Beliau antara orang yang memang banyak tahu pasal aku. Aku pernah menangis dengan dia macam new born baby je tau. Malu bila ingat. Manis bila kenang. Madam Misyati. Dalam sikap madam yang happy go lucky tuh, beliau lah yang selalu kata 'fahimah, kamu boleh fahima'

Huh. Seribu satu kenangan. Pelbagai ragam. Itu yang menyerikan hidup aku. Mematangkan aku. Alhamdulillah. Mestilah ada yang aku tak tersebut kat sini. Nak sebut satu persatu, memang gasak lah entry ni panjang betul.... huhuhu

Cop! Mana boleh aku lupa Ustazah Norliah dan Ustazah Noriah. Ustazah Norliah, mudir untuk subject usul aku. Sentiasa guide aku yang tak masuk kelas. Ustazah Noriah pula pembimbing usrah aku.

Subahanallah.. Rindunya Ambo pada kalian.. Semoga Allah sahajalah yang menjaga guru-guru ku ini... Aamiin....

Tuesday, February 26, 2013

kesombongan

Bismillah.. Warning! Entry ini agak sensitif. Siapa yang dapat tangkap individu tersebut, sila diam kan sahaja.

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni, aku, ibu (bakal ibu sebenarnya) dan abah. Pergi Klang untuk menguruskan beberapa hal yang tertangguh. Bendayang baik jangan ditangguh bukan?

Maka, dengan tiba-tibanya abah offer aku untuk singgah kat sekolah lama aku. Pada mulanya rasa tak hingin pun. Malas dan tak suka dikenang memori di sana. Tapi, sebab aku memang sayang betul kat beberapa orang cikgu kat sekolah tu maka aku cakap 'abah, imah nak singgah sekolah imah. Kita beli cendol dulu. Untuk cikgu-cikgu'. Tapi, tak beli pun cendolnya. Rushing. Memang sekejap cuma singgah sekolah aku tu.....

Maka, aku pun masuk bilik guru. Dan cikgu pertama yang memang aku nak sangat jumpa is, Puan Jamaliah. Love her so much. Aku terus sapa dan salam semua cikgu yang ada dalam bilik guru tu.

Di sini, terjadi satu tragedy. Maybe its quite melampau aku katakan tragedy. But for me, it is a tragedy!

Sampai kat seorang cikgu. Memang tak angkat muka langsung pandang muka aku yang tak berapa nak cantik nih. Tak apalah. Maybe sibuk sangat kot? Aku ber husnu-zhon. Aku tegur cikgu tersebut. Hulurkan tangan untuk bersalaman. Still tak tengok muka. Perh! Aku try tegur dia pulak. Cikgu... Still, no responds~ 

Well, aku tak tahu apa salah aku. Sungguh. Ibu aku pun terkejut dan aneh dengan perangai cikgu tuh. Kesian lah aku dekat dia. Sebagai aku yang masih ada perasaan, for sure aku terkecik hati dengan action dia. Fitrah. Tak payah deny lah~

Bila action dia macamtu, terus ter-flash back tragedy-tragedy lama dengan dia. (banyak betul tragedy aku dengan dia) Memang betul lah sangkaan aku. Ye. Bukti ini. Kali ini. Kali kedua. Huh!

Tiba-tiba aku teringat kata-kata kak cik dan syarah dari abancik,

'TAKABBUR TERHADAP ORANG YANG TAKABBUR ITU SEDEKAH'.

Dan my last word is, aku hormat dia sebagai cikgu. Hanya kerana dia seorang cikgu. Tapi penghormatan itu hanya sebagai adat. Orang yang tak sedar diri bahawa dia hamba.. Taraf dia lebih jauuhhh dan lebih rendah dari hamba.

Kepada beliau guru ku, aku doakan beliau terus dalam redha Allah. Semoga Allah tak bongkak dengan beliau. Terima kasih menyampaikan ilmu. Hanya sebagai penyampai. Beliau bukan pemilik ilmu. Maka aku, lebih jauh berterima kasih kepada pemilik ilmu kerana mengumpulkan ilmu itu ke dalam dada ku.

Alhamdulillah.... :)

*peace no war! >.<*

Monday, February 18, 2013


this is Haji Deden.
Dengan wife dia.
Bersama dua anak mereka daripada tiga.
Comel je dia pegang itu doll kan?

merapu 9

dia.
macam faham.
macam tak juga.

kalau begini, puncanya apa?
aku tak tahu.
nak tahu.
tanyalah.
tapi, tak mahu.

mungkin proses?
tengah nak besar yee?

hm.
tak best pun macam ni.
kering. keras. batu. pasir.

hm.
cari ubat.
mana ubat?
ada ke ubat?

tak akan tak adakan?
tak nak jadi macam NIKITA.
bukan ini yang abang ajar
tapi, ini yang abang risaukan

Its happen.
suddenly.
I don't know why.
wondering
pounding
looking for the answer

kembali kepada sunnah.
ye..
sunnah
perlu lebik kenal. 
Kenal itu Pembawa cinta (Baginda sahaja)

hai jiwa,
janganlah begini.
begitu juga bukan.
kembali kepada fitrah mu
perbaiki.
berjalan atas jalan yang terang.
jangan kau gelincir.

hai jiwa.
lembutlah engkau.
kembalikan kehangatan itu.
bukan ini caranya.

hai jiwa,
aku sunyi
aku suram
aku muram
aku perlukan kau jiwa
kembali.
kembali menceriakan aku.

bukan aku seorang
malah mereka
mereka
dan mereka~

ya Allah, limpahkanlah jiwa ku dengan sifat rahman dan rahim mu~

Sunday, February 17, 2013



this song describe everything~

bicara sepi 6




 
Setiap manusia ada daya tahan masing-masing

Ada yang tahan dengan panas

Ada yang tahan dengan sejuk

Ada juga yang tahan kena tumbuk

Pelik ke? Hm.. tak pelik lah. Sebab masing-masing ada passion dia sendiri

Tapi, ikut mana pun, segala benda ada limit.

Sampai satu saat, dia akan berhenti.

Berhenti, mula mencari lubang-lubang melarikan diri.

Tak. Bukan melarikan diri. Tapi mencari diri.

Diri yang baru. Yang lebih baik.

Wahai hati, mintalah kepada pemilik Mu

Agar Dia sentiasa ada bersama mu. Sepanjang engkau menjalani ekspidisi mengenal diri

Semoga kau tak tersasar. Semoga engkau terus. Terus dan tetap di jalan mu.

Mencari diri, mengenal Tuhan mu.

Masa untuk duduk sejenak, bertafakkur....

Saturday, February 16, 2013

aku rindu manusia ini.

Wan Nur Suhaila Sobri 

Itu nama dia.

Baik yang amat. Rapat start form 3.

Tapi, aku suka buat jahat kat dia. 


Sekarang dia kat Mesir. 

Ini gambar time form 5. Gemok gitu.

Kat rumah Fatin Qistina.

Bear birthday. Tapi, dah hilang.

Anak aku curi. Sue dia selalu jadi driver aku bila nak keluar jejalan.

Best betul. Aku start kenal dunia mall, dengan dia lah.

Makan tah apa-apa punya kat seoul garden tu lah~

Semuanya Sue yang ajar.

Gerak pi Jusco, semua pun nampak sue.

The only person yang memang aku spend time banyak kot?

Time Putrajaya. Layan je kau aku kan? Nak itu ini semua kau ikut.

Itulah kau Sue~ Memang driver aku betul. Pusing satu Putrajaya tu.

Tak sabar tunggu kau balik. Cepat lah balik!! Cepat lah!!!

Jadi Doctor tau! Jangan lupa, jadi driver aku lagi! Hahahaha!! 

Main je eh.. Jangan feeling-feeling 

Miss the moment tunggu kau macam orang gila.

Selalu lambat kau kan. Sampai kengkadang nak je aku set bom kat katil kau.

And semestinya, kau satu-satunya teman aku pi McD. (Never ever happen again. One and last.)

 Alamanda. Jumpa Ibn Meftah. Kau tahu, gelak je~

Sembang dengan kau macam syok sendiri. Sebab kau pendiam. Tapi aku suka.

Sebab kau setia mendengar. Dengar hati aku yang kadang tu aku tak pernah buka pun.

Sue, kau miracle. Bila kau pi Mesir... Perh. SEDIH    

T_T

Chayok Sue!!! Sarangae~ <3 :)

#post bersifat peribadi. hanya untuk beliau yang teristimewa :)

Friday, February 15, 2013

merapu 8

Mungkin aku semakin berubah. Aku pandang dunia pada sudut sisi yang berbeza.

Aku semakin kurang berperasaan dalam bab yang tak perlukan perasaan masuk campur.

Aku tak pasti bendani positif atau tidak.

Mungkin positif. Mungkin juga tidak.

Tapi, yang aku pasti, prinsip aku sekarang,

JANGAN BIAR PERASAAN MENGUASAI KEPUTUSAN.

Perlu perasaan dalam berkeputusan. Tapi, Rasional jangan tewas dengan emosi sendiri.

Kalau tak ada perasaan, keputusan kita akan menyakitkan ramai pihak.

Bila terlalu berperasaan, keputusan kita akan jadi tak risional.

Maka, ambillah yang di tengah. Seimbangkan kedua-duanya.

Insha Allah, itu yang terbaik. Wasatiyyah kepada semua hal.

Satu benda aku takut. Takut satu tahap aku terjadi robot.

Tapi, pengalaman tengok NIKITA, manusia dan perasaan tak akan pernah dapat dipisahkan.


*Peace!!!*


Professional

In working, please be professional. If there is any problem, just tell the other members. Get them inform what is going on actually... In return, they will understand your job and they are willing to help.

Put aside your feeling. Put aside your pride. We can make it true. TOGETHER!~
 
This is my latest status in Facebook. Why do I say so? Hm....

Macam ini lah al kisahnya. Aku tak berminat nak cerita keadaan yang exactly happen. Aku bagi contoh lain.

Situasinya

Dalam sebuah organisasi bersar, biasalah mereka nak buat apa-apa program. Maka, ditubuhkan jawatan kuasa pelaksana yang akan diketuai oleh pengarah dan dibantu oleh timbalan pengarah. Bawah organisasi ini, dibahagikan pula kepada biro-biro tertentu. Contohnya biro multimedia, biro pengisian, biro makanan, biro tentatif, biro modul dan bengkel, dan macam-macam punya biro.

Sekarang, let say this group is going out to handle sukaneka program. Kemuadian, biro acara permainan bagi ketogori warga emas takada idea atau tak ada bahan nak buat acara apa. sementara biro yang lain laju dan lancar buat kerja masing-masing. So, dengan sedih hatinya, rendah dirinya, biro warga emas ni malu. Sebab tak reti buat kerja. Tergugat keegoaan, Dilema. Nak minta tolong. Malu. Tak minta tolong tak siap kerja. Hm? Maka? Apa penyelesaian kepada masalah ini? 

Hm.... Sebagai orang yang professional, we should tell the problem to the organization.We shoul and we must do so. Than, the problem will be settle down together. Kita beroorganisasi. Bukan individual. Dalam pembahagian kerja memanglah begitu. Supaya lebih efisyen. Tapi bukan bermakna kerja kau, kerja kau. Kerja aku, kerja aku. Kau jangan masuk campur hal aku, aku tak nak masuk campur hal kau. Kalau macam ni punya minded, memang tak berjayalah sesuatu program tuh.....

Thus, please be professional in your work. Do not mix your private feeling in your work....
Bismillah... First of all, aku sendiri tak tahu apa maksud equation yang aku tulis tu. Random idea?

Bila cakap pasal ibu bapa, memang ada hadis yang sebut bahawa memberatkan emak itu adalah tiga kali ganda disuruh berbanding bapa. Yes, that is true :)

Which is that's means, ketaatan kepada ibu itu lebih besar.

Tapi, jangan sampai melebih sangat. Sampaikan mengetepikan ayahnya. Apa maksud aku?

Okay, macam nih. Dalam rumah tangga, biasalah ada berbagai-bagai perencah. Tumix ada, ajinamoto ada, maggi ada, semua pun ada. Bila berlaku beberapa pergaduhan manja atau singa between our parents, should we be berat sebelah? Adakah mesti menyebelahi ibu juga? Walaupun keadaan sebenar kita sendiri tak tahu? It is fair to the father? Hm? Faham ke nih?

Apa yang aku nak cakapkan ialah, sebagai anak, sayang mana pun kita kat ibu @ ayah kita, kita kena fair dalam beberapa keadaan. Lebih-lebih lagi dalam mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah. Sebagai anak, kita nampak kurangnya daddy kita, so, admit it. Nampak ketempangan mummy kita, iktiraf. Jangan everything just put on one side. Its not fair.

Somehow, be honest. Think rationally. Not emotionally. . .

Hm.... Kasih bapa, sering kali terpinggir. Ramai yang tak perasan. Sebab bapak ni memang kurang perasaannya itu. Means, kurang sensitif. Tapi, each day we are growing up man. Use our mind wisely. To judge the situation. 

Monday, February 11, 2013

Lagu yang teramat sesuai bagi aku. Buat masa sekarang....


Rindu Haji Deden. Apa khabar dia gamaknya? Rasa nak pergi lagi itu Puncak, Indonesia. Sangat mendamaikan. Menjejaki hakikat diri.

Kat sini ada Abii. Aku tahu dia guru rohani aku. Tapi, hm..  
disaat diri ku
ketandusan kata-kata
kau datang menjelma
membawa cahaya

engkau memberi sinar
untukku teruskan
kehidupan yang penuh
dugaan cabaran

kasihmu mekar di hati
tarbiyah di bumi ini
dengankeindahan pekerti
seindah pelangai

indahnya ukhuwah
tanpa terpalit rasa
sifat mazmumah
antara kita

kerdipan cahaya
akanku kenang jasa
kenagan bersama
antara kita...

# awak, maaf. saya rasa saya tahu apa yang awak rasa dengan respond saya semalam. kayu je kan? maaf..


Sunday, February 10, 2013

merapu 7

the bahasa,
its just come out.
aku tak tahu mana sumber dia.
mungkin ini maksud abi
selama ni aku faham
sekarang aku hayati
hm.

random pick 1

salam sume..nk minx pandangan shbt2 skt leh x?
situasi:
ada seorang duda beranak 2 yg berumr lingkungan 4oan yg nk msok minang kowg..in d same tme,parnts kowg xbg kwen ag slagi xabh ijazh..kowg nk bgtw parnts kowg x psl ad owg nk merisk n melmr kowg?mcm mne nk ckp ngn laki 2 yg pmpuan ni mmg nk kwen tp dlm masa yg sma mengkt ckp parnts kowg..ape kowg nk wt?dy nk tolk laki 2 pn serba slh cz ase laki 2 b'tgungjwb n beragama..dy nk menlak laki 2 dgn cra baik spya laki 2 xkcwa..cmne nk bgtw laki 2 spy laki 2 xkcwa?..ape pndpt shbat2?phm x situasiny?
 
Okay, first of all, aku nak ucap kat sini, aku mengambil masa almost five minutes to understand this writing. Tak reti aku nak baca sinkof muda-mudi kini...


Aku dapat soalan ni daripada kawan aku. Apa punya soalan entah. Complex kot. Tak reti aku nak menjawabnya hah.


Jawapan aku mudah. Ni pendapat budak mentah macam aku ni lah...


Ikut je cakap parents, insha Allah selamat dunia akhirat. Sebab, orang yang paling faham kita dalam dunia ni ialah mak kita. Tiada yang lain lagi... Segala pe'el kita, dia faham dah. Apa kita fikir, rasa, apa sahaja mak tahu dan faham. 

Pasal lelaki tu nak rasa macam-macam, biarkan sahaja. Dia dah cukup dewasa untuk mengatasi perasaan dia. Dia seharusnya more understand. Plus, tak rasa macam ridiculous ke dara yang baru nak hidup, kahwin dengan leleki 40-an, ada anak dua? Muda bebenar si dara tu hah. Nak jadi ibu express. Mampu ke?


Hm... pasal hidup berumah tangga ni, ibarat perjudian dalam hidup. Terutamanya bagi wanita. Tapi, lelaki pun sama juga lah.... Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam. Sebab itu kena husnu zhon dengan Allah Taala. 


Pasal ijazah  tak ijazah baru kahwin. Ini banyak pendapat. Bagi aku, dah kau rasa mampu nak pikul ijazah sekali dengan tanggungjawab as husband or wife, maka, dipersilakan. Semoga Allah permudah. Mungkin berkat perkahwinan, tak ada dosa  bagai segulung ijazah tu lebih bermakna? 

Risiko yang bakal mendatang pun perlu difikir-fikirkan cara untuk atasi.

Hm... Based on this kisah, dapat aku katakan emosi pun mengalami evolusi kematangan. Biasanya kita dengar pemikiran yang matang je sokmo.. Emosi pun ada proses kematangan. Si dara dalam kisah ini sedang mengalami satu fasa kematangan emosi. Tak apa. Segala yangberlaku dalam hidup kita ni adalah prosess.

Maka, dalam melalui proses kematangan, dan pembesaran.. Stick with Allah all the time. Semoga tak hanyut... 

Pada sahabat yang bertanya, fikir dalam-dalam. Mana baik mana buruk. Tanya hati. Tanya iman. Mohon petunjuk Dia yang Maha Mengetahui itu.... 

Apa pun yang berlaku, suka aku ingatkan.. 
Bahawa, syurga mu kini masih di bawah telapak kaki bonda mu.. 
Dosa pahala mu kini, masih dipikul oleh sang ayah... 
Jangan kau ketepikan pendapat mereka.
Jujurlah akan segala yang ada di hati. 
Dengari mereka, kasihi mereka.  

Semoga Allah pandu kamu membuat keputusan yang tepat.
Bukan saja untuk diri mu...
Tapi untuk keluarga mu..


Sekian, 
Nukilan sahabat untuk sahabat.
Maaf andai tersalah bicara.
Terkasar bahasa.
Ketahuilah bahawa aku juga seorang yang sedang belajar.
Belajar dari pengalaman yang lain.
Terima kasih menjadi guru mata pelajaran kehidupan aku..
Terima kasih sahabat~ 

SAYANG KAU!! >.<

khas buat ratu hatiku....

 


Senandung Al-Fatihah ku titipkan saban hari...

bicara sepi 5

Berlari.

Terus berlari

Tak ku hiraukan apa di sisi.

Kau, terus mengejar aku.

Laju.

Tapi, aku terus pergi.

Tanpa menoleh.

Walau seketika cuma...


Ke mana destinasi?

Mana hujungnya nanti?

Aku sendiri tidak peduli.

Yang aku mahu,

Terus berlari.

Sekuat hati.


Walau kau yang aku rindui

Aku tetap berlalu pergi

Sedang kau begitu sabar mengejar ku.


Apa jenis cinta yang kau tunjukkan ini?

Adakah hanya fantasi di dunia pari-pari?

Mengapa begitu tulus hembusan kasih mu?

Mengapa kau terus berada di samping ku?

Walaupun aku sering kali mengecewakan mu...


Sabarnya engkau menanti.

Kepulangan ku ke sisi mu.

Sabarnya engkau menghadapi.

Keingkaran ku...


Dalam aku menjauhkan diri

Kau setia memerhatikan tingkah aku.

Kau terus menunggu.


Dalam keasyikan aku di pelayaran ini

Tiba-tiba aku dipukul sang ombak...

Aku tenggelam. Gelap. Kelam.

Yang aku harap, hanya engkau.

Sang setia. Menanti luahan hati aku.



Aku ingin kembali..

Tapi, aku khuatir.

Seandainya kau tidak di situ lagi.

Menanti aku yang lupa diri


Kau masih menyambut kepulangan aku ke sisi mu

Kau memang setia.

Setia menanti kalimah cinta rindu dan kasih dari aku

Walaupun aku hanya hamba

Padahal engkau sang pencipta....


Ya Rabbi....

Aku kembali...

Dengan lumut-lumut kehinaan.

Penuh nista...

Hanya dengan ampunanMu aku kembali bersinar

Kembali bercahaya...


Alhamdulillah...

Kau terima aku seadaanya..

Alhamdulillah..

Kau terima aku seadanya...


Tapi....

Aku tidak akan pernah berani untuk berjanji

Bahawa aku tidak akan meninggalkan Mu lagi

Kerana aku sememangnya makhluk pelupa asal usul diri

Walau begitu,

Kini,

Akan ku terus berlari

Berlari kembali kepada Mu.

Dengan harapan aku sampai ke syurga abadi


Ya Allah...

Aku pohon....

Jangan matikan aku tika aku bermaksiat...

Melainkan aku telah bertaubat...

Jangan kaburkan jalan yang satu

Dek kerana dosa ku yang beribu...

Ya Allah....

Aku merayu...

Matikan aku dalam Iman yang sempurna

Matikan aku sebagai seorang hamba yang bernilai di mata Mu...

 Ya Allah....

Setelah Kau menjemput aku ke dunia sana,

Izinkan aku bersama dengan kekasih Mu..

Izinkan aku bersama dengan kekasih Mu..

Ya Allah..

Permintaan aku,

Yang paling aku dambakan dari Mu selaku Tuhan ku...

REDHAILAH AKU.....

Hanya pada Mu aku berserah diri dan bertawakkal kepada....

Aamiin ya Rabb.....








# tak tahu mana datang ayat poyo ni. mungkin ini mood swing orang tengah bercinta kot. bahasa aku yang pelik. macam bukan aku. sebab aku tulis bukan sebagai seorang aku. tapi aku tulis sebagai seorang hamba....

bicara sepi 4

Uh..

Beratnya rasa hati..

Nak ikut jugak...

Boleh tak sekarang?

Tapi, amal... Dah cukup ke?

Ya Allah..

Resahnya jiwa ku...

Tanda semakin menjauhi Mu....

Aku rindu panggilan mesra itu..

Sentuhan hanya itu...

Pandangan sayang itu....

Sangat merindui segalanya...

Oh hati.. Masih belum tenang lagi kau di sini tanpa dia....

Hilang sudah unifi aku ke langit indah..

Tiada lagi..

Tiada siapa bakal mengganti.





Dia yang bakal hadir.

Terlalu awal

Mungkin...

Aku masih belum bersedia...

Belum....

Belum....

Hanya iman mengatakan sila....

Kecelaruan dalam jiwa.

Tak siapa pernah tahu.

Kemas tersimpan di hati.

Hanya Dia yang memahami.




Biarkan resah sendiri.

Teruskan pementasan hebat mu ini.

Jangan biar siapa tahu.

Semoga berbaloi.

Semoga berbaloi.




Melihat dia bahagia.

Satu kepuasan yang sempurna.....




Ya Allah..

Ringankan apa yang dihati..

Kurangkan apa yang difikiri...

Bantu aku untuk terus mendekati...

Sementara jejak ini masih kau suluhi.... 

perjalanan ahli syurga -nurul ilhami 1-

Bismillah...

Entry ni akan bersambung-sambung insha Allah. Perjalanan seorang musafir syurga di dunia fana. Nurul Ilhami....

Ilhami.. Anak sedara aku yang keberapa entah. Ramai sangat. Aku dah tak ingat yang ke berapa.

Ilhami lahir, tak seperti bayi yang lain. Ilhami istimewa. Dia utusan dari syurga. Nak mudahkan perjalanan ummi dan abi pulang ke kampung halaman.

Lahir secara pembedahan. Ada beberapa masalah yang tak perlu di state kan di sini. Ilhami ada masalah pada tempurung kepalanya. Tempurung kepala dia, dah siap bercantum. Tak macam bayi yang lain. Masalah ini menyebabkan otak Ilhami tak dapat nak membesar. Sebab tak ada ruang.

Disebabkan otak tetap perlu membesar, mata Ilhami agak terbonjol keluar. Nampak lah sedikit masalah bahagian muka... Hidung Ilhami pula tak ada dua lubang. Ada satu je. Alhamdulillah yang satu tuh, berfungsi dengan baik.....

Untuk menyusu, Ilhami tak boleh menyusu secara direct. Dia perlu menggunakan satu tiub khas yang doktor dah sediakan.

Abi (abang aku) dia cerita, masa mengandungkan Ilhami nih, banyak betul rezeki masuk. Alhamdulillah.. Ummi dan Abi Ilhami kelihatan sangat tenang menerima kasih sayang Allah nih. Masya Allah.. Hanya orang yang betul-betul mampu je boleh pikul kasih sayang Allah ni.

Mana tidaknya, kejadian ini sangat tak disangka-sangka. Sepanjang check-up doctor, tak ada pun doctor yang kata Ilhami akan ada masalah dan sebagainya. tak ada. Semua kelihatan normal dan sempurna.

Tapi, tak apa. dia ahli syuga. Tak perlu dibimbangkan. Sekarang, Ilhami masih dalam pemerhatian doktor. Ilhami akan menjalani beberapa kali pembedahan di bahagian tempurung kepala dan apa-apa sahaja yang aku sendiri tak tahu.

Hm... Semoga diberi kekuatan dan ketabahan kepada sang Ummi dan sang Abi.. Tiba-tiba, teringat emak. :) Hm... Tak apa, serah segala pada Allah.. Ikut suka Allah lah. Miracle akan hadir setelah usaha. Insha Allah.

Nurul Ilhami, kedatangan mu sangat dinanti.
Kelahiran mu, penuh dengan barakah.
Semoga terus kuat..
Bertahanlah Ilhami...
Kami bersama mu...
Allah disamping mu...
Selalu...
Sentiasa...
Selamanya....

:)

Ya Allah.. Sembuhkanlah Ilhami..
Kau lah yang Maha Menyembuhkan... :) <3

Saturday, February 9, 2013

dilema guardian

Bismillahirrahmanirrahim..

Okay. Tadi, Sakinah Ahmad Sayuti IM chat box FB aku. Dia tanya pendapat aku pasal tempat kerja dia. Well, agak typical problem sebenarnya. Tapi, typical-typical pun, masih ramai yang terkandas. Kalau aku kat situ, aku pun tak tahu macam mana...

Kinah kerja kat guardian. Guradian tuh, boss dia, india bukan Islam. Maka, Kinah mempunyai kesukaran untuk solat. Sebab Inche boss tak kasi solat meyh...

Untuk pengetahuan semua, Kinah ni ex-KI. Pekerja kat guardian tu, selain Kinah pun tak solat. Kinah solat dalam keadaan terkejar-kejar. Tak ada kualitilah kiranya. Rushing sana sini sinun. Maka, Cik Kinah telah mengambil keputusan untuk letak jawatan. Dia dah kasi pun notis berhenti kerja 24-jam. Ganas tol!

Akibatnya, boss dia cakap, dia tak akan dapat sesen pun gaji. Sebab tak habis sebulan dia bekerja. (baru kerja 3minggu). So, Kinah tanya pendapat aku.

MY OPINION KALAU KINAH BERHENTI KERJA....

Kalau Kinah berhenti kerja, itu adalah baik. Baik untuk diri dia sendiri. Dia dapat menyelamatkan Iman dia. Ibadat dia. Hubungan antara Allah dengan dia.

Kalau kinah berhenti kerja, dia, tak dapat gaji deyh. Habis titik peluh dia je. Sia-sia kot. buat fenat~ -.- (jahat tol supervisor guardian tu yerp..)

 MY OPINION KALAU KINAH TERUS STAY.....

Kinah ada peluang dakwah yang luas. (okay, bajet tak saya~) Betul. Sapa je dapat peluang macam Kinah berada dalam suasana yang begitu. Berlawanan dengan diri kot. Mad'u Kinah ramai. Inche boss india tuh, dan rakan sekerja muslim dia yang tak solat. Nampak tak lombong pahala di situ?

Bila ada mujahadah, itu lebih dilihat Allah. Mesti susah untuk terus kekal kat tempat tu. Tak mustahil juga dengan Kinah-Kinah sekali boleh hanyut. Tapi, insha Allah, dengan apa yang berbekal di dada.. Dapat menyelamatkan keadaan...

Kinah boleh ubah apa yang sedang berlaku kat guardian tu. (mungkin ini lebih hiperbola) Sikit-sikit usaha. Lama-lama berhasil juga. Yang penting jangan jemu untuk terus berusaha. Boleh jadi juga, kuasa Allah Taala, dengan Inche Boss india tu masuk Islam. kan-kan-kan? Kalau pun dia tak masuk Islam, dia makin dekat dengan Islam.

Kat sini, Kinah boleh tunjuk keindahan akhlak Rasulullah... Semoga dakwah membuahkan hasil. Dakwah bukan kerja mudah. Perlukan kesabaran, ketenangan, dan hikmah yang tinggi. Setinggi Burj Dubai tu. Lihat sahaja perjuangan rasulullah menyebarkan Islam. It is not easy right? Itu Rasulullah. Ini pulak kita. Sesuailah dengan kesukaran kita.

Kepada Kinah, aku doakan kau. Insha Allah Kinah. Kau pembawa rahmat dalam jiwa-jiwa hamba yang ketandusan kat guardian tu. Kau jadi 'guardian' diorang buat setakat nih. Bila rasa nak jatuh, fed-up, kembalilah kepada jemaah kita. :) Team Kisasian kita kan ada? (perlu juga semangat gini. sokongan itu penting) Semoga tetap dalam usaha. Bila kau duduk kat situ, ujian yang mendatang berbagai. Maka, bersabarlah. Mathurat jangan tinggal. Itu basic kot. Boleh jugak, kau hadiahkan al-Fatihah dan selawat untuk diorang setiap hari. Semoga dilembutkan hati mereka, dikentalkan jiwa kau. Selamat berjuang wahai Khalifatullah :)

Tuesday, February 5, 2013

Usrah Waqafan 1

Alhamdulillah, semalam selesai dengan satu sesi usrah bersama sahabat bumi waqafan.

Dengan tajuk : DARI MANA HADIRNYA KEKUATAN LUAR BIASA ITU.

Banyak yang berjaya dikongsikan bersama. Hanya menyebarkan sedikit cinta Allah dan RasulNya di muka bumi ini. Masih belum dapat menjamin bahawa kita insan mulia. Oleh itu, janganlah kalian berbangga dengan usaha menyebarkan cinta yang hakiki itu...

Antara yang dibincangkan :

1. Human Energy Field

Memperkenalkan bahawa, dalam badan manusia ni pun ada force semula jadi yang Allah ciptakan. Kekuatan atas keberhasilan tenaga itu datangnya juga semestinya dari Allah. Macam mana nak dapatkan energy field yang kuat adalah dengan cara mengosongkan diri. Meletakan diri di tempat yang paling hina (hamba) maka, kita akan kuat. Ini hukum ciptaan Allah Taala... Sebab, bila kita rasa kita tak ada apa-apa, maka, kita secara gear automaticnya akan menyerahkan segalanya kepada sesuatu. So, serahkan kepada Allah. dengan kekuatan Allah yang maha hebat tu, kita pun turut sama akan dapat kekuatan itu.

2. Self-zero setting

Ni proses pengosongan diri. Mengosongkan diri daripada benda-benda lain. Tapi, jadikan Allah sebagai fokus utama. Baru betul. Kalau kita buat zero-self setting without replacing Allah as a new focus, bahaya. Sebab, ruang yang kosong itu mudah untuk diisi oleh makhluk halus bertanduk yang jahat...

3. Kasih Sayang Allah

Setiap apa yang berlaku dalam hidup ini adalah berkisar dalam dua nama Allah yang mulia. Iaitu Rahman dan Rahim. Semua yang Allah izinkan berlaku dalam hidup kita adalah bertujuan untuk mendekatkan lagi kita kepada Allah. Senang susah hidup mati semua untuk Allah. Itu lah ahli tasauf sampaikan menafsirkan bahawa, dosa pun satu rahmat. Sebab dengan dosa, kita capai nikmat taubat. dengan nikmat taubat, kita rasa pulak nikmat suci tanpa dosa.... :)

4. Semai Di Sini, Tuai Di Sana

Setiap perlakuan kita kat dunia ni, ada kesannya kat akhirat sana. Masa dalam kubur nanti. Yang akan seksa kita, bukan Allah. Tapi, amalan kita sendiri. Kalau buruk yang amat amalan kita, solat idak, asyik mengumpat, memfitnah, sukk zhon.. memang berekor-ekor kala jengking ular yang akan tolong temankan kita. Tapi, kalau baik amalan kita, banyak qurannya, banyak jujurnya, banyak maafnya, maka, adalah manusia yang amat cantik temankan kita kat sana. Maka, sebenarnya, dalam hidup ni... Ada pilihan. Walaupun kita tak ada pilihan. :) <-faham ke?? HAHAHA~

Maka, setakat ini je perkongsian. Tak banyak mana pun. Ada salah silap ke aa, harap lah perbetul. ambo ni pung bukang betoi sangat~

bayangan 8 tahun lagi


Bismillah.. Apa yang akan aku cakap kan kat bawah ni adalah bayangan hidup aku dalam masa 8 tahun lagi mungkin? Mungkin agak terkedepan.. Tapi, why not kita fikir-fikirkan?

Sekarang, still at KKB (kak pujah's house) Aku dihidangkan dengan lembaran cerita live seorang manusia yang sedang melalui kehidupan dia. Dia sebagai isteri, ibu, kakak, guru, dan sebagainya..

Aduhai.. payah sungguh. Aku terfikir. Mampukah aku? Wuargh!! Seram. Mana nak siap kerjanya, rumahnya, anak-anaknya, suaminya, huh! Hanya Allah yang tahu apa yang aku fikirkan.

Seram memikirkan masa depan. Teringat emak. Macam mana ye mak handle anak-anak dia yang ramai nih. 9 orang kot. Agak-agak mak buka tak bunga silat dia pagi-pagi buta. Kak pujah cerita, mak bangun pukul 4 pagi untuk siapkan bekal anak-anak dan suami. Perh! 4 pagi! Gila lah. Orang pukul 4 qiam. Mak, pukul 4 pagi masak. Memang lah. mencabar.

Balik kerja, anak-anak macam anak burung. Masing-masing nak makan. Tak sempat nak duduk, terus bertukar jadi chef professional. Hebat muh! Bila malamnya, rasa nak buat study case ke mende ke, anak merengek pula. Nak menyusu sebagai. Hah ni belum masuk part laki yang mak menagih mengada~ -.-

Alam rumah tangga. Macam satu nightmare untuk aku sekarang nih. Sampai aku boleh cakap : Eh kak pujah, seram lah! Mana larat nak buat semua nih. Perh! bikin kepala pusing nih.... Macam menyesal je nanti kalau kahwin.

Terus kak pujah marah : Heyy apa daa. best lah kahwin. Alah benda-benda teknikal nih nanti, jangan risau. Allah tolong. Tak larat? Tenaga Allah jugak yang kasi. dah lah.. tak payah fikir banyak. Ingat Allah tenang.

Oh ye. Betul lah tuh. Tapi, masih takut. Hm... Tapikan, lambat lagi benda ni nak berlaku. Kan? Maka, kenapa perlu disibukkan sangat? HAHAHA! Typical mind will say this. Tapi bagi aku, kena mula fikir sekrang. Dengan fikir, mula kita merancang. Dan start dari sini baru kita doa. Kalau dah beranak pinak baru nak doa, payah lah. Dahlah diri ni banyak hijab~