Thursday, April 11, 2013

Random thought 6

Bismillah... random thought aku pada kali ini bawah kata kunci :

JANGAN KERANA SALAH YANG SATU.... DILUPA KEBAIKAN YANG BERIBU...

Sedikit perkongsian pengalaman. 
Aku ada seorang kawan. Ke sehabat? Apa apa jelah. Nama tak perlu aku catat kan kat sini. Oh ye... aku memang ada ramai kawan dan sahabat. Yang sejati.. hanya aku yang tahu.

Aku terus kan cerita.

Dalam bersahabat... mesti sahaja ada yang menyenangkan ada juga yang menyakitkan.

Okay. Apa kawan aku ni buat ialah... dia telah memecah masuk privacy hidup aku. Hm.. secara specific nya.. dia buka aku punya facebook account. Dalam facebook aku ada banyak benda. Lagi lagi part IM. Well... aku yakin dan percaya bahawa korang punya IM pun sangat private kan?

Disebabkan dia telah membaca segala IM aku... aku jadi sangat murka. Malah hampir je aku lempang dia masa tu. Oh ye.. dia mengaku kat aku. Dia hantar IM kat inbox fb aku. Memang. Kalau depan mata aku dah tumbuk dia kot. Tapi sebab aku tak nampak muka dia... dan aku terlalu terkejut... aku senyap. Aku kasi respon yang kononnya aku okay. Kononnya okay!!

Dalam sanubari aku masa tu aku tak nak jumpa dia. Tak nak cakap dengan dia. Even dia call aku memang tak angkat. Aku perlukan masa untuk bertenang.

Dalam masa mencari ketenangan, aku terfikir. Dia buat macam tu pun sebab terlalu sayang aku. Risau tak bertempat. Ikut hati memang aku nak buang dia macam tu je. Ikut rasa aku nak marah marah dia. Tapi iman aku menasihati... kenapa nak tengok pada salah dia yang satu tu? Bukan ke banyak lagi benda baik dia buat kat kau? Dah lah. Maafkan dia.

Aku tanya beberapa orang yang aku percaya dan orang yang paling berpengaruh dalam hidup aku. Dapatkan nasihat.

Alhamdulillah sampai sekarang persahabatan aku dengan dia okay. Alhamdulillah. Walaupun bagaimana pun... aku tetap berhati hati. Well... mukmin yang baik tak jatuh lubang yang sama dua kali.

Kat sini aku nak tekan kan. Situasi ini bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam persahabatan. Malah di alam pekerjaan. Antara majikan dan pekerja. Di alam rumah tangga.  Antara suami dan isteri. Banyak lagi.

Maka dear reader(s) tolong lah. Buka mata hati. Nilai lah. Mana yang perlu kau berat kan. Mana yang Rasulullah ajarkan kepada kita...

Wallahualam.....
Sekian terima kasih.
Tegur aku bila salah.

Senyum seindah suria! !

Saya rindu najmina usmar.. sahabat semasa menuntut di maahad hamidiah kajang.

Apabila mengkorekasi diri.. mengaudit segala amal yang bakal dipersembahkan kepada Allah.... aku terus tertunduk. Menatap tanah. Uh.... begitu sedikit amal ini untuk ditebus dengan nilai sebuah syurga abadi.

Kat maahad hamidiah... sahabat aku yang seorang ni duduk betul betul sebelah katil aku. Setiap malam ada je bed time story. Best betul. Kalau bersembang dengan beliau. Bagai tak ingat dunia.

Mina ni senang cerita kawan beramal aku. Lari lari pi masjid sama sama. Sebab sama sama lambat. Tapi mina badar. Maka dia jarang lambat. Time paling aku tunggu masa form 5... masa rehat.

Kelas kami sebelah sebelah. Aku kelas sains. Mina kelas akaun. Setiap kali rehat dia akan tunggu aku kat belakang pintu kelas ajak pi masjid. Dhuha time! Selalu rebut rebut nak panggil satu sama lain. Suka terkejut kan mina. Lepas dhuha.. terus pi kantin melahap.

Mina suka order mee hoon sup. Bahagia sangat kalau dapat mee hoon sup dia. Hahaha. Kami rapat bila di asrama. Dalam bilik prep pun duduk dekat je...

Hm.... sahabat. Dengan dia aku dapat pengalaman yang mustahil untuk aku lupakan. 

Kes awanis. Siapa je form 5 2010 tak tahu pasal tu? Satu petang awanis tidur sampai isyak. Tak bangun bangun. Sapa tak cuak. Simbah air pun tak bangun juga. Tapi... ramai yang kata tak apa. Bagi aku dan mina.. ini luar biasa.

Mengambil tindakan yang berani.... amik wuduk... baca manzil kat telinga awanis. Hah!! Bergegar bilik prep. Huh. Malam tu.... tidur rapatkan dua katil tidur 3 orang sekali. Perh.

Sahabat. Sukar dicari. Sekarang... aku dah agak dan sangat jarang contact mina. Bukan tak ingat. Tapi tak tahu nak bualkan apa. Lagi pun masing sibuk dengan study.

Kini.. setiap kali waktu dhuha... aku akan ingat mina. Kalau pun aku malas yang amat nak dhuha... doa dhuha dan surah dhuha aku tak tinggal...

Oh mina... awak kasi kesan yang besar dalam hidup saya. Subhanallah.... semoga persahabatan kita akan membawa kita bersama ke syurga.....

Aameen...

Bila lah nak jumpa. Mina tercampak jauh sampai ke Terengganu. Hm...

Doa buat mu sahabat... semoga diperteguhkan iman... di kurniakan seribu satu nikmat yang membawa rahmat... semoga kau sihat sentiasa. Agar dengan kesihatan itu mudah untuk kau membuktikan ketaatan pada Allah...

Aameen....

Rindu
Cik senyum seindah suria!!!

Monday, April 8, 2013

Bismillah...


Setelah sekian lama aku tak menaip blog dan menulis sebarang entry dalam diari.... hari ini aku ingin kembali menulis. Bagi aku dan cara aku bermuhasabah adalah dengan cara menulis. Menulis segala perasaan. Menulis segala keadaan. Membayangkan tulisan itu seperti kitab catatan Ratib dan Atid.

Tiga hari lepas family aku dihadiri oleh seorang insan kecil bernama Khalid Mujahid bin Ahmad Firdaus. Alhamdulillah. Lelaki. Lahir secara pembedahan. Bedah saat akhir. Sedikit rasa tak syok di situ. Walau bagaimanapun.... ala kulli hal... alhamdulillah.

Inilah anak harapan ummi dan abah menuju destinasi hakiki...  akhirat. Dear mujahid... jangan kau terpesona dengan keindahan dunia. Dunia ni tipu je mujahid..... itu ah pesan abah daus sesudah keluar mujahid dari rahim si ummi..

Tadi baru dengar separuh jalan ceramah ustaz Don Danial. Hm..... terjentik hati kecil ku.....

Aku ini... anak yang bagai mana. Saham kanan atau kiri? muhasabah.....