Thursday, September 4, 2014

Berani untuk berangan

Dah lama aku tak berkarya kat sini. Tak apa, itu semua orang pun dah tahu.

Sekarang aku nak share pasal impian aku. Bukan nak menunjuk-nunjuk kasi orang jelous dengan aku punya impian. Atau nak tunjuk aku punya impian hebat atau tidak. Bukan itu semua.

Bismillah...

Bila aku kaya, aku nak....

1. Aku nak ada rumah yang super besar. Ye. Super besar. Aku tak reti nak describe guana kebesaran rumah yang aku impikan ni. Untuk apa aku nak rumah besar?

- aku nak jadikan rumah aku pusat pembangunan tauhid masyarakat. Rumah aku, dalam bayangan aku, sentiasa akan ada tetamu besar (para ulama) yang akan bertandang. Untuk kemudahan mereka menginap di Malaysia. Disamping aku dan keluarga aku dapat khidmat pada mereka semua. (InShaAllah).
- aku juga nak jadikan rumah aku macam pengajian Baa'alawi KL. Ada pengajian kat rumah aku. Daripada syeikh yang datang tadi, depa akan beri tausiah, pengisian semua. Aku nak jemput semua. Sesapa boleh datang. FOC. Maka, tak tertimbullah akan isu pengajian agama hanya untuk orang kaya. Semua free untuk belajar agama. Mengenal Allah.
- rumah aku tu juga dalam impian aku, akan jadi pusat membersihkan jiwa para manusia dengan majlis-majlis zikir khusus dan umum.

2. Aku nak kereta mewah banyak dan besar besar.

- sebab aku kan nak khidmat pada syeikh semua tu tadi, maka, aku perlukan kenderaan yang baik untuk mereka. Sebagai tanda penghormatan kepada mereka.
- nak banyak sebab, mesti syeikh tak datang sorang kan? Mesti syeikh nawa rombongan. Maka, angkut semua pun guna kereta-kereta tersebut.

3. Aku nak ada freedom of giving. Maksudnya, aku bila nak kasi duit ke, apa ke, I would not feel uneasy with it. Aku tak rasa kurang. Bahagianya perasaan itu. Ye. Memberi dan memberi tanpa dalam hati rasa gusar. Bahagian ni, lebih umum. Budak nak belajar, bagi biasiswa. Orang tak ada rumah, aku bagi rumah dia sebijik. Wahhh... Bahagianya dapat bahagiakan orang.

Cukup takat impian aku tulis. Tu pun dah nampak materialistik gila minah ni kan? Ye. Memang sangat materialistik. Tapi, kalau semua ini di bina atas landasan tauhid, hakimat matlamatnya jelas, tak ada masalah. Malah, sangat digalakkan.

Berpijak pada bumi yang nyata. Zaman sekarang ni, memang duit itu boleh membahagiakan jiwa manusia. bukan secara begitu hakikat bahagia. Tapi, harta alat untuk membahagiakan jiwa manusia.

Bagaimana?

Bila kau dah lepas dari semua hutang. Tak ke bahagia tu rasanya? Dah lepas hutang, nak buat amal ibadat pi Haji, Umrah 5 kali pun, tak rasa apa dah kan? Kan bahagia tu? Dah puas untuk diri sendiri, kau memberi pula pada sanak saudara kau. Lepas tu, masyarakat. Kau tidak lagi terikat dengan dunia yang kejam. Sebab dunia dah dalam tangan kau. Kau tak perlu kejar dunia dah.

Okay, dah tak perlu kejar dunia. Sebab pakai makan kau dah cukup. Lepas tu, perjalanan nak menuju Allah tu kan lebih mudah. Okay. Kat sini kena terangkan lebih sedikit.

Lebih mudah maksud aku, bila masa kau rasa nak pi majlis ilmu, kau tak perlu fikir untuk masuk kerja overtime bagai (cari duit lebih).  Masa kau lebih banyak untuk kau sendiri. Dengan family banyak masa. Anak-anak dapat perhatian dan didikan yang sewajarnya. Hasilnya anak-anak kau menjadi orang yang beriman, bertaqwa, bertauhid.

Maka, aku pilih untuk aku menjadi kaya raya. Mohon doakan sama-sama kita jadi kaya sama-sama.

Kaya tak bermakna kau tak zuhud. Zuhud dalam kaya itu lebih baik berbanding zuhud dalam miskin.

Aku pilih jalan penyucian jiwa dengan cara aku mempunyai harta. Supaya jiwa aku tak kacau tentang kos hidup didunia sementara aku hidup. Maka, boleh aku fokus dengan hakikat hidup aku kat kampung sana nanti...

Aku juga tidaklah menolak atau mengkritik mereka yang memilih jalan membuang segala kekayaan dunia dan fokus pada akhirat. Hidupnya hanya cukup-cukup sahaja. Namun, imannya masya Allah... Tabarakallah... Segalanya bergerak dalam alunan Lailaahaillallah....

Aku memilih menjadi jutawan bertauhid. Semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan terbaik atas dunia. Di bawah suluhan guru ku....

Al-Fatihah buat guru tercinta dan sanadnya......

Sekian, hanya sekadar lontaran malam ini.
InShaAllah.. Akan disambung dari semasa ke semasa.

1 comment:

SUEasSU said...

aku nak jadi kaya so aku boleh bagi duit tu kat anak2 yatim~ aku jadikan ank2 yatim adek2 angkat aku~happy kan dorng sume
aku nak bagi duit tu kat org2 homeless :'(