Tuesday, May 2, 2017

Hanya kenangan

Semua orang pasti pernah melalui fasa kekecewaan. Terlalu banyak perkara yang rasanya, nak kita minta pada Allah untuk Dia ubah segala apa yang berlaku.

Persoalannya kat sini, sampai bila kita nak menggenggam harapan yang sememangnya sudah tiada itu? Masih nak memaksa agar keadaan itu tetap terbentuk mengikut acuan fikiran sendiri? Eh. Celah mana nak belajar redha kalau tidak bermula dengan belajar menerima apa adanya dan belajar melepaskan harapan, impian dan angan-angan tu?

Masa diberi peluang, bukan main ego. Dipekakkan telinga dan dibutakan mata. Sekarang, tiba-tiba dapat revelation, terus nak bertaubat. Taubat itu bagus.

Kalau yang dinamakan kesedaran itu adalah dalam hal-hal berkaitan hubungan kau dengan Allah sahaja, tiada masalah. Tetapi, kalau yang kau sesalkan itu adalah hubungan kau dengan manusia, ketahuilah. Manusia yang lain itu juga punyai pendapat, keputusan, pertimbangannya sendiri. usah kau paksa mereka menerima impian yang sama seperti dalam khayalan engkau.

Sampai bila mahu berdegil? Banyak hal dalam dunia nih, bukan dalam genggaman kita. Maka, berhentilah 'mentadbir' hal itu. Semakin kuat genggaman kau terhadap sesuatu perkara, semakin terluka la akan sekeping hati itu.

Sampai bila mahu menjadi 'Tuhan' kepada diri sendiri? Sampai bila?
Bila lagi kau mahu menyerahkan akan segala urusan zahir batin mu kepada Tuhan? Bila?

Yang sudah berlalu, tetaplah berlalu. Sama ada menjadi kenangan yang indah atau pengajaran yang amat bernilai. Apapun keadaannya, tetaplah kenangan itu ada. Tak perlu untuk kau lupakan kenangan yang lalu. Yang perlu kau lakukan adalah, mengambil sikap yang elok ke atas kenangan itu.

Sudah la wahai manusia. Berhenti menyeksa jiwa mu itu.... 

Monday, April 24, 2017

Cuti pertabalan agong.

Aku rasa, cuti aku kali ni agak positif. Boleh la. Daripada aku memerap dalam bilik tak keluar-keluar. Ada baiknya juga aku buat sesuatu yang berfaedah.

Aku nak tulis lagi. Tapi, mengantuk. Maka... bye jela.

Tuesday, April 18, 2017

Presentation

Masuk kelas qualitative hari ni dengan hati yang riang gembira. Tapi, sebalik keriangan hati tu... ada sesuatu yang tak kena je aku rasa.

Sebelum kelas mula, aku teringat. Dr ada cakap. Once silibus dah habis, Dr nak terus masuk dengan presentation. Giliran presentation ikut list name. Ha! Yang terlebih menarik adalah, nama groupmate aku nama yang first sekali.

Mana tak cuak oi! Kena present. Masalah terbesar adalah, data pun belum transcript lagi. Benda apa yang nak present kan? Memang satu kelas pakat-pakat jadi aktif nak kejar participation mark. Padahal, muslihatnya adalah nak delay kan masa. Supaya masa habis nanti, tak payah mula presentation.

For the first time gamble presentation macam ni. Jangan buat main dengan Dr yang sorang tu. Dah dia kata A, payah kau nak berdiplomasi dengan beliau untuk tukar jadi A-. Ikut jela apa yang dikatakan dia.

Akhir kisah hari ni, tak de sesiapa present. Sebab misi delay kan kelas berjaya dengan jayanya. Dr pun dok sindir-sindir groupmate aku yang nama first tu. Darah terus turun ke kaki. Rasa nak pitam pun ada tau!

So, presentation akan berlaku pada Khamis minggu ni. Ayuh lah kita prepare apa yang patut. *Fighting!*

Monday, April 17, 2017

Air Nubis dan kerinduan kepada Baginda Nabi SAW.

Teringat sembang-sembang dengan Kak Bi kat meja makan biru tu. Kak Bi keluarkan sebekas air Nubis. Aku terkejut. Sebab, Kak Bi bukan lah seorang yang suka makan benda-benda pelik. Keduanya, sebab aku sendiri tak pernah minum air Nubis.

Air Nubis ni adalah air rendaman kurma selama semalaman. Rasulullah suka minum air rendaman kurma ni. Dikhabarkan, begitu banyak khasiat mengamalkan air Nubis setiap hari. Setakat ni jela yang aku tahu pasal Air Nubis.

Perbualan aku dengan Kak Bi membuatkan aku tersentak.

Me: Eh! Akak. Sejak bila akak minum air ni?? Madu pun susah akak nak minum. Ni tiba-tiba buat air Nubis. Apa cerita.

KakBi: Sedap lah Imah benda ni. Cuba la.

Me: Tak nak lah. Nanti dapat hidayah, Imah minum. Akak ni apa cerita? Imah pelik la. (Aku, benda-benda alternative ni, aku memang lambat sikit. Once dah mula, in sha Allah aku jaga istiqamah. Now, aku setiap hari minum air campuran cuka delima, minyak zaitun dan madu. Sedap!)

KakBi: Entah la Imah... Akak rindu kat Rasulullah. Akak tak tahu nak buat macam mana dengan kerinduan ni. Nak selawat, untung kalau ingat. Kalau selawat pun, mungkin hati tak ikut sama. Sibuk fokus hal-hal lain. Tiba-tiba akak teringat air Nubis kesukaan Rasulullah ni. Akak cuba la buat. Sekurang-kurangnya, ada juga jalan nak melampiaskan rasa rindu ni....

Me: Ouch! Akak!!! Deep sangat nih.

*Akhirnya, nangis sama-sama dengan Kak Bi*.

Beruntung jiwa mereka yang dikurniakan rasa rindu kepada Baginda Nabi Muhammad SAW. Bukan semua orang Allah kurniakan perasaan tu. Lagi-lagi, akhir zaman macam ni. Allahu...

Amalan pun tak tentu bersih dan suci untuk dipersembahkan kepada Allah nanti. Kalau pun beramal, mungkin ada riya' atau ujub di situ. Kalau pun tiada riya' atau ujub, mungkin sahaja terbit perasaan "Aku sudah beramal, maka aku selamat. Allah tengok lah solat, puasa, sedekah dan bacaan Quran aku nih". Dalam beramal pun masih kotor.

Dah la amal pun suam-suam kuku. Dengan Nabi pun tak bertaut hati. Allahu.. Malang nya.... Malang....

Next, nak cerita pasal kisah Saidina Bilal. Now, ayuh solatan duluuu~

Sunday, April 16, 2017

Permulaan yang baru!

Sekarang aku dah Tahun tiga buat course Psychology kat IIUM ni. Ada lagi setahun berbaki. 

Sepanjang aku kat sini, semestinya terlalu banyak perkara berlaku pada aku dan orang sekeliling aku. Banyak benda yang aku belajar. Terlalu banyak sampaikan adakala aku rasa tepu dengan semua ni. 

Banyak benda yang aku nak tulis dalam ni. Malangnya, aku tak jumpa cara yang terbaik. Apa dari mana nak mula.

Nanti jela bila ketepuan otak ni berkurang sikit, aku tulis semula apa yang aku rasa aku nak tulis. 

~~~~~~~~~~